CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3238|Reply: 12

Buka cafe secara kongsi

[Copy link]
Post time 28-2-2012 09:18 AM | Show all posts |Read mode
Salam dan selamat sejahtera semua,
Saya ada kawan mengajak untuk memulakan perniagaan cafe/kedai makan di kawasan Damansara.
Kawan saya tu sekarang meniaga foodcourt, dah dekat 2 tahun, jadi beliau bercadang untuk
mengembangkan perniagaan.

Saya berminat untuk bekerjasama dengan beliau, memandangkan saya ada minat untuk berniaga tetapi
tiada pengalaman. Selama ni memang kerja makan gaji je.

Jadi apakah perkara2 yg perlu saya ambil tahu jika saya memulakan perkongsian perniagaan ini dengan beliau?

Harap2 ada yg sudi memberi nasihat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2012 10:52 AM | Show all posts
Silent partner ker atau akan bergiat langsung?

1) Brapa lama dh kenal partner tu?
2) U pun dalam bidang yg sama ker?

Mesti ingat partnership dgn persendirian byk rintangan, especially persefaham utk mendapatkan kata sepakat.

Keputusan apa pun nk buat mesti mengambil kira pendapat partner tak boleh bertindak dulu baru bagi tau partner...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2012 12:48 PM | Show all posts
Silent partner ker atau akan bergiat langsung?

1) Brapa lama dh kenal partner tu?
2) U pun dalam ...
johan3036 Post at 28-2-2012 10:52


Saya akan jadi separa silent sebab saya kerja makan gaji dan jauh dari KL.Saya bercadang nak masukkan anak buah saya kerja di situ untuk jadi wakil saya.


>1) Brapa lama dh kenal partner tu?
Kenal dalam 2 tahun tapi kenal betul2 dalam 6 bulan je. Partnet ni perempuan,
dan mak dia dah ada restoran yg ada nama. So cadang guna nama restoran mak dia ni.


> 2) U pun dalam yg sama?
Tak bidang saya memang lain. Saya kerja dalam bidang industri (automation/heavy machinery).
Sales and technical support.


Tp sy kerja di negara jiran dan becadang untuk pulang ke Malaysia.
Tp dgn diploma saja, kerja makan gaji tak seberapa kalau pulang bekerja di sini.
Itu yg bercadang untuk menceburkan diri dalam perniagaan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 02:28 PM | Show all posts
Perniagaan secara partnership akan memrlukan kesabaran yg tinggi sebb:

Ia melibatkan aliran wang tunai, dimana kalu tak pantau dgn baik akan ada ketirisan 1 pihak kata perlu spend & sorg lagi kata tak perlu..disitu yg akan timbul masalah disini akan memrlukan kesabaran & berfikir secara rasional tak leh anggap negative kalau ada benda yg membabiktkan claim2 harian...

Awak dh bersedia utk invest & semua asset akan letak atas nama perniagaan mak dia?

Kalau awak duduk berjauhan dgn perniagaan tu lebih payah nk pantau...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2012 02:48 PM | Show all posts
Reply 4# johan3036

Oh silap. Nama perniagaan bukan atas nama mak dia. Cuma nama kedai akan menggunakan nama kedai mak dia. So far mereka dah ada 3 kedai makan. 2 kedai di lokasi terkenal, kalau saya sebut mungkin ada yg tahu. Kedai yg kawan saya uruskan ini cuma foodcourt aje, itu sebab beliau mahu mengembangkan perniagaan.

Bab2 aliran tunai itu yg membimbangkan saya juga. Saya tak bersedia lagi untuk berhenti kerja makan gaji dan uruskan kedai itu sepenuh masa. Tp kalau nak berhenti kerja pon boleh sebab saya bujang dan tiada tanggungan kecuali ibu dan bapa.
Itu sebab saya bercadang nak ambil anak buah saya bekerja dgn saya.

Hutang yang ada cuma hutang kereta dan rumah yg baru saya beli. Sekarang pon masih belum mula bayar bunga dan bayaran bulanan penuh akan mula 2 tahun akan datang.

Tp kalau nak buka cafe ni modal dia dalam rm100k juga kan? Lokasi perniagaan adalah di rumah kedai di kawasan Damansara.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 06:22 PM | Show all posts
Cerita buruk..
xpasal2 xsampai sebulan kedai tutup sape nak tanggung?
sape yg kawal duit keluar masuk?
sape yg kawal pembelian brg mentah dan double check pembayaran dan harga belian tu..
kalau kedai xlaku.. xde sape yg dtg.. TT dah sanggup ke hadapainya?
pekerja lari duit.. xde pekerja yg masuk kerja..harga barang naik..

Suruh kawan TT tu tunjuk laporan kewangan, Balance Sheet dan P& L syarikat kawan TT tu untuk 2 tahun.. kalau cantik tu barulah konfiden..
Kita baut mcm diri kita ni bank bg pinjaman.. kawan TT kena yakinkan dari segi kewangan yg perniagaan ini berhasil..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2012 08:22 PM | Show all posts
Kenapa dia ajak TT share?.....
kalau buat bisnes yang kita sendiri tak faham atau tak specialise dalam bidang tu, baik tak payah....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2012 11:35 PM | Show all posts
Banyak gak kemungkinan buruk nak berlaku yek?

Tentang kenapa dia ajak share tu, musykil gak. Dia ni dr keluarga elite.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-2-2012 11:27 AM | Show all posts
Selalunya kita akan malu alah atas kelulusan sesuatu yg kita tak pandai..disitu org akan amik kesempatan....

Sekarg syer..nanti bila partner dari merangkak dia boleh berlari kita akan ketinggalan..sebab kita tak pandai...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-2-2012 01:04 PM | Show all posts
Reply 9# johan3036

hmmmm ada pengalaman ke bro?
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 07:56 PM | Show all posts
Reply 10# jamalnsx

Yup..tapi in my case..alhamdullilah saya selalu ada utk crtical punya decision...n my partner so far ok walaupun ada masalah2 kecil...

Tapi saya most of the time involve...dgn day to day punya progress...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2012 09:52 PM | Show all posts
itu la kan. kalau kongsi ni baik involve dgn day to day punye progress.
kalau tak senang je duit kena songlap.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2012 12:44 AM | Show all posts
kalau boleh ambik la tau. jangan la sleeping sangat walaupun nak jadi sleeping partner.

kalau i, everyday i nak tengok report untung rugi. n kalau dah ada wakil kat sana.. jangan suruh dia jadi kuli je. lantik la dia sebagai manager atau asst manager of accounts ke.. org yang boleh tlg ambik tau la.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 10:23 AM GMT+8 , Processed in 0.388381 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list