|
LONDON: Tottenham mengalami hari malang ketika tewas 2-5 kepada Arsenal Ahad lalu, namun bagi Rafael van der Vaart, dia yakin pasukan itu memiliki kekuatan mental untuk bangkit semula bermula dengan aksi menentang Manchester United di laman sendiri, Ahad ini.\rBiarpun kekalahan kepada Arsenal itu adalah yang terbesar dialami Tottenham ketika bertemu musuh setempat utara London itu sejak 1978, pemain Belanda itu yakin Tottenham mampu menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris musim ini di tempat ketiga buat kali pertama selepas 17 tahun.\r\n\n\n\n\r Inilah bola sepak dan kami mempunyai hari malang, itu saja. Ia hanya satu perlawanan dan kami tewas. Bagi penyokong dan kami sebagai pemain, kekalahan kepada Arsenal sentiasa menyakitkan tetapi kami masih kekal di tangga ketiga.\r\r\n\n\n\n\n Kami masih tujuh mata di depan, jadi tiada apa yang membimbangkan. Ia tidak menjadi sesuatu yang sukar untuk kembali bangkit kerana sudah tentu kami memiliki kekuatan mental yang cukup tinggi.\rKini kami berdepan satu lagi perlawanan penting menentang United, Ahad ini. Ia sentiasa menjadi sukar selepas saingan berehat untuk aksi antarabangsa tetapi saya tetap berasa yakin, kata Van der Vaart.\rSatu-satunya kekalahan Tottenham di White Hart Lane musim ini ialah Ogos lalu apabila mereka dibelasah 1-5 oleh Manchester City. AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|