CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 290|Reply: 0

Hoki sandaran tambah atlit

[Copy link]
Post time 6-3-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Malaysia mampu hantar kontinjen besar\rSKUAD hoki menjadi sandaran negara untuk menambah jumlah kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik 2012, London, Julai ini.\r\n\n\n\n\r   Justeru, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berharap skuad hoki bimbingan Tai Beng Hai akan cemerlang pada pusingan kelayakan Olimpik di Dublin, Ireland, bermula Sabtu hingga 18 Mac ini, sekali gus dapat menyertai 22 atau 23 atlit yang sudah menempah tempat di temasya berkenaan.\r\r\n\n\n\n\n   Jika itu menjadi kenyataan, Malaysia akan menghantar sehingga 50 atlit - jumlah paling ramai dalam sejarah sukan negara yang sekali gus akan memberi kesan psikologi positif kepada kontinjen negara.\rMenteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sekiranya skuad hoki dapat melayakkan diri, negara mempunyai atlit  sekurang-kurangnya dalam enam acara, selain terjun, menembak, badminton, basikal dan memanah.\r“Setakat ini sudah ada 15 atlit yang layak dan jika berjalan lancar, 22 atau 23 atlit akan layak daripada badminton dan basikal. Sekiranya bernasib baik, skuad hoki juga akan bersama, bermakna ada tambahan 25 pemain lagi untuk menjadikan semuanya kira-kira 50 atlit.\r“Jadi hoki penting kerana menambah kumpulan yang sudah layak dan menjadikan kontinjen Malaysia lebih besar,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu program Road To London di Putrajaya, semalam.\r\n\n\n\rHadir sama, Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja\'afar dan Chef de Mission Olimpik London 2012, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.\r“Matlamat kita masih lagi untuk mendapatkan emas pertama, di samping harapan mendapatkan pingat lebih daripada itu,” katanya sejurus mengumumkan secara rasmi pelantikan Tun Ahmad Sarji sebagai ketua misi ke temasya itu.\rDalam pada itu, Ahmad Shabery mengesahkan penembak, Nur Suryani Taibi yang kini hamil tiga bulan masih tergolong dalam kalangan atlit yang layak ke sukan Olimpik.\r“Dijangkakan pada waktu acara berkenaan, kandungannya sekitar tujuh bulan, jadi kita akan berusaha supaya dia pergi awal dan kita akan sediakan khidmat sokongan,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.061235 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list