CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 459|Reply: 0

Hafiz gagal lepasi kelayakan

[Copy link]
Post time 8-3-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Zakry-Fairuzizuan   mara ke pusingan kedua, tiga beregu wanita terkandas\rPEMAIN profesional KLRC, Hafiz Hashim harus bangkit segera menyelamatkan sisa-sisa kerjayanya selepas gagal merasai saingan sebenar Seluruh England apabila ditunjuk jalan keluar pada pusingan kelayakan kejohanan berprestij itu di Birmingham, lewat malam semalam.\r\n\n\n\n\r   Ternyata, gelanggang yang pernah mengangkatnya menjadi bintang apabila memenangi mahkota kejuaraan 2003 gagal merangsang pemain berusia 30 tahun itu untuk tampil bersemangat, sebaliknya beraksi hambar dan tidak bermaya pada halangan terakhir ke undian utama.\r\r\n\n\n\n\n  Dia memulakan aksi dengan cemerlang apabila menang ke atas pemain Hong Kong, Chan Yan Kit 21-11, 21-15 tetapi kemudian mempamerkan rentak sumbang pada halangan terakhir apabila tewas kepada lawan dari Taiwan, Chou Tien Chien, 21-11, 15-21, 12-21.\r“Rentak permainan saya terjejas kerana tidak cukup masa memanaskan badan apabila penganjur tiba-tiba menukar gelanggang pertandingan. Jadi, pergerakan saya agak kaku dan lambat terutama dalam set kedua dan penentuan,” katanya ketika dihubungi.\rNamun, nasib berbeza dialami gandingan profesional KLRC, Mohd Zakry Latif-Mohd Fairuzizuan Tazari apabila berjaya mara ke pusingan kedua selepas menewaskan pasangan 24 dunia Micheal Fuchs-Oliver Roth dari Jerman 21-19, 21-11 dalam 30 minit malam tadi.\rKemaraan gandingan itu bagaimanapun gagal dituruti tiga beregu wanita negara diketuai Chin Eei Hui-Wong Pei Tty apabila tewas kepada pilihan kedua dari China Tian Qing-Zhao Yunlei 17-21, 14-21 dalam 36 minit.\r\n\n\n\rWalaupun menang dalam set pertama 21-16, tetapi kegagalan Vivian Hoo-Woon Khe Wei mengekalkan rentak di set kedua dan penentuan menyebabkan mereka turut kecewa apabila ditunjuk jalan keluar Poon Lok Yan-Tse Ying Suet dari Hong Kong 19-21, 18-21 dalam 59 minit.\rGoh Liu Ying-Lim Yin Loo pula gagal menyaingi kehebatan pilihan ketujuh dari Denmark Christinna Pedersen-Kamilla Rytter Juhl apabila hanya mampu berada di atas gelanggang dalam 33 minit sebelum tumbang 16-21, 16-21.\rJaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei dan pasangan emas, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang menjadi sandaran mengibarkan Jalur Gemilang pada kejohanan tertua dunia itu hanya memulakan cabaran masing-masing lewat malam tadi.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:20 PM GMT+8 , Processed in 0.066557 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list