CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5448|Reply: 12

GRAND PRIX Pertama Di Tanah Melayu!!!

[Copy link]
Post time 25-3-2012 11:29 PM | Show all posts |Read mode


Tahukah anda, Perlumbaan Grand Prix pertama di anjurkan di Tanah Melayu sebelum penubuhan Malaysia ialah di Johor Bahru.

Grand Prix pertama dianjurkan oleh Almarhum Sultan Sir Ismail ibni Almarhum Sultan Sir Ibrahim pada 1940 yang ketika itu masih bergelar Tunku Mahkota Johor.

Perlumbaan terbabit adalah bertujuan untuk mengisi tabung perang. 4 perlumbaan dilepaskan dalam acara yang berlangsung selama 2 hari.

Penyertaan hanya terbuka kepada peserta yang dijemput sahaja. Jemputan terbabit dihantar ke semua daerah di Johor termasuk Singapura, Perak, Pulau Pinang dan Melaka.

Grand Prix kedua pula hanya di anjurkan pada 1948.

Kali ini Singapore Motor Club yang baru ditubuhkan ketika itu menjadi penganjur dan menerima sokongan dari Tunku Mahkota sendiri.

Grand Prix pada 1948 ini hanya berlangsung selama 1 hari dengan 4 perlumbaan dilepaskan; iaitu 2 untuk kategori motorsikal dan 2 untuk kategori kereta.

2 kategori motorsikal adalah untuk 350cc ke bawah dan satu lagi ialah 351cc keatas. Kedua-dua perlumbaan kategori motorsikal adalah sebanyak 5 pusingan.

Untuk Kategori Kereta pula ialah untuk kereta 1,500cc kebawah yang berlangsung sebanyang 5 pusingan.

Manakala 1 lagi kategori Kereta ialah untuk kereta Formula One, 1,500cc supercharged dan 4,500cc supercharge dan berlangsung sebanyak 10 pusingan.


Sebanyak 88 penyertaan dicatatkan pada 1950 dan 101 penyertaan pada 1952.

Jumlah penonton juga tidak kurang hebatnya ketika itu dan jumlah penonton terbesar dicatatkan pada 1952 dengan seramai 35,000 penonton menyaksikan perlumbaan secara langsung.

Jumlah jarak keseluruhan litar untuk satu pusingan ialah sejauh 3.7 kilometer.

Ianya juga merupakan litar dikawasan sekitar bandar Johor Bahru dengan kombinasi laluan lurus dan selekoh perlahan.

Perlumbaan dimulakan dihadapan Pejabat Pos Johor Bahru dengan melalui laluan lurus pesisir pantai Lido yang dikenali dengan nama Jalan Tai Heng ketika itu atau sekarang laluan berkenaan lebih dikenali sebagai Jalan Sultan Ibrahim.

Pelumba kemudian akan membelok ke kanan menuju ke Zoo Johor bersebelahan Masjid Abu Bakar dan melalui bukit di Jalan Gertak Merah.








Ni jalan nak masuk Zoo Johor.

Kemudian para pelumba akan memecut menuruni bukit sebelum sekali lagi belok ke kanan di hadapan Penjara Ayer Molek.








Laluan lurus sepanjang Jalan Ayer Molek pula membolehkan setiap pelumba melakukan pecutan sehingga ke garisan start/finish di hadapan Pejabat Pos Johor Bahru.


Harga tiket pula ditetapkan pada harga 5 Straits Dollars dan tiket boleh dibeli di Singapura dan Johor Bahru.

Kebanyakan yang menyertai perlumbaan ialah dari golongan berada dan hartawan dari Singapura dan Malaysia.


Sumber: http://memangbetul.blogspot.com/2012/01/grand-prix-pertama-di-tanah-melayu.html  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2012 07:50 AM | Show all posts
Kalau terbabas masuk Selat Tebrau wooo
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2012 02:41 PM | Show all posts
Huh....dasyat arwah Sultan negeri aku ni.
Organised semua yg grand2. Skrg jln kt ayer molek dgn dpn high court lama tu semua sudah crowded.
Klu skrg nk rempit are situ silap2 masuk dlm kolam air pancut dpn court tu...
Lately yg di post oleh bro Uneks Sir Ibrahim dgn artis holiwood. Taste tk hengat.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 10:46 AM | Show all posts
Traffic light byk dh area tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 12:07 PM | Show all posts
hebat dan sungguh moden Johor pada masa tu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 12:35 PM | Show all posts
wow!!! kagum tul. tak sangka rupanya dah lama tanah melayu ada grand prix. memang hebat armarhum sultan johor ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2012 12:44 PM | Show all posts
Ironically.. bukan tahun 1940 je.. .there were series of Grand Prix held dkt bandar JB.. :

tahun 1940.. F1 motor
then tahun 1948.. MotoGP dgn kete
then 1950.. moto GP dgn kete
1952 moto GP dgn Kete
.. last skali tahun 1962... lepas accident maut, GP Johor terus dibubarkan..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 12:52 PM | Show all posts

mat rem~pit melayu dolu dolu


Osman bin Abbas ngan motosikal  Norton 350         Tadza dan Triumph T100 GP

Lemat, dua dari kanan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2012 12:56 PM | Show all posts
ironically jugak.. Sir Ismail yg anjur 1st GP.. and last GP in 1962, anaknye Sultan Iskandar memang GP kete.  Then dibubarkan... kalau x.. Sultan Iskandar sure jadik 1st GP rider sblum Alex Young
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 03:39 PM | Show all posts
wow.. menarik
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2012 02:18 PM | Show all posts
wow!
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2012 05:05 PM | Show all posts
tak silap  ada bangsawan dari Thailand masuk Kejohanan F1 dekat Johor.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2012 09:10 AM | Show all posts
ini baru too fast to furioouuus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.063505 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list