Kisah seorang isteri yg sanggup buat apa saja termasuklah sanggup menipu pd suaminya dgn mengatakan dirinya mengandung walhal sebenarnya tidak gara gara tidak mahu dirinya dimadukan. Dan adakah penipuannya akan berjalan dengan lancar?
mengisahkan Aisyah (Yasmin Hani) berkahwin dengan Azlan (Ungku Ismail). Aisyah pewaris tunggal harta Datuk Zamani yang meninggal dunia akibat kapal terbang terhempas. Aisyah menyerahkan segala urusan perniagaan peninggalan arwah bapanya kepada Azlan. Meskipun lima tahun bergelar isteri, dia belum dikurniakan cahaya mata dan bercadang untuk mengambil anak angkat tetapi Azlan tidak bersetuju. Azlan terpaksa meninggalkan Aisyah selama setahun untuk menguruskan perniagaan di luar negara. Ketika pulang dari lapangan terbang, Aisyah terkejut apabila ada seorang wanita pengsan di depan pagar rumahnya.
Apabila sedar, wanita itu memperkenalkan dirinya sebagai Suzana dan mengaku dirinya hamil. Suzana melarikan diri daripada kekasihnya yang zalim iaitu Sahul (Jashuke). Suzana mahu menggugurkan kandungannya tetapi Aisyah menghalang. Memandangkan Aisyah sangat inginkan anak, Suzana mencadangkan supaya Aisyah menipu Azlan kononnya dia hamil. Suzana berjanji akan menyerahkan bayinya kepada Aisyah. Rancangan itu bagaimanapun dapat dihidu Sahul dan menyebabkan Aisyah sering diugut lelaki tidak bertimbang rasa itu. Satu hari Aisyah bergelut dengan Sahul dan secara tidak sengaja tertikam Sahul. Aisyah panik lalu dia dan Suzana mencampakkan mayat Sahul ke dalam gaung.
mula2 mmg igt si Aisyah tu berhalusinasi, tak sangka suaminya bersekongkol
sekali...masa Nabila tu datang dan nak bg baby dia tu, mmg dh syak sst, tp
igtkn dia dgn bfren dia sengaja nak kenakan Aisyah...tak sangka suaminya tu pn
jahat jg..:@
Endingnya memang x patut.. Patutnya ending seperti ni.....Aishah sebenarnya dah tau siapa nabila 2 dan dia berpakat dengan lawyer dia (adakan watak baru lelaki) untuk kenakan suaminya dengan madu dia.. Part ending patutnya masa keta nak keluar dari parking ,tetiba kereta polis muncul dan tahan mereka. Kemudian aishah muncul di hadapan mereka dalam keadaan yang sihat dan beritahu yang dia sebenarnya hanya berpura - pura gila. Biar mereka terkejut gila..Mereka semua dipenjarakan atas kesalahan yang berat. Aisyah ambil bayi sebagai anak dia sendiri dan kahwin dengan lawyer dia (should be someone young and handsome ...Maybe Fahrin Ahmad)