View: 11894|Reply: 58
|
10 Tempat Yang Tidak Boleh Anda Duduki
[Copy link]
|
|
Dharavi in Mumbai, India
Dharavi adalah kawasan setinggan yang paling sesak di Asia. Kos bagi sewa di kawasan ini adalah kira-kira RM 11 untuk sebulan. Namun begitu, amatlah sukar untuk mempercayai yang jumlah bersih pendapatan penduduk disini hampir-hampir berjumlah 650 juta USD setahun.
Rocinha – Rio de Janeiro, Brazil
Kawasan setinggan yang terletak di Rocinha, Brazil ini kelihatan lebih moden berbanding di Dharavi. Walaupun kelihatan biasa namun tempat ini amatlah bahaya untuk diduduki. Ini kerana tempat ini dipenuhi dengan pengedar dadah dan penuh dengan keganasan. Tidak cukup dengan itu, tempat ini juga terdedah dengan banjir dan tanah runtuh.
Kibera in Nairobi, Kenya
Kibera yang bermaksud hutan ini merupakan tempat tinggal lebih sejuta penduduk Kenya. Tempat ini dipenuhi dengan sampah dan sering kali tempat ini digelar 'hutan sampah'. Apa yang membuatkan tempat ini menjadi teruk adalah kekurangan bekalan air dan elektrik, juga penuh dengan penyakit yang tidak terkawal terutama sakali penyakit AIDS.
Linfen, China
Linfen merupakan antara bandar yang tercemar didunia. Dipenuhi dengan asap dan debu tempat ini bukanlah pilihan untuk orang menetap. Seramai tiga juta penduduk disini terdedah dengan keracunan air beracun yang dipenuhi dengan kandungan arsenic yang amat tinggi. Seluruh tempat disini mengeluarkan asap dan ramai penduduk disini terdedah dengan kanser.
Kabwe, Zambia
Kawasan perlombongan emas yang mengandungi kandungan racun yang amat tinggi.
Chernobyl, Ukraine
Akibat kejadian Chernoby pada tahun 1986 yang meletusnya reaktor nuklear yang menyebabkan lebih 5.5 juta penduduk di sini mendapat kanser tiroid. Tahap radiasi disini adalah 100 kali ganda tinggi daripada kejadian di Hiroshima dan Nagasaki.Bukan hanya binatang dan manusia sahaja yang terkena kesan daripada radiasi ini malah tidak terkecuali tumbuh-tumbuhan. Adalah mustahil untuk hidup dikawasan ini.
Dzerzhinsk, Russia
Merupakan tempat yang paling tercemar dengan kesan kimia yang tinggi. Tempat ini adalah kawasan pembangunan senjata kimia dan pusat kajian kimia. Disini purata jangka hidup bagi lelaki adalah 42 tahun manakala bagi wanita pula adalah 47 tahun. Kandungan fenol dan dioksin di perairan Dzerzhinsk melebihi had biasa sebanyak 17 000 000 kali ganda.
Cubatão – São Paulo, Brazil
Di kenali sebagai lembah kematian kerana tahap pencemaran yang amat tinggi dan menghapuskan seluruh tumbuh-tumbuhan dikawasan ini dan menyebabkan kelahiran tidak normal bagi bayi yang baru lahir disini.
Bassac Apartments, Cambodia
Basaac Apartments sepanjang 300 meter telah dibina disebabkan oleh inisiatif untuk mendirikan projek perumahan kos rendah sosial pada tahun 1960-anoleh pengarah perancangan bandar Lu Ban Hap.Walaubagaimanapun, projek perumahan yang dibiayai kerajaan telah menjadi tempat bagi 2500 pelarian sejak 1979 apabila penyewa mengosongkan rumah kerana berlakunya banyak kerosakan. Struktur yang dibuat daripada konkrit dan bata kini telah memberi laluan kepada jurang berbahaya di antara dinding konkrit yang dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan parasit. Bangunan ini boleh runtuh pada bila-bila masa sahaja dan menanam hidup-hidup 2500 orang penduduk.
Mogadishu, Somalia
Mogadishu, bekas sebuah pelabuhan yang maju telah menyaksikan perebutan 17 tahun antara kem tentera sejak kejatuhan kerajaan pada tahun 1991. Ia bertukar menjadi bandar yang paling huru-hara dan bandar anarki dalam dunia, yang dipenuhi dengan kekacauan dan pemberontakan sivil. Hanya baru-baru ini, kerajaan persekutuan yang baru telah mengambil tampuk kawalan dan cuba lagi untuk mewujudkan semula undang-undang dan ketenteraman.
kredits to happyneedsleep.blogspot |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
xtaw nak kate hape dah.....ada yang kesian, ade yang menakutkan... |
|
|
|
|
|
|
|
kesian...mereka yg terpaksa tinggal kat situ mmg dah takde pilihan. |
|
|
|
|
|
|
|
Moral of the story: Bersyukur ler sebab kita hidup kat Malaysia. Kalo kita rasa hidup kita tak lengkap... tak bahagia.... pikiq pikiq ler nasib manusia2 yang dok kat ceruk dunia yang lain ... |
|
|
|
|
|
|
|
bersyukurlah... arap2 negara. jauhkan lah negara kita daripada kejadian.. sebegini............. |
|
|
|
|
|
|
|
MALAYSIA...
sama2lh kita BERSIH kan kwsan yg kotor...
tq |
|
|
|
|
|
|
|
Mak aiii sesaknya dibuatnya ada kebakaran inallilah le jawabnya |
|
|
|
|
|
|
|
india, rio de janeiro dan kenya tu kalau berlaku kebakaran, tak de tempat nak selamatkan diri.. |
|
|
|
|
|
|
|
insaf....untung kita org Malaysia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Banyaknya pencemaran kat bumi kita ni. Kesian kat planet kita. Mungkin jangkahayatnya pon da xlama |
|
|
|
|
|
|
|
malaysia is the best...! hoooraay! |
|
|
|
|
|
|
|
padat sunggoh.....satu je yg aku pikir...kalau aku g situ konpem2 aku x tahu nk cari jalan keluar....sesat aku di buat nyew.....tension.....hahaha...... |
|
|
|
|
|
|
|
Untung kita duduk malaysia..
X de la terdedah sgt dgn pencemaran n wabak2 penyakit ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
byk betul pencemaran yang berlaku.... |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah malaysia makmur |
|
|
|
|
|
|
|
aku terbayangkan kalaulah terjadi kebakaran kat kawasan setinggan Dharavi tu, alamatnya memang payahlah nk selamatkan diri.... terlampau rapat rumah-rumah setinggan tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
daku bersyukur dilahirkan di malaysia... |
|
|
|
|
|
|
|
terbayang satu perkataan je kalau ditakdirkan kite hidup kat kawasan2 camni...MATI KATAK.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|