View: 2725|Reply: 10
|
Cara Orang Kampung di Poland Mengajar Pemandu Bahaya.
[Copy link]
|
|
Barked ... his vehicle
A BOY racer has vowed to change his wild ways after fed-up neighbours hoisted his prized motor to the top of a TREE.
Zbigniew Filo, 24 — who does not even have a licence — woke up to find his souped-up Ford Escort dangling from a huge willow.
Locals refused to say who carried out the prank but revealed one had their mobile crane borrowed for a night.
One resident of Lubczyna, Poland, said: “Whoever or whatever it was, it’s probably a good thing as he was a dangerous driver and could have killed someone.
“Perhaps he’ll think twice about his hair-raising driving and about getting a licence — or who knows where his next car might end up?”
Filo contacted police who told him to remove the vehicle. He has promised to change his driving style, saying: “I get the message but I think it was a bit harsh.”
Pengajaran untuk pemandu bahaya
WARSAW: Seorang pemuda yang sering memandu keretanya secara berbahaya berazam menukar cara hidupnya selepas mendapati kenderaan yang sering digunakan, tiba-tiba berada di atas pokok.
Zbigniew Filo mengalami kejutan sebaik terjaga dari tidurnya kelmarin apabila melihat kereta Ford Escort miliknya berada di atas pokok berhampiran.
Walaupun sering memandu laju dan berbahaya, Filo, 24, tidak memiliki lesen sah.
Sementara itu, penduduk perkampungan Lubczyna di daerah Goleniow, bersepakat enggan mendedahkan siapa dalang yang bertanggungjawab di sebalik insiden itu.
Bagaimanapun, seorang daripada mereka mengaku, ada individu tertentu meminjam kren milikinya beberapa hari lalu.
Seorang penduduk Lubczyna berkata, sesiapa juga yang meletakkan Ford Escort Filo itu ke atas pokok mempunyai niat baik.
"Pemuda itu pemandu berbahaya dan dia mungkin membunuh seseorang jika tidak dihentikan," katanya.
Lelaki terbabit berkata, Filo pasti berfikir dua kali jika bercadang mengulangi tabiatnya memandu berbahaya selepas ini.
"Selain itu, tiada siapa tahu kereta pemandu liar mana pula yang bakal menjadi sasaran selepas ini," katanya.
Polis pula berkata, mereka dihubungi Filo bagi mengadu masalah mengenai keretanya.
Namun, jurucakap polis berkata, mereka meminta Filo menurunkan sendiri kereta itu.
"Filo kemudian berjanji untuk mengubah sikapnya, tetapi dia menganggap tindakan penduduk perkampungan itu keterlaluan," katanya. - DM |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha... kalau kat malaysia berapa ribu keta kena letak atas pokok |
|
|
|
|
|
|
|
Sementara itu, penduduk perkampungan Lubczyna di daerah Goleniow, bersepakat enggan mendedahkan siapa dalang yang bertanggungjawab di sebalik insiden itu.
Ha..bagus bagus sepakat membawa berkat....mesti dah habis sabar dah mereka ni |
|
|
|
|
|
|
|
memang bijak orang kampung ni....kalau kat Malaysia buat camni kan bagus, bukan setakat kereta je tapi juga motosikal mat rempit..... |
|
|
|
|
|
|
|
Ni mesti dia orang dapat idea lepas tengok filem Seniman Bujang Lapok part motor sangkut atas bumbung. "Jolok motor bang.....esok kita ramai2 tolong bawak turun ya bang". |
|
|
|
|
|
|
|
tindakan yg bijak |
|
|
|
|
|
|
|
padan muka kO..setannnnn!!!(stail haji bakhil punya intOnasi please..)
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus jiran dia ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|