CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1457|Reply: 3

mari melawat muzium kapal layar di london

[Copy link]
Post time 15-5-2012 11:23 PM | Show all posts |Read mode
[size=85%]Di Melaka kita ada tarikan pelancong berupa kapal selam. Kapal selam tersebut diletakkan di Pantai Klebang.dan to be honest aku rasa potensi kapal selam ini sebagai sebuah tarikan pelancong tidak digunakan sepenuhnya. Mari kita lihat muzium Cutty Sark di London. Cutty Sark ialah kapal tea clipper terakhir didunia. Tea Clipper ialah kapal perdagangan yang digunakan pada kurun ke 19. Kapal dari jenis ini terkenal kerana kepantasan dan membantu Britain menjadi negara perdagangan terkaya dunia. Kapal sebeginilah yang membawa bijih dan getah dari negara kita ke Britain dan seterusnya menjadi mangkin revolusi industri bekas colonial master kita.

Cutty Sark kini diubah menjadi muzium. Setelah 50 tahun dibiarkan tersadai di dermaga kering ianya menjalani proses baik pulih pada tahun 2004. Sepatutnya muzium ini dibuka pada tahun 2009 tetapi berlaku kebakaran yang menyebabkan sebahagian Cutty Sark rosak teruk. Muzium ini dan Cutty Sark hanya dibuka kepada orang ramai 26 April yang lalu dan ianya sangat awesome. Bahagian badan kapal terapung 3 meter dari lantai dermaga dan pengunjung boleh melihat sendiri struktur kapal ini dari jarak dekat. Atap kaca pula direka seakan-akan permukaan laut seolah-olah memberi ilusi Cutty Sark masih berlayan. Cool stuff. Bahagian dalaman kapal pula menjadi ruang muzium dan mempamerkan sejarah Cutty Sark serta perdagangan pada kurun ke 19. Siapa di London sila pergi. Aku dah masukkan Cutty Sark kedalam itinerari tempat harus dilawati bila aku kesana nanti.

Diharap kerajaan negeri Melaka dan Dato Ali Rustam akan mendapat inspirasi bagaimana Kapal Selam Pantai Klebang boleh dijadikan tarikan pelancong yang lebih awesome. Aku yakin bukan aku seorang sahaja yang mahu melihat bahagian dalamanan kapal selam tersebut. Tengok pada luar sahaja tak orgasm. Betul tak?

[size=85%]


[size=85%]
[size=85%]
[size=85%]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2012 11:40 PM | Show all posts
Wow amat menarik bukan senang dapat masuk kapal lama terutama yang masih menggunakan kayu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 09:41 AM | Show all posts
aku tertarik dgn yg ni..kerusi die cantik..mcm dlm laut..

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 09:08 PM | Show all posts
so kretip...awesomeeeeeeeeee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.148154 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list