Judul: Dalam Hati ada taman
Tayangan: Oktober
Channel: Astro Ria
Jumlah episode: 13
Terbitan: Cube Film
Pengarah: Michael Ang
Para Pelakon: Randy Pangalila, Elfira Loy,Amy Mastura, Hanez Suraya, Didie Alias, Amy Mastura, Sharifah Sakinah, Liza Abdullah & Faizal Hussein
Sinopsis: Mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis remaja, Bella yang matang berbanding usianya kerana perangai ibunya, Amy yang sanggup melakukan apa sahaja untuk wang kecuali menjual tubuh badannya di Kota Paris.
Dalam kesempitan mencari penyelesaian masalah kewangannya, Amy terserempak dengan kawan lamanya, Sam dan anaknya Danial di Kota Paris.
Daripada pertemuan ini, Amy mendapat idea untuk menyatukan Bella dan Danial apabila mengetahui Sam adalah seorang jutawan. Perbuatan Amy amat mengecewakan Bella sehingga Bella sanggup menipu ibunya dengan mengatakan bahawa dia sudah pun bertunang.
Untuk melaksanakan helah ini, Bella meminta pertolongan daripada Randi, rakan sekerjanya yang berasal dari Indonesia walaupun sebenarnya Bella tidak menyukai Randi.
Walau bagaimanapun, Randi rupa-rupanya amat menyukai Bella. Amy memberi Bella masa selama tiga bulan untuk mempertimbangkan pilihan hatinya.
Helah demi helah berlaku di mana Bella akhirnya telah jatuh cinta dengan Danial dan juga Randi. Apakah kesinambungan kisah cinta Bella, Danial dan Randi?
Drama bersiri Dalam Hati Ada Taman Randy dan Elfira
Ditemui sewaktu sibuk menjalani penggambaran di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur, jejaka kelahiran Surabaya, Jawa Timur ini menjelaskan, seandainya Mimpi Sampai Ke Bintang tidak ditonton peminat di Malaysia, bermakna itu percubaan pertama dan terakhir untuknya beraksi di sini.
“Saya mengetahui mengenai sambutan baik penonton terhadap telefilem pertama yang saya bintangi di sini menerusi penerbit dan pengarah, Michael Ang.
“Saya juga difahamkan, jumlah tontonan Mimpi Sampai ke Bintang untuk stesen berbayar seperti Astro sangat tinggi dan mencipta rekod.
“Saya senang mendengar maklum balas itu dan ia membuatkan saya mahu terus bekerjasama dengan produksi dan pelakon di sini, di samping mengubat rindu peminat.
“Pada saya, tiada gunanya berlakon di Malaysia tetapi tidak ada orang menyukainya. Saya juga lakukannya untuk peminat sebagai tanda terima kasih kerana menerima dan menyokong kerjaya seni saya di sini,” katanya.
Menarik menerusi drama bersiri Dalam Hati Ada Taman, Randy bukan saja berlakon tetapi turut mencipta dan menyanyikan lagu temanya. Lagu itu sudah lama dalam simpanannya sebagai koleksi peribadi.
“Saya pernah memperdengarkannya kepada Michael dan dia berminat. Malah, katanya, ada babak ditulis diilhamkan daripada lirik lagu yang saya cipta. Setakat ini, lagu pertama belum ada judulnya dan lagu kedua, Everything I Need.
“Ia akan disusun semula oleh Tam Spider dan kerja-kerja rakaman juga akan dilakukan sama waktunya dengan penggambaran Dalam Hati Ada Taman,” katanya.
hanez ni kan ada berlakon dlm citer bunga april sebagai mak tiri tasha shilla in there. Kita sebenarnya x suka ngan dia, gedik sgnt, kat dlm citer tu lah n in fact she awez pegang watak minah gedik.. isyk..
Woooh judging from the trailer alone, it gives off the 'In Time With You' vibes. Ni mesti pasal best friends yang jatuh cinta sesama sendiri tapi tanak mengaku~ Saya suka lambat lagi la kalau nak start tayang bulang 10 nih