View: 24619|Reply: 127
|
HaNya Ingin KaU tAHu...[U]-Cerpen
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by Jaza2008 at 10-6-2012 14:18
Salam kawan2 semua.. sini momey hanya ingin luahkan sedikit bakat utk tatapan kwn2. kalu ada sebarang komen atau ape2 aje la, bole terus direct komen ye..momey ni jenis open..hehehe..dan sekiranya ayat2 yang digunakan di dalam crita ini agak kasar, momey mohon maaf dan harap semuanya bole diterima kerana untuk me'neautralkan' cerita ini dan crita ini hanya rekaan dan utk hiburan pembaca sahaja...
Dengan itu, momey mempersembahkan cerpen pendek bertajuk 'Hanya ingin kau Tahu'..
Bab Pertama
Jasmyn mengikat rambutnya yg kusut itu. Dicalitnya lipstik di bibir supaya nmpak lebih segar kononnya padahal br lepas mandi kambing. Ini lah akibatnya bangun lambat..hmmm
Kelam kabut dia mengunci pintu rumah dan terus turun ke bawah dengan menaiki tangga. Nak cepat la tu! Nasib baikla Kondo tu empat tingkat je..bermakna rumahnya di tingkat 4.
Sam dengan senyum manisnya menanti kehadiran Jasmyn yg berlari lari anak itu. Sam menghidupkan enjin motornya.
" Bangun lmbat lg la tu erk, syg??" kata Sam smbil memakaikan helmet pd Jasmyn.
" huhuhu..i dah lmbat la ni, B.. Leh pecut laju2 x? dah la ni ari pertama i keje kat tmpat baru..huhu..mati la i.." keluh Jasmyn smbil menaiki motor.
" dah tau start keje ari ni, bole plak bngun lmbat..hhmm" Sam terus memecut laju motornya.
Dato' Putra memasuki Putra Holding dengan gahnya. Sudah 4 tahun dia menggantikan tempat arwah ayahnya untuk menjaga Putra Holding ini. Dia menaiki tingkat 12 iaitu pejabat peribadinya. Dia melabuhkan punggungnya. Jam di tangan dipandangnya. Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi. Dia mengeluh kecil apabila memandang bilik kecil dihadapannya itu masih kosong. " Dah bg keje pun bole main2 erk ngan aku..siap ko jap g!" bisik hati Dato Putra yg wajahnya mirip pelakon Ady Putra itu. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk bertalu-talu. Terkejut dibuatnya. " Masuk.." panggil Dato Putra bernada tegas. Seorang gadis yg memakai kemeja berlengan panjang dan berskirt pendek masuk dengan muka tak bersalahnya. Nafas gadis itu agak laju. Dia mengukir senyuman. " Maafkan sy, dato'.. traffic jem td" kata gadis itu. " Kamu Jasmyn Johari kan?" " Ya, Dato'.." " Hari pertama pun dah lambat..mcm mana ngan esk, lusa, tulat??? Nak lmbat mcm ni lg ke?" " Amboi! kasarnye bahasa ko erk! kalu leh lempang muka ko, dah lama aku buat! blluuerrkkk!!" bisik hati Jasmyn. Jasmyn memandang tepat ke arah anak mata Dato Putra itu. Dia hanya mengukir senyuman. Diam seribu bahasa. " Tolong ye, Jasmyn. Saya tak suke pekerja saya yg ambil sambil lewa sahaja kerja di sini. Saya nak awak berubah." pinta Dato Putra. " Baiklah, Dato. Maafkan saya. Saya janji saya tak buat lg..." Dato Putra ketawa kecil. Dia bangun lalu berjalan ke arah Jasmyn. Mereka berdua bertentang mata. " Mari ikut saya..saya nak kenalkan awak dengan staf-staf yang lain.." kata Dato Putra sambil berjalan keluar dari biliknya. Jasmyn mengikut dari belakang. " Mak aiii..cntiknya mata bos aku nii..leh tergoda siott!! ekeke" bisik hati Jasmyn. Sam mematikan enjin motornya. Dia berjalan menuju ke arah Restoran Pak Abu. " Hai beb!!" jerit Sam sambil bertampar tangan dengan Malik dan Zafrul. " Awal ko erk, Sam.. Amacam cikaro ko?? dah start keje ke?" tanya Malik lalu menghirup kopi panas di hadapannya itu. " hahaha..dah..aku hantar dia td. Macam biasa r..lambat bangun! Nasib baiklah aku ni juara litar! hahahaha" kata Sam bangga. " sayang betol ko kat Jasmyn tu yee..bertuahla pmpuan tu! dah la rumah kondo tu ko yg bagi, elaun bulanan pun dapat!!! alahai..kalu aku jd pmpuan, aku la org pertama ngorat ko Sam..hahahaha" kata Zafrul dengan nada perempuan lembut. " first love kekdahnyee..dah 10 thn wei aku ngan cikaro aku ni..tp tu laaa..aku harap, pas dia keje ni dia x berubah la. riso gak aku pas dia mula start keje ni. mana la tau, leh plak jumpa mamat lain lebih power dr aku..hahaha" " amboi ko, Sam..agak2 la ayat tuu..hehehe..mlm ni amacam?? jd x plan kita??" tanya Zafrul lagi. " mlm ni aku 'on' ajeeee..hadiah lumayan tu beb! hahahaha" "Sam, untung jd ko kan? dah la anak org kaya..xyah keje pun! duit minta kat mak anytime, mesti dpt! anak mak katakan..hahaha" kata Malik sambil menepuk-nepuk bagu Sam. " hahaha..yg penting apa aku nak, mesti aku dapt!! " kata Sam sambil tersenyum simpul. -bersambung- |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kasi perengan elok2 sket...
Next! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2# sarizu
baru belajar..hehehe..thanks..jap ye nak smbung.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dato' Putra dan Jasmyn berjalan menuju ke ruang tamu utama.
" Minta perhatian semua!!" jerit Dato Putra dengan nada yg agak tegas.
Semua staf disitu berjalan pantas menuju ke arah ruang tamu utama. Semua mata memandang ke arah Dato Putra dan Jasmyn.
" Semua dah ade ye.. Assalammualaikum dan slamat pagi semua.. Untuk tidak membuang masa, saya nak kenalkan Pembantu Khas saya Cik Jasmyn Johari yg menggantikan Puan Halimah PA saya yg dulu sbb pencen. Sekarang ni, saya nak apa2 urusan selepas ni bole melalui Cik Jasmyn dahulu ye.."
Laju jantung Jasmyn berdegup. Mau tak nye. First time keje. Seblum ni lepak je kejenye.
" Jasmyn, sila perkenalkan diri.." ujar Dato Putra.
Jasmyn membetulkan skirt pendeknya yang paras lutut itu.
" Ehemm.. Slamat pagi semua.. Saya Jasmyn Johari.. berumur 27 tahun.. belum berkahwin.."
Terus staf2 lelaki disitu bersorak. Suasana kembali bising.
" Tolong beri perhatian yee" pinta Dato Putra.
Suasana kembali sunyi. Jasmyn cuba mengawal perasaan gelabahnya itu.
" Errr..saya baru pertama kali kerja. Ini la pejabat pertama saya. Saya harap kawan2 di sini dapat bantu saya.."
" Bole sgt2 cik Jasmyn!! Saya ni mmang suka menolong..ekeke" jawab Saiful Pembantu Am Pejabat di situ dengan selambanya. Semua staf di situ ketawa kecil.
" Baiklah semua.. Dah kenal kan? sikit2 dah laaa.. semua dah bole sambung wat keje" Dato Putra memandang Jasmyn. Mereka berdua bertentang mata seketika.
" Nanti jmpa saya pukul 10 pagi " kata Dato Putra pd Jasmyn dan terus beredar dari situ.
Jasmyn berjabat tangan dengan staf2 di situ.
" Jasmyn, baik2 jaga Dato tau.. jgn sampai tergoda..dia tu duda kayoooo..hahahaha" kata Lisa dituruti gelak ketawa staf2 perempuan yang lain.
Jasmyn hanya mampu tersenyum.
Mak Cik Salmah menyapu daun-daun kering di halaman rumahnya yang berdekatan dengan sawah padi itu. Peluh tua sudah membanjiri bajunya yang lusuh itu.
" Mahhh!!!" jerit Mak cik Eton sambil brek mengejut basikal tuanya itu.
" adoi hang ni Eton..kelam kabut ni awatnya???" tanya mak cik Salmah yang sememangnya anak kelahiran Kedah itu.
" aku dengaq crita anak angkat hang tu dah dpt keja! waaaaa..syok la hang! dpt la mkn besaq pas nii hehehe"
" yeke? dia x telepon aku pun..kalau betoi, syukur sgt2.." mak cik Salmah menunjukkan riaksi muka yg ckup gembira.
" hang tak mau ka p rumah dia kat KL tu? rasa aku, hang dah lama kan jmpa si Jasmyn tu? dekat 2 tahun kott.."
Mak cik Salmah mengeluh. Dia berjalan menuju ke bangku usang lalu melabuhkan punggung. Air matanya dengan tidak semena-mena mengalir perlahan-lahan.
" Salah aku, Eton.. Dia lari dr rumah ari tu semuanya sebab aku.." cerita mak cik Salmah lemah.
" Salah hang? bukan ka hang bg tau aku ari tu si Jasmyn tu p KL sbb nak cari keja tuk bantu hang?"
" Mmang betoi dia p KL nak cari keja.. tp ada lagi yang hang tak tau pasai pa dia p KL.."
Mak cik Eton makin berminat utk mendengar cerita Mak cik Salmah jiran baiknya itu.
Jasmyn mengetuk pintu bilik Dato Putra. 3 saat kemudian dia trus masuk. Dia berdiri memandang Dato Putra yang sedang kusyuk menaip itu.
" Duduk.." arah Dato Putra.
Jasmyn duduk berhadapan Dato Putra. Dato Putra menghentikan kerjanya seketika. Mereka bertemu muka.
" Macam mana?? ok tak tempat kamu kat depan bilik sy tu?"
" ok, Dato.. saya suke.." Jasmyn ketawa kecil.
" Bagus. Untuk makluman kamu, saya ni banyak keje site kat luar tengok tapak projek.. oleh yang demikian, saya nak kamu ikut saya setiap kali saya lawat tapak projek. Boleh?"
" Ha? biar betik bos aku ni?? mcm mana ngan Sam?? Adoii..tobat dia bengang ngan aku..adoii..apa aku nk jwb ni?? adoiiiiiiiiii" bisik hati Jasmyn yang mula gelisah itu.
" Jasmyn.." panggil Dato Putra lemah.
Jasmyn tersedar dari lamunan. dia menarik nafas dan melepaskannya dengan perlahan.
" Ada masalah ke dengan permintaan saya tu?"
" errrr..."
" Mak ayah kamu masih ade ke?"
"Saya anak yatim piatu, Dato.."
"Owhh..maafkan saya. So, sakarang kamu tinggal di mana?"
" Saya ada menyewa rumah kat Damansara..tinggal berseorangan.."
" Waaaa..menyewa? duit mana kamu dapat byr duit sewa tu??"
Tiba-tiba hset Jasmyn berbunyi. Lagu 'How do i live' sbg ringtone berkumandang.
Tertera nama 'my sweetheart' di paparan skrin hset.
" adoii..apehal plak call aku nii.. errr.. Dato, saya minta 5 minit jeb panggilan ni kejap.." rayu Jasmyn.
Dato' Putra hanya memandang. Jasmyn bangun dan berdiri agak jauh ckit dari tempat duduknya tadi. dia menjawab panggilan dari Sam itu.
" Apehal ni, B?? syg tengah keje nii" tanya Jasmyn agak kasar tp bernada perlahan.
" Rindu la sygggg"
" Adoi, ptg kang kita nak jmpee..ok la!! i ade keje nii"
" Yela2..mmuuuaahhh!!! luv u syg!!"
" Luv u too.." Jasmyn terus mematikan talian. Dia menoleh ke belakang memandang Dato Putra.
Perlahan-lahan dia kembali duduk.
" Maafkan saya, Dato.."
" Saya tak suka time keje melibatkan hal peribadi.."
" Ok2.."
Dato Putra memandang Jasmyn. Jasmyn rimas. Dia menundukkan mukanya. Dato Putra mematikan niatnya utk bertanya hal peribadi Jasmyn lagi.
" bukan saya sengaja nak kamu ikut saya ke tapak projek, tapi itu kerja PA saya seblum ni.. so, tak adil la kalu awak x buat kan??"
" yelaa.. saya yang menurut perintah.." jawab Jasmyn selamba.
" Awak main2 erk?"
" Tak2..saya serius, Dato. Saya dengan merendah diri mengikut apa sahaja arahan Dato selagi tidak membahayakan diri saya.." jawab Jasmyn dengan lancarnya.
Dato Putra menahan gelak. Dia maintain serius.
" Bagus! Pekerja mcm ni yg sy nak.. tolong buatkan kopi utk saya skarang"
" Ha? Kopi?
" Ya, kopi. kenape?"
" oo..ok2.." Jasmyn bangun smbil mengerutkan dahinya. Dia berjalan menuju ke pantry.
" Pelik! bkn ke atas meja dia td dah ade air kopi?? hhmmm..saje la tu nak buli aku.." bebel Jasmyn sndirian. |
|
|
|
|
|
|
|
Mak cik Salmah mengesat air matanya.
" aku larang dia ikut boipren dia si Sam tu.. Sam tu budak nakal.. asyik melepak ja keja dia..lumba haram la.. tp Jasmyn berdegil gak nak ikut si Sam tu tinggal di KL.. gaduh besaq gak la aku ngan dia ari tu.. last2 dia kemas semua baju dia teruih ikut Sam..sedih aku.. tp aku nak cakap apa.."
" laaa yaka..tp, sepanjang 2 thn ni dia ada call hang x?" tanya mak cik eton sambil mengusap blakang badan mak cik salmah.
" sekali je..itu pun dia cuma cakap dia dah smpai KL dan jgn kacau hidup dia.."
" hhmm..apa la nak jadi dgn Jasmyn nii.. sabaq mah.."
" aku rindu sgt kat dia, eton..dari kecik aku bela dia smpai dia besaq skarang nii"
" aku paham prasaan hang. mcm ni la Mah, apa kata ujung minggu ni kita p KL jmpa dia nak? hang ada smpan x alamat rumah dia?"
" dia ada bg kat aku ari tu..kena cari balik la kat mana aku smpan..tp kalu kita p jmpa dia pun, mau ka dia jmpa kita? kang x pasai2 kena halau..maluu aku sat g"
" xpa2..jnji kita p jmpa dia dulu..harap2 dia masih duk umah kat alamat dia bg kat hang tu laa"
Mak cik Salmah mengangguk lemah.
Sam membuka helmet. Dia turun dari motor lalu berjalan masuk ke lobi utama Putra Holding. Dia duduk. Mata mula meliar mencari Jasmyn. Maklumla jam sudah menunjukkan pukul 1 tgh ari.
Jasmyn keluar dari lif. Dia sudah nampak bayang Sam dan terus berjalan laju ke arahnya.
" B, nape ni??? kata nak jmpa ptg ni kan?" tanya Jasmyn sambil duduk di sebelah Sam.
" Rindu laaa.. jom g mkn nak?"
" Makan? yela2..jom"
Sam terus menarik tangan Jasmyn keluar dari bangunan itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 2
Dato Putra berjalan menuju ke bilik Jasmyn. Kusyuk gile si Jasmyn tu melayan chatting di facebook. tersenyum senyum..
Dato Putra menghentak tangannya di meja. terkejut dibuatnya Jasmyn smpai terangkat ckit bontotnya. terus dia minimize kan fb nya itu.
"Ya, Dato.."
" Ikut sy masuk meeting pagi ni" ckp Dato tegas.
Jasmyn mengangguk lalu mengambil nota dan terus masuk ke dalam bilik meeting.
Mak cik Salmah dan mak cik Eton melihat berkali-kali alamat di sekeping kertas yang dah agak kekuningan itu.
" aku rasa dah betoi dah rumah ni kalu ikut alamat yg Jasmyn bg ni. Besaqnya rumah dia..siap ada kolam mandi lagi..keja apa la anak aku nii" bisik hati mak cik Salmah.
" Mah, jom la kita p tanya tukang kebun tu" kata mak cik Eton sambil memuncungkan mulutnya ke arah tukang kebun di dalam banglo mewah itu.
Mereka berdua menghampiri pintu pagar banglo tersebut. digamitnya memanggil tukang kebun tersebut.
"ada apa ya puan??" tanya tukang kebun tersebut.
"betoi ka ni alamat rumah ni?" tanya mak cik Eton sambil menghulurkan sekeping kertas. Tukang kebun itu mengganguk laju.
"Ya, betol. Nak jmpa siapa ya?"
" Jasmyn ada? Jasmyn ni anak angkat saya" kata mak cik Salmah.
"Maaf.. Cik Puan Jasmyn dah pndah ke kondo.. rumah ni dah dijual ke tuan rumah yg baru.."
" dah pndah? bole sy dptkan alamat baru anak saya tu?"
" maaf, puan. saya x pasti alamat baru dia tp sy ade no hset dia. Puan nak ke?"
" owh yaka..xpa la..bg ja la no hset tu kat sy..nnti sy telepon dia. ni kertas dan pen.."
Sam mengelap peluh yang meleleh di dahinya. Panas tersadai di jalan bersama motor kesayangannya. Hset dicapai di poket. No. hset Malik di dail. Tidak terjawab. begitu juga dengan no hset Saiful.
"Shit!!!" Sam geram.
Jasmyn duduk bertentangan dengan Dato Putra. Semua staf memandang ke arahnya. dia hairan.
" Jasmyn, duduk tepi saya" panggil Dato Putra.
" oo..ok2.." Jasmyn bangun lalu berjalan ke hadapan. Baru aje nak duduk hsetnya berdering. Sekali lagi dia mendapat tumpuan.
Skrin hset terpapar 'my sweetheart'. Jasmyn mengeluh. Dia memandang Dato Putra utk memberinya ckit masa utk menjawab tp belum smpat dia mengeluarkan suara, Dato Putra terlebih dahulu merampas hset dari tanganya.
"Sila matikan telefon semasa mesyuarat" arah Dato Putra sambil memandang staf2 yang lain.
Jasmyn terdiam. dia duduk membisu.
Sam menendang kuat tayar motornya. Geram jgn ckp la..habis disumpah seranahnya.
"Ngko ape hal Jasmyn!!! skarang dah pndai call x jwb plakkk!! ko jgn cr pasal ngan aku..abis ko aku kerjakan kot jap g" Sam bebel sendirian.
Dia hampir dilanggar motor. Namun sempat brek.
"oiiii!!! gila ke ape ko ni??? suke plak main langgar2!!" jerkah Sam sambil menempeleng kepala penunggang motor tersebut.
Helmet dibuka. Muncul muka Malik sambil tersenyum sinis.
"ngko??? what the...gggrrrrr apehal ko lmbat??!! ko xtau ke aku ni panasssss..bole hitam kulit aku ni tau x?!" marah Sam.
"Sori la boss.. alaaa panas pagi no hal laaa..xkan hitam pnyee hehehe.. ape masalah motor kesayangan bos ni?? dah mampus ke??"
"ko jgn nak loyar buruk sgt erk..aku tetak kepala ko kang! lg 1 mangkuk hayun ni, si cikaro aku..dah pndai dah skarang x jwb call aku..bengang aku!!"
"hahahaha..ko ni Sam..dia kan tgh keje..ko ni dah kenape??" Malik membelek belek motor Sam. Malik mmang ade bengkel motor sendiri. So, bab2 motor rosak mmang dia dah arif.
"siap la dia mlm ni aku kerjakan..lg pun dah lama aku biarkan dia..heh" ujar Sam sambil senyum nakal. |
|
|
|
|
|
|
|
Dato Putra menutup buku notanya.
"Terima kasih semua..dengan ini saya menangguhkan mesyuarat untuk hari ini. Tetapi seblum itu, saya nak bg tau..esk tgh hari, saya dan Jasmyn akan pegi melawat tapak projek di Johor. En. Firdaus, sediakan dokumen yang perlu saya bawa..dan awak pun akan ikut sy sekali esk k..bmakna kami bertiga akan berada di Johor selama 2 hari. Encik Lukman, awak tanggung keje saya wat sementara selama 2 hari ok? apa2 anda semua bole merujuk kepada Encik Lukman seperti biasa."
" Tapi, Dato.." sampuk Jasmyn membuatkan staf yang lain berminat untuk mengetahui lebih lanjut.
"ada masalah ke cik Jasmyn?" tanya dato Putra sambil menongkat dagunya.
"errr..xde ape2 Dato..hhhmm" Jasmyn menundukkan mukanya. "geramnya aku ngan Dato niii..rasa nak berhenti keje pun ade ni. Bosan gile asyik mengikut arahan jeee..aarrghhhh" jerit batin Jasmyn.
Dato Putra tersenyum. Masih belum ade sesiapa yang berani melawan cakapnya.
"Baiklah..semua bole bersurai sambung buat keje" kata Dato Putra sambil mengeluarkan hset Jasmyn dari poketnya.
Seorang demi seorang keluar dari bilik mesyuarat. Tinggal Jasmyn dan Dato Putra.
Jasmyn menggenggam jari-jarinya. Belum sempat dia menggenggam kolar baju Dato Putra, Dato Putra lagi pantas dengan memegang erat buku lima Jasmyn itu.
"Ape masalah ko ni, Jasmyn? Baru brape hari keje ngan aku dah pandai tunjuk samseng"
"aku tak suke org ganggu privasi aku!! apehal ko suke2 rampas hset aku. aku ade kaco hidup ko ke hah?"
"mmang ko kaco hidup aku! ni opis aku! so ko kene dgr arahan aku! ko nak keje ke ko nak aku berhentikan ko?"
Jasmyn bagaikan dipanah petir. Dia tak boleh berhenti kerja sekarang. Banyak hutang dia dengan Sam yang dia perlu bayar. Jasmyn menarik tangannya. Masing2 berdiri mengadap. Mata bertentang mata. Jasmyn mengalah. Dia tunduk. Dato Putra mengambil buku notanya lalu beredar smbil meletak hset Jasmyn kembali di atas meja. Jasmyn hanya memandang tanpa berkata. |
|
|
|
|
|
|
|
Jasmyn menuju ke washroom. terus mengunci pintu. Dengan cepat dia 'on' kan semula hsetnya.
"Mak aiiii..byknye no.. Sam..Malik.. aik?? ni no public ni..sape plak yang call aku nii? 5 kali plak tu..hhmmm..xpe la..kalu penting jap lg msti dia call balik.." bisik hati Jasmyn sambil mendail no Sam.
Panggilannya dijawab.
"B... i'm so soriii..td i meeting laa" rayu Jasmyn.
"meeting ke menggatal dgn mamat2 kat sana?"
"B..u ckp ape ni? i meeting laaa"
"ok2..i tak nak gaduh dgn u.. mlm ni i nak u temankan i.."
"nak g mana?"
"genting..lama kita x kuar stay mlm bersama kan syg.."
"genting? mlm ni? esk kan i keje.."
"dah2..i tak dengar ape2..ptg ni i g amik u..i hntar u blik..u siap2 kita kuar.."
"tapii"
"Bye syg.." talian di matikan.
"siot la mamat niii!!! arrghhhhhh..apa aku nak wat nii" Jasmyn ckp sndirian sambil mmbuka pintu toilet. terkejut beruk dia ade sorang akak senior ni berdiri pacak depan pintu toilet dia.
"maaf yee.."ckp Jasmyn sambil berjalan keluar tapi tangannya ditarik.
"Jangan ngko cuba goda Dato Putra. Aku x suke!"
Jasmyn hairan dengan ugutan perempuan itu. dia menarik tangganya semula. Merah. Kuat gak la genggaman perempuan tu.
"Aku Farida..Dato Putra milik aku"
Jasmyn ketawa. "Gila!!" jerit Jasmyn lalu keluar dari bilik air itu.
Mak cik Salmah mengeluh. Dia memandang Mak cik Eton yang tak berputus asa nak cari Jasmyn di bandaraya KL itu.
"tak dapat telepon dia la, Eton.."
"yaka? hhmm..jom la kita p mnum dulu..aku pun dah lapaq dah nii..sat g kita terai telepon dia lagi k" pujuk mak cik Eton.
Dato Putra mengambil frame gambar di hadapannya. Di tatap sayu dan diciumnya gambar itu.
"Sayang..dah hampir 5 tahun sayang tinggalkan abg..rindu sgt2 kat sayang..abg rasa mcm sayang ada sentiasa bersama abg..sayang, abg takut abg tak kuat hadapi hari mendatang tanpa sayang di sisi abg.." Dato Putra dengan lemahnya terus sebak dan keluar juga air mata jantannya.
Isteri tersayang yang bernama Halida.. Isteri yang terbaik buatnya. Namun, Tuhan lebih menyayangi isterinya. Meninggal kerana barah hati. Bermakna sudah 5 tahun Dato Putra menduda. Hatinya masih tertutup untuk mencari pengganti isterinya. |
|
|
|
|
|
|
|
Jam menunjukkan pukul 5 ptg. Jasmyn sudah bersiap siap mengemas kertas kerja di atas mejanya. Hsetnya dah bunyi bertalu talu.
"ngko bole bawk bersabar x Sam?!! nyampah betol aku.." bisik hati Jasmyn.
Dicapainya hbeg dan hset. Terus berjalan pantas menuju ke lif.
"Awal balik yeee..paper work yg sy sruh buat dah siap?"
Jasmyn terkejut. Dia terus menoleh ke belakang.
"eh, Dato..err..dah hampir siap.."
Pintu Lif terbuka. Mereka masuk ke dalam lif. Masing2 hanya mendiamkan diri. Sebaik terbuka pintu lif, terus Jasmyn melulu keluar mencari Sam. Sam sedar kehadiran Jasmyn. Dengan selambanya dia datang ke arah Jasmyn lalu mengucup pipi Jasmyn. Jasmyn dengan pantas menolak lembut.
"B, tolong laaa..tempat keje i nii.."
"heiii..dah pandai tolak2 dah.." kata Sam kasar.
"jgn nak gaduh sini erk..dah jom!" kata Jasmyn lalu menarik Sam keluar dari bangunan itu.
Dato Putra hanya memandang dari jauh.
Mak cik Salmah dan mak cik Eton sekali lagi berjalan ke arah public phone. No Jasmyn di dail semula. Panggilannya terjawab.
"Myn.."panggil mak cik Salmah lemah.
Jasmyn terdiam. Dia masih kenal suara tua itu. Hatinya tiba-tiba tersentuh mendengar suara itu. Tapi dia masih berdegil. Talian dimatikan.
"Mynn!! Myn!!" jerit mak cik Salmah lalu menangis.
"dia letak telepon ke Mah?" tanya mak cik Eton.
Mak cik Salmah mengangguk lemah.
Sam menolak kepala Jasmyn yang dilihatnya termenung. Jasmyn terkejut.
"apehal ni??" marah Jasmyn.
"xpyh nak drama sgt laaaaa..sape call td tu?? balak baru ke?"
"geram betol la aku ngan ngko ni!!! main tuduh2 jee..ko nak tau sgt ke sape yg call aku td?? mak angkat aku!! mak angkat aku yg kat kampung tu call.."
"ha?? org tua tu call?? hahahahaha..apehal cr ko tiba2 ni?? nak duit la tuuu"
"amboi2..sedapnya bcakap..ko nak rasa penumbuk aku ni ke???"
"hahahhahaha..ko nak aku rasa penumbuk ko erk..penumbuk aku ko nak rasa x??" kata Sam sambil menarik rambut Jasmyn. Jasmyn meronta kesakitan.
"sakitla setannn!!!"jerit Jasmyn. Gelagat mereka berdua diperhatikan orang sekeliling.
Sam menolak kepala Jasmyn dengan kasarnya.
"jgn bagi aku penampar muka ko erkk..dah pndai melawan dah kottt skarang ni" marah Sam lalu menghidupkan enjin motornya. |
|
|
|
|
|
|
|
hishhh...kasarnya cite ni...takut den
next! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 10# sarizu
maaf ye kwn2 semua kalau sesetengah ayat2 yg momey gunakan ini agak kasar utk diterima..tp pd hakikatnya, momey agak selesa kalu menulis mcm ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jasmyn dan Sam masuk ke dalam kondo yang penuh dengan jiran2 yg suke privasi itu. Sam mengunci pintu. Terus dia memeluk Jasmyn dari belakang.
"Please la, Sam.." Jasmyn menolak Sam perlahan.
Sam terkedu. Jasmyn banyak berubah. Dulu pantang aje di ajak, terus 'jalan' jeee. Kali ni dah banyak berubah. betol2 berubah.
"nape ni sayang??" tanya Sam sambil mencengkam lengan Jasmyn.
"Auuchhh!! sakit la Sam!!" Jasmyn meronta ronta utk dilepaskan. Jasmyn menolak Sam.
Sam tercabar.
"Ko dah byk berubah semenjak keje kat syarikat tu..ko dah ade balak lain ke???"
"adoi... B, brape kali i dah ckp.. i cuma ade u aje..xde dah yg lain dlm hati i nii"
"yeke?? yeke?? tp nape peluk ckit pun dah elak???"
"ishhh..please la B.. i letih laa..keje byk kat opis td.."
Sam dengan bengisnya dukung Jasmyn masuk ke bilik. Jasmyn meronta untuk diturunkan. Sam tidak bagi peluang. Erat pelukkannya.
"Please Sam!!! Pleaseeeee!!!! Lepaskan akuuuu" rayu Jasmyn sambil menolak badan Sam yang agak sasa itu.
Sam ketawa nakal sambil mengusap rambut Jasmyn.
" nape ni syg...mcm x biasa jee"
"sudah lah!!!" jerit Jasmyn lalu menendang tepat ke arah alat sulit si Sam tu. Padan muka!
Sam mengeluh kesakitan. Marahnya makin membara. Tiba-tiba pintu rumah diketuk. Mereka berdua saling berpandangan. Sama2 berfikiran mungkin pencegah maksiat yang mengetuk pintu tersbut.
Dato Putra hanya termenung duduk di kerusi belakang kereta BMW nya yang dipandu oleh Pak Mat, driver semenjak arwah ayahnya masih hidup. Pak Mat memandang Dato Putra melalui cermin pandang belakang.
" Dato ok ke??"
Dato Putra tersedar dari lamunan. Dia memandang Pak Mat. Senyuman mula terukir. Senyuman Dato Putra ini membuatkan ramai yang jatuh hati padanya tambah2 ade dua lesung pipit di kedua pipinya.
"Saya ok je, Pak Mat.. letih ckit..keje agak byk sejak dua menjak ni.. esk tgh hari nak g lawat tapak plak"
"Dato x ubah mcm arwah ayah Dato.. suka bekerja..tp keluarga tetap no. 1 hehehe.."
"betol tu, Pak mat..keluarga mesti di utamakan..tp, mak ngan ayah dah xde.. Halida pun sama..semua dah tinggalkan saya.. sunyi sgt2 saya, pak mat..rindu kat dorg" Dato Putra bernada sebak.
"Sabar, dato.. yg pergi tetap pergi.. kita juga suatu hari nnti akan ikut jejak langkah mereka.."
Dato Putra mengangguk perlahan.
"Eh, dato.. mcm mana dgn PA baru dato tu.. ok ke? cun x? hehe"
"haha...nakal gak erk pak mat nii.. ok je.. tp sy rasa sy kene byk ubah perangai dia.."
"nape plak, dato? ade masalah ke?"
Dato Putra membiarkan persoalan Pak Mat itu terus menjadi tanda tanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh tak kalau TT tak guna shortform..x syok la baca citer mcm tu...kalau sms ok la..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 13# sejuk
owh yeke..ok2..thanks akan diperbetolkan..hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Jasmyn dan Sam membetolkan pakaian masing-masing. Sam melepaskan nafasnya. Dia berjalan menuju ke arah pintu. Dilihatnya lubang cermin di pintu itu.
" Mangkuk betol!" Sam terus membuka pintu.
"Surprise!!!hahahaha" jerit Malik, Ana dan Zafrul. Mereka terus terjah masuk ke dalam kondo tersebut. Jasmyn terselamat. Dia mengambil tuala mandi lalu masuk ke dalam bilik air. Yang lain terus melepakkan diri di ruang tamu.
"Kaco daun la korang ni.." kata Sam sambil mengambil bantal lalu membaling ke arah Malik.
"hahahaha..tahan la ckit bro..malam ni baru kasi kaw2 punyeee..tol x Zaf??"
"yaaaa..betol tu! aku sokong ckp Malik..hahaha"
Sam ketawa nakal. Dia bangun lalu masuk ke dalam bilik Jasmyn. Zafrul, Malik dan Ana kusyuk main PS3. |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 3
Dato Putra merebahkan punggungnya di kerusi malas di taman halaman rumahnya. Tasbih masih berada di tangannya. Dengan sepintas lalu, wajah Jasmyn bermain difikirannya. Dia tersenyum sendirian apabila teringat gelagat PA nya itu semenjak mula-mula masuk sehingga sekarang. Tak ubah seperti anak kecil.
"Aku dah lalui semua tu sebelum kau, Jasmyn. Aku akan cuba ubah kau secara perlahan-lahan. Nasib kita lebih kurang sama saja. Anak yatim piatu. Perlu perhatian yang lebih.." bisik hati Dato Putra sendirian.
Jasmyn, Sam dah rakan-rakan yang lain berhenti makan di restoran Mee Abu. Semua mengambil tempat duduk berdekatan dengan pokok. Jasmyn seperti biasa duduk bersebelahan dengan Sam. Entahlah kenapa sejak kebelakangan ini, dia kurang selesa keluar dengan rakan-rakan yang suka membuang masa itu. Lumba haram laa..main judi laa..hhmmm.. Jasmyn melihat jam di tangannya. Jam menunjukkan pukul 10 mlm.
Sam menarik dagu Jasmyn. Mereka bertentang mata.
"Baru sampai dah nak balik ke? Jap g kita balik amik baju k" kata Sam lalu menggamit panggil waiter.
"Perlu ke pegi genting tu? esok i keje la, B.. Jangan la mcm nii.."
"i peduli ape..dulu bole je u ikut cakap i..nape sekarang senang-senang je u bantah?"
"i nak balik! Hantar i balik sekarang" Jasmyn mengambil helmet lalu bangun berjalan ke arah motor.
Rakan-rakan yang lain hanya memandang. Kekdahnya tak nak masuk campur. Sam bengang. Dia menarik lengan Jasmyn dengan kasarnya.
"Ngko x serik lagi ke?? Nak kena penampar dengan aku kot baru nak melutut kat aku.." Sam bercakap dengan egonya.
"Sudahlah! Kalau u x bole hantar i balik, i bole balik sendiri la!!! Blahh laaaa!!" jerit Jasmyn lalu membaling helmet itu ke tanah. Jasmyn berjalan pantas meninggalkan restoran itu.
"Ok fine!!! Pegi mampus la ko!! Jadi ape-ape kat ngko, jangan cari aku!!! aarrgghhhh!!! jerit Sam lalu menendang meja makan di sebelahnya.
Firdaus menghidupkan enjin keretanya. Gear kereta diubah. Kereta mula meluncur laju di jalan. Firdaus memasang radio 'Suria FM' radio kegemarannya. Firdaus dengan kusyuk melayan lagu yang berkumandang itu. Lampu isyarat berwarna merah. Perlahan-lahan kereta di hentikan. Tiba-tiba dia terpandang seseorang melintas di hadapannya. Cermin kereta diturunkan.
"Jasmyn!!!" jerit Firdaus.
Jasmyn menghentikan langkahnya. Dia memandang ke arah suara itu. Macam kenal. Owh! En Firdaus. Pegawai kepercayaan Dato Putra. Firdaus menggamit tangannya memanggil Jasmyn. Jasmyn berlari anak ke arahnya.
"Nak ke mana malam-malam ni, Myn?? Sorang je ke?"
"Saya nak balik tapi.."
"Tapi ape?? err..Lampu dah nak hijau tu. Meh la naik kereta saya. saya hantar pulang"
Tanpa bercakap banyak, Jasmyn terus masuk ke dalam kereta Firdaus.
Sam menggenggam tangganya erat. Ditahan amarahnya itu. Rakan-rakan yang lain tidak berani menegurnya. Malik menepuk perlahan belakang badan Sam.
"Sudahlah tu.. Biarkan dia kejap. Mungkin dia banyak keje perlu disettlekan.." pujuk Malik
"Ngko tahu ape?? Dia tu awek aku bkn awek ko!! Dia memang mencabar kesabaran aku.. Aku nak cari dia sekarang. Aku nak buat dia sampai dia sampai dia tak melawan cakap aku lagi" Sam bangun lalu mengambil helmetnya.
"Ko nak g mana ni?"
"Aku nak cari dia la!! Nak belasah dia sampai mati!!!"
"Oiii ko gila ka ape ni Sam?? Aku ikut ko.." Sam tidak peduli dengan kata-kata Malik itu. Dia terus memecut laju mencari Jasmyn. Malik mengejarnya dari belakang. |
|
|
|
|
|
|
|
Firdaus mengekalkan kelajuan 100km/j. Kejap-kejap dia mencuri memandang Jasmyn yang duduk selesa di sisinya. Jasmyn perasan. Tapi dia cuba kawal perasaan.
"Kampung di mana?" tiba-tiba Firdaus bersuara memecahkan kesunyian.
Jasmyn menoleh ke arahnya.
"Kampung saya di kedah. Saya ada mak angkat di sana. Saya anak tunggal. Mak ayah saya dah lama meninggal sejak saya dilahirkan. Mak ayah saya meninggal kemalangan. Mak angkat saya ni kawan baik mak saya. Saya memang anggap dia dah macam mak saya sendiri. Tapi semenjak.." Jasmyn terus mematikan ayatnya lalu memandang ke arah luar cermin kereta.
"Oh Shit!!!!" jerit kecil Jasmyn.
Firdaus hairan. "Kenapa ni??" tanya Firdaus.
"Boyfriend saya" jawab Jasmyn sambil menunjuk ke arah motosikal yang mengejarnya dari belakang.
"ha?? tapi dia tahu ke awak naik kereta saya?"
"tak.."
"kalau tak..bole la awak.."belum sempat Firdaus mengabiskan ayatnya, Jasmyn terus turun ke bawah seat kereta depan untuk sembunyikan diri. Jasmyn memberi tanda isyarat supaya Firdaus berkelakuan seperti biasa.
Sam dan Malik terus memecut laju memotong kereta Firdaus. Jasmyn terlepas. Namun hatinya masih berdebar. Sam memang pantang di cabar. Dah berapa orang yang dah koma dibelasahnya. Tapi atas dasar nama anak orang ternama, guna aje kuasa duit semua boleh jadi.
"Dah la tu. Bangun. Boyfriend awak tu dah lepas jauh dah.." kata Firdaussambil menarik tangan Jasmyn supaya bangun duduk di atas seat semula.
Jasmyn menurut. Dia membetulkan rambutnya yang ikal mayang paras dada itu. Memang tidak dinafikan, cukup cantik rambut Jasmyn yang merah keperangan itu. Untung kahwin campur ni. Baka untuk anak-anak pun cantik-cantik belaka.
"Saya suka tengok rambut awak, Jasmyn..cantik..?"puji Firdaus.
"biasa-biasa je.."
"awak kacukan erk?"
"mak saya memang asal kedah tapi ayah saya orang perancis..dia orang kenal masa keluarga mak saya berhijrah ke sana"
"ooo..menarik cerita awak ni..patutla dapat awak yang sejuk mata memandang..hehehe"
"adoi..pelik plak ayat mamat ni malam-malam buta macam ni.."bisik hati Jasmyn.
"eh, maaf. Saya harap awak tak salah faham. Saya hanya berkata jujur dari hati." kata firdaus membetulkan keadaan.
"tak pe..tak pe.. eh, Encik Firdaus bole hantar saya.."belum sempat Jasmyn menghabiskan ayatnya, telefon Firdaus berdering. Firdaus memberi isyarat supaya Jasmyn mendiamkan diri.
"Yes, bos!! hahhaha..tengah drive ni...ha?? Jumpa bos?? malam ni?? hahahaha..bole jee..tapi ade plak makhluk kat sebelah saya niii.."jawab Firdaus sambil memuncungkan mulutnya ke arah Jasmyn. Jasmyn membulatkan matanya.
"Ok, bos. Saya ke sana sekarang.." Firdaus mematikan talian. Dia memandang Jasmyn.
"Nak ikut saya pegi umah Dato tak?" tanya Firdaus selamba.
"Umah Dato?? Dato Putra?"
"Hahaha..yelaa..Dato mana lagi? Jom! Kita lepak-lepak jap. Saya dengan Dato dah lama berkawan. Hmmm..lebih kurang dah 8 tahun. Dia memang baik."terang Firdaus.
"Umur Dato berapa ye?? Tengok macam muda lagi.."
"hahaha..kami sama baya jee..umur 35 tahun.."
"ooo..muda lagi.."
"Kita singgah umah Dato jap k.. Minum-minum kopi" kata Firdaus lalu memecut laju. |
|
|
|
|
|
|
|
Malik memberi isyarat pada Sam yang berada di hadapannya untuk masuk ke stesyen minyak berdekatan. Kedua-duanya menghentikan motor. Sam membuka helmet. Dia membetulkan rambutnya.
"Dah la tu, Sam. Esok-esok la ko jumpa dia...Tengah masing-masing panas ni, macam-macam boleh berlaku.."pujuk Malik yang agak setia berkawan dengan si Sam ni.
"Aku sayang dia sangat-sangat, Malik.. Aku tak nak dia terlepas dekat orang lain.." terang Sam yang kadang-kadang jiwanya seperti bunga dalam taman.
"hahahaha..wei Sam! bukan aku nak cakap laa..ngko tu bole dapat awek lagi cun dari si Myn tu tau..heran betol aku..perempuan tu jugak yang ko nak.. atau sebab ko dah 'pakai' dia..kekdahnye nak bertanggungjawab la erkk..hahaha"
"pakai tetap pakai..tapi perempuan ni lain sikit la beb! Aku macam tak bole hidup tanpa dia.."
Malik hanya mampu ketawa kecil dan menggelengkan kepalanya.
Dato Putra menekan punat di remote pagar automatiknya. Kereta Perdana milik Firdaus memasuki perkarangan banglo Dato Putra. Dato Putra menyambung mereka dengan penuh senyuman. Dia yang hanya memakai kain pelekat dan t-shirt bola pada malam itu berjalan ke arah mereka.
Jasmyn memunculkan dirinya. Dato Putra agak terkejut. Dia cuba mengawal perasaan.
"Amboi, Firdaus..bawak awek datang plak yeee" kata Dato Putra sambil berjabat tangan dengan Firdaus. Mereka berdua ketawa kecil sambil memandang Jasmyn. Jasmyn hanya tersenyum sendiri.
"Saya dah nak hantar Jasmyn balik dah tadi tapi Dato boleh plak potong line saya ajak kami datang sini hahahaha"
Mereka berdua ketawa besar. Jasmyn masih mendiamkan diri.
"Dah-dah..jom kita berborak di sana.." ajak Dato Putra ke arah kerusi rehat yang dia duduk tadi.
Dato Putra, Firdaus dan Jasmyn berjalan seiring. Sesekali Dato Putra curi memandang Jasmyn. Jasmyn hanya menundukkan mukanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Sudah hampir setengah jam Dato Putra dan Firdaus berborak pasal kerja. Jasmyn sudah naik bosan. Nak campur borak kang tak kene cerita pulak.
"Maaf, Dato.. Saya nak guna bilik air boleh tak?" tanya Jasmyn menghentikan perbualan Dato Putra dan Firdaus itu.
"Boleh..Awak boleh guna bilik air dalam bilik tetamu saya..bilik tetamu saya di sebelah tangga..awak nak baring-baring dalam tu pun bole..hahaha" perli Dato Putra diikuti gelak ketawa Firdaus.
"Ceitt!!! Suka la tu erk dapat kenekan aku.."cebik Jasmyn dalam hati. Jasmyn bangun lalu berjalan masuk ke dalam Banglo Dato Putra yang tesergam indah itu.
Dato Putra dan Firdaus memandang Jasmyn berjalan masuk. Firdaus mula nakal. Dia menepuk-nepuk manja belakang Dato Putra.
"Dah terpikat ke??" usik Firdaus.
"ahahaha..suka la tu menyakat aku..tak de la.."
"cari jalan pun boleh tau dia dah kene 'pakai' dah tuu"
"manusia tak penah sempurna"
"susah la kalau nak berubah kalau boyfriend pun macam setan kott hahaha"
"dah penah jumpa ke boyfriend dia?? aku ingat dia single hahahaha"
"mat rempit kott..td jumpa tengah jalan..tapi dia macam mengelak je nak jumpa boyfriend dia tu..ada masalah kot"
Dato Putra hanya tersenyum.
Jasmyn keluar dari bilik air. Dia menuju ke ruang bilik tidur. Dia cuba merebahkan badannya di atas katil yang empuk itu. Wajah Sam mula bermain difikirannya. Sam, lelaki pertama yang telah meragut 'maruah'nya. Kerana cinta. Tetapi dia mengaku hidupnya tak penah tenang apabila setiap kali bersama Sam.
Jasmyn mungkin agak beruntung. Walaupun dirinya sudah diserah pada Sam, tetapi dia masih diberi duit dan rumah kondo tempat dia berteduh. Tapi bukan itu yang dia nak sebenarnya. Kerana Sam juga dia bergaduh besar dengan mak angkat nya, Mak cik Salmah itu. Banyak dosa yang dia telah lakukan. Hinanya diri itu.
Jasmyn cuba memejamkan matanya. Air mata mula mengalir laju. Dipeluk bantal erat-erat. Dia cuba mengawal suara tangisnya.
"Banyak dosa yang aku dah buat..semua kerana nafsu..semua kerana cinta..aku betol-betol pentingkan diri sendiri!!! hinanya aku ni.." Jasmyn melayan perasaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Firdaus melihat jam di tangannya.
"Dato, i dah nak kene balik la. Dah lewat dah ni. Esok pagi i bawak sekali kertas kerja ni. Esok tengah hari kan kita g johor tu?" kata Firdaus sambil mengemas kertas-kertas di atas meja.
"A'ah..rasanya satu malam je kot kita bermalam di sana. Dah abis keje, kita balik la.."
"Owh, ok.. eh, mana Jasmyn ni?? Betol-betol tido ke hahaha"
Mereka berdua ketawa kecil. Kemudian mereka bergerak masuk ke dalam rumah. Mak Jah, pembantu rumah berjalan ke arah Dato Putra.
"Kenapa, Dato?" tanya Mak Jah.
"Mana Cik Jasmyn?"
"Dalam bilik tetamu. Tido agaknya"
Dato Putra berjalan ke arah bilik tetamu. Pintu mula diketuk. Panggilannya tidak dijawab.
"Teman saya ye, Mak Jah. Saya nak bukak pintu ni. Riso pulak saya.." kata Dato Putra sambil diperhatikan Firdaus dari belakang. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|