CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6662|Reply: 34

5 Bandar Pelancongan Terbusuk di Dunia

[Copy link]
Post time 15-6-2012 11:06 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by novelloverzz at 15-6-2012 12:18

Menurut laman web Skyscanner.com seperti yang dilaporkan Courier Mail, terdapat 5 bandar di dunia yang mempunyai aroma yang kurang menyenangkan. Walaubagaimanapun, bandar-bandar tersebut masih lagi menjadi destinasi pilihan dan tumpuan masyarakat dunia.

1. Cancun, Mexico




Cancun terkenal dalam kalangan pelancong asing kerana keindahan pantainya. Selain itu, Cancun juga popular kerana baunya yang kurang menyenangkan. Kononnya, bau itu datang dari parit bawah tanah yang terletak dalam kawasan hotel-hotel mewah.


2. Venice, Itali

Kota ini sentiasa menjadi destinasi pilihan berbulan madu kerana ia memang terkenal di seluruh dunia sebagai kota romantis. Tetapi menjelang musim panas, aroma 'aneh' yang menyengat pastinya akan mengganggu bulan madu pelancong kerana pada masa itu pekerja pembersih sampah ditugaskan untuk membuang segala kekotoran ke dalam saluran.

3. Rotorua, New Zealand

Rotorua terkenal dengan kolam air panas semulajadinya. Namun, para pelancong mungkin akan terganggu dengan bau seakan-akan telur busuk yang berpunca daripada pembebasan gas hydrogen sulphide. Tidak hairanlah kenapa tempat ini juga dipanggil "Kota Sulphur".


4. St. Helen Auckland, Durham


Tempat ini mungkin bukan pilihan yang tepat sekiranya anda mahukan destinasi pelancongan yang mempunyai udara yang segar dan nyaman. Ini kerana terdapat ladang bawang yang sangat luas di tempat ini. Beberapa pengunjung mendakwa mereka tidak sanggup membuka tingkap bilik kerana bau bawang dari ladang tersebut sangat kuat.



5. Cote-'or, Perancis


Udara di daerah selatan Perancis ini kurang menyenangkan dan bau itu berpunca dari kilang mmbuat keju The Epoisses de Bourgogne. Keju tersebut memang terkenal memiliki bau yang busuk sehingga ia dilarang dibawa dalam pengangkutan awam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2012 11:14 AM | Show all posts
keju bau busuk????dilarang bawak nek bas??
tapi mesti org suka makan kan..macam durian gak
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 11:21 AM | Show all posts
busuk-busuk pun still jadi tempat perlancungan terkenal. Tapi kalau tempat tu busuk dan kotor mungkin tak boleh diterima
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 11:29 AM | Show all posts
Tengok tajuk thread ingatkan bandar-bandar negara dunia ketiga. Selepas baca, baru tahu kesemuanya dari negara-negara maju dan kaya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 12:15 PM | Show all posts
jakarta tak termasuk ke..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 12:21 PM | Show all posts
dpt imagine kalu dikelilingi bau keju...huhuhu...bole dtg kn rase muak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2012 12:25 PM | Show all posts
Bau keju peram memang amat meloyakan
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2012 01:31 AM | Show all posts
cantiknye cancun tp bau busuk plak~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2012 02:10 AM | Show all posts
paris itself smelly and dirty...among dirtiest town in europe i think
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2012 03:26 AM | Show all posts
igtkn india sbb dorg suka membuang merata...rupenye bukan...tmpt2 popular pn terlibat sama...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2012 03:58 AM | Show all posts
igtkn india sbb dorg suka membuang merata...rupenye bukan...tmpt2 popular pn terlibat sama...
zaliyana Post at 16-6-2012 03:26 AM



    india... teringat lawak russell peters...

http://www.youtube.com/watch?v=cUWSVTE17cE
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2012 03:34 PM | Show all posts
nasib baik malaysia x tersenarai
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2012 03:54 PM | Show all posts
alah busuk busuk pun ramai je orang pergi
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2012 04:33 PM | Show all posts
owwww...
tapi pemandangan sangat amazing!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2012 10:28 PM | Show all posts
Cantik la plak cancun tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2012 12:49 AM | Show all posts
kota bharu masih tidak tersenarai, maka sudah tentu bersih dan wangi senentiasa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2012 12:21 PM | Show all posts
apsal la nak melancong kat tempat2 busuk camni.. takdak faedah
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2012 12:38 PM | Show all posts
busuk tp cantik. ape citer..?
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2012 01:38 PM | Show all posts
rupenye tempat2 cantek ni (popular lar jugak) indah dari pandangan mata je.  
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2012 02:09 PM | Show all posts
Ianya x menjadi isu sgt...bila mata nampak cantik ,busuk tu ko tutup hidung pun OK. Tempat2 ini semua mmg pilihan pelancong ,xde kotor, cantik masyaALLAH mmg masyhur pula tu.

Mcm org...kalau dia sgt cantik ,tp part kentut mmg busuk..masih ada yg mampu bertahan.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.071935 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list