CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10706|Reply: 65

Dipaksa Gugur Kandungan Selaras Polisi Kerajaan China..Kejam...

[Copy link]
Post time 15-6-2012 02:38 PM | Show all posts |Read mode


China – Beberapa keping gambar yang menunjukkan seorang ibu muda terbaring di katil hospital bersama bayinya yang berlumuran darah selepas wanita itu dipaksa melakukan pengguguran ketika mengandung tujuh bulan, telah mencetuskan kemarahan penduduk di negara yang mengamalkan dasar satu anak satu keluarga itu.

Wanita itu, Feng Jianmei memberitahu media tempatan bahawa dia telah disuntik dengan bahan kimia untuk memaksa kandungan itu digugurkan, namun selepas 36 jam, bayi berkenaan masih belum dapat dikeluarkan.

Keadaan itu berlaku selepas Feng, yang telah mempunyai seorang anak, didenda membayar sebanyak £4,000 oleh pihak berkuasa tempatan kerana mengandung kali kedua.

Memandangkan dia tidak mempunyai wang untuk membayar denda itu, maka satu pasukan daripada unit perancang keluarga telah membawa wanita itu ke hospital untuk membolehkan pengguguran dilakukan.

“Saya memaklumkan bahawa saya tidak mempunyai wang kerana ibu mertua saya memerlukan duit untuk rawatan kansernya, dan selepas itu 20 orang kakitangan unit berkenaan telah datang ke rumah saya untuk dibawa ke hospital.

“Saya cuba melawan namun dipukul. Di hospital, saya telah disuntik dengan dos untuk membunuh bayi dalam kandungan. Ketika itu tiada seorang pun anggota keluarga saya yang dibenarkan berada di situ,” katanya.

Dalam pada itu, seorang aktivis yang berpengkalan di Amerika Syarikat, Chai Ling berkata, kejadian yang menimpa Feng menunjukkan bagaimana polisi satu anak satu keluarga telah menyebabkan keganasan menimpa wanita setiap hari di negara itu.

Aktivis All Girls Allowed itu turut memaklumkan, mereka telah bercakap dengan Feng dan suaminya, Deng Jiyuan selepas kejadian itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Perancang Keluarga, Li Yuongjou, menafikan insiden berkenaan sebaliknya memberitahu ‘Feng sendiri yang bersetuju untuk menggugurkan kandungan itu selepas beberapa pihaknya memberikan kesedaran kepada wanita berkenaan mengenai polisi terbabit.

Setakat ini tidak diketahui bagaimana Feng berjaya merakamkan gambar berkenaan namun aktivis percaya gambar itu adalah tulen.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2012 02:45 PM | Show all posts
kejamnya...apalah dosa bayi tu...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 02:49 PM | Show all posts
kesian yer baby tue..sedih aku tengok..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 03:01 PM | Show all posts
Reply 1# novelloverzz


   ini adalah transformasi kerajaan china... malaysia ptut buat polisi camni... kasi ajar sikit anak2 melayu yg suka buang budak... HARAP PM NAJIB KITA YG DAH TERIMA PANDA DUA EKOR BOLEH TERIMA SKALI POLISI KERAJAAN CHINA YG MMBERANGSANGKAN NI!

I LOVE PM...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 03:01 PM | Show all posts
dah digugurkan naper letak sebelah mak dia pulak. Sengal. Tak pasal2 maknyer leh meroyan tengok baby sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 03:27 PM | Show all posts
kesiannya....kat msia ni ada yg sengaja buang anak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2012 03:37 PM | Show all posts
kejamnya..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 03:41 PM | Show all posts
sorg je anak 1 family...sian la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2012 03:50 PM | Show all posts
kalo kat msia ramai lah yg suke terutama yang sesuka hati buang anak.. p jek hospital dah dpt gugur.. tp siyes kejam yg hamat
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 04:20 PM | Show all posts
tak berperikemanusian...kesiannya siibu
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 04:23 PM | Show all posts
aritu ade gak terbaca pasal isu cam ni gak tp ibu peknen 8 bulan siap kena belasah lagi..memang homo sapien pun gomen china ni..kekdahnya rakyat dah ramai sgt le tu smp xleh nk banak ramai2..sbb tu aku xpenah teringin nak pi atau tinggal kat china hohhhhh..gile kejam
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 04:29 PM | Show all posts
aritu ade gak terbaca pasal isu cam ni gak tp ibu peknen 8 bulan siap kena belasah lagi..memang homo ...
Suchi Post at 15-6-2012 04:23 PM



    aku tingin nk pi china
nk naik great wall kekdahnya...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 04:38 PM | Show all posts
tapi pelik kan..kalo china takleh beranak lebih dari satu or bayar denda, mesti ada klinik kerajaan yang supply pil perancang keluarga mcm kat malaysia nie ..

tapi yalah..sedangkan di malaysia percuma pun masih ada yang tak amik pil sampai hidup merempat (kununnya miskin dan byk anak..tak larat nak sara so nak org lain sedekahkah duit)..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 04:39 PM | Show all posts
aku tingin nk pi china
nk naik great wall kekdahnya...
hanadanisya Post at 15-6-2012 04:29 PM



dah pegi.. nak tercabut kaki ni.. terus taubat
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 04:43 PM | Show all posts
tapi pelik kan..kalo china takleh beranak lebih dari satu or bayar denda, mesti ada klinik kerajaan  ...
leylapple Post at 15-6-2012 04:38 PM



setau babe, dorang bagi beranak kali kedua jika anak pertama perempuan atau anak pertama bermasalah dari segi kesihatan. kalau beranak kali kedua pun perempuan, no more kali ketiga. ke dorang dah tukar no more kali kedua terus?
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 04:51 PM | Show all posts
Reply 13# leylapple


   hazab bila aku dgr org yg miskin anak bderet nih..dah tau x mampu bpada2 la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2012 06:22 PM | Show all posts
Terlalu kejam mau jadi trauma sepanjang hayat
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 08:33 PM | Show all posts
kejamnye..malang btl jd warganegara china
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 08:43 PM | Show all posts
Reply 1# novelloverzz

   go back to the ancient of time of China's great dynasty, but full of brutality.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 08:46 PM | Show all posts
Reply 1# novelloverzz


   bloody hell of this.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.132990 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list