Sudah agak lamajuga Flop Poppy sudah lama tidak muncul dengan produk atau album baru. Peminatmuzik tempatan sudah tentu tertunggu-tunggu buah tangan terbaru Flop Poppy,lebih-lebih lagi penyanyi kumpulan itu Andy.
Sebenarnyabukan tidak ada buah tangan baru tetapi malangnya menurut Andy peminat kumpulanFlop Poppy sukar untuk menerima karya barunya. Andy agak kecewa apabila albumkelima mereka, Rasa tidak begitu mendapat sambutan berbanding album sebelum ituseperti Cinta.
Demi untuk diterima kembali peminat muzik tempatan, Andy FlopPoppy kini telah muncul dengan kumpulan yang baru dan dinamakan The Malayan.Tetapi ini bukan bermakna, Flop Poppy sudah berkubur. Andy tetap menjadi vokaluntuk kedua-dua kumpulan ini.
“Sayabukan tak mahu keluar dengan produk atau album baru untuk Flop Poppy, tetapiorang sukar untuk terima lagu baru dan hanya sukakan lagu lama kami.Sehinggakan ada yang mahu kami keluarkan lagu-lagu lama yang popular sepertiCinta, Aku Dan Kamu dan banyak lagi dalam bentuk akustik pula.“Saya bukan apa, kalau orang masih tidak boleh terima Flop Poppydengan lagu baru kami, bagaimana produk baru saya hendak dihasilkan sertadijual. Jadi sebab itu, saya tubuhkan kumpulan baru The Malayan, untuk sayaberkarya lagi.”The Malayan sebenarnya telah ditubuhkan sejak dua tahun lalu.Dianggotai oleh ahli baru iaitu Khian (gitaris), Hafiz (pemain drum) termasukanaknya sendiri,Megat Daniel Azreen, 21 sebagai pemain Bass.“Genre muzik di The Malayan masih lagi saya dan mengikut arusmuzik terkini sebab itu single yang kami keluarkan mudah diterima oleh peminatmuzik tempatan. Single pertama kami iaitu Aku Bukan Lagenda sudah pun dimainkandi radio, manakala lagu 3 Kali menjadi OST untuk Cerekarama TV3 berjudul Alamak7 Hari Lagi. Jika tiada apa-apa halangan, kami akan melancarkan album pertamakami,” luahnya lagi.Sungguhpun begitu, Andy berkata dia akui masih bersama FlopPoppy untuk memenuhi jemputan nyanyian seperti persembahan korporat dansebagainya.“Flop Poppy masih lagi wujud dan saya merupakan penyanyi kepadadua kumpulan ini. Saya rasa tiada masalah selagi saya menghormati lagu disetiap kumpulan. Saya akan menyanyikan lagu Flop Poppy jika bersama band merekabegitu juga sebaliknya bila saya bersama The Malayan,” tambahnya lagi. Selain bakal keluardengan album The Malayan daripada kumpulan terbarunya itu, Andy banyakmelakukan kerja-kerja di balik tabir termasuk mencipta lagu tema untuk programmasakkan BABA’S cu-bits. Program masakkan BABA’S cu-bits yang dikendalikan ChefKamarul itu bakal ditayangkan di TV3 bermula 1 Julai setiap Ahad jam 7.30 malam.
kredit to : OH ARTIS |