CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3414|Reply: 21

Sambut Isteri Dengan Tandas ~ Isteri Lari Kerana Tandas..

[Copy link]
Post time 2-7-2012 07:41 AM | Show all posts |Read mode

BHARTI berdiri di luar tandas di rumah mertuanya di Kampung Vishnupur Khurd, Uttar Pradesh pada Rabu lalu.



Seorang isteri, Priyanka Bharti diberi sambutan meriah pada Rabu lalu semasa dia pulang semula ke rumah mertuanya selepas melarikan diri kerana ketiadaan tandas di Kampung Vishnupur Khurd, Uttar Pradesh, India.

Bharti turut merasmikan pembukaan sebuah tandas moden di rumah mertuanya itu yang turut disaksikan sejumlah orang.

Tandas itu turut dihiasi dengan bunga.

Pembinaan tandas itu dikendalikan pihak pengurusan pertubuhan perkhidmatan sosial antarabangsa, Sulabh.

Tandas itu dibina selepas berita Bharti melarikan diri tersebar di India.

Pertubuhan itu turut membina sebuah bilik mandi di rumah mertuanya.

Pengasas pertubuhan itu, Bindeshwar Pathak turut hadir pada majlis tersebut.

Sebelum ini dia meninggalkan rumah mertuanya selepas empat hari menginap kerana malu jika ditanya oleh keluarganya tentang lokasi tandas di rumah itu.

Bharti, 19, melarikan diri semasa keluarganya yang datang dari sebuah kampung lain mahu melawat dia di rumah mertuanya itu.

"Saya berpendapat saya tidak boleh tinggal di sebuah rumah yang membolehkan orang ramai mungkin melihat saya membuang air besar di luar rumah dengan cara yang tidak bersih," katanya kepada agensi berita AFP.

Dia berasa malu apabila terpaksa membuang air besar di kawasan lapang di luar rumah kerana ketiadaan tandas.

Bharti berkahwin dengan suaminya, Amarjeet Kumar, 20, pada tahun 2007.

Bagaimanapun, dia hanya mula tinggal di rumah mertuanya pada April lalu selepas umurnya mencecah 19 tahun.

Suami Bharti menganggap perkara yang paling penting buatnya ialah kepulangan isterinya.

"Saya malu apabila dia bertanya di mana tandas dan kami perlu memberitahunya untuk ke luar rumah (membuang air besar).

"Kini, tandas itu telah dibina dan kami perlu menjaga dan menggunakannya

Kredit: http://boyzonne-hijaurimba.blogspot.com/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2012 07:49 AM | Show all posts
yeahhh boleh melabur dgn aman
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2012 08:04 AM | Show all posts
Perlaburan lebih tenang tanpa cas tersembunyi... Hahaha~
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2012 09:16 AM | Show all posts
in india, 1 kebanggaan bg org2 kt sner klau umah tu ada toilet....
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2012 09:19 AM | Show all posts
finally...!!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2012 09:46 AM | Show all posts
Alahai.... pengotornya laa bila bini nak berak soh berak kat luar tengah2 tanah lapang...adoiii... tu dpt tandas tu seribu rahmat buat bini dia ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2012 10:23 AM | Show all posts
kalau aku pun..biarlah rumah buruk cemana pun..yang penting..toilet bersih dan okay.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2012 06:47 PM | Show all posts
Effective juga rajuknya akhirnya beliau berjaya mendapatkan apa yang dihajati iaitu tempat yang sesuai untuk membuang hajat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2012 08:08 PM | Show all posts
Nasib baik mertua bukan jenis yg selalu ditunjukkan dlm filem derang tu
Tapi kan sanggup pompuan ni mempertaruhkan rumahtangga nya demi sebuah jamban
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2012 08:26 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2012 09:21 PM | Show all posts
bagus menantu ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2012 10:32 PM | Show all posts
Aaaaaaaaaaahhh.....lega!
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2012 10:59 PM | Show all posts
kan aritu ade berita pertubuhan pembela wanita ke apa tah pun kata syarat nk kawen lelaki harus sediakan tandas sbb kaum wanita deme mmg x tahan dah susah sgt nak dpt umah yg ade tandas..apa kejadahlah depa ni tandas bertutup pun xleh nak bina
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2012 11:54 PM | Show all posts
sekali dpt siap bermozek tu.... ada berebut2 ddk kat dlm tandas lama2, menikmati nikmat membuang dgn nyaman.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2012 09:34 AM | Show all posts
untunglah perempuan tu, dapat tandas baru..tak sia-sialah dia lari
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2012 11:49 AM | Show all posts
macam ni pun ada ke..donia2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2012 03:11 PM | Show all posts
ohhhh besnya jadi dia,,,,,,,akhirnya suara hati ada jgk yg nak dengar, kalau aku lari merajuk mcm tu sorry la mak mentua nak pujuk balik kot, ahahahaha

good for her!
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2012 03:22 PM | Show all posts
bagoslah...dah dapat apa yang dihajati
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2012 03:39 PM | Show all posts
air ada tak tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2012 04:06 AM | Show all posts
No tandas no berak
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.321788 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list