CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7744|Reply: 24

Haiwan yang Paling Sukar diTemui di Muka Bumi

[Copy link]
Post time 5-7-2012 09:55 AM | Show all posts |Read mode

Entri kali ini khas buat pencinta haiwan sedunia. Hehe. Di bawah ni terdapat beberapa haiwan yang sangat sukar untuk ditemui. Kalau korang pergi ke zoo sekalipun, belum tentu dapat melihat haiwan-haiwan ini. Percaya atau tidak korang kena la baca entri ni sampai habis. Haiwan-haiwan ini kebiasaannya ditemui di tempat tersembunyi sepeti di dalam gua dan juga di laut dalam. Jom kita kenali satu demi satu haiwan 'pemalu' ni.

Dugong

Haa. Yang pertama ni mesti kita selalu dengar kan? Dugong. Tapi pernah tak korang tengok dengan mata sendiri? Dugong ni juga dikategorikan sebagai haiwan yang paling sukar ditemui di dunia. Dugong kebiasaannya ditemui di laut dalam. Tahukah anda, ekor dugong ni menyerupai ekor ikan lumba-lumba. Dugong memakan rumpai laut dan segala yang berada di dasar lautan dalam.



Monito Del Monte

Seterusnya haiwan yang sedikit comel ni. Pernah nampak kat mana-mana? Macam sudar glider pon ade jugak kan? Tapi ini la dia haiwan yang bernama Monito Del Monte. Sedap nama dia kan? Monito Del Monte ni berasal daripada Bahasa Sepanyol yang membawa makna "monyet kecil" yang kebiasaannya ditemui di Argentina dan wilayah-wilayah terdekat di Chili. Spesis ini telah dianggap sebagai pupus, tetapi ternyata spesis terancam ini masih ada dan ditemui oleh para pengkaji.



Olm

Olm? Itulah nama makhluk ini. Spesis ini ditemui pertama kalinya di Itali. Makhluk ini mempunyai tubuh yang panjang dan juga berkaki. Kebiasaannya hanya ditemui di dalam gua bawah tanah. Sedikit info lain mengenai makhluk ini ialah ia mempunyai sepasang mata tetapi ia buta dan tidak dapat melihat. Tetapi deria bau dan pendengarannya cukup hebat.




Solenodon

Solenodon, itulah nama si cilik ni. Ia merupakan spesis mamalia kecil yang berasal dari Kuba dan Hispanola. Makhluk ini mirip dengan tikus. Ia memiliki muncung yang panjang dan ekor yang bersisik. Awas! Tikus ini spesis beracun. Bisanya boleh jadi lebih bahaya daripada bisa ular.




Jenis kijang ini hanya boleh ditemui di Kawasan Gurun Sahara dan amat sukar untuk ditemui. Mempunyai tanduk yang panjang dan memiliki gigi seperti seekor lembu. Kalau buat kari mesti sedap ni. Hehe..



Hiu Berjumbai

Masa mula-mula saya tengok makhluk ni memang menakutkan. Hiu ini merupakan makhluk aneh di dalam dunia haiwan itu sendiri. Menurut sesetengah pihak, makhluk ini telah pupus pada zaman dinosaur lagi.

Tetapi ternyata semua kenyataan itu meleset sama sekali apabila baru-baru ini ada nelayan yang telah berjaya menangkapnya dan juga beberapa penemuan bangkai haiwan ini turut direkodkan.



Kelawar Bumblebee

Kelawar ini telah ditemui di beberapa buah gua batu kapur, di tenggara Thailand dan Burma. Bumblebee dewasa ini saiznya boleh mencecah seinci dari kepala ke ekor. Kecil je kan? Apa yang menarik mengenai kelawar ini ialah ia memiliki muncung yang persis seperti muncung khinzir.




Ichthyophis Kohtaoensis

Susah nak sebut nama spesis ni. Spesis ini boleh ditemui di Kemboja, Laos dan Thailand. Makhluk ini memiliki tubuh seperti ular panjang dan ia juga memiliki ekor yang runcing. Apa yang menarik mengenai makhluk ini ialah ia mempunyai otot yang mengawal rahangnya.





Kakapo

Kakapo ini merupakan spesis burung kakak tua dan ia merupakan satu-satunya spesis burung kakak tua yang tidak boleh terbang. Burung ini sangat-sangat sukar untuk ditemui dan seringkali dijual dengan harga yang sangat tinggi kerana ia merupakan antara burung yang terpintar.Burung ini boleh membesar sehingga beratnya mencapai lebih 8 kilogram. Cantik kan?


Kredit: http://kisahkitajer.blogspot.com/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2012 10:35 AM | Show all posts
Dugong dan manatee bukanlah penghuni laut dalam tapi kawasan pesisir pantai yang mana terdapat rumput laut. Sebab tu nama lain dugong/manatee ialah sea cow. takde rumput tu maka hapuslah dugong
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 10:38 AM | Show all posts
bestnya kalau dapat bela kakapo tuu
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 10:49 AM | Show all posts
ape yg bijak sgt kakapo tu?
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 11:30 AM | Show all posts
kakapo xleh terbang dah tu dia dok kat pokok tu cmna dia naik hah
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 11:31 AM | Show all posts
ape yg bijak sgt kakapo tu?
Loloq89 Post at 5-7-2012 10:49



    pandai berkata kata dan gelagat yg bijak mungkin
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2012 11:42 AM | Show all posts
pandai berkata kata dan gelagat yg bijak mungkin
cak! Post at 5-7-2012 11:31


mungkin le kot

p/s: jgn lupe kasi kacang kt fantasy euro
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 11:44 AM | Show all posts
teringin nk bela kakapo ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2012 11:52 AM | Show all posts
aku teringin nak Monito Del Monte tu...comel jer...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 12:15 PM | Show all posts
platipus mane xde dlm list?...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 12:54 PM | Show all posts
hiu berjumbai = rasa aku frilled shark. Frilled shark ni dah lama dah orang jumpa, sejak 1880an lagi jadi bukan la 'baru-baru ini dijumpai nelayan' atau 'pupus sejak zaman dinosaur'
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 01:02 PM | Show all posts
coelacanth x masuk lam senarai ek?...
arnab sumatera?..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 01:04 PM | Show all posts
then kelawar bumblebee tu sikit sgt ke?....hehehehe..kelawar, xkan idup sekor2 kot?....hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 01:06 PM | Show all posts


The Sumatran Striped Rabbit (Nesolagus netscheri), also known as the Sumatra Short-eared Rabbit or Sumatran Rabbit, is a rabbit found only in forest in the Barisan Mountains in western Sumatra, Indonesia. It is threatened due to habitat loss, leading the IUCN to rate it as Vulnerable.[2]
The Sumatran Striped Rabbit is usually about 40 cm (1 ft, 4 in) long, with tails 17mm long[3] . It is gray with brown stripes, with a red tail and rump, and the underside is white. It lives in forests at altitudes of 600-1400 metres. It is nocturnal, resting in the burrows of other animals. It usually eats the stalk and leaves of understory plants, but captive rabbits ate grain, and tropical fruits.[4]
Following a sighting in 1972, the Sumatran Striped Rabbit went unreported until an individual was photographed in 2000.[2] Since then there have been three reports of this species, all from the Bukit Barisan Selatan National Park: In January 2007 one was photographed with a camera trap,[5][6] in September 2008 one was photographed by a WWF scientist,[7] and in June 2009 one was observed.[8] In 2011 examples were photographed by a scientific team using camera traps in Bukit Barisan Seletan and Kerinci Seblat National Parks.[9]
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 02:24 PM | Show all posts
Amat penting haiwan yang sedia ada ni dipelihara supaya tak semakin pupus.  Apa pun kakapo tu cute juga mesti comel kalau tengok masa dia dok berjalan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 03:53 AM | Show all posts
good info!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2012 09:49 AM | Show all posts
Moga Allah melindungi haiwan ini...AMIN
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2012 12:22 PM | Show all posts
Ichthyophis Kohtaoensis
warna mcm coklat
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2012 12:44 PM | Show all posts
skeri tgk hiu berjumbai
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2012 02:56 PM | Show all posts
hehehe, kat malaysia takde ke haiwan2 yg rare?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.062431 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list