CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9407|Reply: 41

5 Kempen Iklan Paling Kontroversi Dalam Sejarah (18SX)

[Copy link]
Post time 5-7-2012 01:33 PM | Show all posts |Read mode

Iklan menjadi medium bagi menyampaikan mesej ringkas dan padat. Syarikat pengiklanan berlumba-lumba menghasilkan iklan yang kreatif dan mampu menarik perhatian orang ramai sekaligus memberi kesan positif dalam diri masyarakat. Namun, beberapa iklan di bawah ini menimbulkan persoalan dan kemarahan sesetengah golongan dan mesej yang ingin disampaikan juga telah disalahtafsir.


1. United Colors of Benetton-Unhate


Tiada lagi yang lebih kontoversi melainkan iklan yang memaparkan gambar pope 'bercium' dengan seorang imam. Iklan ini menimbulkan kemarahan penganut agama Kristian dan Islam di seluruh dunia. Iklan ini telah diletakkan di pusat perkembangan Katolik. Foto iklan ini merupakan siri kempen Benetton yang bertajuk Unhate. Dalam siri ini juga terdapat gambar di mana presiden Amerika Syarikat, Barack Obama 'mengucup mulut'  presiden China, Hu Jintao.



2. United Colors of Benetton-Angel and Devil


Selain Unhate, syarikat ini juga menimbulkan kontroversi dengan memaparkan iklan yang berunsur perkauman. Iklan bertajuk Angel and Devil telah diambil oleh jurugambar Itali, Oliviero Toscani pada tahun 1991. Iklan ini memaparkan kanak-kanak kulit putih mewakili malaikat di mana dia mempunyai rambut kerinting berwarna perang, bermata biru dan mempunyai gigi depan yang jarang di mana ia melambangkan kebijaksanaan, kecantikan, kebahagiaan dan kesuburan. Malangnya, kanak-kanak kulit hitam digambarkan memiliki rambut seakan-akan tanduk syaitan. Iklan ini dikritik dengan hebat dan ia menjadi begitu kontroversi sekitar era 90an.


3. Antonio Federici-Ice Cream Is Our Religion


Antonio Federici merupakan pengeluar ais krim yang telah mencetus kontroversi pada tahun 2010 yang lalu. Federici telah tampil dalam iklan bertajuk Ice Cream Is Our Religion yang memaparkan gambar model berpakaian seperti seorang paderi dan rahib dalam keadaan intim. Ia dikeluarkan pada tahun 2010 dan telah di-ban oleh UK's Advertising Standards Authority (ASA) .


4. Duncan Quinn


Iklan ini merupakan antara iklan yang paling seksi dan mengganggu. Ia memaparkan gambar di mana seorang lelaki menjerut seorang wanita dengan menggunakan tali lehernya. Wanita tersebut berada dalam keadaan separuh bogel dan kepalanya berdarah. Ekpresi muka model lelaki pula kelihatan begitu bersahaja dan berpuas hati.  Iklan ini dikritik kerana seolah-olah memaparkan mesej jenayah kejam.




5. N.K. Fairbank Co. – Why Doesn’t Your Mamma Wash You With Fairy Soap?


Iklan ini begitu kontroversi berikutan terdapat ayat di mana seorang kanak-kanak kulit putih bertanya soalan "Kenapa ibu kamu tidak memandikan kamu dengan sabun dongeng (fairy soap)?" kepada kanak-kanak kulit hitam. Ayat itu seolah-olah menunjukkan kanak-kanak kulit hitam tersebut kotor kerana kulitnya gelap. Iklan  ini disiarkan pada tahun 1860an di mana saat itu, bangsa kulit hitam dijadikan hamba dan dilayan dengan kejam oleh bangsa lain.

Kredit: http://www.myaxander.blogspot.com/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2012 01:54 PM | Show all posts
Iklan sabun tu betul2 mengambarkan betapa kuatnya isu perkauman dikala itu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 02:26 PM | Show all posts
mmg mengundang kontroversi
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 02:42 PM | Show all posts
kontroversi giler iklan2 tu....
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 02:44 PM | Show all posts
Benetton dr dulu mmg iklannya provokatif n penoh kontroversi. maybe sengaja.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 03:00 PM | Show all posts
memang mengundang kontroversi tul iklan2 dia orang ni.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2012 03:34 PM | Show all posts
racist and tidak menjaga sensitiviti betul
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 03:48 PM | Show all posts
bengong la sape yg buat iklan cenggini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2012 03:53 PM | Show all posts
duncan quinn tu produk apa?! napa macam tu sekali iklan dia? dia nak tunjuk apa sebenarnya...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 04:33 PM | Show all posts
Benetton dr dulu mmg iklannya provokatif n penoh kontroversi. maybe sengaja.
missus_meow Post at 5-7-2012 14:44



    Yup
Disengajakan utk meraih free publicity
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 04:34 PM | Show all posts
Iklan raya aidilfitri oleh TV3 x de kah?
Yg raya 1Malaysia agama campur2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 04:36 PM | Show all posts
duncan quinn tu produk apa?! napa macam tu sekali iklan dia? dia nak tunjuk apa sebenarnya...
butterkorn Post at 5-7-2012 15:53



    Kuar baju sut lelaki rasanya
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 04:43 PM | Show all posts
Kuar baju sut lelaki rasanya
solstice Post at 5-7-2012 16:36



    then apa kaitannya suit lelaki dgn buat perempuan macam tu?! kira kalau pakai suit dia leh la buat macam tu kt ppuan?! ceh
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 04:46 PM | Show all posts
Reply 13# butterkorn


    Itu lah yg depa dok tanya
Camno mayat sorang wanita berdarah atas keta leh jadi modal utk jual suit

Yg bawah ni lagi sadis
gamba sebenar pembunuhan ketua mafia di itali jadi iklan benetton

In 1992, Benetton's creative director Oliviero Toscani stirred controversy with a Benetton ad that featured an actual photo of a Mafia killing that took place 10 years earlier in Palermo, Italy. Photographer Franco Zecchi's bloody picture was met with resentment throughout Italy and the world... especially when the daughter of Benedetto Grado, the dead Sicilian in the picture, asked: "How does my father's death enter into publicity for sweaters?"
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 04:50 PM | Show all posts
Reply 2# Artemesiaa

Biasala bangsa yahudi nih, depa jugak yg memulakan perkauman dan mereka jugaklah yg menjadi "White Knight" yg membantah perkauman.... sama jugak apa saja dlm dunia ni...enviroment, perang semua ada permulaan dan penutupnya...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 04:50 PM | Show all posts
Reply  butterkorn


    Itu lah yg depa dok tanya
Camno mayat sorang wanita berdarah atas keta  ...
solstice Post at 5-7-2012 16:46



    haaaaa?!!! lagi tak masuk akal yang nieh.. adeh.. ngarut2 betul.. memang sengaja nak tarik perhatian ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2012 05:23 PM | Show all posts
dun play play... kat MY pun tak habes habes ngan iklan yang kontrobersi
Ingat tak Iklan raya TV3 tahun 2010 ...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 07:08 PM | Show all posts
huhu...kontroversi doe....
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 07:19 PM | Show all posts
tersentuh apa bila tgk iklan2 kat atas ni....{:3_83:}
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 08:48 PM | Show all posts
kesian jugak kat org kulit hitam...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.075149 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list