CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3044|Reply: 10

Tumor 23kg dalam perut wanita

[Copy link]
Post time 6-7-2012 09:03 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR menunjukkan tumor yang dikeluarkan dari dalam perut Evelyn.



NEW YORK – Tumor seberat 23 kilogram (kg) telah dikeluarkan dari dalam perut seorang wanita berusia 65 tahun, kata seorang doktor, David Dupree kelmarin.

“Dia merupakan seorang wanita yang kurus dengan mempunyai perut yang besar. Maksud saya ialah dia kelihatan seperti hamil kembar tiga,” katanya yang mengetuai pembedahan untuk mengeluarkan tumor tersebut.

Pembedahan selama lima jam itu dilakukan di Pusat Perubatan Riverview di Red Bank, New Jersey. Tumor 23kg dalam perut wanita

Wanita yang berasal dari Union Beach, New Jersey itu hanya mahu dikenali sebagai Evelyn.

Kira-kira enam hingga lapan minggu sebelum dirawat di hospital, wanita itu berasa tidak selesa dengan perutnya.

Dr. Dupree berkata, Evelyn mendapatkan bantuan perubatan pada 4 Jun lalu beberapa hari selepas hari ulang tahun kelahirannya yang ke-65.

Menurutnya, wanita itu sebelum ini menangguhkan untuk mendapatkan rawatan perubatan kerana dia tidak mempunyai insurans kesihatan.

Dia kemudian memperoleh insurans menerusi program penjagaan kesihatan yang dilaksanakan pemerintah Amerika Syarikat secara automatik kerana umurnya mencecah 65 tahun.

Ketika dia mendapatkan rawatan perubatan, berat badannya lebih 77kg. Evelyn dibedah selepas dia mengalami kesukaran pernafasan pada Ahad lalu.

Sebelum dibedah, kedua-dua kakinya bengkak kerana aliran darahnya terperangkap dan tubuhnya kekurangan air.

Imbasan X-ray menunjukkan tumor itu dikenali sebagai malignant sarcoma yang menghimpit saluran yang mengalirkan darah ke jantung.

Source: http://www.informasi.my/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2012 09:37 AM | Show all posts
besarnya tumor tu..., nasib baik dah selamat dikeluarkan
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 11:33 AM | Show all posts
would be good if one can see her before and after operation picture
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 05:28 PM | Show all posts
yo...besarnya tumor
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 08:36 PM | Show all posts
tak boleh bayangkan hidup bersama tumor sebesar tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2012 08:22 AM | Show all posts
nauzubillah....nsb lah slamat jalani pembedahan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2012 08:46 AM | Show all posts
takleh imagine camna dia hidup dgn tumor sebesar itu dlm perut dia. nak berjalan ke sana sini, jenuh...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2012 12:46 PM | Show all posts
besau nye...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2012 01:47 PM | Show all posts
erk...sedangkan mengandung yang beberapa kg saja dalam perut pon dah susah nak bawak...apatah lagi seberat 32kg....
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2012 10:39 AM | Show all posts
Camna yea dia bwk tumor seberat tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2012 10:41 AM | Show all posts
amboi besar nyer..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.109306 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list