CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2520|Reply: 9

PERKARA-PERKARA YANG DIANJURKAN KEPADA SEMUA USAHAWAN AMALKAN....

[Copy link]
Post time 11-7-2012 12:08 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by abby_nemo2 at 11-7-2012 00:11

Salam...

Ini nak sahut saranan Hazel23.....

Saya mulakan....nanti masing-masing share ilmu-ilmu yang ada kepada semua usahawan agar setiap apa yang diniagakan mendapat keberkatan dan perlindungan dari sebarang anasir-anasir yang tidak diingini....insya-Allah...

Pertama....niat...NAWAITU LILLAHITAALA...maksudnya setiap apa yang kita buat semata-mata untuk mencari redha Allah...Bila Allah redha kita, maka insya-Allah khazanah Allah milik kita...

Setiap amalan dimulakan dengan BISMILLAH...

Lagi sambung....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2012 03:50 AM | Show all posts
Post Last Edit by saudagarkampong at 11-7-2012 03:51

Alhamdulillah, muncul juga thread sebegini. Mari kita berkongsi ilmu yea. Ini adalah dari pengalaman saya sendiri.
Terlebih dahulu, untuk info, salah satu perniagaan yang saya usahakan adalah barangan
terpakai yang dijalankan secara online. Saya usahakan perniagaan ini sejak tahun 2010. Selepas dua tahun (ikut tahunan), iaitu pada awal tahun 2012 bulan Februari (seingat saya),
saya terjumpa hadis ini:

"Bismillahirrahmanirrahim
Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya; "Rasulullah saw. melarang kami jual beli dengan dua macam cara. Yaitu jual beli mulamasah dan munabadzah.
Mulamasah ialah si pembeli hanya menyentuh kain dagangan si penjual, malam atau siang, tanpa membalik-baliknya dengan teliti.
Munabadzah ialah si penjual melemparkan kain dagangannya kepada si pembeli, maka dengan begitu terjadilah jual beli
tanpa diberi kesempatan kepada pembeli untuk meneliti dan tanpa disetujuinya."

Hadis Shahih Muslim.


Aduh! Setelah lebih 2 tahun perniagaan online saya jalankan, baru terbaca hadis ini. Saya mengambil inisiatif dengan bertanyakan sahabat2, tapi tidak ada jawapan yang memuaskan. Kemudian saya cuba google untuk mencari jawapan yang lebih tepat, tetapi masih lagi tidak memuaskan. Ada yang kata boleh, dan ada yang kata tidak. Bagaimanapun, akhirnya saya berjumpa dengan seorang ustaz di sebuah masjid atas bukit di damansara damai. Menurut sahabat saya, ustaz ini adalah seorang ulama. Dia juga adalah bapa kepada 2 orang ulama di Malaysia.

Saya bertanyakanlah soalan saya kepada ustaz itu berkenaan status perniagaan online barangan terpakai yang saya jalankan. Jawapannya seakan bermaksud begini (saya tidak ingat butiran ayatnya satu-persatu): Perniagaan internet itu masih samar, banyak berlaku
kes penipuan,akad tidak jelas, ketidak-adilan boleh berlaku dan redha meredhai di antara satu sama lain adalah perlu. Redha-meredhai itu penting.
(Saya tidak tahu sama ada ini adalah syarah kepada hadis tersebut atau tidak tetapi ini adalah (lebih kurang maksud) percakapan hasil daripada topik
perbincangan kami itu hari).

Bagi saya hadis ini jelas UNTUK SAYA Dengan PERNIAGAAN YANG SAYA JALANKAN. Saya tidak merujuk kepada perniagaan orang lain. Saya menghentikan perniagaan online saya di blog, forum dan juga fb buat ketika ini sehingga ada penyelesaian lain yg tidak menyalahi.

Saya ingin mengingatkan diri saya sendiri dan juga sebagai perkongsian ilmu dengan usahawan-usahawan yang lain, selain daripada Halal dan Haram,
ketahuilah juga tentang hal-hal yang diperbolehkan dan yang tidak diperbolehkan dalam akad jual beli, dasar-dasar, prinsip-prinsip dan etika dalam berniaga.
Jika ada yang tidak pasti, rujuklah kepada mereka-mereka yang lebih arif dan benar.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2012 11:42 PM | Show all posts
Reply 1# abby_nemo2


    jadi bermakna pagi aku bukak kedai aku baca niat tu jer ker?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2012 03:13 PM | Show all posts
Salam...

Ini nak sahut saranan Hazel23.....

Saya mulakan....nanti masing-masing share ilmu-ilm ...
abby_nemo2 Post at 11-7-2012 00:08


ni kasi kasi kacang 100 credit!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2012 03:19 PM | Show all posts
setelah lama berniaga, barulah saya tersedar ... dan nak ajak yg lain pun sama2 (kalau bole).. tukarlah niat berniaga.

jika anda masih mempunyai niat berniaga untuk mengejar dunia - kelak dunia akan mengejar anda semula - masa tulah ibadat buat dgn tergesa2...

jika boleh - tukarlah niat berniaga sebagai ibadah kpd Allah.. insyaallah - jika redha allah yg kita cari - rezeki yg halal akan mengejar yg kita, yg haram akan menjauhi kita.

yg wajib jgn tinggal - dlm berniaga ZAKAT PERNIAGAAN itu WAJIB - setiap 1ringgit yg kita perolehi dari perniagaan - ada 2.5sen hak 8 asnaf - tergamak ke kita makan 2.5sen itu?

dan jika boleh pastikan kita berzakat dgn cara yg betul - jgn lak bayar zakat kat anak yatim lak...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2012 10:48 PM | Show all posts
Alhamdulillah, muncul juga thread sebegini. Mari kita berkongsi ilmu yea. Ini adalah dari pengalaman ...
saudagarkampong Post at 11-7-2012 03:50
dalam meniaga pun kena cari yang halal jugak..cam meniaga baju budak perempuan daku berhati hati jugak, walaupun budak kecik, tp kena tekankan bab aurat jugak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2012 12:06 AM | Show all posts
dalam meniaga pun kena cari yang halal jugak..cam meniaga baju budak perempuan daku berhati hati jug ...
remizati Post at 12-7-2012 22:48



    Betul lah tu... bab ini pun banyak yang perlu diteliti juga. Sebelum ni pernah juga supply baju bundle (campur)... hadoi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2012 12:52 PM | Show all posts
Post Last Edit by abby_nemo2 at 13-7-2012 12:53

Tambah lagi....

Cuba sama-sama kita jadikan solat sunat Dhuha satu amalan yang diwajibkan....kerana...

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya dalam riwayat  Abu Hurairah katanya:-

Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” - Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2012 02:23 PM | Show all posts
Alhamulillah n terima kasih, satu peringatan yg sgt simple. Tapi sangat jelas.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2012 10:18 PM | Show all posts
Jgn tidur lepas solat subuh - waktu tu Allah membahagi-bahagikan rezeki. Jika anda berniaga malam - lepas subuh tu tunggulah dulu sampai pukul 9am.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 10:08 AM GMT+8 , Processed in 0.134214 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list