Romania- Seorang wanita gipsi bernama Rifca Stanescu telah menjadi nenek yang termudadi dunia - ketika hanya berumur 23 tahun. Dilahirkan pada tahun 1985,Rifca mencabar kehendak keluarganya dan melarikan diri denganpenjual barang kemas, Ionel Stanescu ketika dia berumur 11 tahun danlelaki itu berumur 13 tahun. Setahun selepas mereka berkahwin, Rifca jatuhhamil dan melahirkan Maria.
Jodohnya telah dirancang dengan budak lelaki dari keluargalain namun cinta membuatnya ingin bersama dengan Ionel. Dalam budayagipsi, keperawanan amat berharga dan wanita dikahwinkan pada usia muda supayasuami boleh memastikan isteri mereka perawan (yang memberi kesan pada maskahwin). Kehilangan keperawanan bermaksud perjanjian kahwin dibatalkan.
"Ayah pernah menyerang suami saya dengan pisau. Beliau mahu suami sayamembayar 500,000 Lei sebagai pampasan. Malah keluarga saya membawa saya pulangtetapi selepas tiga hari, saya melarikan diri sekali lagi untuk kembali kepangkuan suami," Kata Rifca. Selepas kelahiran Maria,keluarga Ionel membayar bapa Rifca mas kahwin dan semuanya telahdiselesaikan dengan baik. Maria membuat keputusan untuk mengikut jejaklangkah Rifca dan berkahwin. Dalam tempoh enam bulan, dia telah hamil danmelahirkan Ion. Rifca tidak menghalang kehendak anaknya dan memberitahu bagaimanadalam masyarakat gipsi Romaniaia adalah perkara biasa bagi pasangan berkahwin muda.
kredit jennykaleyn.blogspot.com |