CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 22351|Reply: 33

15 FAKTA MENARIK ALLAHYARHAM TAN SRI P. RAMLEE

[Copy link]
Post time 13-7-2012 11:01 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by eizarz at 13-7-2012 16:53



Rata-rata orang Malaysia sangat mengenali dengan pelakon lagenda ini, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee bukan??? berkongsi fakta-fakta menarik yang sebelum ini kami sendiri juga tidak tahu. Mari kita baca…

1. Mempunyai empat jenis tandatangan dan dalam kad pengenalannya yang diisukan pada tahun 1964 setelah berpindah ke Kuala Lumpur dari Singapura, ruangan ‘race’ atau bangsa dibiarkan kosong.

2. Ketika kecil, selepas mengaji Quran, P. Ramlee akan berlakon di padang di hadapan kawan-kawannya dengan membawakan watak-watak wira seperti Hang Tuah, Robin hood, Zorro, Sea Hawk, Captain Blood dan Tarzan.

3. Terlalu kurus dan berjerawat batu ketika mudanya; suka ponteng sekolah, tidur dalam kelas, dan suka bermain dam. P. Ramlee bukan dari kalangan pelajar cemerlang. Beliau juga tidak gemar membaca – satu-satunya novel kegemaran P. Ramlee adalah berjudul ‘Atheis’ karya Achdiat K. Miharja.

4. Sangat meminati sepak takraw. P. Ramlee pernah menyumbangkan piala pusingan Oscar P Ramlee Sumbang Sih kepada Persatuan Sepak Takraw Singapura.

5. Azizah, lagu pertama yang menjulang namanya adalah inspirasi buah hatinya di Pulau Pinang; identiti wanita tersebut kekal misteri sehingga kini; mendapat bayaran royalti pertama bernilai RM3,000 dari syarikat T. Hemsley untuk lagu ini beberapa hari sebelum rusuhan Bertha Hertog atau Natrah pada tahun 1951.

6. Fasih berbahasa Jepun dan cekap bermain peralatan muzik seperti piano, gitar, biola, ukulele, trompet dan akordion. P. Ramlee tidak tahu bermain saksofon!

7. Lagu “Kewk Mambo” diinspirasikan daripada nama sahabat baiknya, Pengurus Produksi Malay Film Productions, Kwek Chip Jian.

8. Orang pertama mempersoalkan bayaran gaji pekerja-pekerja produksi; juga yang pertama memperkenalkan gabungan perkataan ‘pawagam’ (panggung wayang gambar); digunakan pada PAWAGAM P. RAMLEE (dulunya terletak berhampiran pusat membeli-belah Sogo dan Kompleks Pertama).

9. Jika di rumah, P. Ramlee selesa berpelikat yang dipakai bersama T-shirt Pagoda putih; suka memasak dan resipi ringkas kegemarannya adalah kacang panjang (digoreng hingga lembut) campur ikan bilis masak kicap.

10. Menu harian: ikan goreng dan ulam; ikan terubuk, kari ketam dan kuah laksa paling disukai; juga gemar berkunjung ke restoran Sup Setapak (masih wujud ke hari ini).

11. Tabiat pelik: suka mencium-cium aroma nasi kandar yang masih lekat di tangannya! Nasi Kandar ‘Line Clear’ adalah kegemaran P. Ramlee!

12. Sazali memainkan watak anak petani/peladang dalam filem Anak Bapak dan bersama anak-anak yang lain, mereka menjadi suara latar untuk lagu “Tolong Kami Bantu Kami” dalam filem 3 Abdul.

13. Mendengar lagu Jalak Lenteng nyanyian Rubiah berulang-ulang kali setiap kali berhadapan masalah.

14. Pernah ‘diboo’ dan disuruh turun pentas ketika menyanyi di Stadium Chin Woo, Kuala Lumpur menjelang kebangkitan irama pop-yeh-yeh.

15. Menghasilkan 18 buah filem dalam tempoh 8 tahun (1964 – 1972) dengan hanya menggunakan perkakasan ‘second-hand’ di Studio Merdeka, Ulu Kelang!


credit to katakcomel....
p/s:delete klo dah ade.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2012 01:31 PM | Show all posts
the malay legend
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2012 01:36 PM | Show all posts

15 FAKTA MENARIK ALLAHYARHAM TAN SRI P. RAMLEE

Suka tan sri p ramlee


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2012 02:48 PM | Show all posts
Reply 1# eizarz

jgn lupa letak kredit pd sumbernya...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2012 05:08 PM | Show all posts
orang yang menulis nie aga bersangkut paut dengan p ramlee ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2012 05:49 PM | Show all posts
Reply 1# eizarz


   p ramlee tk nk mengaku melayu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2012 06:41 PM | Show all posts
susah nak cari seperti beliau skrg . Al-Fatihah tuk beliau
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2012 07:20 PM | Show all posts
menarik sangat menarik.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2012 07:46 PM | Show all posts
semoga roh arwah di cucuri rahmat....... aminn.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2012 07:57 PM | Show all posts
p ramlee the best...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2012 08:00 PM | Show all posts
ada satu restoran nasi kandar "KUDU"..P Ramlee suka makan kat situ
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2012 10:13 PM | Show all posts
The evergreen idol.

P/s- aku teringat baru ni semasa dlm feri langkawi, pelancong dari arab pun gelak tgk citer Seniman Bujang Lapok.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2012 10:19 PM | Show all posts
baru skang aku tau pawagam tu singkatan dari panggung wayang gambar
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2012 10:41 PM | Show all posts
Reply 11# lennonmccartney


mintak alamatnya boleh?nk cuba lah
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2012 02:01 AM | Show all posts
baru skang aku tau pawagam tu singkatan dari panggung wayang gambar
nurul_akmar Post at 14-7-2012 22:19


kalau KUGIRAN ko tau tak
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2012 09:35 AM | Show all posts
KUGIRAN.... kumpulan gitar rancak... bleh tak???????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2012 09:42 AM | Show all posts
kalau KUGIRAN ko tau tak
masa_lalu Post at 15-7-2012 02:01



KUMPULAN GITAR RANCAK
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2012 02:29 PM | Show all posts
X sangka arwah x tau main saksafon.....dalam filem nmpk real
je dia main
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2012 02:57 PM | Show all posts
zaman kegemilangan kat singapore... bila p ramlee masuk KL terus makin sendu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2012 05:19 PM | Show all posts
X sangka arwah x tau main saksafon.....dalam filem nmpk real
je dia main
fifie_olin Post at 15-7-2012 14:29


       Ada terbaca ktne ntah bunyi saksofon utk lagu jeritan batinku dlm filem ibu mertuaku tu Datok Ahmad Nawab yg main...kalao salah sila betulkan...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.053916 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list