Mari lawat studio animasi ANIMONSTA yang sedang hot kerana animasi BoboiBoy buatan mereka. Tahukah anda walaupun studio ini baru berusia setahun jagung, ia sudah memenangi bebrapa anugerah berprestij industri. Studio Animonsta terletak di SME Technoproneure Centre 3 Cyberjaya. Pejabatnya kecil kerana hanya mempunyai 40 orang kakitangan. Apa yang kami rasa mengejutkan jumlah animator yang digunakan oleh mereka tak sampai 5 orang. Kesemua krew produksi diletakkan didalam bilik yang sama bagi memudahkan interkasi dan kolaborasi antara department. Boss pun duduk dalam bilik yang sama dan bukannya dalam bilik khas. Marhaen! Antara maklumat lain yang kami berkaya korek dari Animonsta ialah kos penghasilan satu musim BoboiBoy akan mencecah sehingga RM2 juta. Nampak macam angka yang besar tapi kami diberitahu ini sudah dikira murah jika dibandingkan dengan kos animasi dari luar negara. Oh dan silalah support barangan buatan tempatan. Belilah DVD serta merchandise orginial. Kalau Malaysian tak nak support Malaysian camne nak maju. BoboiBoy is awesome! Thanks Animonsta kerana membenarkan Blogserius melakukan lawatan ke studio anda. Semoga perancangan Boboiboy MOVIE akan menjadi kenyataan. Yes! Akan ada BoboiBoy movie yo! Pasti awesome!
Kredit: http://jennykaleyn.blogspot.com/ |