View: 9406|Reply: 23
|
Tragedi Pulau Sentosa Singapura
[Copy link]
|
|
Masih ingatkah anda disini tentang kejadian Tragedi yang berlaku di Pulau Sentosa Singapura pada pertengahan tahun 1983 dimana kereta kabel yang membawa penumpang dari Bukit Mount Faber ke Pulau Sentosa di selatan Singapura telah dilanggar oleh sebuah kapal tangki minyak mentah yang berpangkalan di Panama dan telah mengorbankan seramai 7 nyawa penumpangnya.Kejadian yang berlaku pada jam 06.30 petang waktu Singapura telah mengejutkan hampir keseluruhan warga Singapura pada hari terserbut dan disusuli pula dengan Malaysia.Dalam kejadian itu,kapal tangki tersebut telah melanggar hampir keseluruhan wayar kabel sokongan untuk gondola dan telah mengakibatkan beberapa buah gondola telah jatuh terhempas kedalam laut pada ketinggian lebih daripada 55 meter.Besi kerangka menara ( oil rig )yang terdapat pada permukaan dek kapal telah tersangkut pada kabel dan sekali gus turut merentap beberapa gondola kereta kabel dan yang lebih megejutkan 3 utas wayar kabel keluli itu turut terputus.Pasukan keselamatan termasuk pihak polis,bomba,serta SAF Singapura dikerahkan ke tempat kejadian bagi tujuan menyelamat.Beverapa penumpang yang masih tersangkut pada gondola kereta kabel di ketinggian lebih 55 meter telah berjaya diselamatkan tanpa mengalami sebarang kecederaan.Pasukan tentera udara Singapura turut menggunakan sebuah helikopter untuk mengambil penumpang yang terperangkap pada kegelapan malam iaitu jam 08.20 waktu Singapura dengan bantuan alatan keselamatan serta bantuan lampu limpah dari helikopter.Pihak yang berkenaan turut memberi penjelasan kepada umum dan juga pihak media tempatan mahupun antarabangsa,kejadian seumpamanya pertama kali berlaku sejak ia beroperasi pada tahun 1972.Seluruh Singapura turut bersimpati dengan kejadian ini dan juga bersimpati pada keluarga mangsa yang terlibat.
P/S : aku tepekkan gambar as proof ya...... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
[img][/img] |
|
|
|
|
|
|
|
[img][/img] |
|
|
|
|
|
|
|
[img][/img] |
|
|
|
|
|
|
|
Time cerita Eniwotok ni aku ada kat gerai makan tepi jalan Keppel Rd betul2 bawah tali cable. Sekarang gerai2 tu dah takda. Tapi kita tak dapat tengok dekat cabin2 yang kena sangkut dengan ada cabin dah jatuh dalam air, pasal polis block dari parking jadi tak dapat pergi dekat. Setakat tengok ambulance, bomba pergi balik. Helikopter2 sana sini. Yang sangkut tali bahagian Psa tower dengan Sentosa. Tali bahagian Mt Faber dengan Psa tower dorang dapat pusing kan, jadi yang cabin bahagian atas gerai yang aku rilek dorang dapat selamat kan. Nasib baik pun tu jam dah petang, tak ramai orang naik cable car. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 6# star_karat
PSA Tower yang dari Mt Faber ke Trade Centre selamat sebb station tu tak cross kawasan permukaan laut...tapi PSA Tower dari Trade Centre ke Sentosa yang kena.....putus tali tu kene rentap dgn Eniwotok..... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak salah aku yang mati pelancong India. Apa lah perasaan dorang time cabin tu jatuh terhempas menjunam. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 8# star_karat
Ntah..i tot masa sebelum kejadian tu mungkin dorang dah tak boleh nak wat apa bila lihat serombong kapal menghampiri cabin tuh...bila dah tkena dorang terpaksa terima ja....tapi tower cable car ni tinggi beb |
|
|
|
|
|
|
|
Sejak kejadian ni kerajaan Singapura mengarahkan benteng pemisah dibuat berhampiran pelabuhan kapal star cruise opposite Vivo City dibina bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku.Sekarang hanya kapal2 persiaran sahaja yang dibenarkan merentasi bawah laluan kereta kabel tersebut untuk berlabuh di dermaga Trade Centre |
|
|
|
|
|
|
|
oo..kreta kebel kat pulau sentosa ni mmg dah lama wujud rupanya. aku ingat baru lg sbb tempat tu cantik n nmpk mcm baru je. tp ngeri btl la bce psl kes kereta kebel ni.. nsb x ramai yg mati.. |
|
|
|
|
|
|
|
mana aku ingat, time tu aku baru lahir da..
x sangka kejadian tu pnah berlaku, ni da baca baru tahu! |
|
|
|
|
|
|
|
Memang horror gak baca cite ni kena pulak tahun depannya aku ikut rombongan sekolah pergi SG dan Pulau Sentosa mmg jadi tujuan. Nasib baik naik feri. Tapi sekarang ni pun kapal dah takleh lalu dah Selat tu sebab dah kena block dengan jembatan |
|
|
|
|
|
|
|
pernah naik.. gayatlah tinggi sangat.. |
|
|
|
|
|
|
|
baru je 2 hari lepas I gi universal studio, diorang bukak cerita ni la. dulu I pegi sentosa dgn family 2 x dah naik kereta kabel ni pernah terdengar tapi tak tahu tahun bila. Rupanya 1983 tak sangka dah lama la cabel car kat sana ni yek. |
|
|
|
|
|
|
|
aku naik cable mat cincang tu pon rasa nak putus nyawa gayat, ni betul2 jatuh dalam laut tuh, ngeri rasanya.... |
|
|
|
|
|
|
|
kapal yang langgar tu bukan kapal tangki tapi kapal penggerudi minyak. Tu pasal ada menara tu. |
|
|
|
|
|
|
|
memang horror sgt sgt..bayangkan kalau kita yang ada kat dalam gondola tu..nak lari kemana...redha je la kot? |
|
|
|
|
|
|
| |
|