Mesti korang pelik kan? Macam mana sebuah buku kalau tak dibaca boleh hilang tiba-tiba pulak? Selalunya, buku yang sering dibaca la yang akan hilang kalau pemilik nya letak buku tu merata-rata dan buku yang tidak dibaca akan kekal di tempat ia disimpan..Haa, kalau nak tahu macam mana buku tu boleh hilang, meh usha kat bawah ni..
Ia nya merupakan satu realiti dimana bila kita membeli buku, jarang kita membacanya dan akhirnya ia akan diliputi dengan habuk. Bagi mengatasi masalah ini, sebuah syarikat penerbit buku dari Argentina, Eterna Cadencia telah bekerjasama dengan sebuah agensi iklan yang dinamakan DRAFTFCB Buenos Aires untuk merangka satu cara bagi menggalakkan pembaca membaca buku.
Dengan ini, timbul idea untuk menggunakan dakwat khas yang boleh hilang selepas 2 bulan. Kehadiran cahaya dan udara dikatakan menjadi faktor untuk dakwat ini hilang. Dalam tempoh masa 2 bulan, keseluruhan dakwat akan hilang dan buku akan menjadi umpama kertas kosong. Apa yang menghairankan, idea yang dikemukakan ini mendapat reaksi positif daripada orang ramai dan mula memberi kesan kepada pembaca untuk mula membaca buku pada saat ia dibeli.
walau pun idea tu nampak bagus tuk menggalakkan orang membaca dengan kadar segera..tapi rasa membazir pulak sebab tulisan hilang akan menyebabkan buku tu langsung tak bernilai dan sukarkan tuk dibaca pada masa akan datang
walau pun idea tu nampak bagus tuk menggalakkan orang membaca dengan kadar segera..tapi rasa membazi ...
sapp73 Post at 16-7-2012 14:04
aku tak setuju kalau dakwat ni dibuat utk buku2 terutamanya buku2 rujukan.cuba bayangkan....
dakwat tu hilang lepas 2 bulan.
tak ke haru students nak buat rujukan yg mengambil masa berbulan2 malah bertahun2 tu?
kan..macam membazir beli buku mahal-mahal pastu lepas 2 bulan dah tak boleh baca..kalau letak kat library, habis satu library tak boleh baca sebab kat library tu buku-buku yang dah berkurun lamanya..idea ni tak praktikallah
Apa yang menghairankan, idea yang dikemukakan ini mendapat reaksi positif daripada orang ramai dan mula memberi kesan kepada pembaca untuk mula membaca buku pada saat ia dibeli.
mohtip??....
x sesuai tok buku yg berunsur kn ilmiah.....
idea yg nampak hebat tapi bodoh. bukan masalah orang beli buku tak baca. buku tu berkurun2 pun boleh dibaca. kenapa nak paksa orang baca sampai takat 2 bulan je. pastu tahun depan nak baca lagi kena beli buku baru yg sama untuk 2 bulan lagi? banyak cantik. bangang punya idea