CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1832|Reply: 6

Tahanan Disuruh Jana Elektrik Untuk Kurangkan Hukuman Di Penjara Brazil

[Copy link]
Post time 16-7-2012 09:31 PM | Show all posts |Read mode

Bagi sistem penjara dan kehakiman negara kita, hukuman seseorang penjenayah itu hanya boleh dikurangkan dengan perintah parol atau pun proses pengampunan daripada Yang Di-Pertuan Agong..Walaubagaimana pun, di Brazil terdapat cara yang unik bagi mengurangkan hukuman pesalah di sana..Nak tahu macam mana, meh usha kat bawah ni..
Sebuah penjara di Santa Rita de Sapucai mempunyai sebuah idea yang unik bagi mengurangkan hukuman tahanan di sana hanya dengan menyuruh mereka mengayuh sebuah basikal pegun. Selain mengalakkan kesihatan tubuh badan tahanan, kuasa elektrik yang dijana daripada basikal pegun akan digunakan untuk menjana kuasa sepuluh lampu jalan di sepanjang persiaran tepi sungai.


Program yang baru bermula semenjak dua bulan yang lalu ini telah mula memainkan peranan untuk membantu tahanan melakukan sesuatu yang konservatif kepada masyarakat dan pada masa yang sama dapat mengurangkan jumlah hukuman mereka. Walaupun sebahagian program itu mendapat kritikan, tahanan masih mendapat manfaat dan peluang untuk memperbaiki diri dan alam sekitar. Diilhamkan oleh hakim tempatan, program ini membenarkan tahanan untuk mengayuh basikal tersebut selama 8 jam sehari dan selepas 3 hari mengayuh dengan bersungguh-sungguh, hukuman mereka akan dikurangkan selama sehari.


Dengan inisiatif ini, Ronaldo de Silva, salah seorang tahanan di sana dapat mengelakkan dirinya daripada dikurang di sel sepanjang hari. Beliau telah berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 4 kilogram dan 20 hari dari hukumannya.


Tenaga elektrik ini kan disimpan di dalam bateri. Apabila hari gelap, tenaga elektrik yang dihasilkan ini akan digunakan untuk menyalakan lampu di jalan-jalan yang berdekatan. Setiap petang, pengawal akan meletakkan bateri-bateri tersebut di lampu jalan berkenaan dan pada setiap awal pagi, bateri tersebut akan dikutip semula untuk di cas semula.








Kredit: http://www.drysheet.blogspot.com/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2012 10:07 PM | Show all posts
Bersenam sambil menyumbang
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2012 10:35 PM | Show all posts
proses pengampunan daripada Yang Di-Pertuan Agong  
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2012 09:47 AM | Show all posts
wooooo..best tu..bleh kurus
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2012 03:19 PM | Show all posts
Reply 1# novelloverzz


   aku setuju benda ni dibuat kat malaysia... boleh tnb jana pendapatan lebih...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2012 04:44 PM | Show all posts
kreatip..
aku sokong idea nih
syarat..xde la pulak org dok curik bateri tuh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2012 05:03 PM | Show all posts
bagus idea ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.070622 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list