View: 2397|Reply: 13
|
Lagi Kes Tangan Di Makan Piranha Di China.
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by sara2511 at 18-7-2012 02:33
Beijing: Sebuah bandar di selatan China memberi amaran kepada penduduk supaya berhati-hati dengan ancaman piranha selepas ikan itu menyerang dua orang yang masuk ke dalam sungai.
Malah, pihak berkuasa bandar itu menawarkan hadiah wang tunai 1,000 yuan (RM500) setiap seekor ikan bagi sesiapa yang dapat menyerahkannya, hidup atau mati, lapor media di sini, semalam. Seorang penduduk, Zhang Kaibo, berkata tangannya terpaksa dijahit selepas tiga ikan itu menyerangnya ketika dia membasuh anjing peliharaannya di tepi sungai.
Dia berjaya menangkap seekor ikan itu tetapi ia mati tidak lama kemudian.“Ibu saya sudah memotongnya dan kami merancang untuk makan tetapi beberapa pegawai tempatan datang dan mengambilnya untuk tujuan kajian,” kata Zhang.
Penduduk diminta buru Piranha
Pihak berkuasa perbandaran Guangxi di Liuzhou meminta penduduk memburu dan menangkap ikan itu yang berasal dari Amerika Selatan.Ikan itu menggigit dua penduduk awal minggu ini ketika mangsa berada di Sungai Liujiang, lapor China Daily.
“Pihak berkuasa melarang penduduk menggunakan pukat untuk menangkap ikan di kawasan sungai yang lalu di bandar itu tetapi tidak di tempat lain kerana ada langkah keselamatan diambil.
“Selain itu, lima bot membawa nelayan berpengalaman sudah ditempatkan di sungai itu sejak Isnin lalu,” kata pegawai Liuzhou, Wei Yongwen.
“Selain itu, lebih 40 nelayan lain daripada sebuah persatuan memancing tempatan turut menyertai usaha ini. Mereka menggunakan cebisan kecil khinzir untuk mengumpan ikan itu,” katanya lagi.
Ada juga penduduk berkumpul di tepi tebing sungai membawa joran sendiri untuk membantu, katanya.
“Agak menakutkan ikan seperti itu berada di sungai ini. Saya tidak dapat berenang lagi di situ. Saya harap mereka dapat tangkap semua piranha dalam masa terdekat,” kata seorang penduduk, Liu Junjie.
Kebimbangan tidak berpanjangan
Bagaimanapun, kebimbangan pihak berkuasa dan penduduk tidak dijangka berpanjangan kerana ikan itu mati apabila suhu air turun di bawah 15 darjah Celcius di Guangxi terutama apabila tiba musim sejuk, kata China Daily.
Media China melaporkan, ikan itu mungkin dilepaskan oleh penduduk yang membelinya sebagai haiwan perhiasan dan pihak berkuasa kini melakukan pemeriksaan bagi menyekat jualannya.
Agensi
sumber: bharian.com.my
kredit amekaw.blogspot.com |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik lah kena ggt skit jer.. klo lama mau tinggal tulang je tuh..... |
|
|
|
|
|
|
|
tu baru seko
kalau satu kawan?
|
|
|
|
|
|
|
|
fuhhh....
gambo tu macam ibu jari dah ilang jee
ke mata aku dah rabun |
|
|
|
|
|
|
|
seriau nyer...awat ler pi lepas kat sungai pulak...kang dah beranak pinak...camner nak kawal populasi ikan tue...isk! |
|
|
|
|
|
|
|
ni bila x nak bela lepaskan dalam sungailah ni...sekarang dah start attack orang... |
|
|
|
|
|
|
|
bahaya ikan ni. orang yang melepaskan kan ikan ni dekat sungai sungguh tak bertanggungjawab.. dia tak pikir ke ikan bahaya |
|
|
|
|
|
|
|
Macam manalah nak memastikan sungai tu bebas Piranha. Takan sekor dua je hidup dalam sungai tu. |
|
|
|
|
|
|
|
China ni mcm2 je lah kes dorang..huh! |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik dia kena kat tangan, buatnya dia berada kat sungai paras lutut, habis lah dimakan dek piranha ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
ntah apa2 ..sempat lg ada plan nk makan ikan tu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 3# nameloo
makan berjemaah la depa... |
|
|
|
|
|
|
|
fuhhh....
gambo tu macam ibu jari dah ilang jee
ke mata aku dah rabun
foxs Post at 18-7-2012 08:42
haah la aku tengok un cm ibu jari dye ilang....takot siot ak...sibbek kat malaysia xde. |
|
|
|
|
|
|
| |
|