CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10842|Reply: 55

qazem nor x popular

[Copy link]
Post time 19-7-2012 02:07 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by sokmogitu at 19-7-2012 02:18

Qazem Nor: Saya Tak Popular Sebab Tiada Kontroversi[/url][url=http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=12409&c=1&s=1#]








[size=0.9em]
  • Hits1369
  • Komen1


Tags: qazem nor, kontroversi,kontroversi di twitter, pelakon berkontroversi, gambar kontroversi, pelakon kontroversi, tak popular, filem mafia, milea amelia, fifi natasya,
JANGAN TAK LIHAT

Teks oleh Syafiqah Jalal

Foto oleh Cipot Redz

MELAKA, 18 JULAI 2012: Meskipun sudah lebih 9 tahun berkecimpung di dalam dunia lakonan, namun nama pelakon, Qazem Nor dilihat masih belum cukup kuat lagi untuk dikenali peminat seni sehingga kini.

Malah, Qazem Nor turut mengakui dirinya tidak cukup popular sepertimana artis lelaki lain ianya berkemungkinan disebabkan tiadanya cerita-cerita berbentuk kontroversi peribadi yang ditonjolkannya selama ini.

"Saya sedar saya ini tidak sepopular pelakon lain. Selama ini pun, apabila saya berada di luar, orang tidak mengenali siapa nama saya tetapi mereka tahu saya ini pelakon.

"Saya tak kisah dan tidak terasa sangat dengan status populariti. Apa yang penting adalah saya dikenali dengan bakat saya oleh penerbit dan pengarah drama atau filem dalam dunia seni tempatan ini," katanya kepada murai.com.my di pelancaran filem Mafia di Hotel Renaissance, Melaka, Isnin lalu.

Sungguh pun begitu, bakat Qazem Nor banyak digilap di dalam drama bersiri di televisyen berbanding filem.

Namun, setelah kali pertama berlakon sebagai cameo di dalam filem Lu Pikirlah Sendiri, kini bakat lakonan Qazem Nor semakin dipercayai apabila dia ditawarkan pula untuk menjadi peneraju utama filem Mafia terbitan IMS Productions & Trading Sdn Bhd.

"Sebelum ini saya ada ditawarkan untuk berlakon filem. Namunkebanyakannya saya tolak kerana watak yang diberikan tidak cukup kuat untuk menaikkan nama saya dalam bidang ini.

"Kali ini, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya beraksi di layar perak.Lagipun, ini pertama kali saya ditawarkan berlakon sebagai watak utama dalam filem ini. Bagi saya, jika benar-benar mahu berlakon filem biarlah ianya akan terus memberi impak kepada industri filem tempatan," jelasnya lagi.

Selain Qazem Nor, filem bergenre aksi ini turut dibintangi pelakon baru seperti Fifi Natasya, Melia Amelia, Safra Aina, Chimay, Tony Tuah , Luke Wong dan ramai lagi.

Mengulas lanjut mengenai filem yang diarahkan Nurazmi Abdul Karim atau Mie Black itu, Qazem memberitahu peranannya dalam filem itu sangat mencabar kerana ia memerlukannya untuk memegang bakal akan memegang dua watak pada satu masa yang sama.

"Saya rasa agak berat juga untuk membawakan watak Amri yang mempunyai split personality di dalam filem ini yang mana satu adalah watak jahat atau antagonis dan satu lagi watak baik.

"Namun, saya sudah mula membuat beberapa persiapan untuk mendalami watak seseorang yang mempunyai karektor split personality seperti itu," tambahnya lagi.

Filem yang akan menjalani penggambaran bermula 22 Julai ini 2012 dijangka mengambil masa selama 30 hari untuk disiapkan dan akan menggunakan lokasi di sekitar bandaraya bersejarah Melaka dengan sepenuhnya.

Secara ringkas, Mafia mengisahkan mengenai kehidupan seorang pemuda bernama Amri yang hidup miskin dan berazam untuk mengubah hidupnya menjadi kaya walaupun terpaksa melibatkan diri dalam kancah jenayah yang merbahaya.

Dalam usahanya mencapai azamnya itu, Amir terpaksa mengharungi pelbagai cabaran sekalipun dia seorang pemuda yang dipandang baik dan warak oleh masyarakat kampungnya.

Filem ini dijangka menemui penonton pada tahun hadapan


***


cam popular la jugak kan? ke sendu?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2012 07:00 AM | Show all posts
qazeem ? who ????????????
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2012 08:43 AM | Show all posts
lor hai .. cter aper yang die berlakon??
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2012 08:56 AM | Show all posts
cer masuk PAS
femes la ko pasni
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2012 08:58 AM | Show all posts
SAPO die ni... ???????
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2012 08:59 AM | Show all posts
ntah sapo2.... baik ko letak gambar hamid gurkha je...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2012 09:07 AM | Show all posts
confius muka dia ngan zack x-factor yg berlakon si capik tu lebih kurang ek
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2012 09:16 AM | Show all posts
dia berlakon citer apa seblm nie, cam drama atau telefilem, x kenal lgsg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2012 09:18 AM | Show all posts
die ni muka die banyak berkuntum kat RTM jah.. mana ada orang tengok RTM sangat...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2012 09:50 AM | Show all posts
sapo plak ni..?
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2012 10:34 AM | Show all posts
dia ni rasanya aku pernah tgk dia berlakon dalam Quran Buruk (ke Tikar buruk ke ape tak igt hahaha.. stok2 cerita Rashid Sibir )

dalam cite tu ada arwah m. rajoli, wan maimunah, arwah yalal chin, n norlia ghani

best jgk cerita tu. sedih last2 m.rajoli kena bakar kot dalam pondok tu sebab yalal chin n wan maimunah (bini m.rajoli) buat. kiranya wan maimunah curang la. gituh. m.rajoli mcm biasa, bawak watak orang2 alim jah
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2012 12:48 PM | Show all posts
banyak ke drama si qazem ni belakon...ke hangat2 taik ayam....
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2012 12:50 PM | Show all posts
siapakah??
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2012 12:52 PM | Show all posts
cer tepek gmbr lain
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2012 12:54 PM | Show all posts
owh..aku da tau da..dia ni byk berlakon tp xfemes..selalu jadi kwn hero or extra je
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2012 01:08 PM | Show all posts
gambar kat atas tak clear sgt muka dia..ni ha..ambik

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2012 01:11 PM | Show all posts
lagi........


rasa dia ni banyak berlakon gak tapi may be bukan rezeki untuk terlebih fames kot
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2012 01:25 PM | Show all posts
Op koz la x fofuler sbb rupa tak ensem. Ce rupa cam Remy Ishak, Asrarudin tah hapa ke nama tu, Shahir....berdesupppp naik fofuleriti. Rozita Che Wan pun terbang menghimpit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2012 01:42 PM | Show all posts
tak popular jugak walaupun gigih main besi





cuba dia wat potoshoot camni, sure nama cepat naik

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2012 02:13 PM | Show all posts
lor dia ni ke? aku ingat dia ni bekas kumpulan boy band saing2 dani x-factor tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.093539 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list