Benarlah manusia sanggup melalukan apa sahaja demi insan yang dicintainya. Winston dan Janet Howes telah berkongsi hidup selama 33 tahun namun malangnya, Janet Howes telah meninggalkan suaminya 17 tahun yang lalu. Setelah isterinya meninggal dunia, Winston mendapat ilham untuk mengabadikan kisah cinta mereka dan mengenang pemergiannya isterinya.
Lelaki berusia 70 tahun itu tekad menanam ribuan pokok Oak di atas tanah seluas 6 hektar. Di tengah-tengah tanah itu, Winston membuat kawasan lapang yang berbentuk hati di mana bucu hujung hati itu menghala ke arah Wotton Hill, tempat asal mendiang isterinya.
Foto Winston Howes & mendiang isterinya pada tahun 1960an
Kisah lelaki tua ini tersimpan rapi dan hanya diketahui oleh ahli keluarganya. Ini kerana hasil kerja Winston hanya dapat dilihat dari udara, bukan di darat. Namun, kisah Winston menjadi sebutan ramai setelah Andy Collet, 42 yang sedang menaiki belon udara melintasi tanah milik keluarga Howes. Dia yang terpegun dengan hasil kerja Winston bertindak merakam foto pemandangan tanah milik warga emas itu dari udara.
Simbol cinta Winston Howes buat isterinya
Kredit: http://www.myaxander.blogspot.com/ |