Nama Mohammad Sohail kini menjadi sebutan di Amerika.Namanya menjadi sebutan dan mendapat liputan di arus media selepas seoranglelaki cuba merompak kedaiShirley Express iaitu kedai milik Mohammad Sohail di Shirley, New York
Perompak itu masuk dengan memegang tongkat baseball dan menuntut wang. TetapiSohail nekad dengan memutuskan untuk menarik keluar senapang.Perompak terkejutdengan tindakan Sohail dan dia terus melutut ke tanah. Sebenarnya senapang itutidak mempunyai peluru.
Perompak mula menangis seperti budak kecil, mengatakan diahanya merompak kedai kerana dia tidak punya pekerjaan dan keluarganya sudahtidak mempunyai bekalan makanan. Sohail kasihan selepas mendengar rintihanperompak tersebut
"Ketika saya melihat dia mulai menangis, saya dapat rasakan yang diaterdesak dalam hidupnya sehingga mengambil keputusan untuk mencuri"katanya kepada CNN.
Sohail meminta perompak itu berjanji supaya untuk tidak merompak lagi, kemudianmemberinya $ 40 dan roti. Lelaki itu menjawab dengan mengatakan ia inginmenjadi Muslim seperti Sohail. Sohail memberitahu dua kalimah syahadah danmemberikan nama Zardari Nawaz Sharif kepada perompak tersebut.
Sementara Sohail pergi untuk mendapatkan susu untuk perompak, perompak ituterus melarikan diri. Namun Sohail tidak menekan butang amaran selepas itu danmembiarkan perompak itu melarikan diri.
Selepas orang lain mengetahui tentang kebaikannya, mereka mula menghantar wangkepadanya. Tetapi Sohail tidak menggunakan untuk dirinya. Dia memutuskan untukmemberikan kepada orang orang yang tidak berkemampuan dengan menawarkan rotidan kopi setiap malam.
Minggu ini Sohail menerima surat tanpa alamat pengirim yang mengandungi$ 50 dan nota. Kandungan suratitu:
"Anda telah menukar keseluruhan hidup saya ... Pada waktu itu saya tidakpunyai duit, tidak punyai makanan, meja saya kosong, saya tak punyai kerja.Saya tahu ini kerja yang slah dengan merompak tetapi saya tidak punyai pilihan.Saya perlu memberi makanan kepada keluarga saya. Bila kamu acukan senapang, sayayakin 100% saya akan mati. " Tapi kamu telah menjadi inspirasi saya untuksaya menjadi "muslim sebenar"
"Saya sangat gembira bahawa seseorang itu telah mengubah hidupnya,"kata Sohail dalam temuramahnya dengan CNN. "Jika dia masih lagi melakukanjenayah, hidup dia takkan berubah. Jadi sekarang dia adalah orang yang baik didalam komuniti ini dan saya sangat gembira untuk itu. Dia tinggal keluar darimasalah, dia tidak dalam penjara, dan boleh mengurus keluarganya dengan baik . "
kredit dhania.blogspot.com
|