JILIN - Sebuahrestoran mi di Chinaberjaya menarik perhatian pengunjung dengan mempamerkan pekerjanya yang unik.Restoran itu memperkenalkan robot yang pandai membuat mi sebagai pekerjanya.
Restoran yang berada di Jilin,menarik para pengunjung untuk datang mencuba mi yang dibuat oleh robot yangdigelar 'Ultraman' tersebut.
Sementara itu pemilik restoran mengaku pekerjaannya ketikaini jauh lebih mudah. "Saya tidak perlu menggaji pekerja.Untuk kerja selama 12jam, robot ini hanya memerlukan elektrik sebanyak 3 kilowatt," ujarpemilik restoran Qian Hu.
Hu mengatakan kemampuan robot itu tidak jauh berbeza dengan kemampuan manusia.Bahkan, robot itu mampu membuat mi yang jauh lebih nipis dari kebiasaan.
Qian Hu membeli robot itu dengan harga 20 ribu Yuan dan dengan harga itu, Husangat bernasib baik kerana memiliki pekerja yang cekap.
|