CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6128|Reply: 23

Coli ada 600 tahun dulu

[Copy link]
Post time 20-7-2012 10:51 AM | Show all posts |Read mode

Universiti Innsbruck mempamerkan coli dan seluar dalam Zaman Pertengahan yang ditemui pada 2008.



















Arkeologi temui pakaian dalam Zaman Pertengahan

Vienna: Sejarah pakaian dalam wanita nampaknya terpaksa ditulis semula apabila kajian mendapati wanita sebenarnya sudah memakai coli sejak 600 tahun dulu.

Kenyataan Universiti Innsbruck kelmarin berkata, pakar arkeologi menemui empat coli linen Zaman Pertengahan di istana Austria. Pakar fesyen menyifatkan penemuan itu memeranjatkan kerana coli disangka hanya digunakan 100 tahun dulu apabila wanita meminggirkan korset ketat.

Sebaliknya, coli mula muncul diikuti korset, disusuli coli yang dihasilkan semula.

Satu daripadanya kelihatan seperti pakaian dalam moden, kata kurator fesyen bagi Muzium London, Hilary Davidson, sambil menambah ia penemuan mengagumkan.

Walaupun pakaian dalam linen itu digali pada 2008, ia tidak menjadi berita sehingga sekarang, kata pakar arkeologi yang bertanggungjawab menemuinya, Beatrix Nutz.
Beliau menyampaikan syarahan mengenai penemuan itu tahun lalu, tetapi maklumat cuma untuk pakar akademik sehingga disiarkan Majalah Sejarah Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

“Kami tidak percaya. Tiada pakaian seperti coli pada abad ke-15,” katanya dalam panggilan telefon dari bandar raya Tyrolean di Innsbruck.

Universiti berkenaan berkata, empat coli terbabit adalah antara lebih 2,700 serpihan tekstil, sebahagiannya linen, yang lain linen dicampur kapas, ditemui bercampur dengan kotoran, kayu, penyedut dan serpihan kulit.

“Empat tekstil linen menyamai coli zaman moden dengan satu daripadanya kelihatan seperti versi hari ini dengan dua tali untuk disangkut di bahu dan tali belakang,” katanya.

Pakaian dalam berkenaan bukan sekadar berfungsi sebaliknya dihiasi dengan renda dan hiasan lain, dipercayai bagi memuaskan pemakai.

Ketika lukisan zaman itu menunjukkan pakaian luar, ia tidak mendedahkan apa yang dipakai wanita di dalam. Davidson, menggambarkan penemuan itu sebagai sejenis kaitan yang hilang dalam sejarah pakaian dalam wanita. - AP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2012 12:52 PM | Show all posts
Sama je stylenya dari dulu sampai sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2012 05:50 PM | Show all posts
tipu lah mcmana diaorg jahit?
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2012 06:26 PM | Show all posts
tak heran sgt pasal coli ke hape...but kalau sanitary pad maybe kalau sesape dpt carik historynya dulu2..ape nenek moyang kte guna zamn dulu mase period
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2012 01:36 PM | Show all posts
sosimple posted on 20-7-2012 05:50 PM
tipu lah mcmana diaorg jahit?

apa nak heran . dari zaman nabi daud lagi orang dah pandai menjahit . bukan ke nabi daud tu dikurniakan kebolehan ilmu yang tinggi , suara yang lunak dan merdu serta pandai menjahit


Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2012 01:44 PM | Show all posts
sebelah koyak,sebelah x koyak coli 2,cam xcye jek
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2012 01:46 PM | Show all posts
mizsela posted on 20-7-2012 06:26 PM
tak heran sgt pasal coli ke hape...but kalau sanitary pad maybe kalau sesape dpt carik historynya du ...

pakai kain ajer....tapi kain tu dilipat2 sebelum dimasukkan ke dalam sluar dalam yang besar...

mak aku dulu pakai kain batik ajer..yang digunting jadi stgh saiz dia dan dilipat mcm bentuk pad....dibasuh dan pakai lagi...

sebab tu lah org muslim tak leh masuk ke tempat sholat sebab dikhuatiri mengotorkan tempat sholat...

skrg kita dah pakai pad....
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2012 02:17 PM | Show all posts
Madonna, perhaps should try this...hahha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2012 02:34 PM | Show all posts
dolu-dolu dh maju dan kreatip
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2012 04:56 PM | Show all posts
g string tu,,kelasss
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2012 05:59 PM | Show all posts
lebih kurang je mcm zaman skrg
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2012 06:01 PM | Show all posts
org kawasan tertentu ja pakai coli n spender, yg duk dalam hutan x pakai apa
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2012 07:10 PM | Show all posts
aku ingat underwear zaman dulu macam yg puak mormon tu pakai.



tengok film raja2 omputeh dulu, macam tu la pakaian dalamnya
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2012 08:50 PM | Show all posts
leylapple posted on 21-7-2012 01:46 PM
pakai kain ajer....tapi kain tu dilipat2 sebelum dimasukkan ke dalam sluar dalam yang besar...

...

ooh sebab tue......

haritue aku aku terbaca lepas aku tnye nie...orang dulu zaman takde kain plak..guna bulu binatang and rumput kering..dorang ikat kat pingang ke cmno tah

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2012 09:04 PM | Show all posts
Hehehe, ntah2 sesape punya yg tertingal kat sana masa tgh beromen, then terkambus selama beberapa tahun... kebetulan lak tmpt tu tetiba jadi tapak arkeologi... hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2012 11:53 PM | Show all posts

RE: Coli ada 600 tahun dulu

budakgraphic posted on 22-7-2012 09:04 PM
Hehehe, ntah2 sesape punya yg tertingal kat sana masa tgh beromen, then terkambus selama beberapa ta ...


hahaha..iols setuju yg ni..600 tahun boleh tak hancur..lain la plastik atau besi ke..ada gak logik khenn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2012 08:58 AM | Show all posts
info y menarikk....
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 09:54 AM | Show all posts
mizsela posted on 21-7-2012 08:50 PM
ooh sebab tue......

haritue aku aku terbaca lepas aku tnye nie...orang dulu zaman takde kain  ...

ko percaya ke dgn fakta kata org xde pakaian dulu??? mcm mana lak dgn zaman nabi Muhammad seribu tahun lebih. xkn zaman nabi pakai daun2 kering n bulu binatang kot. Dalam quran dh cakap zaman nabi daud lg dh ade kain tercipta. jgn percaya la dakyah profesor2 yg hak tuih semua tu. dorang tu pun bukan pandai sangat
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 10:10 AM | Show all posts
jejai posted on 22-7-2012 11:53 PM
hahaha..iols setuju yg ni..600 tahun boleh tak hancur..lain la plastik atau besi ke..ada gak log ...


Hehehe, itu ar pasal... Sebab setahu aku zaman2 dulu mostly semuanya patent yg mcm korset tu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 10:23 AM | Show all posts
ni 600 tahun kat benua Eropah ke? kalau kat Tanah Melayu plak guna apa time ni??
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 03:13 PM GMT+8 , Processed in 0.357063 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list