View: 17833|Reply: 57
|
Kekafiran Majoriti Para Sahabat Nabi menurut kitab-kitab Ahlus Sunnah
[Copy link]
|
UdiNo This user has been deleted
|
Page: 1
Adakah Para Sahabat Nabi SELURUHNYA Benar?
Kita sekarang berada menghadapi sebuah permasalahan yang besar dimana sejarah berdiri dihadapannya di dalam keadaan terbelenggu. Kebenarannya tersembunyi disebalik dakwaan-dakwaan yang Palsu. Perkataan-perkataan yang kosong menutupi jalan-jalan yang membawanya kepada kebenaran. Disekitarnya pula diukir dengan berbagai-bagai kekaburan dan kesamaran. Ianya Tidak Dikaji Secara Ilmiyah supaya pokok persoalan menjadi terang dan kebenaran itu akan lahir dengan sewajarnya.
Sebahagian ahli sejarah mencela Syiah Imamiyah dan mengaitkan perkara-perkara tertentu kepada mereka Tanpa Penelitian. Mereka menulis tanpa sebarang ikatan dan syarat. Menuduh Syiah Imamiyah tanpa perasaan keagamaan atau pendinding sentimen. Tuduhan yang terpenting adalah mengenai persoalan bahawa golongan Syiah Imamiyah mengkafirkan kebanyakan para sahabat hingga mewajibkan hukuman Kafir keatas mereka.
Tetapi pernahkah golongan Ahlus Sunnah meneliti setiap baris hujjah-hujjah Syiah Imamiyah mengenainya?. Apakah mereka membuat dakwaan tanpa-bukti-bukti yang kukuh atau sekadar hanya dakwaan palsu-palsu sahaja?!
Sebelum saya menghuraikan tajuk di atas, ingin sekali saya nyatakan bahawa golongan Syiah Imamiyah bukan sengaja mencari ‘pasal’ atau mencari-cari kesalahan para sahabat kerana berniat mahu memecah belahkan umat Islam. Demi Allah, bukan itu niatnya. Tetapi apa yang akan saya bentangkan dibawah ini adalah satu kenyataan dan realiti satu zaman dimana kesan dan pengaruhnya kekal hinggalah sekarang.
Umat hari ini berpegang kepada aqidah, hukum-hukum feqah dan seluruh cara hidup ‘beragama’ mereka dipengaruhi oleh para sahabat khususnya mereka yang saya sebutkan di atas. Pendek kata agama mereka adalah agama sahabat bukan agama Allah dan Rasul-Nya serta yang diwarisi oleh para Ahlul Bait Nabi yang suci. Kerana apa?. Kerana mereka khususnya golongan Ahlus Sunnah terlalu mengagung-agungkan para sahabat khususnya Abu Bakar, Umar dan Utsman hingga kesalahan mereka ditutup dan segala tingkah laku mereka yang bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah cuba ditakwilkan hingga nampak pada zahirnya macam satu kebaikan dan syariat demi menjaga kedudukan dan taraf mereka yang digelar ‘Sahabat Nabi’. Seterusnya segala amalan-amalan mereka dijadikan contoh dan digunapakai oleh umat Islam sebagai satu sunnah…syariat.
Bukankah kita sering mendengar orang-orang Ahlus Sunnah membuat dakwaan apabila peribadi sahabat-sahabat Nabi dipertikaikan, mereka akan berkata: Mengapa kita mahu mempertikaikan peribadi mereka? Bukankah Allah yang mengatakan bahawa para sahabat Nabi adalah adil, maka tidak patut kita mempertikaikannya lagi. Tambahan pula, kita tidak akan mengenal Islam (kononnya) kalau tidak kerana para sahabat.
Apakah ada kebenaran membuat dakwaan begini?
Hujjah Ahlus Sunnah yang sering digunapakai bagi memperkukuhkan dakwaan tersebut adalah seperti surah at-Taubah: 100 yang bermaksud:
"Dan orang-orang yang terdahulu dari kalangan orang-orang Muhajirin dan Ansar (Para sahabat) dan orang-orang yang mengikuti jejak langkah mereka dengan kebaikan. Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Allah, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir dibawahnya beberapa sungai. Mereka kekal didalamnya buat selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar"
Secara keseluruhan jika dipandang ayat ini memang seakan-akan membuktikan keadilan dan kebenaran para sahabat keseluruhannya. Tetapi sayangnya mereka tidak menghabiskan ayat tersebut iaitu ayat yang 101 didalam surah yang sama yang berbunyi:
"Dan di antara orang-orang disekeliling kamu dari orang-orang arab ada yang bersifat Munafik! Dan demikian juga sebahagian dari penduduk Madinah, mereka keras (tebal) dengan sifat kemunafikan. Engkau tidak mengetahuinya bahkan Kami-lah yang mengetahui mereka. Kami akan azab mereka berulang-ulang kemudian mereka dikembalikan kepada azab yang besar"
Jelas bukti wujudnya sahabat yang MUNAFIK kerana tiada lain tinggal di Madinah melainkan ada ramai sahabat disana.
Perasaan golongan Ahlus Sunnah terhadap para sahabat seperti kata pujangga arab:
“`Ainur Ridha `An `Aibin Kalilatin, Walakin `Ainus Sukhti Tubdil Masawiya”
“Kesalahan Dan Keaiban Akan Kabur Menerusi Mata Cinta, Tetapi Keburukan Akan Terbongkar Menerusi Mata Kebencian”
Jika mereka membuat hujjah kerana para sahabatlah kita dapat menerima kenikmatan Islam maka ini adalah hujjah yang lemah. Jika anda melihat dari sudut yang positif pada zahirnya memang nampak para sahabat ini hebat. Meskipun begitu, tidak dinafikan bahawa pada zaman pemerintahan sahabat banyak negara-negara yang ditawan dan dijajah. Tetapi tidak terfikirkah anda yang mereka juga mahu meluaskan jajahan mereka dan mengaut keuntungan dari hasil-hasil setiap negara yang mereka jajah demi kepentingan diri sendiri.
Setiap pemerintah sememangnya tidak lari dari bersikap mahu menjajah agar kekuasaan pemerintahan mereka akan menjadi luas dan segala hasil-hasil negara akan dimiliki. Golongan kafir zimmi akan membayar jizyah (wang keselamatan) kepada pemerintah sementara raja-raja yang kurang upaya terpaksa membayar ufti agar hubungan negara mereka baik dan aman manakala setiap negara dibawah jajahan perlu membayar berbagai jenis cukai. Maka persoalannya, apakah pada zaman pemerintahan sahabat tidak ada langsung niat mahu menjadi kaya raya dengan cara yang cepat? Mereka maksum? Tiada lansung terlintas di hati untuk melakukan kejahatan?
Dalam membuat penjajahan tersebut secara tidak langsung Islam juga masuk ke dalam setiap negara yang dijajah tetapi syariatnya adalah syariat para sahabat. Syariat yang sudah digubal dan diselewengkan oleh mereka hingga ‘sunnah’ para sahabat bagaikan satu syariat Islam. Apakah segala ‘sunnah’ mereka itu dari Allah dan Rasul-Nya? Tidak mungkin bahkan mustahil ia sebuah ilham dari Allah jika ianya bertentangan dengan syariat Allah yang diturunkan kepada Rasul-Nya!! Bila mereka bertindak diluar kawalan al-Quran dan as-Sunnah, maka apakah mungkin mereka menjalankan hukum Islam yang sebenar?!. Secara langsung mereka telah melaksanakan hukum Thagut atau lebih jelas lagi hukum Jahiliyyah dan berlaku zalim ke atas umat dan diri mereka sendiri. Firman Allah s.w.t di dalam surah al-Maidah: 45 yang berbunyi:
“Barangsiapa yang tidak melaksanakan hukum yang diturunkan Allah, maka sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang zalim”
Pendek kata: “Menjajah atas nama Islam kerana kepentingan peribadi”
Para sahabat bukan golongan yang maksum. Dan bila mereka bukan maksum maka segala tindak tanduknya akan di awasi dan dipengaruhi oleh nafsu dan syaitan durjana. Tidak dinafikan juga bahawa ada di antara sahabat yang soleh dan bertaqwa, tetapi itu juga masih tidak menjamin sebuah kebenaran. Perhatikan ayat berikut yang difirmankan oleh Allah di dalam surah al-A`araf: 201
"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa bila mereka ditimpa was-was (bisikan jahat) dari syaitan, mereka ingat pada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (nampak) segala kesalahannya"
Ayat ini jelas membuktikan bahawa mereka yang bertaqwa juga masih mampu diganggu dan diragukan oleh syaitan durjana lalu membuat kesalahan. Jadi bagaimanakah kita umat Islam mahu mengikut seseorang |
|
|
|
|
|
|
UdiNo This user has been deleted
|
Kekafiran majoriti Para sahabat Nabi..
Page: 2
jika dia sendiri tidak suci dan boleh membuat silap, apatah lagi dalam soal keagamaan khususnya aqidah kepada Allah. Fahamilah!
Akan saya buktikan hujjah-hujjah mereka bagi membuktikan bahawa benar KEBANYAKAN para sahabat Nabi adalah Munafik, Fasiq bahkan Kafir. Meskipun begitu Syiah Imamiyah tidak menafikan bahawa Memang ada segelintir sahabat yang benar-benar Ikhlas dalam persahabaannya dengan Nabi demi mengangungkan kemuliaan Islam diseluruh alam.
Persoalan Sahabat
Pokok permasalahan terbahagi kepada 3 bahagian:
1- Sahabat SEMUANYA adil, amanah dan benar tanpa terkecuali. Mereka juga adalah para Mujtahid (tempat sumber rujukan utama Islam). Ini adalah pendapat Jumhur Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
2- Sahabat seperti orang lain, ada yang adil, amanah dan benar, begitu juga ada yang Fasiq kerana mereka Dinilai berdasarkan perbuatan mereka. Oleh itu yang baik diberi ganjaran kerana kebaikannya dan juga sebaliknya. Ini adalah pendapat Syiah Imamiyah.
3- Semua sahabat adalah kafir. Ini adalah dakwaan Khawarij yang telah terkeluar dari pada Islam.
Adapun pendapat ketiga adalah Terbatal secara Ijma` (sepakatan Sunnah dan Syiah) kerana ianya hanya diucapkan oleh musuh-musuh Islam.
Sementara pendapat yang pertama seakan-akan mendakwa kesucian atau kemaksuman terhadap sahabat atau jatuhnya taklif daripada mereka. Ini adalah perkara yang tidak diakui oleh Islam dan tidak termasuk dalam ajaran-ajarannya dan inilah apa yang dipegang teguh oleh Ahlus Sunnah. Akan saya kemukakan Hujjah-Hujjah mengenainya.
Manakala pendapat kedua ialah pendapat yang dipegang oleh Syiah Imamiyah iaitu menilai kedudukan para sahabat berdasarkan amalan dan darjat keimanan mereka.
Secara terperinci, Syiah Imamiyah mengkategorikan sahabat kepada 3 bahagian:
Pertama – Golongan sahabat yang baik yang telah mengenal Allah dan Rasul-Nya dengan pengetahuan yang sempurna. Mereka pernah membait (sumpah janji setia) dan bersedia berkorban untuknya. Menemaninya dengan jujur dalam ucapan dan bersikap penuh ikhlas dalam tindakan. Mereka tidak berpaling dari jalan Rasul sepeninggalan baginda, bahkan tetap setia dengan janji-janjinya. Mereka telah memperolehi pujian dari Allah dalam sejumlah ayat-ayat-Nya. Rasul juga memujinya didalam banyak bahagian sabda-sabdanya. Mereka disebut oleh golongan Syiah Imamiyah dengan penuh hormat dan takzim. Apabila nama mereka disebut, maka ia disebut dengan mengucapkan kalimah "Radhiyallahu 'Anhum".
Kedua – Kelompok sahabat yang memeluk Islam dan ikut Rasulullah kerana suatu tujuan, menginginkan sesuatu atau takut pada sesuatu. Mereka meminta jasa dari Rasulullah atas keislaman mereka. Kadang-kadang mereka mengganggu Nabi dan tidak patuh pada perintah atau larangannya. Bahkan mengutamakan pendapat sendiri dihadapan nas-nas yang jelas, sehingga Allah menurunkan untuk mereka ayat yang mencela atau kadang-kadang yang mengancam mereka. Dalam banyak ayat. Allah telah mempermalukan mereka dan Rasul juga telah memperingatkan mereka dalam banyak sabdanya. Kepada sahabat jenis ini golongan Syiah Imamiyah memang tidak menghormati mereka apalagi mentaqdiskan mereka.
Ketiga – Kelompok munafik yang menemani Rasul kerana ingin memperdayakannya. Mereka menampakkan diri sebagai Muslim sementara hati mereka menyimpan kekufuran. Mereka mendekatkan diri kepada Islam agar dapat memperdayakan kaum muslimin. Allah telah menurunkan satu surah penuh yang membuka pekong-pekong mereka. Disebutkan juga didalam ayat-ayat lain tentang mereka dan mengancam mereka dengan siksa api neraka yang sangat pedih. Rasul juga menyebut dan mengancam mereka. Sebahagian sahabat telah diberitahu nama-nama mereka dan tanda-tandanya. Golongan Syiah Imamiyah melaknat dan menjauhkan diri dari mereka.
Inilah pembahagian kategori sahabat disisi Syiah Imamiyah. Tetapi sebelum saya mengemukakan hujjah-hujjah mereka bagi menyokong dakwaan-dakwaan tersebut, ingin saya bawakan definisi Sahabat yang dipegang teguh oleh Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Mereka sedikitpun tidak membuat perbezaan di antara para sahabat kerana mereka hanya bergantung kepada takrif yang dikemukan oleh Imam Bukhari (1) iaitu:
"Sesiapa yang bersahabat dengan Nabi s.a.a.w atau melihatnya daripada orang-orang Islam, maka ia tergolong daripada sahabat-sahabat Nabi"
Begitu juga imam Ibnu Hajar al-`Asqalani juga menyatakan bahawa:
"Sahabat adalah sesiapa yang pernah berjumpa Nabi lalu beriman dengannya dan mati dalam Islam. Termasuk juga dalam maksud takrif ini iaitu sesiapa yang lama bersama Nabi atau sebentar, meriwayatkan daripadanya atau tidak, berperang bersamanya atau tidak, melihat baginda walaupun sekejap walaupun tidak duduk bersamanya dan sesiapa yang tidak dapat memandang baginda kerana buta." (2)
Ibnu Hajar juga menyatakan bahawa: Sahabat juga adalah sesiapa yang telah murtad lalu kembali kepada Islam sebelum ia meninggal dunia. Samada ia pernah bersama Nabi semula ataupun tidak. Ini adalah yang paling shahih dan Muktamad. (3) Seperti al-Asy`ats bin Qais yang telah murtad kemudian kembali kepada Islam pada zaman pemerintahan Abu Bakar.
Menerusi takrif dan definisi Sahabat menurut pandangan Ahlus Sunnah selain kedua imam ini seperti al-Zain al-Iraqi, Ibnu al-Hajib, `Umru bin Yahya dan banyak lagi jelas menegaskan bahwa sesiapa sahaja yang mendengar daripada Nabi atau melihatnya daripada orang Islam, secara MUTLAK mereka semuanya adalah sahabat dan mereka adalah adil bahkan mereka juga adalah para Mujtahid.
Inilah titik perbezaan pendapat mengenai Sahabat disisi Syiah Imamiyah dan Ahlus Sunnah. Tetapi Syiah Imamiyah tidak menetapkan keadilan kepada sahabat melainkan kepada mereka yang benar-benar berhak untuknya.
Meskipun begitu, secara amanah kerana Allah saya katakan bahawa Ahlus Sunnah ada hujjah-hujjah dalam menyokong pendapat mereka. Sila ikuti hujjah-hujjah mereka yang paling masyhur seperti berikut:
Pertama- Hujjah dari al-Quran
1- Surah at-Taubah: 100 yang bermaksud:
"Dan orang-orang yang terdahulu dari kalangan orang-orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti jejak langkah mereka dengan kebaikan. Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Allah, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir dibawahnya beberapa sungai. Mereka kekal didalamnya selam-lamanya. Itulah kemenangan yang besar"
Ulasan: Secara keseluruhan jika dipandang ayat ini memang seakan-akan membuktikan keadilan dan kebenaran para sahabat keseluruhannya. Tetapi sayangnya mereka tidak menghabiskan ayat tersebut iaitu ayat yang 101 yang berbunyi:
"Dan di antara orang-orang disekeliling kamu dari orang-orang arab ada yang bersifat Munafik! Dan demikian juga sebahagian dari penduduk Madinah, mereka keras dengan sifat Munafik. Engkau tidak mengetahuinya |
|
|
|
|
|
|
UdiNo This user has been deleted
|
Kekafiran majoriti para sahabat Nabi s.a.a.w
Page: 3
bahkan Kami-lah yang mengetahui mereka. Kami akan azab mereka berulang-ulang kemudian mereka dikwembalikan kepada azab yang besar"
Jelas bukti wujudnya sahabat yang MUNAFIK kerana tiada lain tinggal di Madinah melainkan ada ramai sahabat disana.
2- Firman Allah didalam surah al-Fath: 29 yang bermaksud
“Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah, dan orang-orang yang bersama dengannya (iaitu para sahabatnya) bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir dan sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri. Engkau melihat mereka tetap beribadat ruku` dan sujud dengan mengharapkan limpah kurnia pahala dari Tuhan mereka serta mengharapakan keredhaan-Nya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat pada muka mereka dari kesan sujud…"
Ulasan: Inilah 2 sifat sahabat yang Allah sebutkan didalam quran sucinya. Tetapi apakah benar ramai dari mereka yang benar-benar menepati kedua sifat tersebut iaitu berkeras kepada orantg-orang kafir dan berkasih sayang diantara mereka?. Kalau benar ada jawapannya, maka kenapakah boleh terjadinya peperangan saudara didalam Islam seperti peperangan Siffin yang berlaku di antara Muawiyah dan imam Ali. Begitu juga peperangan antara Aisyah dan imam Ali didalam peperangan Jamal?.
Kiranya ada yang berhujjah bahawa terjadinya peperangan itu atas dasar fitnah yang berlaku yang tidak dapat dielakkan, maka persoalannya kenapakah tidak boleh membuat perdamaian supaya jangan timbul peperangan sesama Islam. Tambahan pula Ali bin Abi Thalib ketika itu adalah Amirul Mukminin iaitu sebagai khalifah yang wajib ditaati. Bukankah itu adalah perintah Allah didalam surah al-Maidah: 59 yang bermaksud:
"Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan Ulil Amri (pemimpin) dari kalangan kamu"
Jadi dimanakah kasih sayang antara mereka yang dipuji Allah kepada mereka?.
Didalam sebuah hadits shahih juga meriwayatkan perintah Muawiyah kepada orang ramai mengutuk Ali bin Abi Thalib hinggalah sampai berita kepada bahawa Saad bin Abi Waqqash tidak mahu melaksanakannya, lalu beliau ditanya Muawiyah: Apakah yang menyebabkan anda tidak mahu mengutuk Ali bin Abi Thalib?! Beliau menjawab: Bila aku teringatkan 3 perkara yang Nabi sabdakannya untuk aku jadi salah satu daripadanya adalah lebih aku harapkan daripada seluruh nikmat (dunia), aku tidak sanggup mengutuknya.
Pertama – Aku tidak sanggup mengutuknya kerana aku teringat ketika wahyu turun kepada Rasul lalu baginda mencapai tangan Ali dan 2 anaknya (Hasan dan Husein) dan Fatimah, lalu baginda memasukkan mereka dibawah bajunya lalu bersabda:
"Ya Tuhan, mereka inilah keluargaku dan Ahlul Baitku"
Kedua – Aku tidak mengutuknya kerana aku teringat ketika baginda gantikan tempat baginda (tinggalkan sementara) ketika peperangan, lalu Ali berkata: Ya Rasulullah, Anda meninggalkan aku bersama anak-anak kecil dan golongan wanita? Baginda menjawab:
"Apakah engkau tidak redha kedudukanmu disisku seperti kedudukan Harun disisi Musa? Melainkan tiada Nabi sesudahku"
Ketiga – Aku tak sampai hati mahu mengutuknya kerana aku teringat ketika (hari keberangkatan) menuju ke medan peperangan Khaibar, baginda bersabda: Akan aku serahkan panji ini kepada seorang lelaki yang mencintai Allah dan Rasul-Nya, dan Allah dan Rasul-Nya juga mencintainya, serta kemenangan akan berada hadapannya. Lantas kami tertunggu-tunggu siapakah gerangan yang dimaksudkan Nabi itu. Lalu baginda bersabda: Dimanakah Ali? Mereka menjawab: Dia sakit mata. Baginda lantas meminta diantara mereka memanggilnya. Setelah beliau datang, Rasulullah meludah dimatanya (lalu sembuh) kemudian memberi panji tersebut kepadanya, lalu kemenangan terjadi ditangannya. (4)
Bukankah Muawiyah juga sahabat tetapi kenapakah dia perintahkan orang ramai mengutuk Ali? Bukankah itu salah satu bukti kebencian dan bukan kasih sayang?.
Rasulullah pernah bersabda yang diriwayatkan dari Abu Abdullah al-Jadali:
“Barangsipa yang mengutuk Ali maka sesungguhnya ia telah mengutukku” (5)
Dan ini juga membuktikan sifat kemunafikan seperti sabda baginda:
“Tidak mencintaiku melainkan ia seorang mukmin dan tidak membenciku melainkan ia seorang munafik.”(6)
Rasulullah memberikan penjelasan yang lagi terang darinya dengan sabdanya:
“Wahai Ali, tidak mencintaimu melainkan ia seorang mukmin dan tiada yang membencimu melainkan ia seorang Munafik” (7)
Jadi dimanakah kasih sayang antara para sahabat?!Apakah pula hukuman bagi mereka yang bersifat munafik?
Perhatikan firman Allah didalam surah an-Nisa: 137 yang bermaksud:
"Berilah khabar gembira kepada orang-orang munafik bahawa bagi mereka adalah azab yang amat pedih"
Bukti-bukti lain akan saya bawakan sebentar lagi. Sila ikuti perbahasan saya seterusnya.
Buka minda dan kewarasan anda dalam menilai kebenarannya!
.
Kedua – Hujjah dari as-Sunnah
Hadits yang sering digunakan oleh golongan Ahlus Sunnah adalah hadits dari Abu Said al-Khudri bahawa Rasulullah pernah bersabda:
"Jangan kalian mengutuk sahabat-sahabatku. Demi yang jiwaku ada didalam kekuasaan-Nya, sekiranya ada diantara kalian yang berinfaq (sedekah) setinggi gunung Uhud emas sekalipun, maka takkan sampai darjat mereka yang bersedekah segenggam dari mereka walau sebahagiannya" (65)
Kiranya inilah hujjah Ahlus Sunnah maka ini jelas membuktikan secara tidak langsung mereka menguatkan hujjah Syiah Imamiyah yang mengatakan dalam golongan sahabat sendiri ada permusuhan dan tidak puas hati hingga saling kutuk mengutuk. Bukankah sabda baginda ini ditujukan perrtama-pertama sekali kepada sahabatnya?! Tambahan pula sahabat sendiri iaitu Abu said al-Khudri yang meriwayatkan dan mengisytiharkan sabda Nabi tersebut.
Fikirkan dengan sebaik-baiknya!
“Bukti Syiah Imamiyah membuat penafian keadilan majoriti para sahabat”
Pertama – Hujjah al-Quran
1- Ayat Inqilab:Firman Allah didalam surah al-Imran: 133 yang bermaksud:
"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul. Sungguh telah berlaku sebelumnya beberapa orang Rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik kebelakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik kebelakang maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah |
|
|
|
|
|
|
UdiNo This user has been deleted
|
Kekafiran majoriti para sahabat Nabi s.a.a.w
Page: 4
sedikitpun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur"
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa sahabat akan berbalik kebelakang segera setelah wafatnya Nabi s.a.a.w dan hanya sedikt sahaja yang masih tetap konsisten seperti yang tersirat didalam kandungan ayat tersebut.
Buktinya, Perhatikan kalimat 'Orang-orang bersyukur' yang menunjukkan masih ada orang-orang yang tetap dan tidak berbalik kebelakang. Kelompok orang-orang yang bersyukur ini tidak banyak berdasarkan firman Allah:
"Dan sememangnya sedikitpun sekali diantara hamba-hamba-Ku yang bersyukur"
Disamping itu juga, maksud ayat Inqilab ini adalah para sahabat yang hidup dizaman Nabi dan yang berada di Madinah itu sendiri. Ayat ini menunjukkan wujudnya sejumlah sahabat yang berbalik segera setelah kewafatan Rasulullah s.a.a.w Hadits-hadits baginda juga menerangkan tentang perkara ini tanpa keraguan seditpun. Akan kita perbincangkan hal tersebut dalam perbahasannya yang tersendiri Insya Allah.
2- Ayat Jihad:Firman Allah didalam surah at-Taubah: 38-39 yang bermaksud
"Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu: Berangkatlah (untuk berperang) dijalan Allah, kamu berasa berat dan ingin tinggal ditempatmu?. Apakah kamu puas dengan kehidupan didunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan kehidupan dibunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) akhirat hanyalah sedikit. Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, nescaya Allah menyiksa kamu dengan siksa yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudharatan kepada-Nya sedikitpu8n. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu"
Ayat ini jelas membuktikan bahawa ada segelintir sahabat merasa berat untuk pergi berjihad dijalan Allah s.w.t Mereka lebih memilih untuk hidup didunia walaupun mereka thu nikmatnya hanya sementara sahaja. Sikap mereka seperti ini dicela oleh Allah dan diancam dengan azab yang pedih. Bahkan Allah mengganti mereka dengan orang-orang yang mukmin lain yang jujur.
Ancaman penggantian ini tersurat dalam berbagai ayat al-Quran. Hal ini menunjukkan bahawa mereka seringkali bersikap berat hati ketika diseru berjihad dijalan Allah. Sepertimana firman Allah:
"Dan jika kamu berpaling, nescaya Dia akan mengganti kamu dengan kaum yang lain dan mereka tidak akan seperti kamu ini" (Muhammad: 38)
3- Ayat Khusyu`: Firman Allah s.w.t didalam surah Al-Hadid: 16 yang bermaksud:
"Belum datang waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk menundukkan hati mereka ingat pada Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka). Dan janganlah mereka menjadi seperti orang-orang yang sebelumnya yang telah diturunkan al-Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasiq"
Saya rasakan ayat ini jelas tanpa perlu dihuraikan.
4- Surah al-Jumu`ah: 11 yang bermaksud
"Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baru tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai lalu pergi kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (diatas mimbar berkhutbah)…"
Sebab turun ayat ini ada diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah katanya: Ketika Nabi sedang berkhutbah pada hari jumaat, lalu tiba satu rombongan dagangan ke Madinah, maka para sahabat baginda berangkat pergi kepadanya tanpa memperdulikan baginda yang sedang berkhutbah dan yang tinggal hanyalah 12 orang.(8)
Saya rasa ayat ini juga tak perlu dihuraikan. Fikirkanlah tentangnya!
Kedua – Hujjah dari as-Sunnah
“Kekafiran Majoriti Para Sahabat”
Kajian mengenai para sahabat yang telah menjadi kafir-murtad selepas kewafatan Nabi s.a.a.w amat mencemaskan. Tetapi ianya suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapapun kerana ia telah dicatat oleh 2 imam besar yang digelar Amirul Mukminin oleh ulama hadits iaitu Bukhari dan Muslim. Didalam kedua kitab shahih mereka iaitu kitab yang paling shahih selepas al-Quran (Shahih Bukhari dan Shahih Muslim) disisi Ahlus Sunnah, terdapat sejumlah riwayat hadits yang banyak menjelaskan tajuk perbahasan kita ini.
Sekiranya Bukhari dan Muslim telah mencatat kekafiran Majoriti para sahabat selepas kewafatan Nabi s.a.a.w didalam shahih-shahih mereka, kenapa kita menolaknya dan melemparkan kemarahan kepada orang lain pula?. Dan jika mereka berdua berbohong, merekalah yang berdosa dan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah s.w.t. Dan jika kita Ahlus Sunnah Nabi, nescaya kita menerimanya. Jika tidak, kitalah Ahli anti Sunnah Nabi s.a.a.w
Berikut dikemukakan 5 hadits daripada Shahih Bukhari yang telah ditahqiq oleh Muhammad Ali Qutb, Cetakan Maktabah al-`Asriyah, Beirut: Juz 4 Hal 2056-2059, Bab: Fil Haudh. Juga 6 hadits dari kitab Shahih Muslim, Cetakan Darul Fikir, Beirut: Juz 7 Hal 65-67 Kitab: al-Fadhail, Bab: Itsbath Haudhi Nabi. Semuanya yang berkaitan dengan topik kajian.
Terjemahan hadits-hadits dari Shahih Bukhari
1- Daripada Abdullah bahawa Nabi s.a.a.w bersabda: Aku akan mendahului kamu di Haudh dan sebahagian daripada kamu akan dibawa dihadapanku. Kemudian mereka akan dipisahkan jauh daripadaku. Aku akan bersabda: Wahai Tuhanku, mereka adalah para sahabatku (Ashabi). Maka dijawab: Sesungguhnya kamu tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas kamu meninggalkan mereka (Innaka La Tadri Ma Ahdatsu Ba`daka).
2- Daripada Anas bin Malik daripada Nabi s.a.a.w bersabda: Sebahagian daripada sahabatku akan datang kepadaku di Haudh (sungai/kolam susu) sehingga aku mengenali mereka, lantas mereka dibawa jauh daripadaku. Kemudian aku akan bersabda: Para sahabatku (Ashabi)! Maka dia (Malaikat) berkata: Anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (Innaka La Tadri Ma Ahdatsu Ba`daka).
3- Daripada Abu Hazim daripada Sahl bin Sa`ad daripada Nabi s.a.a.w bersabda: Aku akan mendahului kamu di Haudh. Dan siapa yang akan melaluinya akan meminumnya. Dan siapa yang meminumnya tidak akan dahaga selama-lamanya. Akan datang kepadaku beberapa orang yang aku kenali, dan mereka juga mengenaliku. Kemudian dihalang diantara aku dan mereka.
Abu Hazim berkata: Nu`man bin Abi`Iyasy berkata selepas mendengar kata-kataku (tadi) lalu dia berkata: Adakah anda benar telah mendengar sedemikian daripada Sahl? Aku menjawab: Ya. Aku naik saksi bahawa aku telah mendengarnya Abu said al-Khudri berkata perkara yang sama, malah dia menambah: Nabi s.a.a.w bersabda: Aku akan bersabda: mereka itu adalah daripada sahabatku (Ashabi), maka dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka. Aku akan bersabda: jauh! Jauh! (daripada rahmat |
|
|
|
|
|
|
UdiNo This user has been deleted
|
Kekafiran majoriti para sahabat Nabi s.a.a.w
Page: 5
Allah) / ke Neraka mereka telah mengubah / menukarkan (hukum Allah dan Sunnahku) selepasku (Suhqan Suhqan Li Man Ghayyara Ba`di).
4-Daripada Ibnu Musayyab bahawa Nabi s.a.a.w bersabda: Sebahagian daripada para sahabatku akan mendatangiku di Haudh, dan mereka akan dipisahkan dari Haudh. Maka aku berkata: Tuhanku, Mereka adalah para sahabatku (Ashabi), maka akan dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka. Sesungguhnya mereka telah menjadi kafir-murtad ke belakang selepas anda meninggalkan mereka (Innahum Irtaddu Ba`daka `Ala Adbarika I-Qahqariyy)
5- Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi s.a.a.w telah bersabda: Manakala aku sedang tidur, tiba-tiba sekumpulan (para sahabatku) datang kepadaku. Apabila aku mengenali mereka, tiba-tiba seorang lelaki (Malaikat) keluar diantara aku dan mereka. Dia berkata kepada mereka: Datang kemari. Aku bertanya kepadanya: Ke mana? Dia menjawab: Ke Neraka, demi Allah. Aku pun bertanya lagi: Apakah kesalahan mereka? Dia menjawab: Mereka telah menjadi kafir-murtad selepas kamu meninggalkan mereka (Innaka La Tadri Ma Ahdatsu Ba`daka `Ala Adbarihimi I-Qahqariyy). Justeru itu aku tidak melihat mereka terselamat melainkan (beberapa orang sahaja) sepertilah unta tersesat /terbiar daripada pengembalaanya (Fala Arahu Yakhlusu Minhum Illa Mitslu Hamali Na`am).
Terjemahan Hadits-Hadits Dari Shahih Muslim
1- Daripada Abu Hazim daripada Sahl bin Sa`ad daripada Nabi s.a.a.w bersabda: Aku akan mendahului kamu di Haudh. Dan siapa yang akan melaluinya akan meminumnya. Dan siapa yang meminumnya tidak akan dahaga selama-lamanya. Akan datang kepadaku beberapa orang yang aku kenali, dan mereka juga mengenaliku. Kemudian dihalang diantara aku dan mereka.
Abu Hazim berkata: Nu`man bin Abi`Iyasy berkata selepas mendengar kata-kataku (tadi) lalu dia berkata: Asdakah anda benar telah mendengar sedemikian daripada Sahl? Aku menjawab: Ya. Aku naik saksi bahawa aku telah mendengarnya Abu said al-Khudri berkata perkara yang sama, malah dia menambah: Nabi s.a.a.w bersabda: Aku akan bersabda: mereka itu adalah daripada sahabatku (Ashabi), maka dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka. Aku akan bersabda: jauh! Jauh! (daripada rahmat Allah) / ke Neraka mereka telah mengubah/menukarkan (hukum Allah dan Sunnahku) selepasku (Suhqan Suhqan Li Man Ghayyara Ba`di
2- Daripada Asma` binti Abu Bakar berkata Rasulullah s.a.a.w: Sesungguhnya aku akan berada di Haudh hingga aku melihat mereka yang datang kepadaku dikalangan kamu (Man Yaridu `Alayya Minkum). Dan mereka akan ditarik dengan pantas (daripadaku), maka aku akan bersabda: Wahai Tuhanku, mereka itu daripada (para sahabat)ku dan daripada umatku. Dijawab: Tidakkah anda menyedari apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (Amma Sya`arta Ma`Amilu Ba`daka?) Demi Allah mereka sentiasa mengundur kebelakang (kembali kepada kekafiran) selepas anda meninggalkan mereka (Wallahi! Mabarihu Ba`daka Yarji`un `Ala A`aqabihim).
Dia berkata Ibnu Mulaikah berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya kami meminta perlindungan daripada-Mu supaya kami tidak mengundur ke belakang (kembali kepada kekafiran) atau kami difitnahkan tentang agama kami.
3- Daripada Aisyah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah bersabda ketika baginda berada dikalangan para sahabatnya (Ashabihi): Aku akan menunggu mereka dari kalangan kamu yang akan datang kepadaku. Demi Allah mereka akan ditarik dengan pantas dariku. Maka aku akan bersabda: Wahai Tuhanku, mereka adalah daripadaku (para sahabatku) dan daripada umatku. Dijawab: Sesungguhnya kamu tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka (Innaka La Tadri Ma `Amilu Ba`daka). Mereka sentiasa mengundur kebelakang (kembali kepada kekafiran) (Mazalu Yarji`una `Ala `Aaqabihim)
4- Daripada Abdullah bin Rafi` daripada Rasulullah s.a.a.w bersabda: Sesungguhnya aku akan mendahului kamu di Haudh. Tidak seorang dari kalangan kamu (para sahabatku) akan datang kepadaku sehingga dia akan dihalau/diusir daripadaku. Aku akan bersabda: Apakah salahnya? Dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka. Maka aku bersabda: Jauh! (daripada rahmat Allah).
5- Daripada Abdillah, Rasulullah bersabda: Aku akan mendahului kamu di Haudh. Dan aku akan bertelagah dengan mereka (Aqwaman). Kemudian aku aakn menguasai mereka. Maka aku bersabda: Wahai Tuhanku, mereka adalah para sahabatku! mereka itu adalah para sahabatku! (Ya Rab! Ashabi, Ashabi) Lantas dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (Innaka La Tadri Ma Ahdatsu Ba`daka).
6- Daripada Anas bin Malik bahawa Nabi bersabda: Akan datang kepadaku di Haudh beberapa lelaki (Rijalun) daripada mereka yang telah bersahabat denganku (Minman Sahabani) sehingga aku melihat mereka diangkat kepadaku. Kemudian mereka dipisahkan daripadaku. Maka aku bersabda: Wahai Tuhanku, Mereka adalah para sahabatku, mereka adalah para sahabatku (Usaihabi). Akan dijawab kepadaku: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepasa anda meninggalkan mereka.
Huraian:
Kalimat-kalimat penting didalam hadits-hadits tersebut
Daripada hadits-hadits diatas kita dapati Bukhari telah menyebut perkataan:
1- Ashabi (para sahabatku) secara literal sebanyak 4 kali.
2- Innaka La Tadri / La Ilmika Ma Ahdatsu Ba`daka (sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka) sebanyak 3 kali. Perkataan Ahdatsu bererti mereka telah melakukan Bid`ah-bid`ah/ inovasi yang menyalahi al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.a.w.
3- Innahum Irtaddu (sesungguhnya mereka telah menjadi kafir-murtad) sebanyak 4 kali.
4- Suhqan-Suhqan Li man Ghayyara Ba`di (Jauh!Jauh! (daripada rahmat Allah)/ ke Nerakalah mereka yang telah mengubah / menukarkan hukum Tuhanku dan Sunnahku selepasku) 1 kali. Perkataan Ghayyara bererti mengubah / menukarkan hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya.
5- Fala Arahu Yakhlusu Minhum Mitslu Hamalin Na`am (aku tidak fikir mereka terselamat melainkan (beberapa orang sahaja) sepertilah unta yang tersesat / terbiar dari pengembalanya) 1 kali.
Sementara Muslim pula telah menyebut perkataan:
1- Ashabi (para sahabatku) secara literal 1 kali.
2- Ashabihi (opara dsahanbatnya) 1 kali.
3- Sahabani (bersahabat denganku) 1 kali.
4- Usaihabi (para sahabatku) 2 kali.
5- Innaka La Tadri Ma Ahdatsu Ba`daka (sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka) 3 kali. |
|
|
|
|
|
|
UdiNo This user has been deleted
|
Kekafiran majoriti para sahabat Nabi s.a.a.w
Page: 6
6- Innaka La Tadri / Sya`arta Ma `Amilu Ba`daka (sesungguhnya anda tidak mengetahui / menyedari apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka) 3 kali. Perkataan Ma `Amilu (apa yang dilakukan oleh mereka) adalah amalan-amalan yang menyalahi hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya.
7- Ma Barihu / Ma Zalu Yarji`un `Ala A`aqabihim (mereka sentiasa kembali kerpada kekafiran) 2 kali.
8- Suhqan-Suhqan Li Man Baddala Ba`di (Jauh! Jauh! (daripada rahmat Allah) / ke Nerakalah mereka yang telah mengubah / menukarkan / mengganti hukum Tuhanku dan Sunnahku selepasku) 1 kali. Perkataan Baddala beerti mengganti / mengubah / menukar hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya.
Ini bererti sebab-sebab mereka menjadi kafir-murtad menurut Bukhari dan Muslim adalah kerana mereka:
1- Ahdatsu = Irtaddu / yarji`un `Ala A`aqabihim
2- `Amilu = Irtaddu / Yarji`un `Ala A`aqabihim
3- Ghayyaru = Irtaddu / Yarji`un `Ala A`aqabihim
4- Baddalu = Irtaddu / Yarji`un `Ala A`aqabihim
Ulasan: Secara Ilmiyah dan amanah, huraian tentang topik perbincangan telah dibuat. Maka dapatlah disimpulkan bahawa sebab utama yang membawa mereka menjadi kafir-murtad (Irtaddu ?/ La Yazalun Yarji`un `Ala A`aqabihim) didalam hadits-hadits tersebut adalah kerana mereka telah mengubah sebahagian besar hukum Allah dan sunnah Nabi-Nya (Baddalu Wa Ghayyaru) dengan melakukan berbagai bid`ah (Ahdatsu) dan amalan-amalan (`Amilu) yang menyalahi al-Quran dan Sunnah Nabi. Perkara yang sama juga akan berlaku jika kita melakukan perbuatan yang sama. Menurut Bukhari dan Muslim hanya SEBILANGAN KECIL daripada mereka sahaja yang terselamat seperti bilangan unta yang tersesat / terbiar (Mitslu Hamalin Na`am). Oleh itu, konsep keadilan semua para sahabat yang diciptakan oleh Abul Hasan al-Asya`ri (9) dan dijadikan aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah adalah bertentangan dengan hadits-hadits tersebut.
Selain dari itu juga, hadits-hadits tersebut adalah bertepatan dengan firman Allah berikut:
1- Saba`: 131 yang bermaksud: Dan SEDIKIT daripada hamba-hamba-Ku yang bersyukur.
2- Yusuf: 103 yang bermaksud: Dan kebanyakan manusia bukanlah orang-orang yang beriman, meskipun engkau harapkan. |
|
|
|
|
|
|
UdiNo This user has been deleted
|
Majoriti Kekafiran para sahabat Nabi s.a.a.w
Page: 7
3- Sad: 24 yang berbunyi: Melainkan orang-orang yang beriman, dan beramal soleh. Tetapi sedikit (bilangan) mereka.
4- Hud: 40 yang berbunyi: Dan tiadalah beriman kepadanya melainkan sedikit sahaja.
Ayat-ayat ini jelas membuktikan bahawa terlalu kecil bilangan orang-orang Mukminin. Atas dasar itulah, maka tidak hairan jika ada dikalangan para sahabat ada yang telah mengubah Sunnah Nabi, tidak meredhai keputusan Nabi. Malah mereka menuduh baginda melakukan sesuatu kerana kepentingan diri sendiri dan bukan kerana Allah (10) dan banyak lagi.
Bukti Tindakan Para Sahabat Yang Bertentang Dengan Konsep “Keadilan”
1- Seorang lelaki menulis untuk Nabi s.a.a.w Dia telah membaca surah al-Baqarah dan surah ali-Imran: Nabi s.a.a.w menyuruh dia menulis "Ghafuran Rahiman" tetapi dia menulis "Aliman Hakiman". Maka Nabi berkata kepadanya: Tulislah (apa yang disuruh)! Lelaki itu menjawab: aku akan tulis apa yang aku mahu. Nabi menyuruh dia menulis "Aliman Hakiman" maka dia menulis "Sami`an Bashiran" Dan dia berkata: Aku lebih mengetahui daripada kalian tentang Muhammad. Nabi bersabda: Bumi tidak akan menerimanya!. Anas berkata: Abu Thalhah memberitahuku bahawa dia telah pergi ke tempat lelaki itu ditanam dan didapatimya tidak diterima oleh bumi. Lalu Abu Thalhah bertanya: Bagaimana keadaan lelaki itu? Mereka menjawab: Kami telah mengebumikannya beberapa kali tetapi bumi tidak menerimanya.
Ibnu Katsir mengulas: hadits ini Shahih berdasarkan syarat Bukhari dan Muslim tetapi keduanya tidak mencatatkannya didalam shahih-shahih mereka.(11)
2- Al-Walid bin Uqbah bin Abi Mu`ith telah digelar Allah sebagai orang fasiq ketika mana dia telah diutus oleh Nabi untuk memungut zakat daripada bani Mustaliq. Dia lalu pulang dan memberitahu Nabi bahawa bani Mustaliq telah keluar untuk memeranginya. Lalu Nabi bersiap sedia dengan tentera untuk memerangi mereka (12) . Maka Allah berfirman: (Al-Hujurat: 6)
"Hai orang-orang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita , maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan satu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu"
3- Al-Jad bin Qais daripada bani Salimah telah diturunkan ayat mengenainya(13) didalam surah at-Taubah: 49 yang bermaksud:
"Di antara mereka ada yang berkata:" Berilah saya keizinan (tidak pergi berperang) dan janganlah kamu menjadikan saya terjerumus kedalam fitnah. Ketahuilah bahawa mereka telah terjerumus kedalam fitnah. Dan sesungguhnya Jahannam itu benar-benar meliputi orang-orang kafir"
4- Tsa`labah bin Hatib bin Umar bin Umayyah salah seorang sahabat yang pernah menyertai peperangan Badar dan Uhud. Dia tidak mahu mengeluarkan zakat hartanya, lalu Allah berfirman:
"Dan di antara mereka ada yang telah berikrar kepada Allah: Sesungguhnya jika Allah memberi sebahagian kurnia-Nya kepada kami, pastilah kami akan bersedekah dan pastilah kami termasuk orang yang soleh"
Tsa`labah adalah sahabat yang sentiasa mengerjakan solat. Dia asalnya seorang yang miskin. Dia meminta kepada Nabi memohon kepada Allah untuknya. Dia berkata: Pohonkan kepada Allah untukku supaya Dia mengurniakanku harta yang banyak. Lalu Rasul bersabda: Wahai Tsa`labah, harta sedikit yang kamu bersyukur lebih baik dari harta yang banyak. Maka ia berkata: Demi Yang mengutusmu dengan kebenaran sebagai seorang Nabi supaya kamu menyeru Allah supaya Dia mengurniakan rezeki yang banyak. Demi Allah aku akan memberi hak kepada orangnya. Lalu Rasulullah bersabda: Wahai Tuhanku, kurniakanlah Tsa`labah harta. Maka hartanya bertambah, tetapi dia tetap tidak mahu membayar zakat. Dan dia termasuk orang yang berdusta dan Pembohong. (14)
5- Dzu Tsudayyah adalah seorang sahabat yang disegani kerana kuat beribadat, tetapi Nabi mengarahkan supaya dia dibunuh. Nabi bersabda: Dia adalah seorang lelaki dimukanya terdapat tompok daripada syaitan. Lalu baginda mengutus Abu Bakar membunuhnya, lantas dia (Abu Bakar) melihatnya sedang solat maka dia kembali tidak membunuhnya. Kemudian Nabi mengutus pula Umar untuk membunuhnya tetapi dia tidak mermbunuhnya dan baginda mengutus pula Ali tetapi beliau tidak mendapatinya (Dzu Thadyah telah pergi).(15)
6- Qazman bin Harts telah ikut serta berperang didalam peperangan Uhud bersama Nabi s.a.a.w Para sahabat yang lain memujinya dengan berkata: Tidak seorangpun daripada kami diberi pahala seperti yang diberikan kepadanya. Nabi menjawab: Sesungguhnya dia daripada ahli neraka!. Ketika dia terluka dalam peperangan dan terjatuh, seorang berkata kepadanya: Tahniah buat anda kerana ke Syurga. Dia menjawab: Syurga daripada kutu. Demi Tuhan Kami tberperang melainkan untuk mendapat ganjaran duniawi. (16)
7- Al-Hakam bin Abil`Ash bin Umayyah bin Abd Syams diusir dan dilaknat oleh baginda Rasulullah dari Madinah. Dia adalah bapa kepada Marwan dan bapa saudara Utsman bin Affan.
Al-Faqihi telah meriwayatkan dengan sanad daripada az-Zuhri dan `Atha`al-Khurasani bahawa para sahabat menziarahi Nabi ketika itu baginda melaknat al-Hakam. Mereka bertanya: Wahai Rasulullah, kenapa dengannya? Baginda menjawab: Dia memasuki rumahku melalui dinding yang pecah sedangkan aku bersama isteriku didalamnya.
Nabi s.a.a.w berjalan didepan al-Hakam lalu dia mencuitkan Nabi dengan anak jarinya (mempersendakan baginda). Maka Nabi berpaling dan melihatnya dan bersabda: Wahai Tuhanku, jadikannya seorang yang tak berguna!. Kemudian al-Hakam segera lari ke tempatnya yang dinamakan Khait al-Bathil (benang palsu) Rasulullah berkata: Celakalah umatku daripada keturunan lelaki ini!. (17)
Inilah sebahagian bukti dan hujjah Syiah Imamiyah menolak keadilan majoriti para sahabat. Masih banyak lagi bukti mengenai kesesatan, penyelewengan dan kekafiran para sahabat. Dan kini anda ikuti huraian berkaitan KEKAFIRAN majoriti para sahabat menerusi perbahasan berikut. Tiada bahan rujukan yang saya pergunakan melainkan dari kitab-kitab Ahlus Sunnah Waljamaah.
Perhatikan secara teliti hujjah-hujjah mereka sebelum anda mengeluarkan sebarang hukuman terhadap Syiah Imamiyah!
Pada huraian saya yang lepas, saya telah membentangkan dengan diperkukuhkan dengan dalil-dalil dari al-Quran dan as-Sunnah secara umum mengenai ketidak-ADIL-an majoriti para sahabat bahkan ada di antara mereka yang kafir-munafik. Kini persoalan sambungan apakah sahabat-sahabat besar yang diagung-agungkan oleh Ahlus Sunnah termasuk dalam lingkungan tersebut? Sila ikuti…
Apakah Abu Bakar, Umar Dan Utsman Tergolong Dalam Golongan Mereka yang Menentang Hukum Allah Dan Rasul-Nya?
Ya! Abu Bakar, Umar dan Utsman adalah sahabat-sahabat utama yang jelas dan berani menentang hukum Allah dan Rasul-Nya.
Kesalahan-Kesalahan Abu Bakar
Ketahuilah bahawa Abu Bakar telah melakukan perbuatan atau hukum yang tidak sesuai dengan seorang khalifah bahkan bertentangan dengan |
|
|
|
|
|
|
UdiNo This user has been deleted
|
Majoriti Sahabat Kafir
Page: 8
hukum Allah dan Rasul-Nya sebanyak 24 perkara menurut catatan Ahlus Sunnah. Di antaranya:
Pertama: Memberi arahan menyerang rumah Ali dan Fatimah untuk memaksa mereka membai`atnya. Jika golongan Ahlus Sunnah tetap mahu menolak hujjah yang mendakwa bahawa Abu Bakar yang memberi arahan tersebut, maka saya katakan bak kata pujangga arab:
“Assukut `Alamatur Ridha” bermaksud: Diam itu tanda redha.
Abu Bakar meredhai apa yang diperlakukan ke atas Fatimah dan Ali a.s oleh Umar bersama pengikutnya. Ini pun sudah cukup sebagai hujjah keatas kebatilannya.
Kedua: Ijtihad Perangi Muslim
Abu Bakar berijtihad memerangi orang-orang yang tidak mahu membayar zakat setelah menjawat jawatan khalifah.
Tindakan tersebut jelas bertentangan dengan nas. Bukankah Rasulullah s.a.a.w pernah bersabda: Aku diperintahkan (Allah) agar memerangi manusia hinggalah mereka mengatakan tiada Tuhan selain Allah. Apabila mereka mengucapkannya, maka terpeliharalah darah dan harta mereka dariku melainkan dengan haknya dan hisab mereka adalah disisi Allah.? (18)
Menurut teks hadits diatas tiada langsung menyebut sebarang keizinan memerangi dan membunuh orang-orang Islam meskipun mereka tidak mahu membayar zakat.
Persoalannya: Apakah Abu Bakar tidak pernah mendengar hadits tersebut?
Jawapannya: Ya! Abu Bakar telah mendengar hadits tersebut yang dikemukakan oleh Umar. Tetapi dengan rasa takabbur dan keegoaannya sebagai seorang khalifah Islam yang baru diangkat, maka perintahnya wajib ditaati, maka dia berijtihad. Satu perkara yang pelik dan menghairankan ialah bagaimana Umar tetap bersetuju dengan Abu Bakar dalam keputusannya meskipun dia sendiri yang mengemukakan hadits tersebut? Bahkan dia menyokong sambil berkata: Tiada lain hanyalah aku melihat Allah telah menenangkan jiwa Abu Bakar untuk berperang, maka aku tahu ianya adalah benar! (19)
Bagaimana Umar boleh berkata dan berfikiran begitu sedangkan hadits mengharamkan memerangi bahkan membunuh orang-orang yang telah mengucapkan 2 kalimah syahadah? Bukankah tindakan itu melanggar Nas hadits Rasulullah!! Jadi dimanakah ketenangan dan kebenaran itu?
Tambahan pula Rasulullah s.a.a.w sendiri tidak pernah memerintahkan membunuh Tsa`labah yang tidak mahu membayar zakat pada zaman hidup baginda s.a.a.w. Jadi bukankah tindakan Abu Bakar dan Umar melawan sunnah Rasulullah s.a.a.w?
Apakah Malik bin Nuwairah bersama kaumnya itu yang tidak mahu membayar zakat telah jatuh kafir-murtad hingga mereka diperangi dan dibunuh? Kiranya mereka benar telah jatuh kafir-murtad maka mengapakah Umar bertegas kepada Khalid al-Walid selaku yang bertanggungjawab mengetuai peperangan tersebut: Kamu telah membunuh seorang Muslim! Dan kamu telah berzina dengan isterinya! Demi Allah, aku akan merejam kamu dengan batu! (20)
Kata-kata Umar ini cukup membuktikan bahawa Malik bin Nuwairah serta kaumnya adalah golongan Muslim dan Khalid telah berzina dengan isteri Malik sebaik sahaja beliau dibunuh. Jika tidak mengapa Umar berkata: Kamu telah membunuh seorang Muslim!?
Oleh itu pembunuhan ke atas Malik bin Nuwairah dan kaumnya tidak patut dilakukan kerana mereka adalah Muslim. Keengganan mereka membayar zakat kepada Abu Bakar tidak boleh menjadi hujjah kepada kemurtadan mereka. Umar meminta Abu Bakar merejam Khalid tetapi Abu Bakar enggan melaksanakannya.
Atau mungkinkah ada sebab lain atau tersirat sebuah rahsia yang menyebabkan mereka tetap bertegas mahu memerangi Malik bin Nuwairah bersama kaumnya yang tidak mahu membayar zakat….?
Ketiga: Abu Bakar juga telah membakar Fuja`ah as-Silmi hidup-hidup, kemudian dia menyesalinya sebelum meninggal dunia.(21)
Bukankah banyak Nas yang mengharamkan membakar hidup-hidup binatang dengan api?! Apatah lagi membakar manusia!!
Keempat: Menghentikan Khumus kepada Ahlul Bait.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa Abu Bakar dan Umar telah menghentikan khumus (1/5 dari harta Ghanimah) kepada keluarga Rasulullah s.a.a.w Tindakannya itu jelas disebutkan didalam kitab-kitab hadits shahih pegangan Ahlus Sunnah wal Jamaah. Bahagian yang dituntut oleh sayyidah Fatimah kepada Abu Bakar tetapi dia melarangnya dengan membawakan hadits ciptaannya lalu membuatkan Fatimah berasa kecewa lalu marah dan tidak menegurnya hingga beliau wafat.
Tindakan Abu Bakar berijtihad untuk menghentikan pemberian khumus kepada Ahlul Bait adalah sangat-sangat bertentangan dengan nas menerusi surah al-Anfal: 41: yang berbunyi:
“Dan ketahuilah bahawa apa sahaja yang kamu dapati sebagai Ghanimah, maka sesungguhnya 1/5 daripadanya dibahagikan untuk (Jalan) Allah, dan untuk Rasul-Nya, dan untuk kerabat (Rasulullah), dan untuk anak-anak yatim, dan untuk orang-orang miskin, serta untuk orang-orang musafir yang keputusan (bekalan), jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang telah diturunkan oleh kami kepada hamba Kami (Muhammad) pada hari al-Furqan iaitu hari bertemu 2 angkatan tentera (Islam dan kafir di medan peperangan Badar)..”
Abu Bakar berijtihad (Inilah juga pendapat Ahlus Sunnah) bahawa maksud ‘Ghanimah’ didalam ayat diatas adalah khusus bagi harta rampasan perang. OIeh kerana itulah dia menghentikan pemberian 1/5 dari harta ghanimah tersebut kepada Ahlul Bait Nabi s.a.a.w yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.
Tindakan ijtihadnya itu jelas bertentangan dengan penjelasan Nabi s.a.a.w tentang keluasan maksud Ghanimah. Menerusi beberapa buah hadits shahih riwayat Bukhari secara langsung menolak ijtihad Abu Bakar tersebut. Rasulullah s.a.a.w telah bersabda:
“Barang-barang galian seperti logam (al-Ma`din) adalah percuma (bebas dari 1/5) sementara harta galian seperti emas dan perak yang dikeluarkan dari perut bumi (Ar-Rikaz) itu 1/5 (dikhumuskan)” (22)
Diriwayatkan juga dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.a.w telah bersabda: “Semua jenis binatang itu bebas, dan telaga juga bebas, hasil galian seperti logam juga bebas tetapi harta Rikaz itu dikhumuskan” (23)
Berkata Ibnu Abbas: Anbar (sejenis wangian) bukan termasuk rikaz. Anbar adalah sesuatu yang dihempaskan ombak laut ke tepian pantai.
Berkata pula Hasan: Kewajipan mengeluarkan khumus (1/5) yang telah ditetapkan oleh Nabi s.a.a.w adalah sesuatu yang tidak diambil dari lautan atau dari dalam air. Jadi oleh sebab Anbar dan Mutiara itu berasal dari air, maka tidak perlu dikeluarkan khumus daripadanya. Manakala Rikaz adalah harta yang tersimpan didalam bumi atau tanah (maka ia wajib di khumuskan). (24)
Maka jelaslah menerusi keterangan hadits-hadits ini membuktikan bahawa harta yang wajib dikhumuskan bukan hanya khusus bagi harta rampasan perang tetapi ianya mencakupi harta yang lain seperti barang-barang Rikaz. |
|
|
|
|
|
|
UdiNo This user has been deleted
|
Kekafiran majoriti para sahabat Nabi s.a.a.w
Page: 9
Jadi adakah tepat Abu Bakar mentakwilkan berdasarkan ijtihadnya bahawa Ghanimah hanyalah khusus bagi harta-harta rampasan perang?
Untuk memperjelaskan lagi hakikat ijtihad Abu Bakar melawan Nas, maka disini dibawakan kenyataan imam Zamakhsyari (25) seperti berikut:
Daripada Ibnu Abbas katanya: Sesungguhnya khumus dibahagikan kepada 6 bahagian: Bagi Allah dan Rasul-Nya 2 bahagian, 1 bahagian untuk kerabatnya sehingga wafat. Abu Bakar menegah bani Hasyim dari khumus begitu juga Umar.
Kenyataan ini jelas membuktikan bahawa Abu Bakar dan Umar telah menghentikan pemberian Khumus kepada keluarga Rasulullah s.a.a.w dan ianya sangat-sangat bertentangan dengan nas.
Kelima- Merampas Fadak milik Fatimah az-Zahra.
Kes Fadak yang dituntut dan dipertikaikan oleh Fatimah a.s. dari Abu Bakar memperlihatkan bahawa perbalahan tersebut ialah berpunca dari hadits riwayat Abu Bakar iaitu Rasulullah s.a.a.w pernah bersabda: Kami para Nabi tidak mewarisi dan apa yang ditinggalkan menjadi sedekah. Hadits ini dipertaruhkan olehnya bagi menasakhkan nas al-Quran yang dijadikan hujjah oleh Sayyidah Fatimah dan imam Ali a.s ke atas haknya yang dituntut.
Sekiranya benar para Nabi tidak mewarisi, lalu mengapa sayyidah Fatimah menuntut haknya? Apakah ada yang berfikiran bahawa Fatimah a.s akan bersikap menentang pendapat bapanya iaitu Rasulullah s.a.a.w dengan mengenepikan hadits riwayat Abu Bakar itu?
Diriwayatkan oleh Ibnu Mardawaih dari Ibnu Abbas dan al-Bazzar dari Abu Sa`id bahawa setelah turun ayat: Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya (al-Isra`:26) Rasulullah s.a.a.w menyerahkan Fadak kepada Fatimah. (26)
Ini jelas menunjukkan satu pemberian yang khas dari Rasul kepada anaknya Fatimah dan perkara tersebut telah diabadikan didalam al-Quran. Tiada yang boleh membatalkan ayat tersebut melainkan al-Quran sendiri.
Kesalahan Abu Bakar juga terpancar menerusi sebuah riwayat yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Sa`ad dari Abu Ja`afar katanya: Fatimah a.s datang bertemu Abu Bakar dan menutut warisannya, begitu juga yang dituntut oleh al-Abbas bin Abdul Muththalib dan bersama mereka berdua imam Ali a.s. Maka Abu Bakar mendakwa bahawa Rasulullah s.a.a.w pernah bersabda: Kami tidak mewarisi dan apa yang kami tinggalkan adalah menjadi sedekah”
Lantas imam Ali menjawab: “dan Nabi Sulaiman mewarisi Nabi Daud” (an-Naml: 16) dan berkata Nabi Zakaria: “….yang layak mewarisi aku, juga mewarisi keluarga Ya`qub” (Maryam: 6) Lalu Abu Bakar menjawab: Ia memang begitu. Demi Allah engkau mengetahui sepertimana aku mengetahuinya. Maka berkata imam Ali a.s: Ini adalah kitab Allah yang mengatakan! Lantas mereka semua diam dan beredar. (27)
Sekiranya golongan Ahlus Sunnah mendakwa bahawa kes Fadak adalah kes yang berkaitan dengan masalah ijtihad di antara Abu Bakar dengan Fatimah a.s, maka saya katakan bahawa ijtihad Fatimah a.s adalah ijtihad yang paling benar dan Haq kerana Fatimah adalah termasuk Ahlul Bait yang disucikan Allah s.w.t dan kembar bagi al-Quran. Jadi mengapakah perlu kita mengikut ijtihad Abu Bakar yang tidak suci bahkan pernah menyembah berhala selama 40 tahun semata-mata meriwayatkan sebuah hadits yang bertentangan dengan ayat suci al-Quran?!
Apakah mungkin as-Sunnah akan bertentangan dengan al-Quran? Adakah mungkin Ahlul Bait a.s tidak mengenal al-Quran sedangkan kedua-duanya tidak mungkin akan berpisah sehingga keduanya kembali kepada Rasulullah di al-Haudh?! Adakah mungkin Ahlul Bait a.s tidak mengetahui hadits Nabi s.a.a.w? Apakah mungkin hadits dapat membatalkan al-Quran?
Jawapannya: Tidak mungkin sama sekali!! Ini jelas hadits CIPTAAN Abu Bakar.
Kes perbalahan ini berlanjutan hingga kewafatan Fatimah iaitu 6 bulan selepas kewafatan Rasulullah s.a.a.w. Diriwayatkan secara shahih bahawa Fatimah tidak menegur Abu Bakar sehinggalah beliau wafat.
Kes Fadak ini telah pun dihuraikan secara luas oleh Billionare dan Laxmana. Sila rujuk!!
Keenam: Jahil tentang hukum Islam
Sebagai contoh: Pembahagian harta pusaka yang dituntut oleh seorang nenek kepada Abu Bakar dan dia tidak tahu mengenainya hinggalah Mughirah bin Syukbah memberitahunya bahawa Nabi memberi bahagian nenek itu sebanyak 1 / 6. Tetapi dia merasa tidak berpuas hati dengan kenyataannya lalu meminta penyaksian dari sahabat lain hinggalah Muhammad bin Muslimah memberi saksi kebenaran Mughirah barulah dia mempercayainya. (28)
Abu Bakar bagaikan tidak percaya kepada hadits yang diriwayatkan Mughirah hingga memintanya membawakan saksi lain untuk memberi pengakuan.
Begitu juga Umar yang mengikut sunnah Abu Bakar iaitu menolak juga hadits riwayat Mughirah tentang kes wanita keguguran yang mana dia jahil tentangnya hinggalah Mughirah memberitahunya bahawa Nabi memberi hukuman dengan memberikan pampasan bagi janin. Tetapi Umar merasa tidak berpuas hati tentang kesahihan riwayat tersebut hinggalah Muhammad bin Muslimah memberi penyaksian.(29) Mengapakah kedua-dua khalifah ini bagaikan merancang untuk tidak mempercayai Mughirah hingga memintanya saksi dalam periwayatannya?
Golongan Sunni memberikan alasan bahawa tindakan kedua khalifah ini adalah untuk menunjukkan ketelitian dalam penerimaan sesebuah khabar tetapi anda akan mendapati bahawa Umar menerima dengan senang hati hadits riwayat Abdul Rahman bin Auf yang mendakwa bahawa Nabi telah bersabda: Jika kamu mendapati ada wabak penyakit didalam sesebuah negara maka janganlah kamu pergi kesana tetapi jika kamu ada didalamnya maka janganlah kamu keluar lari darinya.(30) Jika benarlah mereka berniat ‘murni’ mahu memelihara hadits Nabi maka mengapakah Umar tidak meminta penyaksian dari hadits Abdul Rahman tetapi berlainan pula reaksinya terhadap Mughirah?
Sebenarnya segalanya punca dari kejahilan Abu Bakar tentang hukum hakam adalah kerana dia pernah memberi arahan yang berbunyi: “Kamu meriwayatkan hadits-hadits dari Nabi s.a.a.w yang diperselisihkan di antara kamu. Dan manusia sesudahmu akan lebih dahsyat berselisihan terhadapnya. Maka janganlah kamu meriwayatkan sebarang hadits pun dari Nabi. Dan jika kamu ditanya maka katakanlah diantara kami dan kamu ada kitab Allah, halalkanlah apa yang dihalalkannya dan haramkanlah apa yang diharamkannyanya”. (31)
Persoalannya: bukankah hadits itu sebagai penerang dan pentafsir maksud ayat-ayat al-Quran? Dan jika hadits tidak boleh diriwayatkan bagaimana mereka mampu untuk memahami al-Quran dengan baik khususnya untuk memahami ayat-ayat mutasyabihat (kabur), sebab-sebab turun ayat, ayat yang umum dan khusus dan sebagainya? Dan seterusnya bagaimana mahu menghalalkan dan mengharamkan jika tidak tahu perkara-perkara yang berkenaan dengannya? Selain itu juga, tidak semua hokum itu terkandung di dalam al-Quran seperti hukuman rejam. Jadi apakah Abu Bakar akan tahu mengenainya tanpa merujuk kepada hadits?
Bukankah elok jika dikumpulkan sahaja hadits didalam sebuah buku yang khas agar umat dapat merujuk kepadanya untuk memahami maksud al-Quran yang sebenar?. Atau mungkinkah ada sesuatu yang menghalang mereka dari menulis hadits-hadits Nabi?!
Ketujuh: Enggan menjatuhkan hukuman rejam ke atas Khalid al-Walid. |
|
|
|
|
|
|
UdiNo This user has been deleted
|
Majoriti para sahabat Nabi telah kufur
Page: 10
Punca dari kes ini adalah setelah Khalid al-Walid membunuh Malik bin Nuwairah, dia terus memiliki isteri Malik pada malam itu juga. Lalu berita tersebut sampai kepada Umar, dan dia berasa marah lalu berkata: Kamu telah membunuh seorang Muslim! Dan kamu telah berzina dengan isterinya! Demi Allah, aku akan merejam kamu dengan batu! (32) Setelah itu Umar meminta Abu Bakar menjatuhkan hukum hudud ke atasnya tetapi Abu Bakar enggan dan memberi alasan bahawa Khalid berijtihad tetapi tersilap. Kemudian setelah itu Abu Bakar memaafkan tindakan Khalid itu dan ia dilepaskan begitu sahaja. (32)
Apakah boleh diterima akal bahawa Khalid tersilap ijtihad lalu diampunkan begitu sahaja? Kiranya benar Abu Bakar telah mengampunkannya maka pengampunan itu sepatutnya disusuli selepas hukuman. Bukankah hukum Islam menetapkan agar menghukum ke atas setiap kesalahan umat Islam yang melampaui batas sebagai tanda pengampunan dari Allah?
Jika setiap dosa itu cukup dengan diampunkan melalui mulut maka sudah pasti Nabi tidak merejam dan memotong tangan mereka yang melanggar hukum Allah seperti mencuri, berzina dan sebagainya. Tetapi fakta sejarah dan hadits membuktikan bahawa Nabi tetap menjalankan hukuman keatas mereka yang berdosa kemudian barulah kesalahan itu diampunkan.
Bukankah telah jelas Khalid telah berzina menerusi saksi kata-kata Umar tersebut. Dan secara tidak langsung, pengampunan Abu Bakar itu juga membuktikan Khalid berdosa jika tidak untuk apa ia diampunkan? Ini menunujukkan Abu Bakar ada rasa kasihan kepadanya dan redha dengan ijtihadnya. Jika tidak mengapa tiada tindakan susulan darinya terhadap perbuatan Khalid?
Sepatutnya Khalid dirotan dengan 100 sebatan tanpa rasa belas kasihan berlandaskan hukum Allah menerusi surah an-Nur: 2 yang berbunyi
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, maka sebatlah tiap-tiap orang dari keduanya dengan 100 kali sebatan. Dan janganlah ada rasa belas kasihan kepada keduanya menghalang kamu untuk (menjalankan) agama Allah sekiranya kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan hendaklah perlaksanaan hukuman ke atas mereka itu disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”
Jadi apakah tindakan Abu Bakar itu lebih adil sementara Allah dan Rasul-Nya zalim?! Rasulullah zalim kerana melaksanakan hukum Allah dengan tidak merasa kasihan dan memperdulikan harapan keampunan dari orang yang bersalah? Allah dan Rasul-Nya tiada belas kasihan seperti Abu Bakar? Tidak sekali-kali!!
Atau mereka berpegang kepada hadits ciptaan mereka iaitu ijtihad sahabat jika salah dapat 1 pahala dan jika benar dapat 2 pahala? Buat salah pun dapat pahala? Mustahil!!
Jelaslah Abu Bakar mengenepikan hukum Allah dan Rasul-Nya secara terang-terangan!!
Sebagai bukti rasa tidak puas hati Umar terhadap keputusan Abu Bakar tersebut, maka pada awal perlantikannya sebagai khalifah, dia memecat Khalid sebagai panglima tentera dan digantikan dengan Abu Ubaidah bin Al-Jarrah. (33)
Inilah sebahagian kecil dari kesalahan dan penentangan yang dizahirkan oleh Abu Bakar terhadap syariat Muhammad s.a.a.w Inilah juga peribadi Abu Bakar…seorang individu yang diagung-agungkan oleh Ahlus Sunnah. Berijtihad dan berijtihad meskipun bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Tetapi tindakan Abu Bakar ini tidak pelik bahkan tidak ada salahnya bagi golongan Sunni kerana bagi mereka ijtihad sahabat adalah satu sunnah yang benar dan perlu diikuti kerana kedudukannya sama dengan sunnah Nabi s.a.a.w. Sunnah Khulafa` ar-Rasyidin….
Kesalahan-kesalahan Umar
Menentang perintah Allah dan Rasul-Nya pada peristiwa hari khamis.
Huraian ringkas peristiwa tersebut:
Tiga hari sebelum kewafatan Nabi s.a.a.w, para sahabat berkumpul dirumah baginda Rasulullah kerana baginda gering. Ketika melihat ramai orang yang hadir, maka baginda memerintahkan agar mengambil kertas dan dakwat untuk dituliskan sebuah wasiat yang akan memelihara mereka dari kesesatan. Namun para sahabat saling berselisihan. Sebahagian memberi alasan untuk mengelak dari mematuhi arahan baginda bahkan ada yang menuduh baginda meracau (nyanyuk)!! hingga baginda murka lalu menghalau mereka dari sisinya tanpa menulis sebarang wasiat.
Secara terperinci akan saya bawakan kisah tersebut dari kitab-kitab shahih Ahlus Sunnah Wal Jamaah:
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas katanya: Hari khamis…..oh hari khamis! Lalu beliau menangis teresak-esak sambil meneruskan kata-katanya. Ketika Rasulullah tenat kegeringan, baginda bersabda: Mari aku tuliskan untuk kamu satu pesan agar kamu tidak akan sesat sesudahku. Umar berkata: Disisi kalian ada al-Quran. Cukuplah bagi kami kitab Allah! Orang-orang yang berada di dalam rumah saling berselisihan dan bertengkar. Ada yang mengatakan supaya bawakan apa yang dimahukan oleh Nabi sementara yang lainnya mengikuti pendapat Umar. Ketika pertengkaran semakin hangat dan riuh, Rasulullah lalu bersabda: Pergilah kalian dari sisiku!
Inilah peristiwa juga tragedi yang digambarkan oleh Ibnu Abbas dengan katanya:
Sesungguhnya satu bala besar / celaka besar adalah perkara yang menghalang Rasulullah untuk menuliskan satu pesan untuk mereka kerana pertengkaran dan perselisihan mereka. (34)
Tindakan Umar memberi alasan atau membuat pilihan sendiri adalah bertentangan dengan firman Allah yang bermaksud:
“Orang mukmin dan mukminah tidak sepatutnya apabila sesuatu perkara itu diputuskan oleh Allah dan Rasul-Nya (lalu mereka mahu) menentukan pilihan mereka sendiri. Barangsiapa derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya, nyatalah mereka itu sangat sesat” (al-Ahzab: 36)
Berdasarkan hadits di atas Umar telah membuat pilihan sendiri bila Rasulullah s.a.a.w menganjurkan agar dibawakan kepadanya kertas dan dakwat bagi menuliskan sebuah wasiat yang bakal memelihara mereka dari kesesatan setelah kewafatannya.
Bukankah kehendak dan pilihan Nabi itu adalah kehendak Allah? Maka atas dasar apakah Umar memberi syor dan alasan bagi menghalang Nabi dari menulis wasiat tersebut? Bukankah tindakannya itu sudah dinamakan derhaka kepada Allah dan Rasul?
Firman Allah lagi menerusi surah an-Nur: 51 yang bermaksud:
“Sesungguhnya jawapan (reaksi) orang-orang mukmin bila mereka dipanggil kepada Allah dan Rasul-Nya agar berhukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan: Kami Mendengar dan Kami Patuh Taat. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung”
Apakah Umar dan penyokongnya benar-benar patuh dan taat segala kehendak Nabi s.a.a.w? Apakah mereka benar-benar seorang yang beriman?
Firman-Nya lagi didalam surah al-Hasyr: 7 yang bermaksud:
“Segala apa yang didatangkan oleh Rasul kepada kamu, maka Terimalah dan apa yang dilarang tinggalkanlah” |
|
|
|
|
|
|
UdiNo This user has been deleted
|
Kekafiran moriti para sahabat Nabi s.a.a.w
Page: 11
Apakah Umar dan penyokongnya menerima dengan hati terbuka perintah Nabi tersebut? Bahkan yang lebih dahsyat lagi ada di antara mereka yang menuduh Nabi sudah nyanyuk dan meracau!!
Ya. Memang benar Umar membuat anjuran lain dari kehendak Nabi dengan mengatakan “Cukuplah bagi kami kitab Allah”. Tetapi persoalannya disini ialah apakah dia lebih mengetahui dan prihatin tentang apakah yang paling baik untuk umat Islam dari Rasulullah? apakah Umar benar-benar mahir dengan al-Quran yang dipilihnya? Jika benar dan tepat pilihan Umar itu maka seharusnya Nabi mengucapkan terima kasih kepadanya tetapi apa yang dapat dilihat Nabi menghalau mereka yang berada disisi baginda dengan sabdanya: Pergilah kalian dari sisiku!!
Golongan Ahlus Sunnah sering memberi alasan bahawa tindakan Umar adalah bukti keprihatinannya dan kasihnya terhadap Rasulullah kerana dia mahu mengurangkan rasa tekanan yang lahir dari kegeringan baginda, maka dia cuba menenangkan baginda dengan “alasan” nya itu!!?
Pendapat ini juga masih tidak dapat diterima secara positif kerana Rasulullah tidak langsung berasa tenang dengan alasan tersebut bahkan bersabda: Pergilah kalian dari sisiku!! Tambahan pula, Ibnu Abbas telah menggambarkan bahawa peristiwa hari khamis tersebut adalah satu tragedi kerana Nabi terhalang dari menulis wasiat yang akan memelihara umat dari kesesatan bahkan ianya merupakan satu Bala Besar dan Kecelakaan Besar.
Golongan Ahlus Sunnah juga memberi alasan lagi bahawa sekiranya baginda Rasulullah benar-benar mahu berwasiat sesuatu yang amat mustahak, bukankah baginda hidup sesudah peristiwa tersebut selama 3 hari. Maka bukankah masih banyak peluang bagi baginda untuk berwasiat tetapi terbukti baginda tidak mengulanginya!!?
Benarkah baginda tidak mengulanginya? Tidak! Baginda tetap teruskan kata-katanya tetapi dibuat-buat lupa atau sengaja dilupakan oleh mereka!!
Buktinya…setelah melihat para sahabat berselisihan dan bertegang urat hanya kerana baginda meminta dakwat dan kertas untuk menulis wasiat, maka baginda hanya mampu untuk bercakap tanpa menulis sepertimana yang telah diriwayatkan oleh Sa`id bin Jabir dari Ibnu Abbas bahawa baginda bersabda: Aku wasiatkan kamu 3 perkara iaitu: 1- Keluarkan golongan musyrikin dari semenanjung tanah Arab (Mekah dan Madinah). 2-Izinkan setiap rombongan ke arah yang telah aku izinkan. 3-……..?? (35)
Menerusi riwayat ini periwayat mendiamkan diri atau dikatakan dia lupa perkara ketiga. Sila rujuk!!
Persoalannya, apakah perkara yang ‘Ter’lupa tersebut? Jika banyak perkara yang diwasiatkan baginda maka masih boleh lagi diterima akal yang ianya akan terlupa. Tetapi hanya 3 perkara sahaja yang diwasiatkan. Mustahil boleh dilupakan!! Atau ianya sengaja dilupakan?!!
Satu perkara yang bertentangan dan pelik pula ialah riwayat dari Aisyah yang bertegas mengatakan bahawa Rasulullah tidak langsung berwasiat, bahkan ketika baginda wafat dia sendiri tidak menyedarinya?!! Maka bilakah baginda berwasiat?!! (36)
Benarkah???! Sila buat kajian mengenainya!!
Sementara sebuah riwayat dari Thalhah bin Musharrif telah bertanya kepada Abdullah bin Abi Aufa: Apakah Rasulullah telah berwasiat? Dia menjawab: Tidak! Aku bertanya lagi: Bagaimana baginda tidak berwasiat sedangkan baginda memerintahkan umatnya agar berwasiat? Dia menjawab: Baginda berwasiat agar berpegang kepada kitab Allah. (37)
Riwayat ini menjelaskan bahawa Rasulullah s.a.a.w telah memerintahkan umatnya agar berwasiat. Tetapi menerusi riwayat ini juga, timbul kesangsian iaitu apakah Nabi memerintahkan sesuatu terhadap umatnya tetapi baginda tidak melaksanakannya? Apakah Nabi bersikap “Cakap tak serupa bikin”? Bukankah Rasulullah itu contoh terbaik bagi umat menerusi firman Allah: Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu adalah contoh terbaik buat kamu. (al-Ahzab:21)
Bahkan terlihat Abdullah terjerat bila dihujjah oleh Thalhah lalu dia menjawab menurut kecenderungannya terhadap jawapan Umar iaitu Kitab Allah.
Persoalannya: Apakah Umar benar-benar mahir dengan al-Quran? Bukankah al-Quran itu ‘bisu’ maka siapakah yang layak memahami al-Quran dan menjelaskan maksud darinya? Umar??
Jawapannya: Tidak sekali-kali!! Umar bukan orangnya bahkan dialah di antara sahabat yang benar-benar tidak mahir dengan al-Quran bahkan sanggup berfatwa, berijtihad dan bertindak dengan sesuatu yang bertentangan dengan al-Quran!! Buktinya:
Pertama: Jahil tentang tayamum.
Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah, Nasaie dan lainnya bahawa seorang lelaki datang kepada Umar lalu berkata: Saya dalam keadaan junub tetapi saya tidak mendapatkan air (untuk mandi). Umar menjawab: Jangan sembahyang!! (Mendengar perkara itu) Ammar berkata: Apakah anda tidak ingat wahai Amirul mukminin ketika kita dalam satu pasukan, lalu kita junub dan tidak menemukan air. Adapun anda tidak solat, sedang saya berguling-guling di atas tanah dan solat. (Setelah mengadukan hal tersebut kepada Nabi), maka Nabi bersabda: Apa yang kamu perlu hanyalah menepukkan kedua tanganmu ke tanah, kemudian tiup, dan usapkan ke wajah dan kedua telapak tanganmu. Umar lantas berkata: Takutilah Allah wahai Ammar! Ammar menjawab: Kalau anda mahu saya tak akan mengulangi cerita tersebut. (38)
Sebuah hadits ini sudah cukup membuktikan kejahilan Umar dengan al-Quran dan as-Sunnah. Kalaulah ada yang berhujjah dan mencari alasan “Demi Umar” bahawa dia terlupa kejadian dan hadits yang diceritakan oleh Ammar itu, maka bagaimana pula dengan ayat Allah menerusi surah al-Maidah: 6
“…dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air) atau dalam musafir, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwudhuk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah – debu yang bersih – sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu – dengan debu itu -…”
Ayat ini sangat jelas dan terang memerintahkan agar bertayamum jika menghadapi kes ketiadaan air dan seumpama dengannya. Jadi apakah masih diberikan alasan yang Umar juga TERLUPA dengan ayat tersebut?! Atau memang dia tak tahu langsung dengan ayat tayamum itu?
Lagipun bukankah mustahil Umar boleh terlupa satu kejadian yang menimpa dirinya sendiri?
Sekiranya golongan Ahlus Sunnah berpendapat mengatakan fatwa Umar tersebut adalah satu ijtihad, maka kiranya dia benar dapat 2 pahala tetapi kiranya salah dia mendapat 1 pahala.
Ya. Umar memang pernah berpendapat tidak perlu sembahyang ketika berkeadaan junub tetapi bukankah Rasulullah sudahpun memperbertulkan dan menerangkan kesalahan Umar dalam pendapatnya itu? Jadi, mengapakah dia masih berani memberi fatwa dari ‘sunnah’ yang dia pernah buat kepada orang lain? Masihkan dia diberi pahala dari kesalahannya?
Tambahan pula, setelah Umar diperingatkan Ammar, dia masih tidak mahu menerima persaksian tersebut. Apa buktinya? Perhatikan riwayat berikut:
Sebuah riwayat shahih menyebut bahawa Abu Musa bertanya Abdullah sekiranya seseorang dalam keadaan junub dan tidak mendapatkan air selama sebulan, maka bagaimana keadaannya untuk solat? Abdullah |
|
|
|
|
|
|
UdiNo This user has been deleted
|
Majoriti Para sahabat Nabi telah Kufur
Page: 12
memberi jawapan yang sama dengan Umar iaitu jangan solat meskipun selama sebulan. Maka Abu Musa mengutarakan ayat: kamu tidak mendapat air (untuk berwudhuk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah – debu yang bersih – dan dia menceritakan kisah yang terjadi antara Umar dengan Ammar lalu Abdullah berkata: Apakah kamu tidak nampak yang Umar tidak mahu menerima cerita Ammar itu? (39)
Kenapa Umar tidak mahu menerima penyaksian Ammar bin Yasir? Sebab malu mahu mengaku kesalahan dan kejahilannya di hadapan orang yang bertanyakan masalah tersebut? Atau Khalifah tak boleh ditegur? Bodoh sombong!!
Akhir sekali satu perkara yang pelik dari riwayat di atas iaitu bagaimana Abdullah juga berfatwa seperti fatwa Umar? Apakah dia tidak berani mengubah SUNNAH UMAR?
Sunnah Khulafa` ar-Rasyidin….. itulah alasan Ahlus Sunnah yang mengatakan sunnah sahabat sama ‘standard’ dengan sunnah Rasululllah!! Meskipun melawan Nas al-Quran dan Hadits!
Kedua: Mengubah Hukum Talak
Umar telah mengubah hukum talak yang telah ditetapkan oleh Allah menerusi surah al-Baqarah: 230 yang bermaksud:
“Talak (yang boleh dirujuk kembali itu) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) dipegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau dilepaskan (diceraikan) dengan cara yang baik”
Sunnah Nabi s.a.a.w telah menjelaskan bahawa seseorang isteri tidak haram bagi suaminya melainkan setelah 3 kali talak, setelah itu barulah diharamkan bagi suami tersebut merujuk kembali melainkan setelah bekas isterinya itu bernikah dengan lelaki lain kemudian bercerai dengannya. Secara ringkasnya talak 3 dengan 1 kali lafaz dianggap satu.
Tetapi Umar telah merubah hukum tersebut dengan kuasa ijtihadnya iaitu dengan sekali lafaz talak tiga maka haram bagi sang suami merujuk kembali isterinya.
Bukti keberaniannya adalah seperti berikut:
1- Diriwayatkan dari Ibnu Abbas katanya: Pada zaman Rasulullah s.a.a.w, zaman pemerintahan Abu Bakar dan 2 tahun di zaman kekuasaan Umar, talak 3 dianggap 1.” (40)
2- Dari Abu Shabha` bertanya kepada Ibnu Abbas: Apakah benar pada zaman Nabi s.a.a.w dan zaman pemerintahan Abu Bakar talak itu dianggap satu, tetapi kemudian Umar menganggapnya tiga? Ibnu Abbas menjawab: Ya!. (41)
3- Dari Abu Shabha` bertanya lagi kepada Ibnu Abbas: Bukankah pada zaman Rasulullah s.a.a.w dan zaman pemerintahan Abu Bakar talak tiga itu dianggap satu? Ibnu Abbas menjawab: Memang benar! Itulah keadaannya. Tetapi ketika zaman pemerintahan Umar, orang ramai mahu cepat di dalam menjatuhkan talak, maka dia pun meluluskannya. (42)
Perhatikan riwayat ketiga diatas dimana Umar sanggup memberi muka kepada orang ramai dengan menurut kehendak mereka meskipun mengubah hukum Allah dan Rasul-Nya. Ini tiada lain hanya semata-mata jalan politik bagi memancing kecintaan orang ramai dan sekaligus memberikan sokongan terhadapnya.
Satu perkara yang perlu kita ketahui meskipun talak menjadi perkara cabang (Furu`) tetapi hukumnya telah ditetapkan oleh Allah s.w.t dan telahpun dilaksanakan oleh baginda Rasulullah s.a.a.w iaitu talak yang boleh dirujuk ialah 2 kali. Maka tidak ada ruang lagi bagi sesiapa pun untuk berijtihad bahkan berijtihad dalam hal ini adalah membatalkan nas.
Menerusi keterangan-keterangan di atas maka jelaslah bahawa Umarlah orang yang sangat berani mengubah hukum Allah dan Rasul-Nya.
Ketiga: Membatalkan Zakat Golongan Muallaf.
Di dalam sunnah Nabi s.a.a.w, baginda telah mengkhususkan bahagian zakat untuk orang-orang muallaf yang baru memeluk Islam. Tetapi Umar telah membatalkan pemberian tersebut pada zaman kekuasaanya dengan membatalkan hak tersebut menerusi veto ijtihad yang dimilikinya. Umar telah berkata kepada golongan muallaf: Tiada keperluan lagi untuk kamu. Sesungguhnya Allah telah muliakan Islam dan tidak memerlukan kamu.
Bahkan hukum tersebut juga telah dibatalkan olehnya pada zaman pemerintahan Abu Bakar lagi ketika mana orang-orang muallaf seperti biasa pada zaman Nabi mereka datang kepada Abu Bakar meminta bahagian mereka. Lalu Abu Bakar menulis sepucuk surat rasmi untuk diserahkan kepada Umar, kemudian mereka pergi kepada Umar dan menyerahkan surat tersebut tetapi dikoyakkan oleh Umar dan berkata: Tiada keperluan lagi untuk kamu. Sesungguhnya Allah telah muliakan Islam dan tidak perlukan kamu. Sekiranya kamu tidak Islam maka antara kami dan kamu akan berperang! Setelah itu golongan muallaf tersebut terus pergi bertemu Abu Bakar dan berkata: Kamu khalifah atau Umar? Abu Bakar menjawab: Bahkan Umar insya Allah. Dan seterusnya Abu Bakar menuliskan sepucuk surat bagi menyetujui ijtihad Umar tersebut. (43)
Tindakan Umar dan Abu Bakar ini terang-terang bertentangan dengan al-Quran di dalam surah at-Taubah: 60 yang bermaksud:
“Sesungguhnya sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan untuk orang-orang miskin, dan untuk amil-amil yang mengurusnya, dan untuk orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba yang mahu memerdekakan dirinya…”
Jelas? Sila rujuk!!
Keempat: Cubaan Membakar Rumah Fatimah a.s
Cubaan membakar rumah Fatimah dan Ali a.s oleh Umar untuk memaksa mereka supaya membai`at Abu Bakar telah dicatatkan di dalam banyak kitab-kitab sejarah Ahlus Sunnah Wal Jamaah seperti Thabari, Ibnu Qutaibah, Ibnu Katsir dan lainnya dimana Umar telah berkata: Aku akan membakar kamu semua sehingga kamu keluar untuk memberi bai`at kepada Abu Bakar” (44)
Fikirkan sahaja kebatilan tindakan Umar ini!!
Kelima: Mengharamkan Nikah Mut`ah
Bukti hukum halal nikah mut`ah terkandung di dalam surah an-Nisa`: 24 yang bermaksud:
“Dan isteri-isteri yang kalian nikmati (istamta`tum) di antara mereka, maka berilah kepada mereka mahar (upah) mereka sebagai satu kewajipan…”
Jumhur ulama Ahlus Sunnah mengatakan ayat ini turun pada awal kebangkitan Islam kerana keizinan nikah mut`ah dan disokong dengan pembacaan (Qiraat) Ubay bin Ka`ab, Ibnu Abbas dan Said bin Jabir iaitu: “ dan isteri-isteri yang kalian nikmati (istamta`tum) di antara mereka “dalam tempoh yang telah ditetapkan (Ila Ajalin Musamma)” maka berilah kepada mereka mahar (upah) mereka sebagai satu kewajipan” (45)
Diriwayatkan oleh Abdu bin Humaid, Ibnu Jarir, Ibnu al-Anbari dalam al-Masahif dan al-Hakim menshahihkannya bahawa Ibnu Abbas dan Ubay bin Ka`ab membacanya dengan bacaan: “ dan isteri-isteri yang kalian nikmati (istamta`tum) di antara mereka “dalam tempoh yang telah ditetapkan (Ila Ajalin Musamma)” maka berilah kepada mereka mahar (upah) mereka sebagai satu kewajipan” (46)
Begitu juga diriwayatkan oleh Abdu bin Humaid dan Ibnu Jarir dari Mujahid bahawa ayat ini turun kerana (keizinan) nikah mut`ah. (47) |
|
|
|
|
|
|
UdiNo This user has been deleted
|
Majoriti para sahabat Nabi telah kufur
Page: 13
Berdasarkan ayat ini diriwayatkan dari Musaddad bin Hushain berkata: sesungguhnya setelah turun ayat mut`ah dalam al-Quran, maka kami melaksanakannya pada zaman Nabi s.a.a.w, dan tiada ayat lain yang menasakhkannya. Begitu juga baginda tidak menghalangnya sehingga baginda wafat. Hanyalah ada seorang lelaki yang berijtihad (mengharamkannya). Muhammad berkata: Katanya orang lelaki itu adalah Umar. (48)
Diriwayatkan juga dari Jabir bin Abdullah berkata: Kami dahulu melaksanakan nikah mut`ah beberapa hari dengan (mas kahwin) kurma dan tepung pada zaman Rasulullah s.a.a.w dan Abu Bakar sehinggalah akhirnya Umar melarang dari melakukannya kerana `Amru bin Huraits. (49)
Imam Suyuthi memetik kata-kata Abu Hilal Al-Askari bahawa Umar adalah orang pertama yang mengharamkan nikah Muta`ah. (50)
Satu perkara yang pelik dan ajaib bila golongan Sunni mendakwa bahawa Rasulullah s.a.a.w yang mengharamkan mut`ah bukan Umar. Mereka membawa beberapa buah hadits bagi menyokong dakwaan tersebut.
Pelik kerana menurut riwayat Jabir di atas mengatakan pada zaman Nabi hidup juga zaman pemerintahan Abu Bakar nikah mut`ah masih dihalalkan tetapi dalam masa yang sama ia juga diharamkan oleh Rasulullah?! Apakah Abu Bakar dan orang ramai tidak mengetahui pengharamannya melainkan setelah di’Isytiharkan’ oleh Umar? Ini sangat bertentangan!!.
Bukankah Rasulullah telah lama wafat, mustahil orang ramai masih meneruskan nikah tersebut pada zaman Abu Bakar jika ianya telah di haramkan!! Khususnya bila kita mendapati bahawa nikah mut`ah kononnya telah diharamkan oleh Rasulullah pada zaman penaklukan Mekah (Fathu Makkah) (51) maka sudah tentu pada masa itu ramai orang yang mendengarnya khususnya Abu Bakar. Jadi mustahil mereka tetap meneruskannya pada zaman Abu Bakar!!
Tambahan pula apa yang telah diharamkan oleh baginda adalah haram buat selama-lamanya begitu juga sebaliknya. Maka bagaimana Rasulullah boleh menyampaikan sesuatu hukum yang berubah-ubah? Sekejap halal sekejap tidak macam biskut “Chipsmore”. Ini mustahil sama sekali!!
Persoalan yang penting sekali ialah hukum halal bagi nikah mut`ah sudah terdapat didalam al-Quran maka apakah boleh hadits-hadits menasakhkan dan membatalkan al-Quran? Adakah Nabi akan bertindak sesuatu yang menyalahi al-Quran? Mustahil!!
Hadits tidak boleh menasakhkan al-Quran!!
Dan kiranya ayat mut`ah tersebut dinasakhkan maka sudah pasti al-Quran juga yang menasakhkannya kerana firman Allah yang bermaksud:
“Apa sahaja ayat keterangan yang Kami batalkan (mansukhkan) atau Kami tinggalkan (tangguhkan), Kami akan datangkan ganti yang lebih baik daripadanya atau sebanding dengannya. Tidakkah engkau ketahui bahawasanya Allah amat berkuasa atas tiap-tiap sesuatu” (al-Baqarah: 106)
Berdasarkan ayat ini maka terbukti segala hadits-hadits yang menasakhkan ayat mut`ah adalah batil dan ciptaan semata-mata kerana tidak mungkin Nabi s.a.a.w akan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah!!
Selain itu juga, Umar sendiri telah mengakui bahawa dialah yang mengharamkan nikah mut`ah menerusi riwayat berikut yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi:
“Ada 2 Mut`ah yang ada (halal) pada zaman Nabi. Sekarang aku melarangnya dan akan memberi saksi bagi melaksanakannya: Mut`ah haji (haji Tamattu`) dan mut`ah permpuan (nikah mut`ah)” (52)
Lihatlah betapa jelasnya Umar mengakui bahawa nikah mut`ah telah dihalalkan oleh Rasulullah tetapi dialah orang yang mengharamkannya dengan kuasa ijtihad yang dia miliki.
Para ulama Ahlus Sunnah telah mencatatkan bahawa Umar-lah yang telah mengharamkan nikah mut`ah menerusi riwayat-riwayat berikut:
1- Imam Tirmidzi meriwayatkan bahawa Abdullah bin Umar pernah ditanya tentang nikah mut`ah, maka dia menjawab bahawa hukumnya halal. Si penanya tidak berpuas hati lalu bertanya lagi dengan berkata: Bukankah ayahmu melarangnya? Abdullah menjawab dengan mengajukan sebuah pertanyaan: Bagaimana pendapatmu jika ayahmu melarang sesuatu yang mana Rasul membolehkannya. Pendapat Rasul yang harus kau ikuti atau pendapat bapamu? Si penanya menjawab dengan tegas: Tentu pendapat Rasulullah!! (53)
2- Al-Raghib di dalam al-Muhadarat meriwayatkan bahawa Yahya bin Aktam berkata kepada seorang syeikh di Basrah: Siapakah orang kamu ikuti tentang harusnya nikah mut`ah? Dia menjawab: Umar al-Khattab. Yahya bertanya lagi: Bagaimana? sedangkan Umarlah orang yang melarangnya. Dia menjawab: Menurut riwayat yang shahih bahawa Umar menaiki mimbar masjid dan berkata: “Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya telah menghalalkan untuk kamu 2 mut`ah. Tetapi aku mengharamkankedua-duanya. (mut`ah perempuan dan mut`ah haji)”. Maka kami menerima kesaksiannya tetapi tidak menerima pengharamannya.(54)
3- Imam Ali a.s berkata: Sekiranya Umar tidak melarang nikah mut`ah maka sudah tentu tiada seorang pun yang berzina melainkan orang yang celaka.(55)
4- Diriwayatkan oleh Muslim dari Jabir bin Abdullah katanya: Kami telah melakukan 2 mut`ah pada zaman Rasulullah s.a.a.w kemudian ianya dilarang oleh Umar, maka kami tidak mengulanginya. (56)
5- Diriwayatkan oleh Bukhari dari Abdullah bin Mas`ud katanya: Kami pergi berperang bersama Rasulullah s.a.a.w dan disisi kami tiada sesuatu, maka kami meminta sebarang pemberian, tetapi kami dilarang darinya. Kemudian Rasulullah mengizinkan menikahi perempuan dengan sehelai baju hingga tempoh yang tertentu dan baginda membacakan ayat: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengharamkan perkara-perkara yang baik yang dihalalkan oleh Allah kepada kamu. Dan janganlah kamu melampaui batasan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. (al-Maidah: 87) (57)
Kaji semula soal nikah mut`ah ini!!
Keenam: Menambah Hukum Sebat.
Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Abu Daud dan Nasaie dari Anas bin Malik katanya: Seorang lelaki dibawa menghadap kepada Nabi s.a.a.w kerana kesalahan meminum arak, maka baginda merotannya dengan 2 pelepah kurma sebanyak 40 kali sebatan. Begitu juga yang dilaksanakan oleh Abu Bakar. Tetapi setelah zaman pemerintahan Umar, dia berbincang dengan orang ramai lalu Abdul Rahman bin Auf menganjurkan agar ditambah sebatan sebanyak 80 sebatan. (58)
Hebat…!! Hukum Rasulullah boleh dibincang-bincangkan untuk membuat pilihan sendiri.
Firman Allah s.w.t:
“Orang mukmin dan mukminah Tidak Sepatutnya apabila sesuatu perkara itu diputuskan oleh Allah dan Rasul-Nya (lalu mereka mahu) Menentukan Pilihan Mereka Sendiri. Barangsiapa derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya, nyatalah mereka itu sangat sesat” (al-Ahzab: 36)
Jelaslah bahawa yang mahu menentukan pilihan mereka sendiri dengan mengenepikan satu keputusan Allah dan Rasul-Nya maka dia telah sesat. Sesat yang nyata!!
Islam tidak pernah menzalimi sesiapapun, maka setiap hukuman yang dilaksanakan oleh Rasulullah adalah semata-mata sebagai satu pendidikan |
|
|
|
|
|
|
UdiNo This user has been deleted
|
Page: 14
dan pengajaran agar jangan mengulanginya, bukan untuk menyiksa. Tetapi Umar lebih prihatin dari Nabi hingga melaksanakan suatu tambahan hukum dari cadangan Abdul Rahman bin `Auf tanpa merasakan ianya suatu kesalahan…!!
Ketujuh: Larangan Menulis dan meriwayatkan hadits
Sunnah Khulafa` ar-Rasyidin….Larangan ini adalah warisan dari Abu Bakar dan diteruskan oleh Umar kemudian Utsman.
Pada zaman pemerintahan Umar al-Khattab secara terang-terang dia menghalang penulisan as-Sunnah hingga mengeluarkan arahan menangkap dan memenjarakan sesiapa sahaja yang meriwayatkan as-Sunnah. Bahkan Abu Hurairah sendiri mengakui bahawa sekiranya beliau meriwayatkan sebarang hadits pada zaman hidupnya Umar maka beliau akan dipukul dengan tongkatnya. (59)
Selama hampir satu abad iaitu seratus tahun hadith tidak ditulis mahupun dibukukan secara rasmi oleh pihak pemerintah hinggalah di zaman pemerintahan Umar Abdul Aziz (rahimahullah) dan ketika itu kebanyakan para sahabat yang bersama Nabi yang pernah mendengar ucapan yang keluar dari mulut suci baginda telah meninggal dunia dan berpindah ke negara lain.
Sebuah riwayat dikeluarkan oleh az-Dzahabi dari Ibrahim dari bapanya Abdul Rahman bin A`uf katanya: Umar telah memenjarakan 3 orang kerana banyak meriwayatkan hadits: Ibnu Mas`ud, Abu Darda` dan Abu Dzar. Mereka bertiga tidak diizinkan keluar dari Madinah hinggalah Umar meninggal dunia.(60)
Diriwayatkan juga oleh ad-Darawardi dari Abu Hurairah ketika ditanya apakah dia meriwayatkan hadits pada zaman Umar? Dia menjawab: Sekiranya aku meriwayatkan hadits pada zaman Umar seperti sekarang ini maka aku akan di pukul dengan tongkatnya. (61)
Persoalannya mengapakah di zaman para sahabat, as-Sunnah tidak ditulis sedangkan ketika itu al-Quran telah lengkap ditulis dan disusun didalam sebuah buku? Mungkinkah ditakuti as-Sunnah akan bercampur aduk dengan al-Quran lagi sedangkan al-Quran telah ditetapkan oleh Nabi kepada orang-orang tertentu?
Itulah alasan yang sering kita dengar iaitu tindakan Umar melarang penulisan hadits kerana ditakuti as-Sunnah akan bercampur-aduk dengan al-Quran…?!
Benarkah ini satu hujjah yang kukuh?. Apakah al-Quran dan as-Sunnah itu seperti garam dan gula, yang mana bila keduanya bercampur kita tak dapat membezakan antara keduanya? Kiranya begitu, bukankah baik kalau dikhaskan garam didalam bekasnya manakala gula didalam bekasnya yang khas supaya tidak TERcampur. Jadi mengapakah para khalifah tersebut tidak mengambil inisiatif begitu dalam memisahkan antara keduanya? Bukankah baik kalau dibukukan hadits-hadits Nabi didalam sebuah buku yang khas sepertimana al-Quran dibukukan? Apatah lagi diwaktu itu para sahabat Nabi masih banyak lagi yang hidup dan zaman hidup mereka dengan Nabi juga masih belum jauh berpisah. Bukankah ianya satu peluang keemasan?!
Pelik…Satu tindakan yang sungguh pelik..!! Bagai ada udang disebalik batu.
Dengan tindakan Umar melarang para sahabat menulis dan meriwayatkan hadits-hadits sebenarnya punca munculnya timbunan hadits-hadits palsu kerana ia tidak terpelihara didalam sebuah buku, maka bagaimana mahu dirujuk kebenaran sesebuah riwayat yang sampai dikemudian hari?
Tetapi golongan Ahlus Sunnah berhujjah bahawa bilangan hadits terlalu banyak bebanding al-Quran, jadi amat payah untuk menyatukannya.
Saya katakan ini adalah satu hujjah yang tidak munasabah. Secara logik jika difikirkan, bukankah pada waktu Abu Bakar dan Umar memerintah para sahabat masih banyak yang hidup dan peluang keemasan masih terbuka untuk melaksanakankan tugas tersebut. Jadi mengapa mereka tidak mengeluarkan perintah sahaja kepada setiap sahabat meskipun yang berada didalam atau luar Madinah agar membukukan hadits-hadits yang mereka pernah mendengarnya dari Rasulullah kemudian diserahkan kepada pihak pemerintah untuk disimpan dan dijadikan rujukan? Bukankah hadits itu penting kerana ia berperanan sebagai pentafsir al-Quran? Hanyalah sebahagian sahabat yang membuat pengumpulan hadits secara peribadi seperti Abdullah bin `Amru al-`As yang dinamakan as-Sadiqah Jabir bin Abdillah dan Ali bin Abi Thalib. (62)
Tiada inisiatif untuk memelihara hadits malah menghalang para sahabat meriwayatkan dan menyampaikan hadits-hadits Nabi bahkan mengancam pukul dengan tongkatnya!!
Sunnah Abu Bakar dan Umar dalam melarang para sahabat menulis dan meriwayatkan hadits terus disambung oleh Utsman yang mana dia pernah memberi amaran kepada orang ramai dengan berkata: Jangan sekali-kali seorangpun (dari kalian) meriwayatkan sebuah hadits pun dari Rasulullah yang aku tak pernah dengar pada zaman Abu Bakar dan Umar! (63)
Disini maka seharusnya kita memuji tindakan Umar bin Abdul Aziz yang lebih cerdik dan sedar dari Umar al-Khattab kerana memikirkan nasib hadits Nabi yang tidak terpelihara lalu beliau memberi perintah keseluruh pelusuk negeri agar membukukan semua hadits-hadits yang ada sebagai memelihara keasliannya. Tetapi malangnya, ketika perintah dikeluarkan sudah seabad lamanya iaitu sekitar 100 tahun hijrah, zaman para sahabat sudah agak jauh ketinggalan bahkan ramai yang sudah meninggal dunia. Maka tidak mustahillah dalam pengumpulan tersebut hadits-hadits palsu dan ciptaan sesebahagian pihak yang tidak bertanggung jawab terkandung sekali dalam pengumpulan tersebut.
Sebenarnya jika anda mengkaji semula tindakan Umar anda akan mendapati bahawa ianya memakan dirinya sendiri hingga terlalu banyak hukum-hukum yang pernah dilaksanakan oleh Nabi yang dia tidak mengetahuinya. Disini dibawakan serba sedikit darinya:
1- Diriwayatkan oleh Abdul Razzaq dari Qatadah dan Sya`bi keduanya berkata: Seorang perempuan datang bertemu Umar lalu berkata: Suamiku sering bangun tengah malam (untuk solat) dan berpuasa disiang hari. Maka Umar berkata: Bagus kamu telah memuji suamimu! Lalu Ka`ab berkata (kepada Umar): Perempuan ini (sebenarnya) mengadukan masalah. Umar menjawab: Bagaimana pula? Ka`ab menjawab: Perempuan ini mengadu bahawa suaminya tidak memberi bahagian untuknya (sebagai sepasang suami isteri). Umar lalu berkata: Kalau kamu faham perkara itu, kamu hukumlah antara keduanya. Maka Ka`ab berkata: Wahai Amirul Mukminin, Allah telah menghalalkan bagi seseorang wanita itu 4 hari. Pada setiap 4 hari baginya 1 hari dan setiap 4 malam baginya 1 malam (memberi nafkah batin). (64)
Bukankah golongan Ahlus Sunnah banyak meriwayatkan hadits tentang keutamaan Umar bahawa dia sering disetujui oleh Allah hingga banyak ayat al-Quran yang turun kerananya, maka mengapa pula hukum bagi wanita tersebut dia tidak mengetahui hingga perlu Ka`ab menyelesaikan masalah tersebut? Selain itu juga, Umar bagaikan orang jahil yang tidak memahami maksud zahir kata-kata wanita tersebut hingglah Ka`ab yang menerangkannya. Apakah perlu wanita tersebut berterus terang yang suaminya tidak memberi nafkah batin kepadanya? Apakah ini selayaknya digelar Amirul Mukminin?
2- Umar juga diriwayatkan jahil tentang perkara kecil seperti adab memberi salam hinggalah terjadi kepada dirinya dimana Abu Musa al-Asy`ari datang kerumahnya lalu memberi salam sebanyak 3 kali tetapi tiada jawapan keizinan dari Umar maka dia pun pulang. Lalu umar mengejar Abu Musa dan bertanya mengapa dia pulang? Maka Abu Musa mengkhabarkan padanya sebuah hadits dari Nabi tentang adab tetamu apabila datang memberi salam kepada tuan rumah sebanyak 3 kali tetapi tidak dijawab, |
|
|
|
|
|
|
UdiNo This user has been deleted
|
Page: 15
maka pulanglah. Tetapi Umar tidak percayakan Abu Musa lalu memberi ancaman pukul sekiranya dia tidak dapat menghadirkan saksi bagi riwayat hadits tersebut. (65)
Sangat pelik tindakan Umar ini, sudahlah tidak tahu tentang perkara sekecil itu, bahkan tidak mahu menerima kejahilannya dengan tidak mempercayai Abu Musa bahkan mengancam pukul kiranya Abu Musa tidak mendatangkan saksi kepada hadits tersebut.
Meskipun begitu golongan Ahlus Sunnah tetap mencari alasan bahawa tindakan Umar itu adalah sebagai tanda berhati-hati untuk menerima sesebuah pengkhabaran kerana ditakuti ada hadits-hadits akan dipergunakan untuk kepentingan diri. Hujjah ini agak berat sebelah kerana jika diperhatikan dari riwayat shahih yang lain Umar telah menerima riwayat hadits Abdul Rahman bin `Auf tanpa meminta sebarang saksi bagi meyakinkannya. (66)
Selain itu juga, Umar dapat menerima hadits riwayat Abdul Rahman bin `Auf tanpa sebarang saksi apabila dia tidak tahu bagaimana mahu melaksanakan hukum ke atas orang-orang Majusi, lalu Abdul Rahman mengatakan bahawa Rasulullah s.a.a.w pernah bersabda: Hukumlah mereka seperti hukuman untuk Ahli kitab. (67)
3- Diriwayatkan juga oleh al-Baihaqi dari Hisyam bin Yahya al-Makhzumi berkata: Seorang lelaki dari tsaqif datang bertemu Umar lalu bertanya tentang hukum wanita yang dalam keadaan haid sedang dia berada di kawasan Kaabah, maka apakah baginya segera keluar darinya? Umar menjawab: Tidak perlu! Maka lelaki tsaqif itu berkata kepada Umar: Rasulullah telah menjelaskan kepadaku bagi kes seperti wanita tersebut tetapi bukan seperti yang kamu fatwakan. Lalu Umar memukul lelaki itu dengan tongkatnya dan berkata: Kenapa kamu minta fatwa dariku yang telah difatwakan Nabi kepadamu? (68)
Apa yang jelas menerusi riwayat ini membuktikan bahawa Umar jahil tentang hukum yang pernah dilaksanakan oleh Nabi s.a.a.w. Satu kemungkinan besar juga lelaki tsaqif tersebut mahu menguji kepandaian Umar lalu menanyakan soalan yang pernah dia tanyakan kepada Nabi, dan ternyata fatwanya berbeza. Sebabnya apa? Sebab Umar tidak mahu mengambil inisiatif mengumpulkan hadits-hadits Nabi yang penuh terkandung dengan berbagai fatwa dan nasihat-nasihat dari Nabi s.a.a.w yang dia tidak pernah mendengarnya kerana sibuk berniaga.
Sebagai tambahan kejahilan Umar terhadap hukum-hukum yang terdapat didalam al-Quran ialah pada satu ketika Umar mahu menjalankan hukuman rejam ke atas seorang wanita yang hamil pada tempoh 6 bulan sahaja. Lalu dia ditegur oleh imam Ali a.s dengan membawakan hujjah al-Quran: “…sedang tempoh mengandungnya dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa 30 bulan…” (al-Ahqaf: 15) juga ayat: “dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama 2 tahun genap..” (al-Baqarah: 233) lalu umar menarik balik hukumannya. (69)
Inilah sebahagian dari kuasa veto ijtihad Umar melawan nas al-Quran dan as-Sunnah juga kejahilannya. Apakah selepas ini masih ada yang meyakini bahawa riwayat-riwayat yang menyatakan Umar banyak memberi buah fikiran dan idea kepada Nabi dalam soal kemaslahatan umat (kononnya) dan akhirnya banyak ayat-ayat al-Quran turun kerana buah fikirannya yang “bernas” itu seperti kononnya Umarlah orang yang mencadangkan agar isteri-isteri Nabi memakai hijab dan akhirnya turunlah ayat hijab sebagai tanda setuju dari Allah terhadap “keprihatinan” Umar?
Mustahil!! Jelas riwayat-riwayat seumpamanya itu adalah salah satu cara untuk mengangkat kedudukan Umar! Kerana apa? Adakah dia lebih prihatin dan peka dari Nabi tentang kemaslahatan isteri-isteri baginda dan umatnya? Tambahan pula, telah jelas Umar berijtihad melawan nas maka bagaimana nas boleh bersetuju dengannya? Apakah ini sikap orang yang kononnya syaitan takut kepadanya hingga ia terpaksa melalui lorong lain selain lorong yang dilalui oleh Umar??! Fikirkan…..
Kesalahan-Kesalahan Utsman
Pertama: Menyempurnakan Solat Ketika Musafir
Diriwayatkan oleh Muslim dari Ibnu Umar katanya: Rasulullah s.a.a.w melaksanakan solat ketika musafir di Mina sebanyak 2 rakaat, begitu juga Abu Bakar sesudah Nabi kemudian Umar sesudah Abu Bakar dan Utsman pada zaman pemerintahannya. Sesudah itu Utsman sembahyang 4 rakaat. (70)
Diriwayatkan juga oleh Muslim dari Salim bin Abdullah dari bapanya bahawa Rasulullah s.a.a.w melaksanakan solat sebagai seorang musafir di Mina dan juga ditempat lain sebanyak 2 rakaat, begitu juga dilakukan oleh Abu Bakar dan Umar. Kemudian Utsman pada awal pemerintahannya dia menyempurnakan solat musafir kepada 4 rakaat. (71)
Dengan terang Utsman beramal sesuatu yang berlawanan dengan sunnah Nabi. Apakah dia lebih taat dan keras berpegang kepada hukum Allah daripada Nabi?
Bahkan yang paling jelas sekali, dia telah mengabaikan satu kemudahan yang diberikan Allah kepada hamba-Nya menerusi firman-Nya di dalam surah an-Nisa`: 101:
“Dan apabila kamu musafir dimuka bumi, maka kamu tidaklah berdosa menqasarkan (memendekkan) sembahyang..”
Meskipun ayat ini menunjukkan satu keizinan (rukhshah) dari Allah, tetapi adalah lebih afdhal Utsman mengikuti sunnah Nabi iaitu memendekkan solat dari 4 rakaat menjadi 2. Bahkan jika diukur dari sudut pendapat disisi mazhab Hanafi perlakuan Utsman menyempurnakan solat ketika musafir adalah HARAM kerana bagi mereka memendekkan solat bagi musafir adalah wajib. (72)
Bukankah Rasulullah s.a.a.w pernah bersabda: Barangsiapa yang asing dari sunnahku maka dia bukan dari kalanganku. (73)
Jelaslah….
Kedua: Mengusir Abu Dzar al-Ghiffari ke Rabazah
Di antara orang yang kuat menyokong imam Ali a.s adalah Abu Dzar al-Ghiffari. Satui hari pada zaman pemerintahan Utsman Abu Dzar telah berucap di masjid Nabi di Madinah dengan berani dan lantang membuka pekong Utsman dalam menentang sunnah Rasulullah s.a.a.w. Beliau berkata:
Wahai manusia, barangsiapa mengenaliku, maka dia telah mengenaliku. Dan barangsiapa yang belum mengenaliku maka aku perkenalkan diriku. Aku adalah Abu Dzar al-Ghiffari, aku Jundub bin Junadah ar-Rabzi….
Beliau meneruskan kata-katanya hinggalah sampai kepada katanya: …dan Muhammad adalah pewaris ilmu Adam dan segala yang dilebihkan kepada para Nabi. Manakala Ali bin Abi Thalib adalah wasiat (pengganti) Muhammad dan pewaris ilmu baginda….hingga akhir
Abu Dzar r.a juga mengungkap seluruh sikap dan perlakuan Utsman yang menukar dan merubah sunnah-sunnah Rasulullah s.a.a.w lantas beliau dibuang negeri ke Syam atas dasar takut pengaruhnya berkembang. Tetapi beliau tetap dengan pendiriannya berkata benar dan dipintu masjid Damsyiq setelah selesai solat subuh beliau berkata: Telah datang sekumpulan unta berjalan seiringan membawa api. Laknat Allah ke atas mereka yang memerintahkan membuat kebaikan tetapi mereka sendiri yang meninggalkannya dan laknat Allah juga ke atas mereka yang melarang kemungkaran tetapi mereka sendiri yang melakukannya.
Kelakuan Abu Dzar merunsingkan Muawiyah selaku gabenor Syam, lantas dia mengirimkan sepucuk surat kepada Utsman mengadukan perihal Abu Dzar tersebut lalu Utsman memerintahkan Abu Dzar pulang ke Madinah bertemunya. |
|
|
|
|
|
|
UdiNo This user has been deleted
|
Page: 16
Setelah beliau tiba di Madinah dan dibawa bertemu Utsman yang ketika itu disisnya ada pengikutnya, dia lalu bertanya kepada Abu Dzar: Telah sampai berita kepadaku bahawa engkau mengatakan telah mendengar Rasulullah bersabda: Apabila bani Umayyah cukup 30 orang berkumpul, mereka akan menjadikan negeri-negeri Allah sebagai dinasti, hamba-hamba Allah sebagai hamba sahya mereka dan menjadikan agama Allah binasa. Beliau menjawab: Benar! Aku telah mendengar Rasulullah mengatakan perkara tersebut. Utsman (tercengang-cengang sambil) bertanya kepada jemaahnya: Adakah kalian pernah mendengar hadits tersebut?. Lalu Utsman mengutus seseorang memanggil Ali a.s, lalu beliau datang dan dia bertanyakan kepada Ali a.s berkenaan hadits tersebut. Maka imam Ali menyaksikan bahawa tiada orang yang lebih benar dari Abu Dzar.
Secara ringkas dari kisah tersebut akhirnya Abu Dzar diusir keluar dari Madinah ke Rabazah dan Utsman tidak mengizinkan sesiapa pun bercakap-cakap dengannya hinggalah beliau meninggal dunia disana.(74)
Atas dasar apakah Utsman mengusir Abu Dzar r.a dari tanah suci Madinah? Takut rahsia terbongkar? Kerana beliau begitu berani berkata: Ali adalah wasiat peninggalan gantian Rasulullah? Apakah Utsman terasa pedas bila Abu Dzar mengakui hadits penyelewengan bani Umayyah bila bersatu?
Ketiga: Melantik Gabenor Pemabuk
Sekitar tahun 25-26 hijrah, Utsman telah melucutkan jawatan Sa`id bin Abi Waqqas selaku gabenor di Kufah dan digantikan dengan al-Walid bin Uqbah bin Mu`ith.
Al-Walid adalah seorang peminum arak hingga dia menambah solat subuh menjadi 4 rakaat ketika menjadi imam dan termuntah di mihrab. Bahkan dia berkata: Kamu semua mahu aku tambah lagi rakaat sembahyang? Setelah itu, dia duduk ditengah-tengah masjid lalu memanggil tukang-tukang sihir yang ada di sekitar Kufah bagi melakukan perkara-perkara ajaib. (75)
Bagaimana seorang khalifah boleh melantik seorang pemabuk arak menjadi gabenor? Tambahan pula, apakah Utsman tidak tahu bahawa al-Walid bin Uqbah bin Mu`ith itu telah digelar oleh Allah sebagai seorang Fasiq?!
Inilah jelas ketika mana al-Walid pernah diutus Nabi untuk memungut zakat daripada bani Mustaliq, lalu dia pulang dan memberitahu Nabi bahawa bani Mustaliq telah keluar untuk memerangi mereka. Mendengarkan berita tersebut, lalu Nabi bersiap sedia dengan tentera untuk bertahan dari serangan mereka.(76) Maka turunlah ayat:
“Hai orang-orang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti (berita yang disampaikannya) agar kamu tidak menimpakan satu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu” (al-Hujurat: 6)
Mustahil Utsman tidak mengetahuinya!! Jadi atas dasar apakah dia masih melantik seorang fasiq menjadi gabenor? Apakah baginya orang fasiq itu boleh dipercayai dan layak menjawat jawatan gabenor selaku pemimpin setempat umat Islam?
Kelima: Memukul Ammar bin Yasir
Secara ringkas dari kisah di atas, Ammar bin Yasir dan Miqdad beserta 10 orang yang lain menulis sepucuk surat menentang tindakan dan kelakuan Utsman yang terlalu mementingkan kroni-kroninya dan menentang beberapa sunnah Rasulullah s.a.a.w Kemudian Ammar menghantar surat tersebut kepada Utsman dan ketika itu bersamanya Marwan bin al-Hakam. Setelah membaca isi kandungan surat tersebut, Utsman bertanya kepada Ammar siapakah bersama beliau dalam penulisan surat tersebut, tetapi beliau enggan memberitahunya. Lantas Marwan mengapi-apikan Utsman maka dia memerintahkan Ammar dipukul hingga mengoyakkan perutnya, lalu Ammar pengsan dan mereka menghantarnya ke rumah Ummu Salamah r.a
Setelah itu, berita Ammar dipukul sampai ke telinga bani Mughirah / Makzum, maka mereka menjadi marah kerana Ammar adalah ketua kaum mereka. Ketika Utsman keluar untuk solat zohor, Hisyam bin al-Walid bin Mughirah berjumpanya dan berkata: Demi Allah, sekiranya Ammar mati kerana pukulan tersebut, maka pasti aku akan membunuh seorang lelaki besar dari bani Umayyah!! Utsman lalu menjawab: Aku tiada ketika kejadian itu.(77)
Tidak perlu lagi saya mengulas sikap Utsman menerusi kisah ini. Fahamilah!!
Keenam: Memanggil Pulang Al-Hakam Dan Anaknya Marwan Dari Buangan
Pada pemerintahan Utsman, dia telah memanggil pulang al-Hakam bin al-`As dari buangan negeri. Al-Hakam adalah pakcik Utsman yang telah dihalau oleh baginda Rasulullah s.a.a.w dari Madinah. Abu Bakar dan Umar sendiri tidak berani memanggil al-Hakam pulang ke Madinah tetapi Utsman memanggilnya pulang kerana kecintaannya terhadap kroni-kroninya dari bani Umayyah. Pernah ketika zaman pemerintahan Abu Bakar dan Umar, Utsman cuba memujuk mereka berdua agar memanggil pulang al-Hakam dan anaknya Marwan tetapi keduanya enggan melakukannya.(78)
Al-Hakam bin Abu al-`Ash bin Umayyah bin Abd Syams diusir dan dilaknat oleh baginda Rasulullah dari Madinah. Dia adalah bapa kepada Marwan dan bapa saudara Utsman bin Affan.
Al-Faqihi telah meriwayatkan dengan sanad daripada az-Zuhri dan `Atha`al-Khurasani bahawa para sahabat menziarahi Nabi ketika itu baginda melaknat al-Hakam. Mereka bertanya: Wahai Rasulullah, kenapa dengannya? Baginda menjawab: Dia memasuki rumahku melalui dinding yang pecah sedangkan aku bersama isteriku didalamnya.
Nabi s.a.a.w berjalan didepan al-Hakam lalu dia mencuitkan Nabi dengan anak jarinya (mempersendakan baginda). Maka Nabi berpaling dan melihatnya dan bersabda: Wahai Tuhanku, jadikannya seorang yang tak berguna!. Kemudian al-Hakam segera lari ke tempatnya yang dinamakan Khait al-Bathil (benang palsu) Rasulullah berkata: Celakalah umatku daripada keturunan lelaki ini!. (79)
Inilah pakcik tersayang Utsman!!
Utsman adalah pemerintah yang terlalu memberi muka dan mengutamakan keturunannya iaitu bani Umayyah. Hinggakan pada zaman pemerintahannya, terlalu ramai sahabat yang pernah dilantik oleh Abu Bakar dan Umar sebagai gabenor di semua tanah jajahan Islam dilucutkan olehnya dan digantikan dengan ahli keluarganya. Seperti melucutkan jawatan Sa`ad bin Abi Waqqas gabenor Kufah dan digantikan dengan saudaranya seorang fasiq dan pemabuk iaitu al-Walid bin Uqbah bin Mu`ith, Abu Musa al-Asy`ari gabenor Basrah digantikan dengan Abdullah bin `Amir bin Kuraiz iaitu anak saudaranya, melantik Abdullah bin Sa`ad bin Abi Sarh yang zalim dan dia adalah saudara susuan dengan Utsman dan banyak lagi.
Maka tidak hairanlah Utsman dibenci oleh sekumpulan besar para sahabat Rasulullah kerana sikapnya itu dan akhirnya dia mati dibunuh dengan hinanya!!
Para Sahabat Bersekongkol Dalam Pembunuhan Utsman
Secara ringkas tentang sebab pembunuhan Utsman adalah sepertimana yang dikisahkan oleh Sa`id bin Musayyab menantu Abu Hurairah kepada az-Zuhri (80) ketika dia ditanya bagaimana terjadinya pembunuhan Utsman dan atas sebab apa. |
|
|
|
|
|
|
UdiNo This user has been deleted
|
Page: 17
Di antara kisahnya beliau menceritakan bahawa ketika Utsman menjadi khalifah, sekumpulan para sahabat sangat benci dengan pemerintahannya kerana Utsman terlalu mengutamakan kaumnya sendiri. Selama 12 tahun Utsman memerintah, dia banyak melantik beberapa orang dari keluarganya bani Umayyah yang dibenci oleh sahabat-sahabat Rasulullah.
Utsman telah melantik Abdullah bin Sa`ad bin Abi Sarh sebagai gabenor Mesir selama beberapa tahun dan orang-orang Mesir telah mengadukan kezaliman Abdullah terhadap mereka kepada Utsman. Lalu Utsman mengutus surat nasihat kepada Abdullah tetapi dia tidak mengendahkannya bahkan berani memukul orang-orang utusan Utsman dari Mesir hingga menyebabkan kematian. Lalu 7 orang Mesir datang mengadukan hal tersebut kepada para sahabat ketika waktu-waktu solat tentang apa yang telah dilakukan oleh Abdullah, maka Thalhah bin Ubaidillah pergi (berjumpa Utsman) dan bercakap kasar dengannya (kerana melantik Abdullah yang zalim). Sementara Aisyah pula mengirim surat kepada Utsman dan berkata: Para sahabat Muhammad datang kepadamu (meminta) agar kamu memecat Abdullah tetapi kamu enggan. Dan ini salah seorang dari mereka (orang Mesir) telah mati, maka tenangkanlah mereka dengan gantian gabenor yang lain.(81) Begitu juga Ali bin Abi Thalib masuk bertemu Utsman dan berkata: Mereka (orang-orang Mesir) meminta kamu menggantikan (Abdullah) dengan lelaki lain, maka uruskanlah gantian tersebut.
Selepas melakukan beberapa pilihan akhirnya orang-orang Mesir mahu Muhammad bin Abu Bakar as-Siddiq menggantikan tempat Abdullah bin Sa`ad, lalu beberapa orang sahabat dari golongan Muhajirin dan Ansar berangkat mengiringi Muhammad menuju ke Mesir untuk bertemu Abdullah bagi membuat gantian.
Setelah 3 hari mereka berjalan keluar dari Madinah menuju ke Mesir, tiba-tiba muncul seorang lelaki hitam berkuda terkejar-kejar, maka para sahabat bertanya kepadanya: Kamu seperti terkejar-kejar, kenapa? Jawab lelaki itu: Saya orang utusan Utsman, dan beliau mengutus saya bertemu gabenor Mesir. Lantas seseorang berkata kepadanya: Inilah (Muhammad bin Abu Bakar) gabenor Mesir. Dia menjawab: Bukan ini yang aku mahu. Lalu mereka menceritakan kepadanya tentang perlantikan Muhammad sebagai gabenor Mesir yang baru, kemudian dia ditanya lagi: Siapakah kamu? Dia menjawab: Orang utusan Utsman. Dan bila ditanya lagi dia menjawab: Orang utusan Marwan…Lalu Muhammad bertanya kepadanya: Kepada siapa kamu diutuskan? Dia menjawab: Kepada gabenor Mesir. Ditanya lagi: Atas tujuan apa? Dia menjawab: Kiriman surat. Ditanya lagi: Surat tersebut ada bersama kamu? Dia menjawab: Tiada. Lantas dia diperiksa dan akhirnya mereka terjumpa sekeping surat dari Utsman kepada Abdullah bin Sa`ad yang berbunyi: Apabila tiba kepadamu Muhammad bin Abu Bakar bersama fulan dan fulan, maka berkeraslah kepada mereka meskipun terpaksa berperang. Batalkan surat akuan (perlantikan Muhammad bin Abu Bakar). Tangkap dan penjarakan mereka yang mengadukan hal kezalimanmu kepadaku dan tunggu perintah susulan dariku.
Setelah membaca surat tersebut, mereka lalu berpatah balik ke Madinah, maka berkumpullah Thalhah, Zubair, Ali bin Abi Thalib, Sa`ad dan beberapa orang para sahabat Rasulullah lalu mereka menceritakan tentang budak utusan dan isi surat tersebut. Maka seluruh ahli Madinah berasa marah dengan Utsman. Ditambah pula dendam kesumat terhadap Utsman dari beberapa golongan kaum seperti bani Zuhrah dan bani Huzail kerana apa yang Utsman lakukan kepada Ibnu Mas`ud, sementara bani Ghaffar sangat-sangat marah kepada utsman kerana perlakuannya terhadap Abu Dzar (buang negeri) manakala bani Makhzum berdendam kerana perintah Utsman memukul Ammar bin Yasir yang parah. Semua golongan kaum berkumpul lalu mengepung rumah Utsman iaitu sekitar tahun 35 hijrah dan mereka semua bersama-sama Muhammad selaku ketua yang mengepung Utsman mengancam keras terhadap Utsman disertai kaumnya iaitu bani Taim.
Kemudian Ali bersama Thalhah, Zubair, Sa`ad dan beberapa orang ahli Badar masuk bertemu Utsman dan bertanyakan tentang surat tersebut tetapi dia tidak mengakuinya meskipun pada surat itu terdapat cop rasmi kerajaan. Dan akhirnya mereka menuntut Utsman agar menyerahkan Marwan tetapi dia enggan. Setelah dia dikepung beberapa hari hinggakan air minuman tiada ditambah dengan serangan panah bertubi-tubi ke arah rumahnya akhirnya rumahnya dirempuh lalu dia mati dibunuh sementara Marwan pula terkena panahan.(82)
Sila rujuk kisah pengepungan dan pembunuhan Utsman menerusi kitab-kitab tarikh Ahlus Sunnah seperti Tarikh al-Khulafa`oleh imam Suyuthi, Al-Imamah Was Siyasah oleh Ibnu Qutaibah, Al-Kamil Fit Tarikh oleh Ibnu Atsir dan banyak lagi. Pastikan anda merujuknya!!
Kenapa Utsman tidak mahu memecat Abdullah bin Sa`ad meskipun Aisyah telah mengirim surat agar melucutkan jawatan Abdullah? Bahkan imam Ali sendiri menasihatinya agar berbuat seperti yang disyorkan oleh Aisyah. Kerana sayang pada saudara susuannya?
Benarkah bukan Utsman yang menulis surat tersebut? Tetapi jika dilihat dari sikapnya yang tidak mahu mengaku kesalahan memukul Ammar ketika ditanya oleh Hisyam bin al-Walid bin Mughirah, apakah boleh terima kejujurannya dalam hal surat tersebut? Tambahan pula surat itu terdapat cop rasmi kerajaan.
Mengapa pula Utsman berkeras tidak mahu menyerahkan Marwan kepada para sahabat untuk disoal siasat? Takut rahsia terbongkar? Kerana sayang pada sepupunya?
Fikirkan…dan kajilah dengan sebaiknya.
Inilah sikap seorang sahabat besar junjungan Ahlus Sunnah hingga mencipta sebuah riwayat lalu disandarkan kepada Nabi bahawa Utsman adalah orang yang disegani oleh para malaikat tetapi tidak kepada Nabi!!
Sikap dan tindakan para sahabat yang menyeleweng sesudah kewafatan Nabi Muhammad s.a.a.w terlalu banyak jika mahu dirungkaikan. Khususnya sahabat-sahabat besar iaitu Abu Bakar, Umar dan Utsman. Mereka dengan terang-terang dan berani menentang segala sunnah Rasulullah s.a.a.w bahkan sanggup membelakangi al-Quran dan hukum-hakamnya. Mereka bagaikan tidak pernah redha dengan keputusan Allah dan Rasul-Nya dalam menetapkan sesebuah hukuman lantas mahu menukarkannya dengan sunnah dan ijtihad mereka sendiri semata-mata mahu membuktikan bahawa mereka memiliki kuasa veto merubah dan membatalkan hukum Allah dan Rasul-Nya.
Al-Quran mengikut zaman atau zaman mengikut al-Quran??
Apakah al-Quran itu bukan sesuatu yang Haq hinggalah memerlukan ijtihad manusia menapis kemaslahatannya? Firman Allah:
“Dan Allah menurunkan bersama para nabi itu kitab-kitab suci (yang mengandungi keterangan yang) Haq untuk manusia berhukum di antara mereka apa yang diperselisihkan” (al-Baqarah: 213)
Apakah Allah itu tidak adil hingga hukum-hukum-Nya perlu digubal? Firman Allah:
“ Bukankah Allah seadil-adil Hakim?” (at-Tin: 8)
Begitu juga Rasul, apakah baginda Rasulullah melaksanakan sesuatu hukum menurut hawa nafsunya sendiri hingga sunnahnya perlu ditukar ganti dengan pendapat yang mereka perbincangkan? Firman Allah:
“Demi bintang semasa ia menjunam, teman kamu (Muhammad) tidak menyeleweng (dari jalan yang benar) dan tidak pula dia sesat (dengan kepercayaan yang salah), dan dia tidak memperkatakan menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri, segala yang diperkatakan itu tidak lain melainkan wahyu yang diturunkan kepadanya” (an-Najm: 1-4) |
|
|
|
|
|
|
UdiNo This user has been deleted
|
Page: 18
Jika perkara tersebut telah jelas di hadapan anda maka fahamilah firman Allah berikut:
“Orang mukmin dan mukminah tidak sepatutnya apabila sesuatu perkara itu diputuskan oleh Allah dan Rasul-Nya (lalu mereka mahu) menentukan pilihan mereka sendiri. Barangsiapa derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya, nyatalah mereka itu sangat sesat” (al-Ahzab: 36)
Firman-Nya lagi:
“Dan barangsiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim” (al-Maidah: 45)
Firman Allah lagi:
“Dan barangsiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq” (al-Maidah: 47)
Firman Allah s.w.t lagi:
“Dan barangsiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang kafir” (al-Maidah: 44)
Fikirkanlah sebaiknya…
Apakah segala amalan dan aqidah yang kita pegang selami ini benar jika hanya kerana menerimanya dari para sahabat yang menyeleweng dari jalan Allah? Kaji semula dari A hingga Z segala amalan yang kita laksanakan selama ini kerana ditakuti ianya bukan dari Allah dan Rasul-Nya.
Para sahabat bukan maksum dan tindak tanduk mereka tidak semestinya benar dan shahih.
Golongan Ahlus Sunnah sering berhujjah bahawa segala tindak tanduk sahabat tidak boleh dipertikaikan dan seluruh pendapat dan ijtihad mereka samada benar atau salah tetap mendapat pahala berdasarkan hadits Rasulullah iaitu: Apabila seorang hakim berijtihad lalu benar ijtihadnya itu maka baginya 2 pahala, tetapi sekiranya salah maka baginya 1 pahala.
Buat salah pun dapat pahala?
Tidak pernah terfikirkah anda bahawa jika mengikut orang yang salah maka kita juga berada dalam kebatilan. Lalu bagaimana mungkin diberikan pahala? Apakah anda mahu mengikut mereka yang salah?
Tambahan pula para sahabat sesama sendiri pun berselisihan dalam beberapa perkara, jadi yang mana satu yang betul dan perlu diikut? Diikuti pula mazhab yang 4 juga berselisihan dalam banyak perkara, maka siapakah yang paling benar? Semua benar? Tak mungkin!! Satu sahaja yang benar, tetapi siapa? Hanafi, Maliki, Syafi`ie atau Hanbali? Mereka juga tak lari dari kesalahan!!
Jadi siapakah yang dalam keadaan Haq??
Akan bersambung…..Insya Allah
Kitab-Kitab Rujukan
1-Shahih Bukhari: Jil v hal 1
2- Al-Isabah: Jil 1 hal 6
3- Al-Isabah: Jil 1 hal 7
4- Sila rujuk As-Sunnah oleh Ibnu Abi `Asim: Bil. hadits: 890 dan 1373, Mustadrak al-Hakim: Bil hadits: 108-109 dan beliau menghatakan hadits Shahih menurut riwayat Bukhari dan Muslim dan az-Zahabi mengulas bahkan Shahih menurut syarat Muslim. Dan Khasaish Ali bin Abi Thalib oleh an-Nasaie: Hal 59.
5- Sila rujuk Musnad Ahmad: Bil hadits: 323, dan dalam al-Fadhail: Bil. Hadits: 1011, Mustadrak al-Hakim: 121, al-Ajiri dalam Asy-Syariah: 223-224 dan 1593, Ibnu al-Muayyad al-khurasani dalam Faraid as-Simthin: 301 dan Abu Jaafar at-Thusi dalam Al-Amali: Hal 52-53.
6- Sila rujuk Shahih Muslim: 78, Ibnu Abi Syaibah: 12, 56 dan 12113, Abdullah bin Ahmad dalam al-Fadhail: 1107, Ibnu Majah: 113, Ibnu Abi `Asim: 2, 888 dan 1360, Ibnu Mandih didalam al-Iman: 261, Ibnu Muaayad al-Khurasani didalam al-Faraid: 132, Ibnu Hibban: 15, 367 dan 6934 dan al-Ajiri dalam asy-Syariah: 3, 222 dan 1589
7- Shahih Bukhari: bab 5, Shahih Muslim: bil: 221 dan 222 Abu Daud didalam as-Sunnah: bab 10, at-Tirmidzi dalam al-Manaqib: bab 57 dan Musnad Ahmad: Jil 3 hal; 11.
8- Sila rujuk Tafsir Ibnu Katsir: Jil 4 hal 330-331
9- Al-Ibanah: Hal 12.
10- Sila rujuk Shahih Bukhari: Juz 4 hal 1924-1925 Bab: al-sabr `Ala adha.dan Kitab al-adab Man lam Yuwajih al-Nas bil `Itab.
11- Sila rujuk al-Bidayah Wannihayah: Jil vi hal 170
12- Sila rujuk Tafsir Ibnu Katsir: Jil 4 hal 187
13- Sila rujuk Tafsir Ibnu Katsir: Jil 2 hal 330
14- Sila rujuk al-Isti`ab: Jil 1 hal 201 dan Asbabun Nuzul al-Wahidi: hal 25
15- Sila rujuk al-Isabah: Jil 1 hal 429
16- Sila rujuk Al-Isabah: Jil 3 hal 235
17- Sila rujuk Al-Isabah: Jil 1 hal 346
18- Bukhari: 1399, Muslim: 20, Abu Daud: 1556, Tirmidzi: 2616 dan Nasaie: 5/14
19- Sila rujuk Musnad Ahmad Ibnu Hanbal: 1/11, 19: 35-36 dari hadits Ubaidillah bin Utbah dari Abu Hurairah
20- Tarikh Thabari: IV hal 1928
21- - Tarikh Thabari: VI hal 52
22&23- Bukhari: 6912 dan 6913, Muslim: 4440-4444, Tirmidzi: 1377, Abu Daud: 3085 dan 4093 Nasaie: 2494-2496, Ibnu Majah: 2509, 2673 dan lainnya.
24- Shahih Bukhari: Bab sesuatu yang dikeluarkan dari laut.
25- Tafsir al-Kasysyaf: 2/214
26- Fathul Qadir: 3/278 dan Tafsir Ibnu Katsir: 3/36
27- Musnad Fatimah az-Zahra oleh imam Suyuthi: Hal 71 dan Ath-Thabaqat Ibnu Sa`ad: 6/315
28- Sila rujuk Tazkiratul Huffaz oleh Az-Zahabi: Jil 1 Hal 2
29- Tazkiratul Huffaz: 1/7
30- Bukhari: 5730 dan 6973, Muslim: 5748 dan Tuhfatul asyraf: 9720
31- Tazkiratul Huffaz: 1/3
32- Tarikh Thabari: IV hal 1928 dan Al-Kamil Fit Tarikh: 2/216
33- Al-Kamil Fit Tarikh: 2/216
34- Al-Kamil Fit Tarikh: 2/277
35- Bukhari: 114, 3053, 4431, 4432, 5669 dan 7366, Muslim: 4208, 4209 dan 4210, Abu Daud: 3029 dan Tuhfatul Asyraf: 5517 dan 5841
36- Bukahari: 3053, 3168 dan 4431, Muslim: 4208, Abu Daud: 3029 dan Tuhfatul Asyraf: 5517
37- Bukhari: 2741 dan 4459, Muslim: 4207, Nasaie: 3624-3625, Ibnu Majah: 1626 dan Tuhfatul Asyraf: 15970
38- Bukhari: 2740, 4460 dan 5022, Muslim: 4203, Tirmidzi: 2119 Nasaie: 3622, Ibnu Majah: 2696 dan Tuhfatul Asyraf: 5170
3 |
|
|
|
|
|
|
UdiNo This user has been deleted
|
Page: 19
39-Bukhari: 338-343 dan 346-347, Muslim: 816-819, Abu Daud: 322-328, Tirmidzi: 144, 311, 315-318, Ibnu Majah: 569, Nasaie: 319 dan Tuhfatul Asyraf: 92476, 10360 dan 10362.
40- Bukhari: 345-347, Muslim: 816, Abu Daud: 321, Nasaie: 319 dan Tuhfatul Asyraf: 9247 dan 10360
41&42- Muslim: 3658, Abu Daud: 2200, Nasaie: 3406 dan Tuhfatul Asyraf: 5715
43- Muslim: 3660 dan Tuhfatul Asyraf: 3660
44- Al-Jauharatun Naiyyirah Fil Fiqhi Hanafi: 1/164
45- Al-Imamah Was Siyasah: Hal 24, Al-Bidayah Wan Nihayah: Jil 7 hal 203, Tarikh Thabari: Jil 3 hal 198 dan Tarikh Abu Fida`: Jil 1 hal 156
46 - Fathul Qadir: 1/567
47&48- Fathul Qadir: 1/ 574
49- Shahih Bukhari: Kitab Tafsir 6/27
50- Muslim: 3402 dan Tuhfatul Asyraf: 2850
51- Tarikh al-Khulafa`: Hal 165 dan Al-Awail: Hal 117
52- Muslim: 3411 dan 3414
53- Sunan Al-Baihaqi: 7/206
54- Shahih Tirmidzi: 1/157
55- Al-Muhadharat: 2/94
56- Tafsir ath-Thabari: 7/9 Tafsir ar-Radzi: 3/200 dan Ad-Durul Mantsur: 2/140
57- Muslim: 3015 dan 3403 juga Tuhfatul Asyraf: 3109
58- Shahih Bukhari Kitab Nikah 4/7
59- Bukhari: 6773 dan 6776. Muslim: 4427-4429, Tirmidzi: 1443, Abu Daud: 4479, Ibnu Majah: 2570 dan Tuhfatul Asyraf: 1254 dan 1352
60- Sila rujuk Jami` Bayanil Ilmu: Juz 2 hal 120
61- Al-Ihkam Fi Usulil Ahkam: 1/195 dan Tazkiratul Huffaz: 1/7
62- Tazkiratul Huffaz: 1/7
63- Silarujuk: Jami` Bayani Ilm: Juz1 hal 76
64- Musnad Ahmad: Jil 1 hal 363 Sila rujuk Sunan Ibnu Majah: Bab Keutamaan para sahabat. Jil 1 hal 92. Shahih Tarmidzi dan Nasaie juga Musnad Ahmad jil iv hal 163.
65- Tarikh Al-Khulafa`: Hal 171
66- Shahih Bukhari: 2062, Muslim: 36 dan Al-Muwaththa`:1736
67- Tazkiratul Huffaz: 1/7
68- Ar-Risalah karya imam Syafie: hal 430
69- Miftahul Jannah karya as-Suyuthi: Hal 31
70- Al-Ihkam Fi Usulil Ahkam: 1/186
71- Muslim: 1591 dan Tuhfatul Asraf: 7850
72- Muslim: 1588 dan Tuhfatul Asyraf: 6899
73- Shahih Muslim Syarah Nawawi: 5/199
74- Shahih Muslim: 3389, Nasaie: 3217 dan Tuhfatul Asyraf: 334
75- Al-Kamil Fit Tarikh: 3/10 dan Tarikh Ya`qubi: 2/119-120
76- Tarikh Ya`qubi: 2/114, Al-Kamil Fit Tarikh: 2/474 dan Al-Imamah Was Siyasah: Hal 46
77- Tafsir Ibnu Katsir: 4/187
78- Tarikh Al-Khulafa`: Hal 189 dan Al-Imamah Was Siyasah: Hal 46
79- Tarikh Ya`qubi: 2/144
80- Tarikh Al-Khulafa`: Hal 188 dari riwayat Ibnu `Asakir.
81- Tarikh Al-Khulafa`: Hal 189 dan Al-Imamah Was Siyasah: Hal 151
82- Tarikh Al-Khulafa`: hal 189-192, Al-Imamah Was Siyasah: Hal 48-51, Al-Kamil Fit Tarikh: 2/494 dan 3/3-58 dan Tarikh Ya`qubi: 2/112-122 |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum :bg:
Udino,
Hujjah-hujjah anda alhamdulillah saya sudah baca, dan di sana terlalu banyak point yang boleh kita bincang. Saya mulanya agak pelik juga sebab sepengetahuan saya, kebanyakan hujah yang anda sebut itu telah dijawab oleh ulama' Ahlussunnah. Saya berkata begitu kerana anda menyatakan dulu bahawa sebelum anda bertukar kepada Syiah, anda telah mengkaji, berhujah, berdialog, berdebat dsbnya sehinggalah anda iqtina' dgn hujah Syiah, lalu meninggalkan ASWJ. Saya tertanya-tanya, setakat manakah kajian anda? dgn siapakah anda berhujah? rujukan manakah yang anda baca? dll persoalan yang berligar-ligar di fikiran saya.
Buat masa sekarang belum sampai masanya untuk kita berbincang dalam thread ini. Tetapi ada 3 perkara yang saya pohon susulan dari anda:
1. Anda mengatakan: Sahabat SEMUANYA adil, amanah dan benar tanpa terkecuali. Mereka juga adalah para Mujtahid (tempat sumber rujukan utama Islam). Ini adalah pendapat Jumhur Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Boleh tak tolong sebutkan rujukannya dari kitab Ahlussunnah.
2. Anda mengatakan: Secara terperinci, Syiah Imamiyah mengkategorikan sahabat kepada 3 bahagian
Juga tolong sebutkan rujukannya dari kitab Syiah.
3. Anda mengatakan: Pada huraian saya yang lepas, saya telah membentangkan dengan diperkukuhkan dengan dalil-dalil dari al-Quran dan as-Sunnah secara umum mengenai ketidak-ADIL-an majoriti para sahabat bahkan ada di antara mereka yang kafir-munafik. Kini persoalan sambungan apakah sahabat-sahabat besar yang diagung-agungkan oleh Ahlus Sunnah termasuk dalam lingkungan tersebut? Sila ikuti…
Apakah Abu Bakar, Umar Dan Utsman Tergolong Dalam Golongan Mereka yang Menentang Hukum Allah Dan Rasul-Nya?
Ya! Abu Bakar, Umar dan Utsman adalah sahabat-sahabat utama yang jelas dan berani menentang hukum Allah dan Rasul-Nya.
Boleh tak anda menyatakan dalam ayat yang jelas dan terang. Adakah mereka bertiga itu kafir atau tidak? supaya jelas kepada saya bahawa kalaulah mereka kafir, maknanya Rasulullah s.a.w sekarang dikuburkan bersama orang kafir.
4. Anda mengatakan : Abu Bakar memberi arahan menyerang rumah Ali dan Fatimah untuk memaksa mereka membai`atnya. Jika golongan Ahlus Sunnah tetap mahu menolak hujjah yang mendakwa bahawa Abu Bakar yang memberi arahan tersebut, maka saya katakan bak kata pujangga arab:
“Assukut `Alamatur Ridha” bermaksud: Diam itu tanda redha.
Abu Bakar meredhai apa yang diperlakukan ke atas Fatimah dan Ali a.s oleh Umar bersama pengikutnya. Ini pun sudah cukup sebagai hujjah keatas kebatilannya.
Tolong nyatakan rujukannya.
Terima kasih, wassalam. :bg:
[ Last edited by nahzaluz on 15-9-2003 at 05:03 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|