CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1815|Reply: 12

Budak makan bilik tidur

[Copy link]
Post time 23-7-2012 03:48 PM | Show all posts |Read mode
Ibu kanak-kanak yang menghidap penyakit ganjil yang menyebabkan dia tidak boleh menolak untuk makan apa saja yang berada di bilik tidurnya, merayu bantuan untuk membiayai sebuah bilik yang ‘boleh dimakan’ oleh kanak-kanak itu.



Zach Tahir yang menghidap Kecelaruan Selera Makan, memakan apa saja yang terdapat di bilik tidurnya, termasuk permaidani dan plaster.

Ibu kanak-kanak berusia lima tahun itu, Rachel, yang tinggal di Salford, melancarkan kempen untuk membina sebuah bilik selamat untuknya selepas semakin bimbang mengenai keadaan anaknya.

Matlamat kempen mengutip derma ‘Beri Zach Masa Depan Yang Selamat’ ialah untuk membantu membina sebuah bilik khas berharga 15,000 (RM75,000) di kediaman keluarga itu di The Mead, Weaste.

Bilik itu akan dilengkapi dengan tilam dan bilik air khas untuk Zach yang juga autistik dan tidak boleh bercakap.

Kempen itu yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit berkenaan disokong oleh beberapa bintang televisyen seperti Kum Marsh dan Ryan Thomas, pelakon siri Coronation Street dan aktor siri Torchwood, Paul Copley.

Rachel, 32, yang juga mempunyai anak perempuan berusia dua tahun berkata, dia terharu dengan sokongan itu.



‘Kempen itu kini mendapat sambutan. Sokongan daripada bintang Coronation Street banyak membantu kempen itu,” kata Rachel.

Selain membina bilik baru di rumah mereka, Rachel juga berharap dapat memasang kamera untuk membolehkannya mengawasi anaknya ketika malam, ketika tabiatnya itu berada di peringkat paling buruk.


Setakat ini, 3,400 (RM17,000) sudahpun berjaya dikumpul, termasuk menerusi tajaan jalan kaki dan jualan murah.

Kredit: http://arituarini.blogspot.com/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2012 04:26 PM | Show all posts
ada gak penyakit camni. Sian
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 04:27 PM | Show all posts
kalau di biarkan mau habis 1 bilik di makannya
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 04:28 PM | Show all posts
kesian nye...amit2
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 04:38 PM | Show all posts
kena bina bilik berasakan makanan lah kalau tak, mungkin kesihatan dia akan terjejas kalau makan yg bukan2.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 04:45 PM | Show all posts
pelik2 kejadian dlm donia nih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2012 04:59 PM | Show all posts
yang penyakit pelik, alergic pelik semua byk kt org kulit putih kan......pelikz lakz bg aku nape diorg je pelik2
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 09:52 PM | Show all posts
memang pelik tapi benar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2012 10:07 PM | Show all posts
Pakat2 le lekat dinding dengan sekut kering tak le dia makan yang bukan2.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 11:14 PM | Show all posts
kesiannyer die..tp kalau wat blik yg boleh dimakan,,mesti kene repair hari2..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 11:17 PM | Show all posts
besar dugaan. nampak cam benda2 pelik pd kite. luluh hati seorang ibu nak crik jln cemane nk hindar anak die  mkn benda2 pelik.. nasib ade yg membantu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 11:30 PM | Show all posts
mcm2 kes
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2012 12:27 AM | Show all posts
Letak je dalam bilik kosong, bior mati tekangkang kekeke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.137844 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list