CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1764|Reply: 6

Penjara San Quentin : Penjara Terbesar Amerika Syarikat (16 Gambar)

[Copy link]
Post time 23-7-2012 04:57 PM | Show all posts |Read mode
Last edited by novelloverzz on 23-7-2012 04:58 PM \n\nPenjara San Quentin ialah penjara terbesar di Amerika Syarikat dan terletak di San Quentin California. Ianya mula memenjarakan penjenayah sejak 1852. Penjara San Quentin mempunyai keluasan sebesar 275 ekar. Ianya direka bagi memuatkan 3082 orang banduan pada satu-satu masa tetapi kerana masalah kesesakan yang kronik ianya menanpung 5222 orang banduan. Penjara San Quentin sangatlah besar ia mempunyai poskodnya sendiri bagi memudahkan hal surat menyurat. San Quentin juga merupakan satu-satunya penjara yang masih melakukan hukukan mati di California. Hukuman mati dilakukan menggunakan gas beracun sehingga 1996. Kini hukuman mati dilakukan dengan menggunakan suntikan beracun.

Selain memegang gelaran penjara terbesar Amerika Syarikat, San Quentin juga merupakan penjara yang mempunyai paling ramai banduan yang menanti hukuman mati di Amerika. Sebanyak 637 orang banduan bilik akhir memanti waktu untuk dijatuhi hukuman.

Kos operasi tahunan San Quentin ialah USD 210 juta! Sebanyak 1718 kakitangan digaji bagi memastikan urusan harian penjara ini berjalan lancar.

Antara banduan yang pernah atau sedang menjalani hukuman penjara di San Quentin ialah Danny Trejo, pelakon utama Machete dan Spy Kids. Beliau dipenajrakan disii selama tiga tahun dari 1965-1968. Pembunuh Robert F Kennedy, Sirhan Sirhan juga pernah dipenjarakan disini. Pembunuh bersiri Charles Manson juga pernah dipenjarakan disini sebelum dipindahkan pada tahun 1989.

Keadaan penjara San Quentin mungkin nampak teruk. Tapi jika dibandingkan dengan
Penjara San Pedro Sula di Honduras, San Quention nampak macam hotel 5 bintang!




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2012 07:42 PM | Show all posts
duk kandang sorang seksa nyer
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 09:09 PM | Show all posts
Kalau ada caption kat setiap gambar kan best... Boleh I tahu kenapa Ada yang duduk dalam sangkar kecik...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 10:32 PM | Show all posts
Yang duduk kandang sengsorang tu mesti jenis hardcore.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2012 12:07 PM | Show all posts
dah macam karoke jamban dok dlm kotak sorang2 gitu
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2012 03:00 PM | Show all posts
kadang tgk banduan nie ada yang handsome-handsome..macho2 ajer..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2012 06:41 AM | Show all posts
gambar yg ke4 tu cam kelakar lak tgk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 02:40 AM GMT+8 , Processed in 0.593728 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list