CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39200|Reply: 236

Updated: Alhamdullilah, Semakin Ramai Selebriti Wanita Berhijrah @ pg. 8

[Copy link]
Post time 26-7-2012 11:56 PM | Show all posts |Read mode
Jumaat Julai 27, 2012

Oleh WAHIDUZZAMAN ([email protected])

PETALING JAYA: Artis-artis wanita khususnya mereka yang membuat keputusan untuk berhijrah dan menukar imej dengan memakai tudung tidak wajar mengeluh jika berdepan kesulitan untuk mendapatkan tawaran kerja.

Golongan itu seharusnya yakin terhadap niat utama untuk berhijrah dan perlu mengelak daripada memberikan kenyataan yang boleh mencemarkan imej mereka selepas membuat keputusan untuk berubah.

Pelakon dan penerbit drama Sheila Rusly berkata, sekiranya ada di kalangan artis yang baru bertudung sukar untuk mendapat tawaran kerja kerana penghijrahan itu, individu tersebut harus menerima dugaan tersebut dengan hati terbuka.


                                      Sheila Rusly                        

“Jangan pertikai isu tawaran lakonan atau kerja merosot hanya kerana kita bertudung. Artis terbabit kena sedar niat kita berhijrah ini kerana Allah.

"Maka, percayalah takkan Allah mahu tutup rezeki jika kita berubah ke arah kebaikan? Kalau seseorang artis mengeluh mengenai nasib dan kesan daripada keputusan bertudung itu, ia seolah-olah mereka tidak ikhlas berhijrah.

"Bertudung dan menutup aurat itu tidak membebankan atau membatasi urusan seharian kita,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini.

Penerbit eksekutif JS Pictures ini berkata demikian sebagai respons kepada luahan dan rungutan segelintir artis wanita yang bertudung mendakwa kurang mendapat tawaran seperti sebelumnya.

Malah terdapat sesetengah artis yang tergamak memberi kenyataan sinis dengan memburuk-burukkan pihak tertentu selepas menukar imej selain turut menyertai parti politik pembangkang.

Berdasarkan kepada pengalamannya Sheila berkata, kerjaya dan perniagaannya tidak merudum sebaliknya dia menikmati kesan positif terutama sekali selepas pulang daripada menunaikan ibadat Haji pada hujung 2007.


                                       Aida Khalida               

“Sudah lima tahun saya bertudung dan rezeki tidak putus sehingga kini. Sebagai pelakon dan penerbit, saya tidak nampak sebarang masalah timbul kepada artis bertudung.

“Di Malaysia, kita ada banyak saluran televisyen, malah ada saluran Islamik yang membolehkan penghasilan banyak drama berunsurkan Islam. Ini sekali gus memberikan jaminan platform kepada aktres wanita yang sudah bertudung.

“Jadi, tidak wajar isu bertudung dianggap penyekat periuk nasi dan rezeki dalam bidang seni pula. Ada banyak jalan cuma kita perlu bersabar dan terus berikhtiar,” katanya.

Bersifat sementara

Aktres berpengalaman Aida Khalida pula berkata, senario tawaran lakonan yang terjejas selepas bertudung hanya bersifat sementara kerana dia juga tidak terlepas daripada pengalaman itu ketika mula bertudung kira-kira empat tahun lalu.

“Bagi saya, isu tawaran terjejas atau merosot adalah ujian Allah kepada artis yang baru berhijrah. Ketika mula-mula bertudung empat tahun lalu, saya pun hadapi perkara yang sama tetapi ia hanya sementara.

“Berkat keyakinan, doa dan usaha Allah pasti bukakan pintu rezeki kepada kita. Tawaran kerja yang konsisten atau terjejas tiada kaitan dengan bertudung kerana ia adalah perkara wajib bagi wanita Muslim,” katanya.

Menurut Aida, rezeki daripada pendapatannya menjadi lebih berkat berbanding sebelum bertudung dulu kerana ia berterusan dan tidak pernah putus.

“Alhamdulillah, pendapatan lakonan saya tidak terjejas, malah rezeki itu menjadi lebih berkat sejak saya bertudung. Kalau sebelum ini, dapat sebanyak mana pun wang pasti akan habis begitu sahaja tetapi sekarang rezeki itu sentiasa ada.

“Susah saya hendak jelaskan sebenarnya tetapi itulah perkara terhebat yang saya peroleh berkat penghijrahan ini,” katanya.

Bekas pelakon dan pengacara yang kini bergelar aktivis bebas Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmo (Wardina) mengakui menerima impak negatif dan diskriminasi daripada industri seni ketika dia berhijrah sekitar 12 tahun lalu.


                                  Wardina Safiyyah

“Namun saya sudah meletakkan sasaran untuk berundur diri daripada lakonan dan beralih ke bidang pengacaraan ketika itu. Tidak saya nafikan, impak diskriminasi saya alami ketika mula-mula bertudung tetapi ia hanya perkara kecil dan sementara.

“Lama-kelamaan, penggiat seni dan peminat semakin terbuka dan menerima penghijrahan saya. Mungkin juga kerana saya sudah tidak mahu berlakon ketika bertudung dulu, saya jadi tidak begitu kisah mengenai reaksi orang kerana saya tahu apa yang saya lakukan,” katanya.

Ujar Wardina, jika seseorang artis wanita itu berhasrat untuk meneruskan kerjaya dalam bidang seni selepas bertudung, dia harus bersabar dan percaya pada rezeki yang ditetapkan Allah.

“Berhijab bukan kerana kita sudah sempurna iman atau terlalu baik tetapi kerana mahu menjadi manusia yang lebih baik.

“Jika di kalangan artis bertudung mampu bertahan, teruslah berusaha mencari rezeki yang berkat tetapi jika sebaliknya, maka beralihlah kepada bidang yang lebih baik,” katanya.



Credits: mstar.com.my
Last edited by achik2009 on 31-7-2012 09:03 PM Last edited by achik2009 on 8-8-2012 11:49 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2012 11:59 PM | Show all posts
eleh sheila rusly nih..ko tu pon nenen terjojol xyah bisiing la ..
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2012 12:00 AM | Show all posts
Aku suka Aida tu! Humble je kan. Tau2 kebanyakkan drama sekarang ni dia sapu rata bawa watak ibu2 Tak banyak bunyik pun.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2012 12:01 AM | Show all posts
idop akak shila..... dia kalau nk dibandingkan ngn rozeta chekwe... mmg kak shila lebeh bagus dalam lakonan..
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2012 12:01 AM | Show all posts
maxim posted on 26-7-2012 11:59 PM
eleh sheila rusly nih..ko tu pon nenen terjojol xyah bisiing la ..

Hahaha! Dan masih menjoyah kat rancangan sendiri. Tapi ok la since dia tak kacau orang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2012 12:02 AM | Show all posts
maxim posted on 26-7-2012 11:59 PM
eleh sheila rusly nih..ko tu pon nenen terjojol xyah bisiing la ..

amboi!!...tajamnya mata....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2012 12:04 AM | Show all posts
curiouscat posted on 27-7-2012 12:01 AM
Hahaha! Dan masih menjoyah kat rancangan sendiri. Tapi ok la since dia tak kacau orang

u mean ok la nenen terjojol asalkan x kacau orang?
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2012 12:05 AM | Show all posts
achik2009 posted on 27-7-2012 12:02 AM
amboi!!...tajamnya mata....

mata yg rabun pn mampu nmpak okeh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2012 12:08 AM | Show all posts
maxim posted on 27-7-2012 12:04 AM
u mean ok la nenen terjojol asalkan x kacau orang?

Yes, hahaha. Takpa pelan2 kayuh. Kalau ekstrim sangat jadi ustazah pulak nanti
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2012 12:10 AM | Show all posts
nenen terjojol namun tak seimbang

ampun kak sheila
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2012 12:16 AM | Show all posts
maxim posted on 27-7-2012 12:05 AM
mata yg rabun pn mampu nmpak okeh

hehe.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2012 03:29 AM | Show all posts
dan lagi nak sentuh bab politik....kenapa nk sabitkan politik??:@
aku lebih suke statmen aida dr shiela ni...die penerbit n ada suami yg boleh tanggung...boleh la cakap...
pape pun aku harap artis yg dh bertudung ni kuat semangat nk2 yg mis J ni....
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2012 04:41 AM | Show all posts
jawapan wardina paling bijak... motif sila rusli sebut2 pasal sorang retis seperti abby abadi???
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2012 06:08 AM | Show all posts
Aida Khalida - she is growing old gracefully. Suka dengan personality Aida. Semoga urusannya di dalam dunia lakonannya, mendapat keberkatan, seperti yg beliau sebutkan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2012 06:19 AM | Show all posts
“Berhijab bukan kerana kita sudah sempurna iman atau terlalu baik tetapi kerana mahu menjadi manusia yang lebih baik."


meletop wardina
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2012 06:42 AM | Show all posts
aida khalida pegang watak mak xde nak peluk2 anak jantan dia..pastu kalo scene tido pun dia still pakai tudung..kalo watak jd makcik2 kg semekin yg pakai baju kedah n kain batik tu pun dia pakai inner lengan sbb baju kedah biasanya lengan besor dan 3/4 je kan..

kalo tgk cite indon pun mana2 pelakon yg mmg berhijab still pakai tudung gak nak tido..aku xrasa rimas pun tgk sbb tahu tu mmg lakonan sebab sblm ni penah terbaca ade org rimas tgk pelakon yg berhijab ni wat scene tido pun bertudung kiranya takyah berlakon la senang..

tp aku rasa ok je dah jelas2 dorang berlakon je bukannya real nk tido pun sedangkan dlm dunia realiti pun ade je org tido ngn bertudung cth biras haku sbb kt kg bilik tido xmuat biasanya ramailah kena tido kat ruang tamu..jd biras haku tido bertudung la juga..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2012 06:49 AM | Show all posts
maxim posted on 26-7-2012 11:59 PM
eleh sheila rusly nih..ko tu pon nenen terjojol xyah bisiing la ..

LOL! Wardrobe Malfunction katanya...http://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/titter.gif
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2012 07:20 AM | Show all posts
aku lagi suka kalau dia org contohi cara wardina, tak perlulah bermekap tebal gila2, natural cukuplah, sejajar dgn niat...aminnn
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2012 07:38 AM | Show all posts
Aku pon suka Aida Khalida ni~
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2012 07:51 AM | Show all posts
maxim posted on 26-7-2012 11:59 PM
eleh sheila rusly nih..ko tu pon nenen terjojol xyah bisiing la ..

maxim memg biasa mata terjojol ye kalo tgk nenen org terjojol...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.073685 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list