Membina monumen ialah antara achievement yang dilakukan oleh manusia untuk menunjukkan kegahan negara mereka sejak beribu tahun lamanya. Orang Mesir membina Piramid, orang Greece membina Kolosus Rhodes , Amerika membina Patung Puan Liberty manakala Madey membina Petronas Twin Tower. Di Tsonjin Boldog, Mongolia monumen setinggi 40 meter Chinggis Khaan (Gengkhis Khan) siap dibina tahun lalu selepas hampir 4 tahun pembinaan. Kos pembinaannya dikatakan sekitar USD 4.1 Juta.
Patung ini ialah usaha Mongolia untuk mengembalikan status Gengkhis sebagai bapa Mongolia. Ketika dibawah takluk kerajaan komunis, memuji pencapaian Gengkhis telah diharamkan. Hanya setelah Mongolia menolok kerajaan komunis mereka mula menjadikan Gengkhis sebagai father figure negara mereka. Patung besi nyah karat seberat 250 tan ini ialah titik fokus Monumen Ekuesterian Chinggis Khaan yang kelak akan menempatkan 200 Ger (khemah tradisi orang Mongol) . Ger ini akan menjadi bilik hotel kepada tetamu jika mereka mahu bermalam. Sounds like a nice place.
** kalah st. george pny kuda ** |