Anda takut untuk terkentut di tempat awam kerana segan perbuatan anda yang melepaskan gas semulajadi berbau 'harum' itu akan dikesan orang ramai? Nah, dengan pad seluar dalam penyahbau yang mampu mengurangkan bau kentut ini, anda tidak perlu lagi risau.
Untuk mengurangkan pencemaran udara dan meneutralkan bau gas kentut, Flat-D, syarikat yang berpengkalan di Amerika Syarikat telah menghasilkan inovasi yang sangat kreatif dan genius dengan menghasilkan pad seluar dalam istimewa.
Digelar 'Flat-D Flatulence Deodorizer', pad pelekat yang nipis ini dilapik dengan lapisan arang dan dipakai di dalam seluar dalam, sebelah bahagian dalam punggung. Ianya membantu untuk menyerap bau gas dan menyelesaikan masalah kentut berbau.
Pad seluar dalam penyahbau ini sesuai untuk dipakai lelaki mahupun wanita dan didatangkan dalam versi pakai buang mahupun cucian semula. Ala-ala pampers pulak dah.
kredit kfein.blogspot.com
|