View: 35730|Reply: 191
|
Buku baru..Legasi Pejuang
[Copy link]
|
|
ini buah tangan saya yang pertama, baru saja di terbitkan, Action novel...jika sudi sila dapatkan dan komen-komen amat di alukan...terima kasih.....Arman Jazee
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Prolog - Legasi Pejuang
Prolog 1/6/2010
24hb Mac 2006, Tel Aviv, Israel
Dalam Ruangan bilik yang berbau hapak dengan kesan daki kotoran terpalit di mana-mana di dinding yang semakin hilang warna putihnya dan bertompok-tompok kekuningan kesan dari resapan air, Di atas silingnya berputar dengan lesunya sebuah kipas yang kelihatan berdebu dan kehitaman. Di sudut ruangan bilik yang sempit itu ada sebuah meja kecil dan di atasnya terletak sepucuk pistol Jenis Baretta 92G elite 1A, semi-auto. Kelihatan di bahagian Pemegang Baretta itu berlumuran dengan darah yang nampaknya masih basah lagi, perlahan-lahan darah merah pekat itu mengalir di sudut meja itu dan menitis di atas lantai bilik yang berbau hapak satu persatu. Berhampiran meja kecil itu terletak sebuah katil bujang yang kelihatan comot dengan tompokan darah yang membasahi tilam katil itu, seorang lelaki kelihatan sedang terbaring dalam kesakitan sambil tangan kirinya memegang bahu kanannya yang kelihatan dibalut dengan kain yang berwarna putih tetapi telah di cemari dengan noda-noda merah, Lelaki itu kelihatan separuh sedar mungkin menahan kesakitan atau kepenatan.
Selepas beberapa ketika kelihatan lelaki itu membukakan kelopak matanya dengan perlahan-lahan, Dia cuba bangun dari pembaringannya dan di saat itu juga dia mengerutkan muka sambil menahan kesakitan dan dengan segera tangan kirinya menekup balutan itu seolah-olah dengan tindakannya menekup luka itu boleh melegakan rasa sakit yang menjalar di tubuhnya itu.
“cis! Macam mana boleh gagal operasi aku kali ini, siapakah yang membocorkan rahsia perancangan ini” gumam lelaki itu dalam hatinya.
Nampaknya Operasi untuk menghapuskan Presiden Amerika yang sedang melakukan lawatan ke Bumi Israel itu telah gagal, Lelaki itu merasa amat kecewa atas kegagalan itu kerana dia tahu hanya inilah peluang yang terbaik untuk menghapuskan musuh Umat Islam itu tetapi kerana ada musuh dalam selimut yang telah tahu misi ini maka perancangan untuk membunuh Presiden Amerika itu telah gagal. Lelaki itu kelihatan begitu kecewa dan marah kerana kegagalan ini telah mengugat reputasi dirinya sebagai seorang Pembunuh elit. Misi itu bukan hanya gagal tetapi hampir meragut nyawanya, Cuma nasib baik sahaja yang telah menyelamatkannya dari terbunuh. Dia bukan kali pertama datang ke Negara Israel ini sudah beberapa kali dia telah masuk ke Negara orang Yahudi ini dan termasuk juga ketika dia membunuh Presiden Isreal beberapa tahun dahulu tetapi inilah kali pertama dia gagal dalam misinya itu. Sambil berdiri perlahan-lahan dan dalam menahan kepedihan kesakitan luka dan hatinya lelaki itu menyimpan azamnya.
”aku mesti cari siapakah perancang sebenar agenda ini atau mungkin ada pembelot di kalangan kumpulan kami? tetapi aku akan cari dan aku hapuskan dia” dengus lelaki itu kini dia mempunyai azam dan matlamat baru, matlamat untuk membunuh sasaran yang telah di tetapkan oleh Ketua pergerakannya itu telah bertukar dan tiap apa yang di tetap akan oleh lelaki tersebut pasti akan di capainya walau dengan apa cara sekalipun.
Untuk kali yang pertama lelaki ini terasa telah di tewaskan dalam perjuangannya setelah 13 tahun dalam perjalanan yang berdarah dan berliku, ini adalah tamparan yang amat hebat pada dirinya. Di dalam hati lelaki itu tersemat azam dan matlamat baru menjejaki siapa perancang dan pembelot dalam perjuangannya.”akan ku cari pembelot ini, walau ke hujung nyawa sekalipun” gumam lelaki itu sambil tangan kirinya menekap luka di bahu kanannya yang masih mengalirkan darah lagi.
Kini pencarian yang tak pasti akan bermula.....
Last edited by jagosam on 6-8-2012 07:47 AM \n\n Last edited by jagosam on 6-8-2012 07:47 AM \n\n |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 1 : Pemulaan Kehidupan
Kuala Lumpur, 15hb Jun 1990
Pagi itu Cuaca tidak berapa cerah seakan mendung tapi masih bercahaya, sekali- kali sinar matahari mencelah di balik
awan menyinari bumi Allah, Kehidupan di kotaraya Kuala Lumpur ini setiap masa semakin sibuk dan sesak. Manusia saling saing-
menyaingi mana yang tidak berdaya akan tewas di pertengahan jalan dan yang berjaya akan menekan mereka yang gagal itulah
lumrah kehidupan. Hari ini rentak kehidupan Syed Kairi Syed Fahim adalah seperti biasa, budak ’Dispatch’ yang kerja menghantar
surat majikanya pada mana-mana Syarikat yang berurusan dengan Syarikat penghantaran cepat tempat dia berkerja.
Walaupun baru berkerja 6 bulan di Syarikat Penghantaran ’My Delivery’ yang bertaraf antarabangsa Kairi semakin mahir dengan
selok belok di Kuala Lumpur hingga dia mengetahui setiap inci jalan pintas di kuala Lumpur. Kerja penghantar surat ini yang
penting ialah mesti tiba tepat pada masanya dan kemahiran mengetahui jalan Pintas satu kelebihan bukan hanya mahir
menunggang Motosikal dengan pantas sahaja tetapi daya ingatan yang baik juga amat penting kerana berdasarkan
alamat yang tertera pada surat itu mereka mesti pergi ke sesuatu tempat itu dengan cepat kerana kelewatan boleh
mendatangkan masalah terutama jika surat atau dokumen berkenaan adalah dokumen yang penting.
Pagi itu hanya ada 3 surat dan 2 bungkusan lagi yang perlu di hantar sebelum dia balik ke Pejabat Penghantaran untuk
waktu rehatnya, jam baru menunjukkan jam 11.15 pagi. “Isk awal lagi ni, baik aku hantar cepat surat ni lepas tu boleh melepak
kat kedai Mamak depan Opis tu” Kali ini destinasi yang di tujui ialah Bank Amtrap berhampiran dengan jalan Silang.
“Baik aku hantar bungkusan ni dahulu kat Bank tu, lepas tu baru boleh lepak kat kedai makan Kak Yah”
Sampai sahaja Kairi di depan Bank Amtrap dia melihat Benggali Pengawal keselamatan Bank itu sedang duduk sambil
mengurut-gurut misainya yang melentik, sambil tersenyum Bai itu berkata ”keci,keci mau antar surat ka?” Kairi tersenyum sambil
mengoyang-goyangkan bungkusan di tangannya itu. Sebaik sahaja dia masuk ke dalam Bank itu suasana di dalamnya agak
sunyi tidak sebising seperti di luar, Sambil berjalan menuju ke arah Kaunter Pertanyaan Kairi memerhatikan keadaan keliling Bank
yang antara terbesar di Kuala Lumpur, kelihatan hampir 20 orang sedang berurusan di dalam bank itu.
”Semua ni orang yang berduit, aku ni habuk pun tarak kalau la duit dalam Bank ni aku yang punya...huh! senang hidup aku ni”
gumam Khairi dalam hati sambil tertawa kecil.
Melihat kelibat Kairi sahaja, Cik Molly Tan Pegawai bank yang sering berurusan dengannya tersenyum sambil mengangkat
tangannya dan Kairi hanya membalas dengan mengangkat bungkusan yang di pegangnya.
”Awal sampai hari ni Kairi?”
”Tak adalah Cik Molly, tadi ada hantar surat kat pejabat dekat sana tu, alang-alang dah dekat Bank ni saya datang teruslah
hantar bungkusan ni”
Last edited by jagosam on 6-8-2012 11:43 AM \n\n |
|
|
|
|
|
|
|
Cik Molly tersenyum mendengar jawapan dari anak muda yang wajahnya iras seperti orang Arab itu dan sebaik sahaja Kairi menghulurkan bungkusan yang di bawanya terus Cik Molly mengambil bungkusan yang di hantar itu sambil mengisi maklumat dalam borang yang turut di serahkan oleh Kairi.
”Ramai juga orang pagi ni ya”
Sambil tersenyum Gadis Cina itu berkata ” Biasa la awal bulan, orang baru masuk gaji jadi masa-masa macam ni Bank sibuk sikit la”.
Kairi terus menjalankan urusannya dengan Cik Molly, dan boleh di katakan mereka sering juga berurusan kerana Bank tempat Cik Molly berkerja itu adalah pelanggan tetap Syarikat tempat Kairi berkerja. Sedang mereka dan orang ramai di dalam Bank itu sibuk dengan urusan masing-masing tiba-tiba, terdengar bunyi letupan yang bertalu-talu seperti mercun di dalam bank tersebut.
”La.. siapa pulak main mercun dalam bank ni, tak ada kesedaran sivik betul ler” kata Kairi pada Cik Molly.
Cik Molly yang turut terkejut itu juga berkata ”Tapikan Kairi kenapa bunyi mercun ni lain macam je ya?”.
”Entahlah Cik Molly.....ehh!”
Dalam beberapa saat sahaja ruangan Bank itu mula di selubungi asap putih yang pekat dan tebal. Dalam masa yang sama suasana yang tenang dan aman tadi bertukar menjadi kecoh dan kelam-kabut. Serentak dengan itu juga Kairi merasakan matanya menjadi agak pedih akibat terkena asap putih yang mula menguasai ruang bank tersebut dan dengan segera dia menutup mukanya dengan baju jaket yang di pegangnya. Pada masa yang sama juga terdengar arahan dalam bahasa asing yang menyuruh semua orang meniarap, Tetapi semua orang masih tidak bergerak mereka terus berdiri terpaku sama ada tidak faham atau dalam ketakutan melihat beberapa orang lelaki bertopeng memegang Senapang dan ’Machine-gun’. Selepas beberapa ketika salah seorang dari Lelaki bertopeng tersebut berjalan ke arah seorang pelanggan lelaki dan terus menghentakkan buntut senjatanya tepat pada lutut lelaki itu menyebabkan dia terus jatuh terduduk dan pada masa yang sama juga Lelaki bertopeng itu bertempik dengan kuat pada semua orang dan menunjukkan mucung senjatanya pada lelaki yang jatuh itu. Melihat kejadian tersebut semua orang di dalam Bank itu seperti memahami makna perkataan yang di lafazkan tadi secara serentak semua orang merebahkan diri meniarap sambil tangan di letakkan di belakang kepala.
”Apa yang telah terjadi ni, siapa lelaki itu semua, adakah mereka nak rompak Bank ni, Aduh! kenapa la masa aku kat Bank ni jadi macam ni pulak” gerutu Kairi di dalam hatinya.
Kairi pun melakukan tindakan yang sama seperti orang yang lain dan pada masa yang sama dia menjeling ke arah Benggali Jaga bank tersebut, Kelihatan jaga itu sedang cuba menarik perlahan-lahan senjata yang di selit di celah pintu bank itu, agaknya semasa suasana kecoh tadi Jaga tersebut sempat menyorokkan senapang patahnya di celah pintu dan kini dia cuba bertindak. Kairi terus merenung pada Jaga itu dan melihat perbuatan Jaga itu dengan hati yang penuh bersarang dengan kebimbangan, Pada masa yang sama Benggali itu menjeling pada Kairi dan menyuruh Kairi diam.
”Isk!! apa Bai ni nak buat, takkan lah dia nak lawan semua perompak ni seorang diri...gila ke dia!” getus Kairi.
Kairi yang dalam ketakutan hanya mampu mengeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak bersetuju dengan tindakan Bai Jaga tersebut. Sebaik sahaja senapang berada di dalam genggaman jaga itu, dia terus mencekah Senapang Patah tersebut dan pada bila-bila masa sahaja peluru senapang itu akan dihemburkan dari muncung senjata tersebut menuju ke arah mangsanya. Baru sahaja dia membidik senjatanya pada salah seorang dari Perompak yang ada berhampiran dengannya tiba-tiba dia terasa ada benda yang di letakkan di belakang serbannya dan Bai jaga itu tahu bahawa itu pastinya muncung senjata perompak berkenaan.
Dengan nada yang keras dan dalam bahasa Arab dia berkata “Hoi! orang tua, jika kau mahu otakmu bersepai sila lakukan”.
Bai Jaga tersebut terus terpaku dan mukanya terus bertukar menjadi pucat lesi kini dia sedar nyawanya kini hanya di hujung halkum sahaja, dengan perlahan-lahan dia melepaskan senapang patahnya dan menggigil merayu meminta nyawanya.
“Saya minta maaf!, saya minta maaf! jangan kasi tembak saya punya kapla, tolonglah”. Perompak itu tanpa sebarang bicara terus menghentak buntut senapang itu pada kepala Benggali Jaga itu dan menyebabkan Jaga itu mengerang kesakitan tanpa berlengah lagi Perompak itu mengambil Senapang patah tersebut dan kemudiannya menuju ke arah Pintu utama Bank tersebut dan terus menguncinya. Mendengar bahasa yang di tuturkan oleh Perompak-perompak itu antara sesama mereka, Kairi dapat mengagak dari mana asalnya mereka.
”Kini sahlah Perompak-perompak ini ialah orang Arab, tetapi dari negara mana? Kenapa dari tanah Arab sanggup datang merompak di Malaysia ini sedangkan di negara mereka lebih kaya lagi?” semua persoalan ini berlegar di benak Kairi.
Setelah semua orang dikumpulkan di tengah-tengah ruang legar Bank itu, Salah seorang perompak tersebut bertanya pada semua orang tersebut dalam bahasa Inggeris yang agak pelik bunyinya.
”Siapa di antara kamu Pengurus bank ini?”
Kairi membuat andaian bahawa yang bertanya ini mungkin ketua kumpulan tersebut kerana dari mula operasi rompakan ini Lelaki itu yang memberi arahan dan kelihatan semua ahlinya yang berjumlah sepuluh orang itu mematuhi arahannya.
”Aku tanya sekali lagi, Siapa Pengurus..... Bank ini!” tengking ketua perompak itu.
Last edited by jagosam on 6-8-2012 03:31 PM \n\n |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Encik Arman...
Saya memang minat novel-novel macam ni.
Memang berniat nak letak cerita tu kat sini ke atau promo saja? Kalau boleh jangan letak semua bab sebab akan menghilangkan mood saya untuk baca buku ni nanti.
|
|
|
|
|
|
|
|
hehe...just promo sahaja...mungkin dalam 3,4 bab sahaja...sebenarnya buku ini ada 3 part..jika tajuk asalnya adalah :
1. Legasi Pejuang - the beginning (Permulaan)
2. Legasi Pejuang - The Rise (Kebangkitan) dan
3. Legasi Pejuang - The End (Pengakhiran)
sebab tu kalau di tengok bab akhir macam tergantung dan banyak persoalannya.., part 2,3 lebih mendebarkan dan lebih banyak pendedahan yang di ketahui...tetapi penerbit beritahu part 2 & 3 akan di terbitkan jika part 1 ni dapat sambutan jika tidak, dia hanya kekal dalam komputer saya sahaja la...
|
|
|
|
|
|
|
|
my imagination
Nama : Muaz AkA Kairi
Asal : Malaysia
Umur : 21th - 22th
Skill : Close Combat, Mahir dalam penggunaan Pisau (Puukko Knife), Kepantasan dan kekuatan.
B/Ground : Seorang Pejuang Muda dari Malaysia yang tidak di rancang menjadi pejuang Global dan akhirnya di buru oleh ejen-ejen CIA dan Mossad, berperanan menghapuskan ramai pemimpin-pemimpin besar pihak Israel dan Serbia. Kehilangan orang yang tersayang dan akhirnya...... adakah Muaz benar-benar terbunuh ataupun masih hidup.
Ada konspirasi yang lebih besar yang perlu di hadapinya dan kenyataannya itu amat menyakitkan..
Last edited by jagosam on 16-8-2012 08:01 PM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Nama : Katrinee Mitch
Asal : USA
Umur : 21th - 22th
Skill : Mahir menggunakan Senjata dan boleh bertutur dalam 3 bahasa
B/ground : Salah seorang dari Team 1 yang di bawah arahan Coper Black, di serap sendiri oleh Coper kerana dia kagum dengan track rekod yang di dapati dalam laporan semasa Katrinee masih lagi di dalam latihan Akedemi CIA di Langley.
Sering di pasangkan dengan Murdock dan kecantikkan wajahnya sering menjadi tumpuan. Setelah terlibat dalam Team 1 dia mempunyai perasaan yang mendalam pada Muaz dan kerana perasaan itu dia akhirnya.....
Last edited by jagosam on 16-8-2012 01:47 PM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Nama : Sheikh Mahdi @ Lion of Destruction
Asal : Palestine
Umur : 65 tahun
Skill : Pakar Strategis, Perancang serangan dan sabotage
Hubungan dengan Muas : Bapa angkatnya
B/ground : Dia adalah pemimpin tertinggi Gerakan Jihad Ulislam yang beroperasi di Algeria, seorang pemimpin yang hebat dan mempunyai pengaruh yang agak kuat di kalangan pertubuhan perjuang yang menentang Israel dan Amerika seperti AL Kader,Hazabullah dan lain-lain.
Dia adalah orang yang menemui Muaz dan telah melatihnya untuk menjadi pejuang yang handal tetapi dia telah hilang tanpa dapat di kesan apabila kemnya di serang oleh pihak Amerika di percayai dia telah terbunuh semasa serangan itu, tetapi mayatnya tidak di jumpai....
Last edited by jagosam on 16-8-2012 08:00 PM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
best gak citer nie... Buku yg lain2 tu dh ada kt pasaran ke? |
|
|
|
|
|
|
|
salam entahmengapa...
buku ni baru aje keluar seminggu yang lepas, part 1 tu ambil masa hampir 4 tahun nak buatkan pasal kena banyak selidik dan buat draf cerita dan lepas dah lama karang + dengan terbengkalai sekejap pasal sibuk dengan bicycle touring pusing malaysia, dan sambung balik akhirnya siap part 1nya, part 2 dah 95% siap cuma nak edit dan tambah mana yang patut, part 3 baru 20% siap, tapi stop dulu pasal tunggu sambutan part 1, Penerbit cakap tunggu tengok buku yang pertama ada sambutan atau tak, jika bagus respon mungkin part 2 akan keluar jika tak, mungkin tak ada kot...
Last edited by jagosam on 13-8-2012 11:11 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Wahhh..tahniah sbb berjaya keluarkan buku... will try looking 4 dis book after raya... |
|
|
|
|
|
|
|
Thank...entahmengapa.....ambil masa lama juga nak siapkan, lagi satu yang bermotivasi tulis buku ni, pasal payah sangat nak dapat buku-buku yang selain novel cinta...kalau pergi mana-mana kedai buku 90% novel cinta tak banyak buku yang selain novel cinta..jadi tu yang tulis buku lain sikit supaya ada pembaca yang suka cerita lain dari cinta boleh nikmati...
sebenarnya hampir 15 tahun tulis bahan-bahan pembelajaran terutama tentang Technical Knowledge, jadi nak kira bukanlah amatur sangat ler dalam penulisan ni, cuma ni cubaan pertama tulis novel...nanti kalau rasa ok buku tu..war-warkanlah pada kawan dan jika kurang bagus dan perlu improvement info kat saya agak boleh buat penambahbaikan.
Thank
|
|
|
|
|
|
|
|
yup betul tu... kadang 2 jemu gak pegi bahagian novel sume cite cinta n jalan cerita hampir sama.... baguslah mcm nie... saya suka membaca menulis x pandai... hehehe.... okehh ...nnti kalu saya dah beli saya update yerr... |
|
|
|
|
|
|
|
Suka dengan genre macam ni. Nak cari nanti! |
|
|
|
|
|
|
|
Thank ShahGraphixer....Buku ni di tulis berdasarkan kisah -kisah yang benar tapi di olah mengikut pandangan saya, cuma nama orang tu di tukar sikit, tapi nanti saya akan uploadkan biodata watak dan sedikit background dia, nama tempat tu semuanya nama betul, jika goggle awak akan dapati semua nama tempat tu betul-betul ada... |
|
|
|
|
|
|
|
Thanks jagosam sbb promo kat tret...sbb ada rasa nak beli...so masuk list.... |
|
|
|
|
|
|
|
Thank Sellie003...
Nama : Khalib Razim
Asal : Algeria
Umur : 23 tahun
Skill : Pakar Senjata api, setiap peluru yang di tembak mesti mengena sasaran
Hubungan dengan Muas : Rakan Baiknya
B/ground : Dia adalah rakan baik Muaz, tetapi dia ini kepala angin dan pemarah orangnya, Semasa dalam Latihan dia telah di angkat sebagai Pelatih terbaik, tetapi sebenarnya Muaz yang terbaik, di sebabkan atas beberapa isu Sheikh Mahdi terpaksa istiharkan dia pelatih Terbaik. Tahap kemahiran menggunakan Senjata api terutama Pistol adalah lebih baik dari Muaz. Awalnya ada menyimpan dendam dan benci pada Muaz tetapi setelah beberapa kali berkerjasama hubungan mereka menjadi baik.
Semasa operasi di Bosnia, Khalib telah tercedera kerana terkena serangan tentera Serbia, kerana merasakan dia tidak mampu untuk berlawan lagi dia telah mengorbankan dirinya agar Muaz dan 2 orang Ahli Kongres Bosnia dapat lepaskan diri....dia telah mengambil tindakan nekad untuk mengorbankan dirinya dengan mengunakan bom tangan, tetapi adakah dia benar-benar telah mati?
Last edited by jagosam on 16-8-2012 07:58 PM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|