CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1866|Reply: 6

Kajian – Puasa Dapat Mengelakkan Otak Daripada Mengecut!

[Copy link]
Post time 7-8-2012 01:11 AM | Show all posts |Read mode


Kini sudah ramai para saintis membuat kajian tentang Islam. Antara kajian yang dibuat adalah hikmah dalam berpuasa. Menurut kajian saintifik terbaru perubatan Barat mendapati berpuasa dua kali seminggu, sebagai contoh, boleh mengelakkan otak individu daripada mengecut dengan pertambahan umur, selain manfaat kepada mereka yang menghidapi penyakitjantung, diabetes dan kanser. Berpuasa pada masa dulu pernah digunakan dalam rawatan perubatan namun kajian terbaru menunjukkan ia perlu diterapkan semula.

Ini kerana ia mampu mencetuskan pelbagai hormon yang membantu meningkatkan kesihatan selain perubahan metabolisme badan.  Berpuasa selama beberapa hari hanya melibatkan pemakanan makanan antara 500 dan 800 kalori sehari sahaja berbanding hari biasa iaitu 2,000 kalori bagi wanita dan 2,500 kalori (lelaki).

Ia menurunkan tahap hormon yang dikaitkan dengan kanser dan diabetes selain kolestrol ‘tidak baik’ dan triglyceride dalam darah serta pengurangan radikal bebas, molekul yang dikaitkan dengan pelbagai penyakit.

Ketua Neorosains Institut Penuaan Nasional Amerika Syarikat (AS), Profesor Mark Mattson berkata, faedahnya sama seperti anda bersenam. Ia boleh melindungi otak daripada penyakit kemerosotan otak seperti Alzheimer dan Parkinson.

Dalam satu kajian yang dilaporkan oleh Jurnal Obesiti Antarabangsa tahun lepas, sekumpulan wanita obes dan gemuk diberikan pemakanan melibatkan 1,500 kalori sehari untuk satu minggu.

Satu lagi kumpulan diberikan pemakanan 500 kalori untuk dua hari dan kemudian 2,000 kalori setiap hari pada lima hari seterusnya.

Pakar diet Universiti Manchester, Dr. Michele Harvie yang mengetuai kajian itu berkata, kedua-dua kumpulan menunjukkan penurunan berat badan yang sama selain pengurangan sama penanda biologi yang boleh meningkatkan risiko kanser.

melayukini.net




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2012 07:08 AM | Show all posts
itulah hikmaknye dalam seminggu kite digalakkan puase ari isnin ngan khamis ye...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 02:00 PM | Show all posts
Puasa memang banyak hikmahnya
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 02:04 PM | Show all posts
mg byk himah puasa...

tapi kajian ni melibatkan kalori intake seseorg... which is not applicable to most of muslim in Malaysia....

berbuka mkn segala mcm.. aku xrata kalori intake kite ttp maintain 500-800 je.... kene pulak buffet hotell.. lagi laa
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2012 09:51 AM | Show all posts
nk cube amalkan puase isnn & khamis
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2012 09:54 AM | Show all posts
the beauty of islam.......




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2012 06:09 AM | Show all posts

@sara2511 is acknowledged. many benefits of fasting
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 12:08 AM GMT+8 , Processed in 0.651442 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list