CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3552|Reply: 21

Pekan Mini Dan Hidup Bermasyarakat Dalam Penjara

[Copy link]
Post time 20-8-2012 11:43 AM | Show all posts |Read mode
Penjara merupakan sebuah pusat untuk para pesalah menjalani hukuman setelah melakukan sesuatu jenayah..Lazimnya, keadaan di dalam penjara tidak lah semeriah seperti keadaan di dunia luar..Namun, di sebuah penjara di Bolivia telah dihias umpama sebuah pekan kecil di dalamnya..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh baca kat bawah ni..


Penjara San Pedro yang merupakan sebuah penjara yang terbesar di La Paz, Bolivia amat terkenal dengan keadaan penjaranya yang mempunyai unsur kemasyarakatan. Apa yang menjadikan penjara ini lain dari yang lain adalah kerana para banduan di penjara ini bekerja seperti di dalam komuniti yang berada di dunia luar contohnya seperti membayar sewa atau memberi sewa penginapan, dan mereka juga tinggal di penjara itu bersama keluarga persis seperti kehidupan di dalam pekan. Pihak polis jarang memasuki penjara ini malah mereka hanya perlu mengawal di bahagian luar penjara sahaja.

Selain terdiri daripada 1,500 banduan, penjara ini juga terdiri daripada mereka yang bukan banduan. Isteri dan anak-anak para banduan ini juga dibenarkan masuk dan keluar dari penjara ini secara sesuka hati mereka.

Hal ini berlaku kerana, sekiranya suami mereka yang terdiri daripada banduan itu tidak bekerja, keluarga mereka akan mengalami kesulitan hidup di luar sana. Jadi, mereka sering membawa masuk barang-barang ke dalam penjara untuk dijual sama ada dengan cara mendirikan gerai atau pun menjual dari sel ke sel.

Selain itu, seramai 200 anak-anak banduan ini akan diasuh oleh 2 pusat jagaan (nurseri) yang disediakan oleh pihak penjara atau dihantar ke sekolah yang berdekatan dengan penjara. Sesetengah dari mereka juga banyak menghabiskan masa bermain dengan pengawal penjara.

Purata kematian di penjara ini dianggarkan sebanyak 4 kali sebanyak sebulan akibat masalah semula jadi dan serangan ganas antara banduan.

Di dalam Penjara San Pedro ini jugak, mereka membuat undang-undang sendiri. Setiap sektor di penjara ini akan mempunyai seorang ketua dan seorang setiausaha kewangan yang dilantik setahun sekali. Terdapat sedikit toleransi daripada para banduan yang pernah melakukan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak, walaubagaimanapun mereka secara perlahan-lahan akan didisiplinkan oleh banduan lain.

























Kredit: http://drysheet.blogspot.com/

Last edited by novelloverzz on 20-8-2012 11:49 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2012 03:31 PM | Show all posts
psikologi supaya banduan dapat hidup secara normal di luar nanti kot..........
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2012 04:06 PM | Show all posts
pada aku cara ini salah utk mendidik banduan....
tiada kelainan antara hidup didlm penajara
dan diluar penjara.....bayangkanlah
penjara yg kire kebal pun mcm2 barang
bleh seludup...klau penjara mcm ni tah la....
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2012 06:34 PM | Show all posts
Hidup dalam n luar penjara pun sama jek. Baik x payah
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2012 07:19 PM | Show all posts
wah, boleh plak camtu ek ..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2012 09:08 AM | Show all posts
nak seludup dadah pun senang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2012 01:06 PM | Show all posts
25 Terbunuh, Berpuluh Cedera Dalam Rusuhan Penjara Venezuela
CARACAS, Venezuela: Seramai 25 orang terbunuh dalam satu rusuhan di penjara dan berpuluh-puluh lagi cedera apabila dua kumpulan banduan melancarkan serangan bersenjata dalam penjara ketika beratus-ratus keluarga mereka sedang mengadakan lawatan.

**dipetik sedikit dari Mstar Online hari ini 21ogos2012
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2012 11:01 AM | Show all posts


sweet je pakcik nih gmbo ngan kucen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2012 01:04 PM | Show all posts
wah siap nursery.....jage kebajikan....
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 04:39 PM | Show all posts
huhu...klau mcm tu x de pengajaran lansung pd banduan
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 05:00 PM | Show all posts
xde beza la sumbat banduan ni masok lam penjara
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 07:15 PM | Show all posts
macam hal............
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2012 04:33 PM | Show all posts
caya lah...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2012 04:47 PM | Show all posts
haha teringat movie GET THE GRINGO mel gibson belakon, sebijik mcm ni, dekat mexico la, aku ingat tipu punya cerita, betul rupanya ada penjara mcm ni



dalam movie tu kalau ada lawatan, masing2 jual khemah buat dr kotak, tapi kena sewa la, ada countdown plak, so yg melawat bole make love dengan banduan tu, bergoncang2 kemah tu dibuatnya =))
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2012 07:51 PM | Show all posts
Untungla....
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2012 09:52 PM | Show all posts
Pnjara sbg tmpat berehat ke?
Bukan sbg hukuman
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2012 09:13 AM | Show all posts
bab boleh bawak masuk bini tuh aku sokong.. sekurang kurangnya kuranglah kejadian banduan baru kena liwat... kena pulak yg muka jambu... jahanam...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2012 11:28 AM | Show all posts
ank bini siap leh msuk suke ati lg...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2012 11:48 AM | Show all posts
sukakan bermasyarakat.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2012 01:16 PM | Show all posts
Mesti ramai yang tak nak keluar
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.358800 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list