View: 19364|Reply: 18
|
Benarkah Allahyarham Haji Mahadi seorang Wali Allah?
[Copy link]
|
|
Pelakon dan Pengarah Allahyarham Haji Mahadi tidak asing dalam arena lakonan filem Melayu di Jalan Ampas. Nak tahu lebih lanjut boleh rujuk http://ms.wikipedia.org/wiki/Haji_Mahadi ..
Cuma yang menjadi topik sekarang adalah aku mendengar desas-desus yang mengatakan bahawa Allahyarham adalah seorang wali Allah.. adik beradik beliau juga merupakan wali Allah dan arwah bapanya adalah seorang wali besar (wali kutub- ada sesiapa boleh explain?)..
Ada juga cerita yang mengatakan adik beradiknya yang lain telah memilih tarikat (jalan) yang menumpukan kepada akhirat semata-mata sedangkan beliau telah memilih tarikat yang merangkumi hal-hal dunia dan akhirat. Adik beliau yang dikenali sebagai Sidi Rashid juga mengamalkan satu tarikat yang mempunyai bilangan pengikut yang agak ramai.
Allahyarham juga diberitakan mahir dalam perubatan tradisional dan kebatinan. Allahyarham P. Ramlee dikatakan menuntut ilmu perubatan dan kebatinan daripada beliau. Pelakon Allahyarham Ahmad Mahmud juga pernah bercerita (sumber akan digali semula) yang beliau pernah jatuh sakit semasa berlakon di dalam hutan dan diubati oleh Allahyarham Haji Mahadi dan didapati Ahmad Mahmud membuang air kecil di dalam hutan di tempat kediaman makhluk halus. Ibu aku sendiri pernah berubat dengan Allahyarham masa muda2 dulu disebabkan khianat orang.
Tidak dinafikan urusan wali-wali ni adalah urusan Allah tapi kalau ada sesiapa kawan2 yang mempunyai pengetahuan yang lebih dalam topik ini.. harap dapat kongsi2kan.. Wassalam..
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Profil
Nama Penuh: Haji Mohd Mahadi Haji Mohd Said
Asal : Kampung Merbuk, Negeri Sembilan
Tahun Lahir: 1914
Pendidikan: Madrasah al-Falah, Makkah
Tahun Meninggal Dunia: 20 Februari 1983
Filem: (Antaranya) Iman (1954), Sumpah Orang Minyak (1958), Batu Belah Batu Bertangkup (1959), Raja Laksamana Bintan (1959), Lela Manja (1960), Isi Neraka (1960), Singapura Di Langgar Todak (1962), Tiga Abdul (1964), Dayang Senandong (1965), Anak Buloh Betong (1966) dan Raja Bersiong (1967)
NAMA Haji Mahadi terpahat dalam catatan sejarah filem Melayu sebagai pengarah filem tempatan pertama menerusi filem arahannya iaitu Pertama Di Perlimbahan yang dikeluarkan oleh Malay Film Production pada 1952.
Filem ini membuka satu langkah baru kepada pengarah tempatan lain, terutama pengarah Melayu. Sebelum ini bidang pengarah filem dipelopori pengarah luar, terutama dari India dan Filipina.
Filem Permata Di Perlimbahan dibintangi Nordin Ahmad yang berlakon buat pertama kalinya di sisi Maria Menado, Salmah Ibrahim, J Husny dan Suud Jr.
Pembabitannya dalam dunia filem dikatakan sebagai kebetulan, apabila beliau tampil sebagai pelakon tambahan dalam filem Penghidupan pada 1951. Filem terbitan Malay Film Productions (MFP) diarahkan oleh (Datuk L Krishnan) dengan pelakonnya P Ramlee dan Rokiah.
Sebelum itu, Haji Mahadi pernah bekerja sebagai wartawan di akhbar Utusan Melayu pada 1939 ketika berusia sekitar 25 tahun. Di MFP, beliau sebenarnya tidak terus menjadi pelakon, tetapi bermula sebagai penterjemah, sebelum dinaikkan pangkat ke jawatan penolong pengarah.
Bermula dari situlah, dengan masa yang dianggap singkat beliau dilantik menjadi pengarah utama dengan mengarahkan filem Pertama Di Perlimbahan.
Bagaimanapun, menyedari kebolehannya sebagai pengarah filem belum kukuh, beliau enggan meneruskan tugas itu.
Beliau secara jujur pernah pernah berkata: “Saya perlukan pengalaman yang lebih lama.”
Selepas itu, Haji Mahadi kembali berjuang dalam seni lakonan. Hajatnya tercapai apabila beliau ditawarkan berlakon filem Istana Impian (1953) dan Hujan Panas pada 1954.
Filem Hujan Panas agak istimewa kerana menyebabkan beliau mendapat gelaran seniman pembantu pujaan yang diberi berdasarkan satu undian nasional.
Sejak itu beliau disanjung sebagai seniman serba boleh dengan mendukung peranan dalam beraneka cerita dan ragam, daripada orang tua, muda, baik, miskin, kaya dan sultan, semuanya dapat dilakonkan dengan baik.
Walaupun menerima sanjungan, Haji Mahadi tetap seorang yang merendah diri. Beliau tidak mudah lupa daratan, terutama kepada keluarga dan rakannya.
“Tiada perkara yang dapat menyenangkan dan menggembirakan hati saya selain melihat keadaan aman dan tenteram kaum keluarga dan sahabat handai saya,” katanya.
Ketika zamannya, isu kafir mengkafir hangat diperkatakan, lebih-lebih lagi apabila beliau terbabit dalam bidang seni.
"Hukum agama kita, yang diakui Allah itu luas. Mengapa mesti disempitkan?" katanya apabila diminta mengulas isu itu.
Haji Mahadi daripada keluarga alim
KETOKOHAN Haji Mahadi sewajarnya tidak patut dilupakan dalam perfileman nasional tanah air.
Kemunculan awal beliau atau nama sebenarnya Haji Mohd Mahadi Haji Mohd Said dalam dunia filem Melayu agak unik.
Kalau orang lain seperti P Ramlee, S Roomai Noor, Omar Rojik atau M Amin menjadi pelakon terlebih dulu sebelum dilantik sebagai pengarah.
Bagaimanapun, Haji Mahadi bermula sebagai pengarah kemudian menjadi pelakon.
Beliau menjadi pelakon selepas mengarahkan filem Permata di Perlimbahan, tetapi berasakan dirinya masih kekurangan pengalaman, beliau enggan meneruskan kerja itu.
Sebaliknya beliau memilih menjadi pelakon saja. Pada mulanya hanya sebagai pelakon pembantu saja dan filem pertama lakonannya ialah Hujan Panas. Sejak itu, dia mula melakonkan pelbagai watak.
Malah Haji Mahadi terkenal dengan watak sebagai seorang Sultan. Antaranya, menjadi Sultan Mansur Shah dalam filem Hang Tuah pada 1956; memegang watak Tun Jana Khatib menerusi filem Singapura Dilanggar Todak (1962); menjadi raja untuk Indera Bangsawan atau sultan dalam filem Raja Laksamana Bintan (1959).
Beliau pernah melakonkan watak iblis dalam filem Iman (1954), sebagai Pak Lebai menerusi filem Budi Dan Dosa (1963), atau seorang kaya yang tamak haloba dalam filem Ribut (1956). Bersama P Ramlee dan S Kadarisman, Haji Mahadi sebagai Abdul Wahab menerusi filem Tiga Abdul (1964).
Haji Mahadi mengakui orang seni tidak semestinya datang daripada keluarga yang mempunyai latar belakang seni. Kemunculan beliau membuktikan ada orang seni datang daripada keluarga yang kuat pegangan agamanya.
Ini kerana bapa beliau adalah seorang yang alim dan warak serta terkenal sebagai pendukung kemuliaan agama yang murni.
Kemuliaannya masih disanjung hingga sekarang. Haji Mahadi adalah salah seorang anaknya yang lahir di Kampung Merbuk, Negeri Sembilan pada 1914. Beliau kemudian menuntut ilmu di Makkah sejak berusia 13 tahun.
Beliau anak kelapan daripada 15 beradik. Antara saudaranya ialah Ahmad Mohd Said iaitu bekas Mufti Besar Negeri Sembilan; Redza sebagai ahli Majlis Mesyuarat Undangan Malaysia dan Abdul Rashid seorang guru agama terkenal di Singapura dan Malaysia.
Haji Mahadi dikatakan anak paling disayangi. Ciri-ciri fizikalnya seperti berwajah tampan dan berkulit cerah kekal hingga ke akhir hayatnya. Beliau tidak mensesiakan pengetahuannya dalam ilmu agama kerana banyak murid yang berguru dengannya.
Selang beberapa tahun kembali dari Makkah, Haji Mahadi menukar haluan hidupnya.
“Bukan kerana saya tak suka menjadi guru agama, tetapi, ialah sebab pada ketika itu saya rasa diri saya serba kekok kerana dipuja orang yang lebih tua daripada saya,” katanya.
Beliau pernah ditanya apa bezanya seorang tokoh agama dengan pelakon, dan menjawab, “Cara pemujaan antara kedua-dua itu berbeza.”.
Sepanjang pembabitannya sebagai anak seni, Haji Mahadi pernah berlakon hampir 76 filem. Antara yang dikenali ialah Hang Tuah (1956), Indera Bangsawan (1961), Si Tanggang (1961), Budi Dan Dosa (1962), Tiga Abdul (1964), Jebat Maut (1967) dan Raja Bersiong (1967).
Dipetik daripada blog http://shawbrother.multiply.com/ ... u=%2Fjournal%2Fitem |
|
|
|
|
|
|
|
penah jugak org bod ni ckp M. Nasir tu wali jugak ![](static/image/smiley/default/lol.gif) ![](static/image/smiley/default/3doh.gif)
hahaaha.. akal melayu |
|
|
|
|
|
|
|
ooooo..yg blakon kat isketam bola dkt dekat isketam batu jadik saodagar burong nama nya Abdul wahab,..kena kenching ngan husin patolon ngan siddiq sepakraga hapekenama da lupa...3 abodol kn?!!!
cer pi tanya sama cucu arwah ne
![](http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTCGIqxutNmDgo2xaIM_w1kGMfBOoJnebpRuh2niv6_geGUD0t8Ak_5dSF1) ![](http://2.bp.blogspot.com/_ROzNeROr478/SeyScR5ao8I/AAAAAAAAASM/ynUB2guVw-A/s400)
Zamil Idris
|
|
|
|
|
|
|
|
Yang mana satu hj. Mahadi.
Gambar pun tak de. Ingat
ini zaman 50an ke? |
|
|
|
|
|
|
|
shanshero posted on 25-8-2012 11:42 PM ![](static/image/common/back.gif)
Yang mana satu hj. Mahadi.
Gambar pun tak de. Ingat
ini zaman 50an ke?
Ni orangnya. Selalu berlakon dengan P Ramlee
![](http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQOeHIdAVsT2LD_szH6UOh_O4TMCAQB45H16jMtqFVMl2HjRNtxvQ&t=1)
|
|
|
|
|
|
|
|
aku suke dengar cara dia bercakap. macam tersusun satu satu gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Setengah orang kata, kalau wali, empunya diripun tak tahu dia sebenarnya wali. Wallahualam. |
|
|
|
|
|
|
|
tulah. mcm mana nk tahu org tu adalah wali.. kalau setakat gelaran yg manusia sndr bg mne bleh pakai. makam tu Allah yg kurniakan..mungkin antara dia dgn tuhan je yg tahu. tp x d nafikan mmg famili arwah org agama yg dikenali. wallahualam |
|
|
|
|
|
|
|
yg jadik abdul wahab tu die ropenye....kawin ngan mak enon, xde anak ker |
|
|
|
|
|
|
|
semoga bertambah ramai artis2 kita yang cerdik agama.. |
|
|
|
|
|
|
|
shanshero posted on 25-8-2012 11:42 PM ![](static/image/common/back.gif)
Yang mana satu hj. Mahadi.
Gambar pun tak de. Ingat
ini zaman 50an ke?
Ternyata kamu generasi baru
|
|
|
|
|
|
|
|
shanshero posted on 25-8-2012 11:42 PM ![](static/image/common/back.gif)
Yang mana satu hj. Mahadi.
Gambar pun tak de. Ingat
ini zaman 50an ke?
pasti kamu lahir era pertghan 90-an dan ke atas.
|
|
|
|
|
|
|
|
teringin jugak nk taw mcm mana org kita klasifikasikan seseorg tu wali ALLAH.dari segi agama?ilmu perubatan islam?tingkah laku? |
|
|
|
|
|
|
|
SulurBidar posted on 12-10-2012 10:24 AM ![](static/image/common/back.gif)
pasti kamu lahir era pertghan 90-an dan ke atas.
aku lahir dkt2 hujung 70an pun tak kenal si empunya nama ini...P.Ramlee aku tau la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun dgr mende yg sama gak |
|
|
|
|
|
|
|
Oo..kenal dia, tpi x tau la smpi ketahap wali. Watak n penampilan dia ni, ok n unik |
|
|
|
|
|
|
|
wallahualam. tapi sesetangah orang mempunyai bakat mengubat orang dan diizinkan Allah mujarab.
alaa sape yang tak kenal atau buat2 tak kenal tu kalau kenal p.ramlee mesti tau cita 3 abdul kan?
abdul wahab tu la hj. mahadi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|