CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2213|Reply: 0

Fakta mengenai rabun dekat

[Copy link]
Post time 25-8-2012 08:38 PM | Show all posts |Read mode
Fakta Mengenai Rabun Dekat | Masalah rabun mata antara masalah yang dihidapi oleh semua golongan. Jika dahulu ramai yang beranggapan bahawa hanya orang yang sudah berumur sahaja mengalami masalah rabun, namun golongan kanak-kanak juga turut mengalami perkara yang sama. Rabun dekat merupakan antara sebab penglihatan yang kabur. Objek yang jauh akan kelihatan tidak jelas bagi orang rabun jauh. Kebiasaanya rabun dekat merupakan variasi yang normal dan bukan penyakit. Jarang rabun dekat disebabkan oleh penyakit.
Antara sebab rabun dekat adalah perubahan natural bentuk mata dan jarang disebabkan oleh perubahan  dalam kornea atau lensa mata. Masalah-masalah ini menyebabkan cahaya masuk ke mata dan difokuskan di hadapan retina. Sepatutnya cahaya fokus tepat di retina.
Rabun dekat di beri diagnosis melalui soalan-soalan mengenai rabun dekat, pemeriksaan mata.  Oftalmoskopi dan funduskopi boleh dilakukan dalam pemeriksaan mata.
Cermin mata atau kanta lekap mata boleh membantu membetulkan penglihatan. Kaedah surgeri juga boleh dilakukan untuk membaiki bentuk kornea atau meletakkan kanta lensa artificial di dalam mata untuk mengurangkan rabun dekat atau membetulkan rabun dekat.
Tetapi sekiranya anda masih muda belia, selalunya anda mengalami masalah penglihatan rabun jauh dan bukannya rabun dekat. Biasanya rabun dekat dialami oleh golongan yang sudah pun berusia dan biasanya dalam lingkungan 40-an ke atas.
Artikel ini ditulis oleh Talhah Kader. Merupakan  pelajar tahun tiga perubatan di Universiti Malaya.

kredit Melayukini.net
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.489131 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list