CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13051|Reply: 85

Borak Pak Nil MetroAhad; Penyanyi mentah buat perangai

[Copy link]
Post time 26-8-2012 05:29 PM | Show all posts |Read mode

**aku buang perenggan atas yg x berkenaan

Bercerita mengenai rancangan raya, teringat Pak Nil kepada rancangan MegaRaya 2012 yang Pak Nil hoskan dan disiarkan pada malam raya. Ada cerita yang ingin Pak Nil kongsikan di sini bila penyanyi baru yang selalu hilang, buat hal lagi.



Penyanyi yang namanya dicungkil daripada pencarian bakat yang bukan Pak Nil hoskan ini jika mengikut persetujuan awal sememangnya beriya-iya mengesahkan penyertaannya dalam rancangan itu. Walaupun selalu dengar cerita yang artis ini sering tidak muncul, produksi TV masih memberi ruang kepadanya untuk menjayakan program hari raya ini.

Tup tup bila tiba hari raptai, dia tidak muncul dan ini menyebabkan pihak produksi menggelabah serta cuba menghubunginya.


Seperti dijangkakan, penyanyi’ ini tidak menghidupkan telefon bimbitnya dan segala usaha untuk menjejakinya gagal! Terpaksalah aturan rancangan dirombak pada saat akhir dan begitu juga skrip Pak Nil. Benar-benar menyusahkan semua orang! Begitu juga dengan penaja pakaian yang bertungkus-lumus menyiapkan pakaian baju Melayu untuk disarung penyanyi ini, akhirnya terpaksa ternganga dan melopong kerana penyanyi tidak muncul.

Begitu juga dengan Aubrey Suwito selaku pengarah muzik MegaRaya 2012 yang akhirnya kelihatan kecewa kerana sebelum itu berlatih bersama pemuzik profesional lain untuk mengiringi penyanyi mentah itu.

Nasib baik ada penyanyi lain rela menjadi pak sanggup dan bidan terjun menyanyikan lagu yang sepatutnya dinyanyikan penyanyi itu dan berduet dengan Adira.

Pak Nil cuma mampu menggeleng kepala ketika itu dan dapat merasakan amarah yang ada dalam diri mereka.

Pak Nil akan membawa usul kepada pihak produksi untuk menutup semua peluang buat artis ini beraksi di pentas dan rancangan Astro. Sememangnya ini bukan kali pertama pihak produksi diperlakukan sebegini.

Ia benar-benar mengganggu kelancaran penerbitan yang juga membabitkan kos yang bukan sedikit. Penyanyi ini sudah keterlaluan dan perlu diberi pengajaran. Bukan ada sesiapa pun yang menutup periuk nasi dia melainkan dirinya sendiri.

Kalau ingin memohon maaf pun, rasanya sebelum ini sudah berpuluh kali dia membuat permohonan maaf secara terbuka atas pelbagai alasan yang tidak masuk akal. Rupa-rupanya masalah ini tidak berakhir di sini.

Apalah nasib Pak Nil bila dapat pula bekerja dengan seorang lagi artis bermasalah ketika menyiapkan rakaman rancangan radio Carta Era 40. Pak Nil pernah juga dengar cerita mengenai masalah disiplin pelakon lelaki ini, tetapi tidak pernah terduga yang dia juga akan ‘kencing’kan Pak Nil.

Pada awalnya pelakon ini bersetuju menjadi tetamu undangan Pak Nil bagi rancangan carta lagu ini, lebih-lebih lagi ini adalah usaha dan rangka promosi syarikat filem lakonannya yang bakal keluar tidak lama lagi.

Tunggu punya tunggu, pada saat akhir pihak penerbit rancangan cuma dilayangkan dengan SMS yang dia tidak sihat dan tidak dapat hadir. Pak Nil boleh tahan sabar lagi kerana merasakan mungkin dia benar-benar tidak sihat.

Kami terpaksa menunda rakaman ke hari lain kerana pelakon itu berjanji untuk hadir di hari lain menggantikan rakaman hari yang dia jatuh sakit. Pak Nil terpaksa mencari ruang masa yang baru untuk memenuhi permintaannya.

Pak Nil sendiri sibuk dengan jadual kerja yang terpaksa dilunaskan. Tiba sehari sebelum hari rakaman, bila dihubungi, pelakon itu terus membatalkan daripada menjadi tetamu rancangan itu.

Alasan terbaru diberikan adalah jadualnya terlalu ketat. Melopong lagi Pak Nil! Nasib baik ada Altimet yang sudi menggantikan tempat pelakon itu walaupun dihubungi pada saat akhir.

Pak Nil hairan dengan kewujudan orang macam ini tetapi masih mahu bekerja dalam bidang seni. Insan seperti ini sememangnya tidak diperlukan kerana sering memberi masalah kepada pihak lain.

Mungkin dia sangat berbakat dan sukar ditandingi orang lain, tetapi sedarlah bahawa bakat yang bagus akan lumpuh angkara perangai sendiri.

Lagi pun, entah esok lusa akan Tuhan munculkan bintang baru yang lebih kacak dan berbakat daripada dia.

Ketika itu, tiada siapa yang pedulikannya. Barulah ketika itu dia pula merasa beli tiket dan menonton persembahan orang lain. Wassalam.


**aku nk speku penyanyi tu rasanya shahir AF8 & pelakon tu aku xberani nk speku tp hati aku kata macam remy ishak je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2012 05:36 PM | Show all posts
Pak Nil akan membawa usul kepada pihak produksi untuk menutup semua peluang buat artis ini beraksi di pentas dan rancangan Astro. Sememangnya ini bukan kali pertama pihak produksi diperlakukan sebegini.

kalo astro nak ban retis tu ...biarlah atas nama professionalism pak nil oiii.takyah la susah payah ,gigih nak tutup periuk nasi org industri nan hadooo neh.rumah baru kena rompak kan?insaflah wahai pak nill......
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2012 06:02 PM | Show all posts
kosser aih dorang nak melayan paknil
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2012 06:19 PM | Show all posts
pak nil suka main Tuhan2... hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2012 07:04 PM | Show all posts
so sape retis2 nye tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2012 08:31 PM | Show all posts
Pada awalnya pelakon ini bersetuju menjadi tetamu undangan Pak Nil bagi rancangan carta lagu ini, lebih-lebih lagi ini adalah usaha dan rangka promosi syarikat filem lakonannya yang bakal keluar tidak lama lagi.



shahir belakon filem ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-8-2012 08:33 PM | Show all posts
alesandra posted on 26-8-2012 05:36 PM
Pak Nil akan membawa usul kepada pihak produksi untuk menutup semua peluang buat artis ini beraksi d ...

kalu aku pon buat mcm pak nil kot.. asyik wat hal je.. pastu alasan tak logik.. dgr cite pak nil pon ada jawatan besar kt astro .. mst dia bleh buat mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2012 08:34 PM | Show all posts
filem apa ek remy ishak kuar coming soon ni... hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2012 08:46 PM | Show all posts
Amboi Pak Nil.....senang2 je nak tutup periuk nasi org....tapi kat artis yg x pernah serik wat hal tu....ko balik je la kampung tanam jagung....menyusahkan org dengan perangai chipsmore ko tu.... bukan sekali.....dah byk kali.....

Artis sorg lagi tu sapa ek?  Pelakon la ye? RI ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2012 09:17 PM | Show all posts
Filem muzikal remy ishak tajuk 29september yg remy ishak ade menyanyi dlm filem tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2012 09:19 PM | Show all posts
shahir ni harap muka jer hensem..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2012 09:23 PM | Show all posts
Maaf nak tanya lagu ya allah itu lagu shahir kah., syumul sgt lagu itu, ya allah ke hulu ke hilir.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2012 09:44 PM | Show all posts
stryder_cats posted on 26-8-2012 08:33 PM
kalu aku pon buat mcm pak nil kot.. asyik wat hal je.. pastu alasan tak logik.. dgr cite pak nil p ...

sepatutnya produksi astro yg terlibat akn buat keputusan sendiri.kalo ade problem tak payah la bekerjasama lagi.takpayah la ade pihak poyo yg yg cucuk tunjuk kuasa cam bagus menentukan rezeki org.dia cakap astro maksudnya tv dan radio.berat tu.aku tak rase position dia kat astro tu menentukan siapa2 yg dapat job.apa yg dia dengki sgt kat retis sendu tu.dah dia yg sendiri cakap...

Mungkin dia sangat berbakat dan sukar ditandingi orang lain, tetapi sedarlah bahawa bakat yang bagus akan lumpuh angkara perangai sendiri.

so...takyah la susah hati........
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2012 09:51 PM | Show all posts
put3reen posted on 26-8-2012 08:31 PM
shahir belakon filem ke?

bukan ker pelem karak si shahir neh blakon??
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2012 09:59 PM | Show all posts
skymania posted on 26-8-2012 09:51 PM
bukan ker pelem karak si shahir neh blakon??

alamak sky... iols salah baca la... pak nil sebutkan 2 retis kat sini..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2012 10:13 PM | Show all posts
ni bukan soal tunjuk kuasa or what not.. tp mmg patut pun dibagi pengajaran..
soalnya si shahir nie siapa? nk kena org ikut schedule dia?
popular sgt ke? berbakat sgt ke? kalo paknil takda jawatan besar pun kt astro mmg aku sokong jer tindakan dia
baru setahun jagung nk tunjuk perangai, bagi alasan mcm2 lah.
kalo btol nk berhijrah, tinggalkan terus dunia seni. Ingat, amanah dalam pekerjaan dan menepati masa dan janji pun ciri2 org mukmin tau.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2012 10:17 PM | Show all posts
pendapat aku la kn retis yg de masalah disiplin n moral mmg patut di ban dr muncul kt tv or radio stesen memane yg nak ban diorang ni..
bukan selamanye tp dlm tempoh bbrp bln or thn ... supaya jadik pengajaran utk diorang n org len...  
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2012 10:29 PM | Show all posts
Penyanyi yang namanya dicungkil daripada pencarian bakat yang bukan Pak Nil hoskan

takkan Shahir..
Tapi memang selalu Shahir jer buat hal.. Last edited by blinkazwa on 26-8-2012 10:31 PM

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2012 10:35 PM | Show all posts
blinkazwa posted on 26-8-2012 10:29 PM
Penyanyi yang namanya dicungkil daripada pencarian bakat yang bukan Pak Nil hoskan

takkan Shahir. ...

itulah pasal.dgn konfiden je speku shahir.padahal pemahaman pon fail.mukmin,syumul la sgttapi remy tu...wallahulam noks
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2012 10:49 PM | Show all posts
Keje dieorg ni bgantung ngan PR.. Pandai2 la bwk diri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.294891 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list