Bilik Mandi Dengan Teknologi Touch Screen (6 Gambar):Bilik mandi dengan teknologi Touch Screen ini adalah merupakan rekaan konsep oleh Fei Chung Billy Ho yang di beri nama ‘Le Terme’.Le Terme adalah merupakan rekaan bilik mandi generasi baru yang diperkukuhkan dengan kerangka stainless steel dengan panel sesentuh lutsinar bagi menghubungkan pengguna dengan variasi telefon pintar dan gadjet.Panel sesentuh lutsinar ini juga membolehkan pengguna untuk mendengar muzik secara maya dan digital,serta membolehkan melayari internet sambil mandi.Teknologi masa depan ini diperkuatkan lagi dengan rekaan dalaman panel yang menggunakan kayu jenis Cypress yang mampu membunuh fungus,bakteria dan kuman secara semulajadi.Ho adalah merupakan finalis Anugerah Inovasi Rekaan Bilik Mandi Reece.
|