|
ARKIB : 02/09/2012
JOYAH tahu, ramai peminat di luar sana yang memang suka dengan pelawak Jep Sepah. Sejak dia masuk program realiti Raja Lawak lagi. Tapi, Joyah ada terdengar gosip yang kurang menyenangkan mengenai pelawak ni. Betul ke Jep dah tak macam dulu. Sekarang dia didakwa dah besar kepala? Iyalah income daripada RM5,000 sebulan kini sudah mencecah puluhan ribu ringgit!
Joyah tak mahulah dedahkan siapa yang buka mulut pasal hal ni. Cukuplah sekadar anda tahu yang ia datang daripada orang dalam sebuah produksi. Khabarnya, sejak Jep terlibat dalam sebuah drama bercorak komedi dengan produksi berkenaan, egonya semakin menyerlah.
Jep didakwa banyak menyusahkan tenaga pekerja produksi dengan sikapnya itu dan turut mempertikaikan pemilihan lokasi penggambaran.
Pernah sekali, Jep dikatakan menolak bulat-bulat lokasi yang dah dipilih sebab tempat itu katanya 'kurang sesuai.' Padahal, nak cari lokasi tu bukannya senang. Pendek kata ada sajalah tak kena di matanya.
Agaknya Jep banyak songeh sebab dia pun khabarnya sekarang tengah bercinta dengan produser drama tu. Eh terlepas cakap pula!
Satu lagi, khabarnya, disebabkan dia ada hubungan dengan produser tu, Jep menerima layanan dan bayaran lebih berbanding Shuib walaupun Shuib adalah pelakon utama drama komedi itu.
Aik...macam tak adil pula kan? Kata kawan baik Joyah. Ha...Joyah ada juga terfikir, dulu Jep kata Mamat yang banyak menimbulkan masalah. Tak berdisiplin dan macam-macam. Sekarang penyakit tu dah berjangkit ke?
Mengata dulang paku serpih...tu je yang Joyah boleh cakap...harap-harap Jep sedarlah. Sebab langit tidak selalu cerah dan jangan mudah lupa diri!
Credits: utusan.com.my |
|