![](http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2012/08/30/article-2195754-14C00C52000005DC-932_306x530.jpg)
Ubat viagra biasa digunakan oleh orang dewasa untuk kekuatan semasa hubungan seks, tetapi percaya atau tidak, di Eropah ubat viagra Ditelan juga oleh baby berusia 19 bulan.
Eit tunggu dulu, penggunaan dos viagra ini tentu saja mempunyai tujuan yang berbeza. Cerys Small, anak kecil kelahiran Newport, South Wales, ini harus memakan ubat viagra sebanyak 6 tablet setiap hari. Hal ini dilakukan agar Cerys bertahan hidup akibat penyakit jantung yang dibawa sejak lahir.
Doktor mencari kelainan pada organ jantung Cerys saat dirinya masih berada dalam kandungan ibunya, Kerrie Small. Mereka pun meramalkan bahawa kemungkinan bayi dilahirkan dengan selamat hanya 50 peratus.
Saat lahir, Kerrie perlu menjalani pembedahan jantung sebanyak tiga kali. Namun begitu ia diberi Viagra, penyakit jantung bawaan sejak lahir yang dialami Cerys perlahan-lahan reda. Bahkan meningkatkan peredaran aliran darah sehingga wajah Cerys yang sebelumnya biru kini mula kelihatan cerah.
Kini keadaan bayi yang juga dilahirkan dengan masalah di usus dan perut itu benar-benar mengagumkan. Sekurang-kurangnya ia sudah mula belajar berjalan sejak dua bulan yang lalu. Ia pun mula belajar bicara setelah selang makanan yang dipasang di hidung dan tekaknya dilepas. Bahkan Cerys sudah boleh mengucapkan kata-kata 'I want to talk'.
![](http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2012/08/30/article-2195754-14C01106000005DC-839_306x530.jpg)
![](http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2012/08/30/article-2195754-14C0115A000005DC-373_634x468.jpg)
Last edited by novelloverzz on 3-9-2012 04:44 PM
|