CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1959|Reply: 6

Rancangan TV Cetus Kontroversi, Kanak-Kanak 4 Tahun Merokok Atas Pentas

[Copy link]
Post time 8-9-2012 02:29 PM | Show all posts |Read mode
Rancangan realiti tv Toddlers and Tiaras sekali lagi mencetus kontroversi apabila salah seorang peserta kanak-kanak tampil atas pentas dengan imej karakter Sandy lakonan Olivia Newton-John dalam filem Grease.

Aksi Destiny ketika tampil dalam rancangan Toddlers & Tiara



Destiny, 4 tahun ternyata bukan sahaja mengejutkan para penonton malah juga pihak juri apabila dia tampil di atas pentas dengan berpakaian jaket kulit hitam, rambut dikerintingkan dan membawa sebatang rokok. Lebih memeranjatkan, kanak-kanak tersebut sempat membuat aksi seolah-olah sedang menghisap rokok di khalayak ramai.



Pastinya ibu Destiny, Lisa yang dipersalahkan oleh banyak pihak dalam isu ini. Namun Lisa mempertahankan tindakannya. Menurut Lisa, rokok yang digunakan Destiny adalah palsu dan hanya untuk prop semata. Dia turut menegaskan yang dia tidak akan sesekali memberi rokok sebenar kepada anaknya. Lisa juga berpendapat rokok tersebut melambangkan karakter seorang gadis yang tabah dan kuat.

Watak Sandy lakonan  Olivia Newton-John dalam filem Grease.
Walau apa pun penjelasan dan pandangan Lisa, ramai pihak tetap tidak bersetuju dan mempunyai pandangan yang berbeza dalam isu penuh kontroversi ini. Rokok sering dikaitkan dengan banyak pengaruh negatif dan ia seharusnya dijauhkan serta tidak didedahkan sama sekali kepada kanak-kanak sekecil usia 4 tahun.

Kredit: http://www.myaxander.blogspot.com/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2012 03:38 PM | Show all posts
bodoh maknya...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2012 04:27 PM | Show all posts
mak budak ni memang bodoh dan bangang.....berton2 bangangnya..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2012 05:16 PM | Show all posts
nak glamer punya pasal...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2012 05:22 PM | Show all posts
tak bole ke klu nak buat prop guna benda lain...dasat tul maknya....
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2012 10:10 PM | Show all posts
adoi.. maknye pun ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-9-2012 01:22 PM | Show all posts
Lex lar.
Kalau matured buleh smoking, y not let ur own toddlers smoke? (for smokers out there)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.055514 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list