View: 3025|Reply: 5
|
Teknologi Kerusi Roda Sukan Paralimpik (16 Gambar)
[Copy link]
|
|
Antara berita paling inspirational minggu lalu ialah kemenangan bekas pemandu kereta F1 Alessandro Zanardi (45) di dalam acara lumba basikal H4 Sukan Paralimpik London. Zannardi kehilangan kedau-dua belah kaki beliau pada tahun 2001 apabila kereta beliau dirempuh di dalam kemalangan Champ Car pada kelajuan 350 kilometer sejam. Kereta yang dipandu Alex Tagliani merempuh ruang kokpit Zanardi dan memancung kedua-dua belah kaki beliau serta merta. Zanardi hampir meningal dunia akibat kehilangan darah yang banyak tetapi beliau berpantang maut sebelum ajal. Setahun selepas kemalangan itu beliau kembali berlumba dengan menggunakan kaki palsu. Beliau terus berlumba di dalam acara kereta sehingga bersara pada tahun 2009. Selepas bersara beliau menumpukan seluruh tenaga beliau ke pada sukan lumba basikal orang kurang upaya. Kemenangan beliau pada usia 45 tahun membuatkan orang cukup upaya seperti kami di Blogserius rasa seperti bloody wasters!
Alang-alang sudah melihat basikal khas yang digunakan oleh Alessandro Zanardi, mari kita lihat beberapa lagi jenis basikla dan kerusi roda khas yang digunakan atlit sepanjang Paralimpik. Kesemua kerusi roda dan basikal khas ini dibina secara custom made untuk setiap atlit bagi memastikan keselesaan maksimum. Ianya juga menggunakan teknologi termutakhir dan setanding dengan teknologi yang digunakan atlit normal. Syabas kepada atlit paralimpik yang masih mahu bersukan walaupun kurang upaya!
Apa alasan anda? Banyak sangat layan Anime? Malas? Mendak? Jom! Jadikan Alessandro Zanardi sebagai mangkin kepada kehidupan kita yang lebih sihat!
|
|
|
|
|
|
|
|
ringan gila siap leh angkat2 lg.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kiranya dicipta mengikut kesesuaian acara sukan yang mereka ceburi |
|
|
|
|
|
|
|
bagus la kalau begitu...mesti mahal kan..
kalo kat mesia ni pasti senang depa nak ke sana sini
aku amoi ni, cun gila, tengok2 kaki dia ade masalah..lumpuh kot..
tabah sangat turun n pakai kerisu roda sendiri n naik tren..
ramai nak tolong, tapi dia kata dia boleh buat....kerusi roda dia pon lebih kurang mcm ni...yg last tu
mahal kan Last edited by shernazz on 11-9-2012 08:43 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Artemesiaa posted on 11-9-2012 04:09 PM ![](static/image/common/back.gif)
Kiranya dicipta mengikut kesesuaian acara sukan yang mereka ceburi
rasanye camtu lah ..
|
|
|
|
|
|
|
|
kagum nye dgn dorg ![](static/image/smiley/onion/childlike.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|