View: 5045|Reply: 18
|
macam mana nak reduce house loan interest?
[Copy link]
|
|
salam,
nak tanya otai2.
saya ada satu property - kat bandar tasikputeri rawang - loan conventional with cimb bank.
loan since 2008 - ingat nak convert to islamic loan - convertion ni di kira refinance lah.
dah tanya bankers - tapi banyak bank tak nak proses loan dengan alasan - property developer ada masalah - secara technicalnya bila developer ada masalah (senang citer developer bancruptcy) - so banker takut document tersekat kat land office ect.
tapi ada juga dengar2 yg instead of refinance utk dptkan lower rate - kita boleh memohon dekat bank yg kita buat loan tu utk reducekan rate. Tapi kalau reducekan rate pun maknanya loan tu masih conventional loan kan?
is there a way to convertkan conventional loan kpd islamic loan kalau property developer tu ada masalah?
|
|
|
|
|
|
|
|
ermm....bukankah interest conventional housing loan lebih rendah berbanding islamic loan? saya beli rumah dulu tahun 2006 buat loan ngan RHB ISLAMIC charge dia tinggi laa agak lima percent lebih berbanding conventional sekitar empat je.. |
|
|
|
|
|
|
|
oke,
ada bank yang boleh buat refinance untuk rumah2 di puncak alam..
sekarang rata2 islamic loan di bawah 5%..bergantung kepada tuan untuk nego dengan banker untuk dapatkan interest yg baik..
Conventional rate xde capping,jadi kalau BLR naik smapai 13% pon,u still kena bayar..
Kelebihan islamic loan ada capping..rata2 10.3%
|
|
|
|
|
|
|
|
fyhan88 posted on 18-9-2012 09:22 PM
oke,
ada bank yang boleh buat refinance untuk rumah2 di puncak alam..
sekarang rata2 islamic loan ...
perbankan islam tiada roh islam. menindas pengguna. |
|
|
|
|
|
|
|
Satu hal yg kita lupa, bank islamik ni keuntungan dia kene byr zakat pendapatan..dan secara tak langsung membantu muamalat islam mcm ni:
Sbb tu org melayu dia tak payah amik insuran..sbb ada badan yg tolong..huhu
|
|
|
|
|
|
|
|
So kalau kita amik konvensinal loan tu..paham2 la siapa yg anda bantu |
|
|
|
|
|
|
|
Mahkamah Tinggi kurangkan hutang pembeli rumah RM376,000
KUALA LUMPUR 29 Dis – Dalam satu penghakiman bersejarah hari ini, Mahkamah Tinggi di sini mengurangkan sebanyak RM376,000 jumlah yang perlu dibayar seorang pembeli rumah kepada sebuah bank setelah beliau gagal membuat pembayaran terhadap satu pinjaman yang dibuatnya di bawah kemudahan kewangan Islam.
Hakim Datuk Abdul Wahab Patail dari Bahagian Perdagangan Mahkamah Tinggi memerintahkan rumah itu dilelong mengikut Kanun Tanah Negara untuk mendapatkan balik sebanyak RM582,000 dan bukannya hampir RM959,000 seperti yang diminta oleh bank berkenaan.
Affin Bank Berhad telah menyaman Zulkifli Abdullah, seorang bekas kakitangan bank itu kerana gagal membuat pembayaran pinjaman di bawah kemudahan Al-Bai Bithaman Ajil yang diberikan bank berkenaan pada Disember 1997 untuk sebuah rumah tepi, dua tingkat berangkai.
Al-Bai Bithaman Ajil merupakan prinsipal Syariah yang melibatkan pembelian hartanah dan penjualan serta pembayaran harga jualan yang termasuk margin keuntungan terhadap tempoh bayaran tertunda.
Zulkifli, yang meninggalkan bank itu pada bulan yang sama beliau membuat pinjaman rumah itu, diberikan kemudahan pinjaman sebanyak RM346,000 yang disebut Harga Pembelian Bank, tetapi pada hari yang sama, bank itu menjual hartanah berkenaan kepada beliau dan beliau perlu membayar balik pinjaman selama tempoh 18 tahun dengan 216 bayaran ansuran bulanan.
Bagaimanapun beliau tertunda dalam pembayarannya sebanyak dua kali selepas melunaskan beberapa pembayaran berjumlah RM33,454 hingga Jun 2001.
Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Wahab berkata isu yang dihadapkan ke mahkamah ialah jumlah seorang pelanggan itu perlu bayar kepada penyedia kemudahan itu jika berlaku bayaran tertunda selepas membuat bayaran ansuran.
“Dalam erti kata mudah, kesusahan defendan ialah selama dua tahun lapan bulan selepas ia diberikan, kemudahan itu menjadi tuntutan hutang sebanyak RM958,909.21.
“Walaupun nilai pasaran keselamatan di bawah tuduhan itu dikatakan RM400,000 dan harga itu didapatkan daripada lelongan, defendan masih berhutang sebanyak RM558,909.21.
“Berbeza dengan pinjaman konvensional, peminjam yang gagal membuat bayaran hanya diperlukan membayar balik jumlah pinjaman dicampur dengan faedah berakru dan bayaran lain termasuk denda bayaran lewat. Berdasarkan tanggapan yang serupa pelupusan hartanah pada nilai pasaran, biasanya tidak banyak yang boleh ditambah oleh peminjam bagi melepaskan dirinya daripada liabiliti lain.” katanya.
Beliau berkata sebab perbezaan itu ialah apabila berlaku peminjam tidak membayar balik sebelum tamat tempoh pemegangan, jumlah yang peminjam dalam pinjaman konvensional perlu bayar atas jumlah yang dipinjam _ faedah dan faedah bayaran lewat _ adalah terhad kepada tempoh daripada pengeluaran pinjaman hingga penyelesaian penuh dan bukannya bagi pemegangan penuh pinjaman asal.
Hakim Abdul Wahab memberikan contoh dua kes terdahulu di Mahkamah Tinggi, satu melibatkan kemudahan pembiayaan Islam sebanyak RM265,000 dan satu lagi RM150,000, di mana defendan diperintahkan membayar bank harga jualan masing-masing RM583,000 dan RM217,500 apabila peminjam gagal membayar balik.
Oleh itu, kemudahan sebanyak RM265,000 menjadi hutang sebanyak RM583,000 dan jika pun satu lelongan harga penuh RM265,000 didapatkan, defendan masih berhutang sebanyak RM318,000.
Dalam kes kedua, defendan diperintahkan membayar balik bank harga jualan sebanyak RM217,000 dan walaupun nilai pasaran rumah itu sebanyak RM150,000 dan harga yang didapatkan daripada lelongan, defendan masih berhutang RM67,000.
“Apabila kepuasan untuk memenuhi hasrat suci mengelak daripada pembiayaan itu mengandungi elemen Riba (faedah) menyebabkan kedukaan kepada yang mungkir sebelum berakhirnya tempoh pemegangan kemudahan Al-Bai Bithaman Ajil.
Pendedahan bahawa walaupun selepas sekuriti telah dilelong pada harga penuh pasaran masih terdapat jumlah besar yang terhutang dengan bank, adalah sesuatu yang mengejutkan,” kata hakim.
Beliau berkata ini lebih mengejutkan apabila disedari bahawa kedudukan seorang peminjam di bawah pinjaman yang mengandungi riba adalah jauh lebih baik.
Hakim Abdul Wahab berkata kesan mungkir di bawah kemudahan Al-Bai Bithaman Ajil terbukti lebih membebankan peminjam.
Beliau memerintahkan lelongan rumah yang bayaran pinjamannya gagal dilunaskan Zulkifli diadakan pada 29 Mac tahun depan dan harga tempahan ditetapkan pada anggaran nilai pasaran.
Bank itu juga layak untuk memperoleh kembali sebanyak RM98.54 keuntungan sehari hingga penyelesaian penuh pinjaman itu. – Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
put more money at ur housing loan, can reduce the interest... |
|
|
|
|
|
|
|
try buying a smaller house........ |
|
|
|
|
|
|
|
Acong posted on 20-9-2012 11:18 AM
perbankan islam tiada roh islam. menindas pengguna.
Menindas macam maner tu...???
|
|
|
|
|
|
|
|
Acong posted on 21-9-2012 10:12 AM
Mahkamah Tinggi kurangkan hutang pembeli rumah RM376,000
KUALA LUMPUR 29 Dis – Dalam satu pengha ...
Ohhh... kes ni...
Masa memula dulu memang bank guna konsep ni... BBA... Bai Bithaman AlAjil.... Konsep pembelian dengan pembayaran tertangguh Masa akad tu dah tentukan harga siling... so margin yg bank ambil agak tinggi sebab kadar keuntungan yg digunakan adalah tetap.. tak kira apa sahaja yg terjadi...
Namun sekarang dah banyak bank yang tawarkan produk ikut konsep Bay AlInnah... Konsep Sewa yg mana pada akhir tempoh... aset tersebut akan dijual pada nilai nominal RM1 rasernyer...
Untuk yg ini kadar keuntungannya rendah... dan berubah mengikut situasi ekonomi... nampak cam konvensional la...
|
|
|
|
|
|
|
|
jimmy_01 posted on 4-11-2012 09:07 AM
put more money at ur housing loan, can reduce the interest...
Correct... if the excess cash can be invested in ASB... the return will be better...
I take my case for example....
My Home-Financing term = BLR - 1.8
= 6.6 - 1.8
= 4.8%
By average, ASB return is around 7.7%..
|
|
|
|
|
|
|
|
apa2 hal, minta banker buat simulation utk full settlement slps 10 tahun utk loan selama 30 tahun bagi kaedah 'islamic' dan 'conventional'. then tengok mana yg murah. |
|
|
|
|
|
|
|
Aiyo...macam sangat susah huh untuk dapatkan bank loan? I pun takut i tak dapat....I berminat untuk dpatkan satu rumah berharga rm450k dengan gaji i sebulan 4k...Bolehkah saya dpt bank loan? Jugak berapa house interest sekarang? Sesiapa boleh updatekan saya? Terima Kasih banyak- banyak! |
|
|
|
|
|
|
|
tuliperfancy posted on 20-11-2012 01:04 PM
Aiyo...macam sangat susah huh untuk dapatkan bank loan? I pun takut i tak dapat....I berminat untuk ...
Kat situ jer instalment dah rm2k
1/2 drp gaji tu
ada komitment lain ke?
mungkin ke letak dp besar sket kot
|
|
|
|
|
|
|
|
tuliperfancy posted on 20-11-2012 01:04 PM
Aiyo...macam sangat susah huh untuk dapatkan bank loan? I pun takut i tak dapat....I berminat untuk ...
ya kena tengok berapa kommitment anda..pada i 4k gaji cukup memadai untuk memohon bank loan. Interest bank agak-agak 4.20%++ setahun. Biasanya loan margin adalah 90%
Tapi bukan sehari dpt memohon bank loan...ia amat mengambil masa....kena submit borang2 lagi...jangan2 lepas hantar..kena reject pulak...Untuk jimatkan masa ....I rasa u boleh cuba Citibank punya Online Indicative Approval tool. I pernah try keyin info dan bank terus call saya....macam lebih cepat....Anda cuma perlu isi borang yg tidak melebih 2mukasurat....
https://www.citibank.com.my/engl ... OfferCode=MYHLLNOIA
|
|
|
|
|
|
|
|
kooimin87 posted on 21-11-2012 01:12 PM
ya kena tengok berapa kommitment anda..pada i 4k gaji cukup memadai untuk memohon bank loan. Inter ...
terima kasih banyak2 kerana bagi i info yg begitu teliti...terutamanya Citibank Online Indicative Approval Tool ni.....sebab I pun tak begitu pasti bila I isi borang semalam through website ni....tapi hari ni..sudah ada seorang banker call I dan follow up dengan saya....I terperanjat dengan service yg cepat ni..sebab biasa bank sangat lambat kan? I akan recommend ni bagi kawan2 i yg masih sesat tentang bank loan ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
jenglut posted on 20-11-2012 11:51 PM
Kat situ jer instalment dah rm2k
1/2 drp gaji tu
ada komitment lain ke?
masa sekarang I cuma kena bayar installment kereta saya yg lama tu... sebanyak rm500 sebulan
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|