CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34666|Reply: 159

Buat Apa Nak Menyesal Dan Minta Maaf? – Yasmin Hani

[Copy link]
Post time 5-10-2012 10:25 AM | Show all posts |Read mode

Buat Apa Nak Menyesal Dan Minta Maaf? – Yasmin Hani

Buat Apa Nak Menyesal Dan Minta Maaf? – Yasmin Hani - Pengacara cantik, Yasmin Hani Richardson khabarnya telah diboikot oleh beberapa media gara-gara insiden yang berlaku pada tahun lalu.

Ia berlaku ketika majlis perkahwinannya bersama Sha’arin Mohammed Razali Wong berlangsung di Duchess Place, Ampang.

Tetamu media dikatakan tidak dapat masuk ke dalam dewan kerana dihalang.

Patutlah sekarang ini Yasmin Hani jarang muncul di kaca televisyen mahupun akhbar.

Menerusi Gua.com.my, Hani mengakui yang dia turut dapat merasakan yang dirinya di boikot.

Namun dia tidak terkilan dengan insiden yang berlaku.

“Ya, saya rasa ada media yang boikot tapi saya tak nak ambil tahu sangat perkara ini. Saya perasan juga mengenai apa yang berlaku tapi nak buat macam mana, tak apalah.

“Bagi saya, rezeki saya terletak di tangan Allah. Kalau ada sesiapa yang nak temubual, saya dengan berbesar hati boleh datang dan bagi yang nak boikot, terpulang kepada mereka.” kata Hani yang turut ditemai suami ketika ditemui di Flora Terrace, Hampshire Place, baru-baru ini.

Sha’arin menambah, dia dan Hani berada diatas pelamin ketika itu dan tidak tahu apa-apa mengenai hal berkenaan.

“Kami ada menjemput media namun meja sangat terhad dan mungkin mereka yang tidak dapat tempat duduk itu tidak membuat pengesahan kehadiran terlebih dahulu.

“Bagi saya, buat apa kita nak menyesal dan minta maaf sebab kami tak buat salah pun. Malah, kami juga tak halau pun media yang hadir,” katanya.

Bagi pendapat penulis, walaupun kita sedar yang sebenarnya kita tidak bersalah, tetapi tidak ada salahnya jika ringankan mulut untuk minta maaf.

Sekurang-kurangnya, kita dah menjalankan tanggungjawab kita dan selebihnya bergantung kepada orang itu hendak memaafkan atau tidak.

Daripada menambah dosa orang membenci dan mengata kita lebih baik kita mengambil jalan untuk menjernihkan keadaan. Tak gitu? – MyNewsHub


Last edited by SenahMontanah on 5-10-2012 11:01 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2012 10:29 AM | Show all posts
sepadan couple ni.
dapat anak mesti cute.

aku setuju je dengan apa yg dia cakap.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 10:32 AM | Show all posts
you go girl!

jangan bagi muka sangat kat media2 yg hado ini
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 10:36 AM | Show all posts
Kalau tak salah buat ape nak minta maaf? Majlis dia suka ati mak bapak dia dia nak ajak sapa! Wartawan dendam kesumat tak dijemput! Hazabedah punya wartawan!
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 10:44 AM | Show all posts
Macam katon
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 10:44 AM | Show all posts
wartawan pondan cam zubir..pelahap kenduri orng..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2012 10:49 AM | Show all posts
hahaha...susah jadi artis
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 10:52 AM | Show all posts
dia diboikot wartawan haprak mcm zubir...tapi laku aja si YH neh.
ada sahaja muka dia di event2 besar..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2012 10:52 AM | Show all posts
Dylas posted on 5-10-2012 10:36 AM
Kalau tak salah buat ape nak minta maaf? Majlis dia suka ati mak bapak dia dia nak ajak sapa! Wartaw ...

kan.... mcm besar sgt kuasa wrtwn nih
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 10:55 AM | Show all posts
konsepnya kena sahkan kehadiran rsvp bagai...media taktau protokol kah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 10:57 AM | Show all posts
Sha'arin ni mmg slow n pendiam ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 10:58 AM | Show all posts
tak profesional sungguh para media ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 11:01 AM | Show all posts
reporter kat m'sia jer yg perasan diva sgt... ko nak job...nak hot news...ko lah hunting lah...ni dok mencedokkkk dr forum nih...malasss bebenor...ada mata peratiii ler... hek3

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 11:02 AM | Show all posts
choi.. media pundek..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 11:03 AM | Show all posts
apasal la media2 kat mesia ni kaki2 sentap sumenya


org hollywood tu kawin x penah ajak media pun, media diorang xde plak nak boikot ke, nak sabotaj ke, elok jer

nilah jadinya kalo media dipegang oleh golongan ponen lorong kaki sentap
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 11:08 AM | Show all posts
skymania posted on 5-10-2012 10:44 AM
wartawan pondan cam zubir..pelahap kenduri orng..

hambikk kou juber!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2012 11:12 AM | Show all posts
tp kalo YH ni ringan mulut just mintak maaf jerr bukan luak dan rugi apa2 pun.
even bkn kesalahan dia pun tak jatuh maruah dan tak rugi duit pun kalo setakat
mintak maap. Tengok Yatt Hamzah tu wartawan dok kutuk dia berdakwah dia
tak balas pun terus jahh mintak maap wpun bkn salah dia. Terus senyap wartawan2 tuh!
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 11:13 AM | Show all posts
MENYINGKAP MENGIMBAU MENERJAH MELODI yang lama kembali

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 11:13 AM | Show all posts
eh..aku ok je kalau dia tak minta maaf..sebab bukan salah drg pun...
reporter2 tu tau dak adap menghadiri majlis org?
kalau tak ada jemputan mana ble gi??
majlis dia..kenduri dia..dia duit dia..suka ati dia la..
lagipun kan drg dah cakap
"Kami ada menjemput media namun meja sangat terhad dan mungkin mereka yang tidak dapat tempat duduk itu tidak membuat pengesahan kehadiran terlebih dahulu."
so...apa masalahnya??

lagipun tak salahkan kalau para wartawan mintak maaf dulu??
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
makin sweet this kapel..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.546905 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list